Thursday, December 30, 2021

Nak ambil dos ketiga

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Besok saya akan ambil dos penggalak vaksinasi.

Dos ketiga.

Risau juga ni sebab macam-macam cerita yang saya dengar lepas cucuk vaksin.

Kebanyakkannya kata badan akan jadi lemah.

Berdebar juga.

Tapi nak buat macam mana, kena ambil juga sebab takut nanti saya tak boleh masuk pasar untuk berniaga.

Mohon doakan supaya besok urusan saya dipermudahkan ya.

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

Insya-Allah...

Amin.

Sunday, December 26, 2021

Earphone

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Tak ada apa nak tulis sangat.

Lama juga saya biar blog tak berupdate.
Tak tahu nak tulis apa.

Cuma hari ni earphone saya rosak.

Memang sedih sebab banyak dah earphone saya beli.

Tak tahan lama, dua tiga bulan dah rosak.

Cuma yang ni tahan sampai bertahun juga rasanya.

Tapi dah sampai masa rosak,nak buat macam mana.

Mana tak rosak, sekejap-kejap jatuh.

Memang tak cermat betul saya ni.

Bila tengok earphone ni lasak sikit,saya buat lebih kurang saja.

Dah rosak, jadi tak best untuk saya dengar lagu dekat YouTube atau tengok cerita.

Tak apalah,nak buat macam mana.

Beli sahaja yang lain kalau saya ada duit nak beli.

Beli dekat D.I.Y nak dekat rm10 saya beli dulu.

Dekat kedai eco dulu rm2.10, tapi tulah sekejap sahaja dah rosak.

Sekadar saja nak berkongsi,sebab lama saya tak update blog.

Moga kita semua akan dipermudahkan segala urusan.



Insya-Allah...

Amin.

Monday, December 20, 2021

"Segment Bloglist 2022 Mamapipie".

 

klik banner untuk join =)

Friday, December 17, 2021

Rezeki

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Sedikit perkongsian daripada khutbah Jumaat yang saya dengar tadi.

Mana saya ingat saya kongsikan.

1) Rezeki itu datangnya daripada Allah s.w.t , Dia lah yang Maha Pemberi Rezeki 

2)Orang yang kaya bukannya orang yang banyak harta tetapi kaya jiwanya.

3)Usahlah meminta sedekah kecuali darurat atau terpaksa.

4)Berusaha, dan kemudian berserah serta bertawakal kepada Allah s.w.t

5)Usah rasa hasad dengki terhadap orang lain yang mendapat rezeki yang lebih baik atau banyak daripada kita

6)Usah terlalu cintakan dunia sehingga melupakan akhirat.

7)Allah s.w.t. telah menjadikan bumi ini untuk kita jelajah serta makan lah apa yang halal dan baik untuk kamu di bumi ini.

8)Tangan yang memberi itu lebih baik dari tangan yang menerima.

9)Tingkatkan ilmu,kemahiran seiring dengan kemajuan yang berlaku supaya kita dapat meningkatkan nilai diri dan masyarakat Islam.


Ini sahaja yang saya ingat dan dapat saya kongsikan.

Sekiranya ada silap dan salah,mohon diampunkan saya.

Tajuk khutbah saya tak ingat.

Moga ada manfaatnya untuk kita semua.

Insya-Allah..

Amin.

Tuesday, December 7, 2021

Beza Samak dan Sertu

 

sumber: klik sini

Monday, December 6, 2021

Nak pasang unifi

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Baru-baru ni ada ejen unifi datang rumah. Promote suruh pasang unifi. Sekarang rumah pakai streamyx. Tapi rasa macam tak berbaloi, sebab bayar mahal tapi speed cuma 1mbps sahaja.

Dekat kawasan kampung saya ni baru saja dipasang unifi ni. Jadi ejen tu cakap baik saya ambil awal takut port penuh.

Jadi saya fikir nak ambil pakej rm89 untuk 30 Mbps.Kontrak selama 2 tahun.

Cuma,masalahnya sekarang ni saya baca dekat Facebook ramai yang "komplen" customer service diorang susah nak angkat call.

Lepas tu kalau ada problem,lambat nak hantar orang untuk baiki.

Lain-lain yang saya baca,kalau kita terminate awal kita akan dikenakan penalti atau denda, lepas tu ada juga masalah router yang selalu rosak..

Jadi nak tanya jika ada pembaca atau yang terbaca blog saya ni,jika sekarang tengah langgan unifi atau pernah langgan, boleh beri pandangan atau pendapat?

Patutkah saya ambil pakej rm89 untuk 30 Mbps tu atau kekal saja dengan streamyx saya ni?

Moga ada yang sudi memberi bantuan.

Moga ada manfaatnya..

Insya-Allah..
Amin.

Wednesday, December 1, 2021

Giveaway by Nazfea Solehah & Arra Sephia

 

klik banner untuk join =)

Monday, November 29, 2021

Asif & Tar

 


Friday, November 26, 2021

Hari Jumaat Perbanyakkan Selawat

 




Saturday, November 20, 2021

Selesai mengundi

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Alhamdulillah,tadi tengahari,saya dah selesai mengundi.

Ikutkan malas sebenarnya..tapi dah tanggungjawab,pergi sajalah..

Baca dekat Facebook,ramai yang tak keluar mengundi,khususnya golongan muda...boikot agaknya.. atau pun risau covid pun boleh jadi juga.

Tak kisahlah,hak masing-masing.

Haraplah siapa yang terpilih tu tunaikan tanggungjawab..

Jangan masa nak mengundi saja nampak muka, dah menang, lebihkan kroni sahaja..

Entahlah..malas nak cerita lebih pasal politik ni..

Mereka jadi Yb gaji beribu-ribu..

Rakyat hidup susah..

Ayam naik,harga telur naik..

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua...

Insya-Allah...

Amin.


Sunday, November 14, 2021

Giveaway By Lady Dini 1.0

klik banner untuk join =)

Wednesday, November 10, 2021

Makin mencabar

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Makin mencabar betul zaman sekarang ni ya.

Harga barang semua naik.

Ayam sekilo nak dekat rm10 tempat saya. Tempat lain lagi lah agaknya.. Seekor ayam dah berapa ringgit.

Jadi bila ayam mentah mahal, ayam goreng seketul dah jadi rm5, biasa saya beli 3,4 ringgit seketul.

Mee kuning dah jadi rm1.20 sebungkus,dulu baru rm1.00, malah plastik beg pun dah naik..dulu rm2.00 sekarang dah jadi rm2.10..

Ikan pun naik harga.. sekarang ni beli sikit-sikit saja. Takut tengok harga ikan sekarang.

Barang binaan lagi lah..

Simen sekampit dah jadi berapa ringgit..dulu rm14 sekarang dah jadi rm18.

Harga besi lagi naik mendadak.

Makin mencabar betul zaman sekarang ni ya.

Tak tahulah nak jadi apa nanti.

Orang yang ada duit, naik dua tiga puluh sen tak adalah terkesan sangat.

Orang marhaen macam saya ni memang terasa betul dengan keadaan sekarang.

Haraplah ada pihak yang boleh mengatasi masalah ni.

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

Insya-Allah...

Amin.

Thursday, November 4, 2021

Tahlil untuk Tarmizi

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Tahlil untuk Tarmizi.

Sebenarnya,saya terfikir,jika saya mati nanti siapa yang nak bacakan saya atau hadiahkan saya al-fatihah..

Saya bukan ada anak,isteri..

Emak saya pun dah 60 tahun lebih..kalau saya pergi dulu sebelum mak saya,tak apalah.

Sekurang-kurangnya saya yakin mak saya akan hadiahkan saya al-fatihah.Buat tahlil untuk saya.

Tapi jika sebaliknya?

Siapa nak buat tahlil untuk saya nanti?

Saya harap jika satu hari nanti ajal saya dah sampai,adalah yang akan bacakan atau buat tahlil untuk saya.

Haraplah blog saya ni boleh jadi medium untuk harapan saya tu tercapai.

Moga ada yang sudi bacakan atau hadiahkan saya al-fatihah.

Sudi buatkan tahlil untuk saya bila saya dah meninggal dunia.

Terima kasih jika ada yang sudi buat tu.

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

Insya-Allah...

Amin.


Sunday, October 31, 2021

Pergi dulu ya

 





sumber:google images





Friday, October 29, 2021

Rukun Solat

 


sumber:google images



sumber:google images

Thursday, October 28, 2021

Mummy Ayu's Birthday Giveaway

 

klik banner untuk join =)

syarat2 nya..simple je:-
1. buat satu entry bertajuk "Mummy Ayu's Birthday Giveaway" & link balik ke entry ni
2. tinggalkan link korang kat bahagian komen entry ni so that Mummy Ayu leh blogwalking 
ke blog korang & tinggalkan jejak

3. tu je... 😉
4. pemenang akan dipilih secara cabutan, jumlah pemenang adalah berdasarkan jumlah penyertaan
so far .. yg confirm memang satu la..yg akan memenangi planner comel & cun ni (boleh pilih design)
5. tarikh tutup giveaway ni - 8 Nov 2021 (hari Isnin) 12.00 noon

soooo jom join ..giveaway simple ni.

Tuesday, October 26, 2021

Innalillahiwainnailaihirojiun

 Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua.


Hilangnya seorang pengarah Malaysia yang tersohor.

Hilangnya seorang pengarah yang banyak menggunakan suasana kampung sebagai latar belakang sebuah cerita.

Hilangnya seorang pengarah yang biasanya menggunakan pelakon-pelakon yang memang kerana bakat mereka dan bukan rupa.

Hilangnya seorang pengarah di mana ceritanya boleh ditonton oleh seisi keluarga, cerita yang banyak memberi mesej dan maksud.

Sudah pasti negara akan terasa kehilangan seorang pengarah yang sangat berbakat ini.

Seperti  Yasmin Ahmad dengan iklan raya Petronas, kehilangan Mamat Khalid pasti akan ada kesannya kepada cerita atau filem Malaysia yang bercorak tempatan atau merakyat.

Semoga Arwah Mamat Khalid ditempatkan dalama kalangan orang beriman.

Terima kasih kerana pernah menghiburkan jutaan rakyat Malaysia dengan karya-karya seperti Rock,Rock oo, Hantu Kak Limah Balik Rumah, 15,16,17 puasa dan banyak lagi.

sumber gambar:google images



Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

Insya-Allah...

amin.

Saturday, October 23, 2021

Hari lahir

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Hari ni hari lahir saya..

Tak ada yang istimewa pun.

Biasa saja.

Cuma tulah, saya kena ada rasa syukur sebab masih ada nafas untuk hari lahir saya tahun n.

Tahun depan belum tahu lagi.

Hari lahir ni bagi saya ialah sekadar sedar yang saya semakin tua..

Itu sahaja.

Nak sambut pun tak ada rasa.

Entahlah..

Bagi sesiapa yang membaca atau terbaca post di blog saya ni, dan kalian ada orang yang meraikan hari lahir kalian,hargailah..syukurlah dan ucaplah terima kasih.

Mungkin nanti dah tak ada lagi sesiapa yang nak sambut hari lahir kita.

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

Insya-Allah...

Amin.

Thursday, October 21, 2021

Banjir di Melaka

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Hujan semalam tak berhenti dari tengahari hingga ke petang.

Banyak kawasan yang banjir.

Mujur juga tempat saya duduk tak kena banjir.

Sebab dekat dengan laut.

Tapi dekat kawasan bandar khabarnya banjir teruk.

Malah lebih memilukan sebab ada anggota bomba yang lemas.

Difahamkan anggota tersebut lemas sewaktu dalam operasi banjir di sungai putat.

Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Banyak juga kawasan yang terpaksa ditutup.

Tengok dekat Facebook ada yang sampai paras air hingga ke bumbung rumah.

Menakutkan.

Haraplah pihak yang berwajib dan pemimpin akan mengatasi masalah ni.

Jangan sibuk nak jawatan sahaja tapi rakyat atau orang bawah ni tak dipedulikan.

Sekarang ni kalau hujan lebat tak berhenti sahaja maka akan ada  risiko banjir.

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

Insya-Allah...

Amin.

Monday, October 18, 2021

Salam Maulidur Rasul 2021

 

sumber gambar:google images

Nabi Muhammad SAW/ Rasulullah SAW

Nama: Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.

Nama Gelaran Lain: Al-Amin, As-Saadiq, Rasul Allāh dan Abu al-Qasim

Tarikh Lahir: Subuh Isnin 12 Rabiulawal/20 April 571M (dikenali sebagai Tahun Gajah, sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang Kota Kaabah)

Tempat Lahir: Di rumah Abu Talib, Mekah Al-Mukarramah

Nama Bapa: Abdullah bin Abu Muttalib bin Hashim

Nama Ibu: Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf

Pengasuh Pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah)

Ibu Susu Pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).

Ibu Susu Kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-sa’diah (lebih dikenali Halimah As-sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

Usia 63 tahun

Kewafatan Rasullullah SAW di Madinah Munawwarah pada hari Isnin , 12 Rabiul Awwal 11 Hijrah/08 Jun 632 Masihi.


sumber: https://www.mywilayah.com/2020/10/biodata-nabi-muhammad-saw.html

Wednesday, October 13, 2021

Tayar motor bocor

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Tayar motor bocor pula.

Nasib dah sampai rumah.

Patutlah masa bawa rasa bergoyang-goyang saja.

Nak berhenti malas.

Saya bawa saja perlahan-lahan sampai ke rumah.

Bila check,bocor rupanya..

Pakai air sabun, basuh dekat tayar..nanti lubang yang bocor tu akan keluar angin..dekat situlah bocor.

Nasib pakai motor tubeless..tampal sahaja..atau saya panggil "cacing" dekat lubang yang bocor tu.

Mujur juga tayar depan..boleh control lagi masa nak bawa..

Cuma tulah,motor saya fork depan pun dah bengkok sikit...dah tak berapa center.

Bawa memang ada rasa goyang sikit-sikit..

Tengok YouTube...dia tendang saja tayar tu supaya centre balik..tak sangguplah saya nak buat macam tu..nanti tambah teruk pula.

Tayar tubeless ni kalau bocor,tampal sahaja..tampal baru rm5 macam tu..kalau pakai tiub tukar tiub dah rm9 ke rm10 satu tiub.

Settle satu hal...

Haraplah lepas ni ok lah semua.

Harap yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

Insya-Allah...

Amin.

Friday, October 8, 2021

Bulan 10

 Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua.


Dah masuk seminggu bulan 10 kan..

Lagi 2 bulan dah setahun..

Bulan 10 ni bulan hari lahir saya.

Tapi tahun ni terasa sangat kali ni..

Terasa sebab kehilangan seorang abang dalam hidup saya.

Tak seronok pun nak sambut hari lahir ni.

Seingat saya,masa belajar dulu, adalah sekali dua saya sambut hari lahir.

sumber gambar:google images


Tapi kenangan pertama saya sambut hari lahir ni dan saya tak akan lupa sampai bila-bila semasa saya umur 6 tahun. 

Masa tu saya sekolah tadika, saya nak rasa sangat makan kek, jadi saya mendesak mak saya belikan saya kek.

Sebab dengar kawan cerita macam best..

Jadi mak bapak saya pun belikan sebiji kek untuk saya.

Itulah ,first time saya dapat makan kek harijadi.

Tapi bila fikir balik,rasa berdosa pula...

Sebab arwah bapa saya mana ada duit sangat nak beli.  Masa tu, bapa saya seorang penoreh getah,pendapatan pun tak menentu.

Lebih baik duit beli kek tu buat beli beras, tapi tulah masa tu saya kecil lagi...tahu nak minta sahaja.

Dah umur 30 an ni, bila tahu hari lahir nak dekat, saya jadi sedih pula...

Umur sahaja meningkat...pencapaian dalam hidup tak ada.

Entahlah...

Semoga yan baik-baik sahaja untuk kita semua.

Insya-Allah...

amin.

Thursday, October 7, 2021

Nak keluar ke tak

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Semua pun tahu yang negeri Melaka sekarang ni tengah ada krisis politik.

Saya seboleh-bolehnya tak nak blog saya ada unsur politik.

Sebab saya tak minat politik-politik ni.

Tapi nak buat macam mana,terperanjat juga bila tiba-tiba Yb kawasan saya keluar parti.

Bagi saya ok sahaja Yb kawasan saya.

Beliau buat kerja. Malah abang ngah saya meninggal pun dia ada datang ziarah.

Tak pasti lah sebab apa Yb kawasan saya buat keputusan macam ni..

Nak mengundi Yb saya ni semula,dia dah tukar parti. Saya tak pro sangat ke parti yang satu lagi.

Cuma sekarang ni saya berbelah bahagi kalau diadakan pilihan raya negeri semula.

Nak keluar mengundi saya malas..

Yelah,sebab masa covid ni,sembahyang Jumaat pun ada masanya saya tak pergi sebab S.O.P

Ni tiba-tiba kalau dibuat pilihanraya,tak kena takut meningkat semula kes covid.

Ikutkan hati saya,kalau ada banyak duit nak saja saya calonkan diri sendiri..senang..saya undi diri sendiri sahaja..

Tapi tulah, income pun tak tetap. Jika ada duit baik saya buat belanja keluarga,lagi bagus.

Sekarang ni tengah berbelah bahagi..nak keluar mengundi ke tak nanti kalau pilihanraya diadakan.

Harap lah yang baik-baik sahaja selepas ni.

Semoga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

Insya-Allah...

Amin.



Tuesday, October 5, 2021

Kemei Professional Hair Clipper KM-1419

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Hari ni saya cuma nak share satu barang yang saya beli bulan lapan haritu.

Saya beli hair clipper. Sebab waktu tu kedai gunting rambut tak buka sebab PKP.

Sebab susah nak gunting rambut,jadi saya beli sahaja hair clipper. Senang.

Rambut saya pun kerinting. Tak ada nak buat fesyen apa pun.

Pakai hair clipper, sodok saja rambut.

Tak serabut dan rimas bila rambut saya menebal. 

Gunting sendiri saja.

Cuma tak kemas sangat macam kedai gunting rambut saja lah.

Tak kisahlah..rambut sendiri.

Dapat juga saya jimat duit sikit-sikit.

Saya beli hair clipper ni dekat shoppe.

Jenama Kemei, model KM-1419

Harga rm22.90.

Sekejap saja sampai, dalam dua tiga hari macam tu lah..

Nanti saya akan buat video YouTube pasal hair clipper ni.

Moga ada manfaatnya.

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

Insya-Allah...

Amin.

Sunday, October 3, 2021

Dapat panggilan daripada scammer

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Hari Jumaat haritu saya ada dapat satu panggilan telefon.

Malas nak angkat mulanya sebab tengok nombor macam pelik sahaja.

Dulu saya ada download apps Truecaller tapi entahlah macam tak best pakai,saya uninstall balik.

Jadi saya tak tahu siapa yang call.

Bila angkat tiba-tiba cakap saya ada notis perintah mahkamah.

Pasal ada hutang tak bayar.

Ikutkan hati nak saja saya maki.

Tapi malas nak fikir banyak,saya tutup sahaja telefon.

Senang.

Terus saya block sahaja nombor tu.

Menyusahkan orang betul lah scammer ni.

Saya ingat ada panggilan interview kerja ke apa..

Rupanya scammer.

Harap lah ni last saya dapat panggilan macam ni.

Harap yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

Insya-Allah..

Amin.

Wednesday, September 29, 2021

Status dalam Mysejahtera dah bertukar

 Assalamualaikum  w.b.t dan salam sejahtera semua.

sumber gambar:google images


Alhamdulillah...baru-baru ni status dalam mysejahtera saya dah bertukar.

Sebelum ni partially vaccinated, sekarang dah jadi fully vaccinated.Warna kuning.

Kena rajin refresh status, saya banyak kali juga refresh,makan masa berminggu juga rasanya.

Bila dah jadi fully vaccinated, maknanya saya dah boleh dine-in di kedai makan atau warung.

Tapi saya malas, mungkin sebab dah terbiasa bungkus sahaja,sampai sekarang pun saya bungkus sahaja.

Malah ada kedai yang masih amalkan konsep bungkus sahaja.

Saya nak keluar rumah pun malas.

Memang daripada dulu saya jenis malas nak keluar.

Pergi satu tempat,lepas tu balik.

Tak suka sangat pergi berjalan atau nak meronda-ronda ni.

Saya lebih suka duduk rumah sahaja.

Jadi dah fully vaccinated pun saya rasa sama sahaja hidup saya.

Cuma senang sikit kalau saya ada nak masuk mana-mana premis.

Kita sekarang ni pun terpaksa hidup dalam norma baharu.

Hidup dengan wabak covid ni.

Haraplah yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

Insya-Allah..

amin.

Wednesday, September 22, 2021

GIVEAWAY #1 by AisyahNizam

 

klik banner untuk join =)



kenapa saya nak menang ikan bilis salted egg ni? sebab saya tak pernah rasa..haha..tapi memang saya tak pernah cuba..ikan bulis tu biasa lah makan, cuma ikan bilis salted egg ni tak pernah lagi, jadi kalau saya menang boleh rasa ikan bilis salted egg ni.. =)

Monday, September 20, 2021

Jatuh

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Post kali ni saya nak minta tolong doakan saya cepat sembuh.

Sebab semalam saya jatuh tergelincir semasa nak turun tangga.

Tak perasan macam mana saya boleh jatuh.

Sedar-sedar saya dah terbaring sakit.

Mujur kepala saya tak terhantuk.

Teringat saya kepada arwah abang ngah saya yang meninggal sebab jatuh nak ke bilik air.

Saya rasa sakit.

Sakit dekat bahagian pinggang dan belakang badan.

Nak urut saya takut lagi teruk.

Mujur tak ada apa yang patah.

Cuma tulah, bila saya berjalan kadangkala akan terasa sedikit rasa sakit.

Harap cepatlah sembuh.

Mohon doa semua ya..

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

Insya-Allah...

Amin.

Thursday, September 16, 2021

Selamat Hari Malaysia

 




sumber gambar:google images


Wednesday, September 15, 2021

Rasa macam kena tipu

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Hari ni rasa macam kena tipu pula.

Tadi pergi hantar kereta saga untuk tukar tayar sebab dah botak.

Bila sampai kedai,deal apa semua,tauke tu cakap rm600 siap semua,termasuk alignment dan balancing.Tukar empat-empat tayar.

Tayar jenama duraturn,saiz 195/55/15.Tayar baru.

Dekat shoppe dalam rm120-130 macam tulah harga sebiji tayar.

Bila tukar semua termasuk tukar skru apa entah..rm10 sebatang,yang ni pun kena tipu juga rasanya..sebab cek dekat kedai spare part..baru 3,4 ringgit.

Lepas tu bila dah siap tukar tayar..tak buat alignment pun..pelik betul.

Bila tanya,cakap buat alignment harga lain..kena caj rm25..

Malas nak layan dan rasa macam kena tipu,saya tak buat alignment.

Jadi jumlah semua saya kena bayar rm640 ringgit.

Pening kepala,saya dah lah nak dekat sebulan tak pergi niaga.

Bukan biasa tukar tayar sekali dengan allignment dan balancing ke?

Pergi kedai ni sebab dekat dengan rumah saja..bahaya nak bawa kereta jauh sebab tayar dah botak habis.Tidak boleh juga saya cari kedai lain.

Entahlah...

Betullah orang cakap..nak bawa kereta ni sedikit sebanyak kena tahu pasal asas jaga kereta.

Kalau tak nanti mudah kena tipu.

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

Insya-Allah...

Amin.

Thursday, September 9, 2021

Saya telah divaksin



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Alhamdulillah, saya dah selesai dua dos vaksin.

Saya dapat vaksin sinovac.

Sekarang ni tengah tunggu sijil vaksinasi dalam mysejahtera..

Tak tahulah berapa lama..

Harap segeralah dapat sijil tu.

Senang saya nak pergi berjaja atau apa-apa urusan lain.

Semoga yang belum dapat lagi,akan dipanggil juga.

Semoga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

Insya-Allah...

Amin.

Sunday, September 5, 2021

SUPRISE GIVEAWAY BY AIENIENKA

 

klik banner untuk join =)


suprise yang saya pernah dapat, rasanya tak ada sangat,cuma adalah sesekali dulu masa belajar,kawan ada buat sambutan harijadi, terima kasih atas memori tu. =)

Tuesday, August 31, 2021

Selamat Hari Merdeka

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Selamat Hari Merdeka yang ke 64. 

Tema kemerdekaan negara tahun ni Malaysia Prihatin.

Sesuai dengan keadaan semasa, semoga kita terus jaga kita.

Tahun ni masih dalam keadaan pandemik covid nampaknya.

Harap tahun depan dapatlah kita sambut tanpa covid.

Tengok negara lain yang tengah ada masalah macam Palestine dan Afghanistan buat saya rasa lebih menghargai nikmat kemerdekaan negara.

Harap kita dapat kekalkan keamanan negara sampai bila-bila.

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

Insya-Allah..

Amin.

Thursday, August 26, 2021

Dah nak habis bulan lapan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Sudah hampir habis bulan lapan ya.

Tak terasa betul.

Saya sekarang sebenarnya pun dah tak ambil peduli sangat pasal tarikh ni.

Niaga saya tak pergi, duduk rumah,baring saja..kenapa jadi macam ni..

Saya pun tak tahu.

Baru-baru ni duit pampasan kemalangan arwah abang ngah saya dah selesai.

Saya pun tak minat nak ambil, saya bagi mak saya saja.

Duit tu bukan boleh hidupkan abang saya balik pun.

Entahlah...

Setiap kali lalu tempat sawah atau sungai saya akan teringat pergi memancing dengan abang ngah saya.

Dia yang pandai memancing pun, saya teman saja.

Sekarang ni nak tengok joran abang ngah saya pun saya rasa tak kuat.

Lemah betul saya ni.

Saya doakan yang baik-baik untuk sesiapa yang terbaca atau membaca post di blog saya ni.

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

Insya-Allah...

Amin.

Thursday, August 19, 2021

Spark plug mesin rumput

 Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua.


Tadi siang, saya beli spark plug untuk mesin rumput.

Sebab saya nak mesin rumput dekat rumah, sehari sebelum tu,start-start tak hidup.

Puas godek, last-last buka penutup spark plug, tengok spark plug dah hitam terbakar.

Patutlah tak hidup-hidup.

Mulanya, saya pergi dekat bengkel motor yang biasa saya repair motor saya,tapi tak buka pula.

Pergi depan sikit,ada bengkel motor lain, tanya ada tak spark plug mesin rumput jenama bosch..tak ada,yang ada NGK.

Bolehlah... saya pun tak tahu beza NGK dengan BOSCH ni, tapi mesin rumput yang saya beli memang pakai BOSCH...

sumber gambar:google images


Dah tak ada,saya beli sahajalah apa yang ada..

Nak buat mesin rumput rumah sahaja..

Cuma sekarang ni saya konfius, spark plug mesin rumput dengan spark plug motor berbeza ke? ke sama? 

Lagi satu saya beli harga spark plug jenama NGK ni tadi harganya rm 6.50, macam mahal saya rasa..tapi malas nak cari tempat lain,saya beli sahaja.

Dah test tadi,boleh guna..

Tapi itulah,harap sesiapa yang membaca atau terbaca post saya ini,boleh jelaskan kepada saya,beza ke spark plug mesin rumput dengan spark plug motor?

Maaflah kalau yang saya tanya ni soalan bodoh, tapi saya memang tak tahu.

Semoga ada yang sudi membantu..

Semoga yang baik-baik sahaja untuk kita semua...

insya-Allah...

amin.

Sunday, August 15, 2021

Roti Naik Johor

 Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua.

Tadi tengah tengok tv, terlayan pula rancangan lesung pipit..rancangan lama rasanya sebab pengacara dia Yana Samsudin belum pakai tudung lagi.

Ok,sebenarnya tadi masakan yang ditunjukkan ialah masakan daripada negeri Johor, ada tiga resipi tadi.

Botok-botok. ikan cencaru masak terutup dan last sekali roti naik.

Rasa macam best pula tengok buat roti naik  tu, jadi saya google resipi roti naik ni.

Maka saya simpan dan share sinilah resipi roti naik tu..senang kalau saya nak buat nanti.

sumber:google images


Resepi : Roti Naik Johor

Oleh : Che Mat Gebu

Dicuba oleh : Umi's Cup Cake


BAHAN-BAHANNYA :-)

400 g tepung roti

100 g tepung Hong Kong (mat guna tepung gandum je)

250 ml air

50 g susu tepung

3/4 camca teh bread improver (yg ni resipi asal tak letak)

180 g gula perang (brown sugar) Mat guna 120 g gula halus

100 g mentega

11 g yeast segera

1 camca teh esen vanilla



Satukan semua bahan2 di atas dalam satu bekas besar, kecuali mentega. Uli hingga menjadi doh, masukkan mentega sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh yang kenyal. Bulat2 kan doh dan biar 45 minit atau naik.            
 

Tumbuk doh untuk membuang udara, bahagikan kepada 16 bahagian yang sama besar, bulat2kan doh dan susun dalam tin yang telah disapu dengan sedikit mentega. Tutup dengan kitchen towel bersih dan biar kan 1 jam atau hingga naik.

Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 15 - 20 minit. Sapu mentega pada permukaan roti sejurus dikeluarkan dari oven. Sejukkan sepenuhnya sebelum dihidang....

Thursday, August 12, 2021

Rasa takut

 Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua.









Rasa takut, sekarang ni saya memang rasa takut.

Takut sebab kes covid semakin meningkat.

Malah dekat kampung yang saya duduk juga dah banyak kes covid.

Malah sudah ada kematian, kematian warga emas,ibu mengandung,anak oku...

Sungguh menakutkan.

Rasa takut..

Tadi pagi,saya bangun macam biasa pukul 4.30 pagi,nak bersiap untuk ke pasar borong untuk meniaga,saya rasa tak sedap hati.

Saya termenung sekejap...rasa takut tiba-tiba sahaja datang.

Entah kenapa..

Saya rasa macam tak seronok nak pergi berniaga.

Saya rasa resah, sekejap saya duduk,sekejap saya berdiri,sudahnya saya termenung sahaja di atas kerusi.

Last-last saya buat keputusan untuk tak pergi berniaga hari ini.

Tak tahulah kenapa.

Rupanya ada sebab kenapa hati saya rasa tak seronok...

Lewat petang tadi,saya dapat info daripada group whatsapp pasar borong,ada ramai pekerja warga asing yang disahkan positif covid.

Bukan itu sahaja, ada penjaja yang berdekatan dengan tapak saya berniaga juga positif covid..

Mujur juga saya dah dekat seminggu tak datang berniaga sebab nak uruskan hal arwah abang ngah saya.

Baru tadi saya rasa nak berniaga, tapi tiba-tiba sahaja rasa tak sedap hati.

Rupanya ada sebab.

Difahamkan juga pasar tempat saya berniaga tu besar kemungkinan akan ditutup lagi dua tiga hari.

Barangkali untuk proses sanitasi.

Tak apalah, sementara waktu ni,saya rehat sahaja dulu dekat rumah.

Tunggu keadaan reda dulu,baru saya pergi berjaja semula.

Moga cepatlah covid ni hilang.

Saya dah lama daftar vaksin masih tak dipanggil,harap adalah rezeki saya nak dapatkan vaksinasi.

Semoga kita semua dapat hidup semula macam dulu.

Kembali kepada kehidupan sebelum covid ni.

Semoga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

insya-Allah...

amin.

Saturday, August 7, 2021

Merdeka Giveaway by TarotTheFool

 

klik banner untuk join =)


Habis PKP ni, saya nak lawat kubur arwah abang ngah saya,dan kubur arwah bapa saya.. setakat ini itu sahaja yang selalu saya fikirkan...


Monday, August 2, 2021

Cabut gigi

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Alhamdulillah,hari ni saya selesai cabut gigi bongsu yang bengkak tu.

Tak lama pun prosesnya.

Appointment saya pukul 8 pagi, urusan kaunter semua dalam 20 minit. 

Masa nak cabut tu,doktor bagi bius,jadi tak sakit sangat.

Rasa sakit sikit-sikit saja.
 
Cuma bibir saja rasa kebas.

Saya rasa cabut tu dalam setengah jam prosesnya..sebab nak bagi bius tu berkesan.

Jadi bila cabut tak rasa sakit.

Selesai semua tu, doktor bagi ubat tahan sakit, tapi makan bila rasa betul-betul sakit.

Saya tak makan sebab lepas balik,rehat,tidur sekejap rasa sakit sikit-sikit saja.

Boleh makan minum macam biasa.

Kira ok lah.

Selesai satu hal.

Bayar pun RM 1.00 sahaja sebab klinik gigi kerajaan kan.

Syukur, Alhamdulillah.

Selesai sikit rasanya.

Semoga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

Insya-Allah...

Amin.

Sunday, August 1, 2021

Nak gunting rambut

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Saya sedang mencari semula kekuatan,semangat dalam diri,dalam hidup ni.

Langkah kecil yang saya lakukan hari ini, nak gunting rambut,tapi mungkin sebab PKP kedai tak buka. Salon rambut adalah buka tapi tak berbaloi bagi saya. Sebab rambut saya senang saja gunting. Pakai mesin tu minta nombor dua..selesai.Jadi tak berbaloi saya nak bayar sampai berpuluh ringgit untuk gunting rambut saya.

Mungkin saya beli dekat shoppe mesin potong rambut tu,senang,gunting sendiri. Tapi masalahnya saya ada masalah carpel tunnel..jadi memang jenis tangan menggigil saja ni. Macam mana nak pegang mesin.

Last-last tak jadi gunting rambut,saya beli minyak hitam motor. Motor pun dah semput. Tapi tulah,saya beli dekat petrol pump, harga macam mahal saja. Tengok dekat shoppe baru beberapa belas ringgit.
Entahlah...

Besok saya nak pergi klinik gigi, sebab nak cabut gigi bongsu. Harap mudahlah semua urusan.

Semoga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

Insya-Allah...

Amin.

Wednesday, July 28, 2021

Entahlah

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Lama rasa tak tulis dekat blog ni.

Rasa malas sungguh.

Bukan setakat malas nak menulis dekat blog,malah malas nak buat benda lain juga.

Kenapa ya?

Memang rasa tak ada mood sungguh.

Selepas raya haji haritu,saya rasa macam malas nak buat apa-apa.

Saya pun tak tahu nak cerita macam mana perasaan saya sekarang ni.

Rasa serabut,kusut saja.

Tambah-tambah lagi gigi saya sakit.
Bengkak...makin rasa serabut jadinya.

Baru pergi klinik gigi, nanti Isnin depan saya kena buat pembedahan cabut gigi.

Dua, tiga hari ni memang saya bangun,tidur, makan, tengok tv,itu sahaja rutinnya.. tengok tv pula tambah serabut bila tengok kes covid makin naik,ahli politik bertekak tak sudah,itu sahaja ceritanya.

Entahlah, tapi entah kenapa sekarang ni bila nak tidur saya asyik teringat arwah abang ngah saya..

Saya tak peduli pun kalau nak cakap semangat saya tak kuat...saya peduli apa,saya rindu abang ngah saya, abang yang susah senang dengan keluarga saya.

Saya pun tak tahu kenapa saya jadi macam ni.

Saya tak tahu nak buat apa.

Moga ada yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

Insya-Allah...

Amin.

Monday, July 19, 2021

Selamat hari raya Aidiladha

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Selamat hari raya Aidiladha tahun 2021.

Tahun yang berbeza untuk saya.

Tiada lagi kelibat seorang abang ngah semasa hari raya Aidiladha.

Mungkin juga tahun ni saya tak dapat sembahyang raya kerana jumlah bilangan jemaah yang dihadkan.

Tahun yang sungguh berbeza bagi saya.

Suasana hari memantai,atau sehari sebelum raya, pelanggan juga kurang datang ke pasar. Sungguh dirasai kesan pandemik ini.

Tahun depan entah saya lagi atau tak.

Jadi,saya ingin mohon maaf kepada semua yang membaca atau terbaca post di blog saya ini.

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

Selamat hari raya Aidiladha.

Insya-Allah...

Amin.


Tuesday, July 13, 2021

Kanak-kanak hampir lemas dalam kereta

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Hari ni saya cuma nak kongsi pengalaman yang baru sahaja berlaku dalam hidup saya.

Saya dapat lihat sendiri bagaimana seorang kanak-kanak hampir lemas dalam kereta.

Kanak-kanak itu ditinggalkan sebentar oleh ibu dia.

Mungkin sebab ibu dia rasa urusan dia cepat sahaja. Sekadar nak beli barang handphone kalau tak silap saya.

Saya tahu sebab saya pelanggan yang beratur di belakang ibu tersebut.

Kami berada di kedai yang sama.

Mungkin sebab itu saya rasa ibu tersebut biar sahaja anak dia dalam kereta.

Sebab urusan dia tak sampai lima minit.

Jadi kanak-kanak tersebut dibiarkan dalam kereta dan dipasang aircond.

Malangnya saya rasa kanak-kanak itu lock kereta dari dalam dan kemudian terlelap.

Panik juga tadi.

Ramai-ramai tolong membantu.

Alhamdulillah kanak-kanak itu terjaga bila kereta digoncang beramai-ramai.

Sedikit perkongsian kepada semua,jika boleh usah ditinggalkan anak kecil dalam kereta. Sebab kita tak boleh nak jangka perkara yang boleh terjadi.

Jika terpaksa juga,bukalah sedikit tingkap kereta supaya ada ruang udara.Supaya boleh mengelakkan lemas dalam kereta.

Semoga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

Insya-Allah...

Amin.

Wednesday, July 7, 2021

Terlepas ujian

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Hari ni saya agak sedih sedikit.

Sedih sebab saya terlepas ujian online SPA bagi jawatan pegawai perhubungan perusahaan.

Saya tak perasan pasal benda ni.

Saya cek emel baru perasan.

Tu pun tak sengaja terbuka bahagian spam.

Biasanya saya cuma baca inbox.

Bila cek, saya dah terlepas lima hari dari tarikh ujian tu.

Adoi...dalam sistem nanti mesti akan tulis tidak hadir temuduga ujian.

Sedih betul sebab rasanya akan beri kesan kepada saya kalau nak mohon semula jawatan tu nanti.

Kecewa,terkilan, macam-macam lagi lah perasaan saya sekarang ni.

Sesiapa yang terbaca atau membaca post ni sudi-sudikanlah doa untuk saya.

Doa yang baik-baik ya.

Mana tahu,jika ada rezeki saya untuk dapat kerja kerajaan sebab daripada doa kalian semua.

Saya doakan juga semoga kita semua selamat dunia dan akhirat.

Insya-Allah...

Amin.

Monday, July 5, 2021

Jom Join GiveAway Blog ShalimarYusofDotcom

 

klik banner untuk join =)

Friday, July 2, 2021

Kibar bendera

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Sekarang tengah tular kempen kibar bendera putih.

Kibarkan bendera putih ni kalau tiada bekalan makanan di rumah,terputus sumber pendapatan,dan sebagainya.

Memang bagus kempen ni.

Sekurang-kurangnya bila tengok ada rumah yang kibar bendera putih maka kita tahu mereka sedang mengalami masalah.

Tapi yang tak seronoknya bila timbul macam-macam hal atau perkara bila kempen kibar bendera putih ni dijalankan.

Saya secara peribadi,setuju dengan kempen kibar bendera putih ni.

Kita tak tahu masalah orang.

Kita tak tahu masalah yang dihadapi dalam keluarga mereka.

Mereka yang kibar bendera putih juga mungkin tak tahu cara yang boleh dilakukan untuk mendapat pertolongan segera.

Jadi dengan kibar bendera antara langkah bijak bagi saya.

Haraplah tak dipolitikkan perkara macam ni.

Mereka kibar bendera putih bukan tanda kalah.

Mereka sedang mohon pertolongan.

Jika kita tak mampu tolong,usahlah memberi komen negatif terhadap mereka.

Kita rakyat marhaen sekarang tengah susah.

Jika kita tak jaga kita,siapa lagi nak jaga?

Haraplah yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

Insya-Allah...

Amin.

Sunday, June 27, 2021

Sambung lagi

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Rasanya semua dah maklum yang PKP disambung lagi.

Tak mengejutkan sangat,sebab dengan kes masih naik,lepas tu nak dekat raya haji.

Jadi tak nak bagi ramai balik kampung sambut raya haji, mungkin antara salah satu sebab PKP disambung.

Memang terkesan dengan berita ni.

Sebab saya nak lawat kubur abang ngah saya,kubur bapa saya,maka masih tak boleh lagi 

Lepas tu ada beberapa urusan melibatkan hal arwah abang ngah saya masih tak dapat diselesaikan.

Tak tahulah sampai bila nak jadi macam ni.

Pakej bantuan pun saya rasa macam tak berapa ada untuk golongan bujang macam saya.

Bujang diberi rm100 kan hujung bulan ni.
 
Rasanya itu sahaja untuk golongan bujang.

Tak tahulah kalau ada penambahan untuk golongan bujang.

Entahlah...

Sampai bila agaknya lockdown ni kan.

Moga yang baik sahaja untuk kita semua.

Insya-Allah...

Amin.

Thursday, June 24, 2021

Sayu bila baca berita macam ni

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Sekarang ni saya banyak terbaca kes bunuh diri yang berlaku di Malaysia.

Saya baca dekat Facebook.

Difahamkan mereka pilih untuk buat tindakan macam tu sebab kesan PKP.

Mereka hilang kerja,tak boleh berniaga,hilang punca pendapatan.

Nak sara hidup sendiri pun susah apatah lagi nak sara keluarga.

Banyak juga yang tertekan kesan daripada PKP ni.

Sayu bila baca kes-kes macam ni kan.

Kita tak berada di tempat mereka.Kita tak tahu masalah mereka.

Jadi haraplah kita tak komen yang bukan-bukan kepada mereka yang mengambil tindakan macam tu kan. Mereka mungkin dah tak ada,tapi mereka mungkin masih ada keluarga yang akan terasa sedih dengan komen yang diberi.

Kita cuma mampu mendoakan semoga negara kita segera pulih.

Covid hilang,PKP ditamatkan.

Masyarakat menjalani kehidupan seperti biasa.

Semoga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

Insya-Allah...

Amin.

Wednesday, June 23, 2021

Rindu pada makanan di Sarawak

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Secara tiba-tiba saya terasa rindu dan teringat pengalaman semasa belajar di Unimas,Sarawak dahulu.

Teringat kenangan,pengalaman yang diperolehi di sana.

Tapi asyik teringat makanan di sana.

Saya teringat warung 2000 di Kota Samarahan.

Warung ni tempak lepak wajib bagi pelajar di sana.

Tempat tengok bola,makan dan lepak-lepak.

Dekat situ ada jual pelbagai makanan.

Mee kolok,laksa Sarawak,nasi ayam madu,roti canai dan macam-macam lagi lah.
 Air yang istimewa,teh c peng. Sedap rasanya.

Tapi yang saya teringat,makanan nasi ayam mak entek.

Nasi ayam mak entek ni special sebab ada rempah khas rasanya.

Sedap memang sedap.

Tapi kena banyak bersabar kalau order.

Satu sebab penjual dia susah nak senyum.

Satu lagi sebab banyak orang order,jadi lambat nak dapat.

Tak tahulah sekarang macam mana.

Mungkin dah ada peningkatan dan perubahan.

Ada satu lagi makanan,atau buah yang saya pernah makan yang saya teringat balik.

Buah dabai. Buah ni saya dapat rasa bila kawan Sarawak saya bawa daripada kampung dia.

Sedap makan dengan sambal kicap.

Banyak lagi makanan Sarawak yang saya pernah makan rasanya tapi tak ingat nama.


Dah lama tak pergi Sarawak.

Jika ada rezeki dapat kembali ke sana,nak sangat pergi semula.

Mana tahu ada rezeki bekerja dekat sana atau saja-saja berjalan ke sana.

Doakan ya.

Moga yang baik sahaja untuk kita semua.

Insya-Allah...

Amin.


Monday, June 21, 2021

SEGMEN : JOM REFRESH BLOGLIST

 

klik banner untuk join =)

Sunday, June 20, 2021

Selamat Hari Bapa

 Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua.


Selamat hari ayah,abah,walid,abi,papa,apak,dady kepada semua mereka yang bergelar ayah.

Hargailah ayah selagi mereka masih ada.

Saya tak sempat nak balas jasa arwah  bapak saya.

Masa dia sakit saya tak jaga.

Sampai sekarang rasa menyesal tak sudah.

Jasa bapak saya dekat keluarga terlalu besar.

Cari rezeki,nafkah untuk kami sekeluarga.

Nak besarkan anak,nak sekolahkan anak.

Tapi apa boleh buat, saya tak dapat nak balas jasa bapak saya.

Sebaliknya,saya banyak dosa,banyak buat silap dengan bapak saya.

Harap sangat sebelum dia pergi,dia dah maafkan saya.

Al-fatihah untuk arwah bapak saya

Mohktar bin Manaf.

Pergi pada 20/2/2010.

Semoga bapak ditempatkan dalam kalangan orang beriman,diampunkan segala dosa.

Insya-Allah..

amin.

Friday, June 18, 2021

Kematian

 Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua.


Banyak perkara dalam hidup ni yang tak pasti.

Tak pasti kalau kita masih sihat esok hari.

Tak pasti kalau kita ada kerja lagi besok hari.

Tak pasti kalau kita ada kawan sampai bila-bila.

Tak pasti kalau kita meniaga ada pelanggan atau tak.

Banyak perkara dalam hidup ni yang tak pasti.

Tapi satu perkara yang pasti.

Mati.

Kematian.

Mati itu pasti kan?

Malah, sangat dekat dengan kita sebenarnya.

sumber gambar:google images


Saya hilang nenek pada usia 9 tahun, saya hilang ayah pada usia 20 tahun, saya hilang abang kedua pada usia 31 tahun.

Sentiasa ada kematian yang berlaku, dekat dengan kita. Suka tak suka kita tak boleh nak elak.

Penyakit covid menyebabkan kematian merupakan satu perkara yang menjadi biasa ketika ini.

Kampung saya juga sudah ada kematian akibat covid 19 ni.

Seorang ibu yang sedang mengandung anak kedua,meninggal bersama kandungannya kerana covid. Muda lagi dalam lingkungan umur 30 an, emak dan neneknya masih dirawat,koma masih tak sedarkan diri.

Hal ini menyebabkan saya terfikir, adakah saya akan hidup lama? atau tidak.

Ajal maut memang sudah tertulis,cuma yalah,kadang terfikir juga bila agaknya ajal saya?

Secara jujur,banyak lagi hal dalam hidup ni yang saya belum capai.

Saya belum pergi haji. 

Saya masih lagi nak mencari ilmu, sama ada ilmu dunia atau ilmu akhirat.

Saya masih nak terus berblogging.

Saya nak cuba kurangkan berat badan.

Saya nak buat rawatan lasik mata.

Banyak lagi perkara yang saya nak capai...

Entah dapat atau tak.

Tapi bila dah sampai ajal,kita tak mampu nak menolaknya kan?

Tak lewat sesaat,tak cepat sesaat.

Sampai masa untuk mati.

Maka matilah kita.

Moga kita semua diampunkan dosa.

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

Insya-Allah..

amin.

Monday, June 14, 2021

Macam tak masuk akal

 Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua.


Post kali ni saya nak lepas geram sahaja.

Sebabnya, ada perkara yang tak masuk akal berlaku.

Pokok ubi yang ditanam oleh arwah abang ngah saya telah dicuri.

Ya,dicuri.

Dicabut,dicuri.

Memang tak masuk akal kan.

Pokok ubi,yang saya rasa belum nak masuk sangat isi,atau belum nak jadi isi telah dicuri.

Entahlah.

sumber gambar:google images


Mungkin terlalu susah agaknya.

Mungkin juga ada penyakit suka mencuri.

Banyak juga barang tak masuk akal yang pernah dicuri daripada rumah saya atau pun rumah jiran.

Bakul yang dah pecah.

Buah kelapa muda jiran.

Buah kelapa tua jiran cina.

Periuk yang dah bocor.

Tempat kopek kelapa yang dah berkarat.

Anak pokok cili.

Rak kasut yang dah buruk.

Bila fikir balik,memang tak masuk akal.

Tapi nak buat macam mana.

Mungkin kalau tak mencuri,jadi sakit-sakit badan mereka ni.

Kadang terfikir juga.

Miskin sangat ke sampai benda macam ni pun dicuri?

Mungkin lah..

Ish,memang tak masuk akal betul bila fikir kan perkara ni.

Tak apalah, moga-moga dengan sebab berlakunya perkara macam ni, saya dan keluarga diampunkan dosa dan dimasukkan ke dalam syurga.

Insya-Allah..

amin.


Sunday, June 6, 2021

Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri

 Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua.

Hari ni saya nak berkongsi tentang skim di bawah perkeso iaitu Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri.

sumber gambar:google images


Skim ni khusus untuk golongan yang bekerja sendiri. Contohnya macam saya, seorang penjaja,maka saya bekerja sendiri,jadi saya layak untuk mohon skim ini.

Saya sebenarnya baru sahaja join skim ini.

Tapi tak apalah, saya cuma nak kongsi serba-sedikit sahaja pasal skim ni.

Saya kongsikan serba-sedikit maklumat mengenai skim ini yang saya ambil daripada laman web perkeso.

"Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri diwujudkan untuk memberi perlindungan kepada individu yang menjalankan pekerjaan sendiri di bawah peruntukan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017.

Sebagai permulaan skim ini diwajibkan ke atas Sektor Pengangkutan Penumpang iaitu pemandu teksi, e-hailing dan pemandu bas di bawah peruntukan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 berkuatkuasa mulai 1 Jun 2017.

Mulai 1 Januari 2020, perlindungan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri telah diperluaskan kepada 19 sektor pekerjaan sendiri yang lain."


19 sektor lain tu termasuk macam saya,golongan penjaja. Nak info lebih lanjut boleh layari laman web perkeso~

https://www.perkeso.gov.my/perkhidmatan-kami/perlindungan/akta-keselamatan-sosial-pekerjaan-sendiri-2017-akta-789/skim-keselamatan-sosial.html


Saya ambil pelan caruman yang paling murah iaitu rm13.10 sebulan,jadi setahun rm 157.20.

Ok lah tu,sebab saya pun bujang, tak ada anak isteri,maka caruman ni pun dah kira cukup untuk saya.

Banyak faedah jika kita masuk pelan caruman Perkeso ni.

Antara faedahnya,kalau kita kemalangan,atau kita meninggal,contoh kalau saya meninggal,terlibat dalam kemalangan semasa nak pergi berniaga, maka melalui skim ini, waris saya,iaitu ibu saya akan dibayar oleh skim ini melalui faedah orang tangungan. Jumlah bayaran mengikut pelan caruman yang kita ambil. Banyak lagi sebenarnya faedah skim ini.

Maklumat lanjut tentang faedah yang terdapat dalam skim ni,boleh layari laman web ni~

https://www.perkeso.gov.my/images/sps/risalah/Risalah_SPS_BM10Jan2020.pdf

Harapnya,sedikit sebanyak adalah info atau maklumat yang boleh diperolehi daripada post ini.

Oh,saya juga tak mewakili perkeso ya atas penulisan saya ini, maklumat yang saya perolehi semuanya daripada website perkeso.

Saya kongsikan sebab saya salah seorang pencarum dalam skim ini.

Moga ada manfaatnya post kali.

Semoga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

insya-Allah...

amin.

Friday, June 4, 2021

Mellow Crunch Giveaway by Atiqah Najihah

 

klik banner untuk join =)

Thursday, June 3, 2021

GIVEAWAY SAMBAL BILIS PEDAS - d' SAMBAL licious

 

klik banner untuk join =)

Wednesday, June 2, 2021

Menang Giveaway Happy Birthday Giveaway by Abam Kie

 Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua.


Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t, saya telah terpilih sebagai salah seorang pemenang giveaway di blog abam kie, giveaway sempena harijadi abam kie.



ni link bagi keputusan pertandingan tersebut

http://www.zukidin.com/2021/06/keputusan-happy-birthday-giveaway-by.html

Terima kasih kepada abam kie kerana sudi menganjurkan giveaway,harapnya lepas ni kalau dibuat lagi,saya masih berpeluang untuk turut serta.

Satu rezeki dan permulaan yang baik bagi saya untuk bulan Jun ini.

Harapnya lepas ini saya akan lebih rajin dan semangat untuk join segmen,giveaway atau apa-apa sahaja yang dijalankan oleh rakan blogger yang lain.

Mudah-mudahan saya akan terus menjadi seorang blogger.

Semoga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

insya-Allah..

amin.

Tuesday, May 25, 2021

Khairat Kematian Perkeso

 Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua.

Post kali ini, saya cuma nak berkongsi info, ini untuk mereka yang tak tahu ya, yang dah tahu tu tak apalah. Boleh kongsi atau tambah-tambahkan maklumat dekat sini.

Saya nak kongsi tentang khairat kematian Perkeso.

Bila arwah abang ngah saya meninggal, maka ada beberapa perkara yang saya dan keluarga kena uruskan. Contohnya seperti urusan kwsp,asb dan juga perkeso.

Jadi,saya cuba kongsikan setakat mana yang saya tahu berdasarkan pengalaman saya uruskan hal-hal perkeso arwah abang ngah saya.

Perkara pertama yang kita kena buat bila seseorang tu meninggal, kita kena daftar kematian, daftar kematian ni dekat Jabatan Pendaftaran Negara. Kena bawa surat laporan polis,laporan hospital dan dokumen lain yang mengesahkan kematian seseorang. Saya buat dekat Jabatan Pendaftaran, UTC Melaka.

Bila dah dapat surat atau dokumen yang mengesahkan kematian seseorang, jadi kita boleh pergi ke pejabat perkeso.

Macam dekat Melaka, pejabat perkeso dekat jalan MITC, Ayer Keroh,Melaka.

Tapi syaratnya, arwah ada caruman dalam perkeso. Kena pastikan atau dapat surat pengesahan daripada majikan. Macam abang saya, dekat slip gaji memang ada tertulis potongan Perkeso. Majikan pun ada bagi surat pengesahan.

Lepas dah ada dokumen yang lengkap semua tu, boleh pergi ke pejabat Perkeso untuk tuntutan hal-hal yang melibatkan kematian ni.

Cuma disebabkan sekarang ni zaman covid, maka kita kena buat temujanji dalam talian terlebih dahulu.

Caranya pergi ke website perkeso, lepas tu cari daftar temujanji. Bila dah siap isi tarikh dan waktu kekosongan yang ada, maka kita datang ke pejabat perkeso mengikut tarikh temujanji yang kita daftar tu.

Macam urusan perkeso arwah abang ngah saya, lepas dah siap isi dan hantar borang yang diberi Perkeso, dalam beberapa minggu atau bulan,saya tak ingat pula, maka duit khairat kematian akan dimasukkan ke dalam akaun yang kita bagi ke perkeso. Macam arwah abang ngah saya,duit khairat kematian Perkeso bagi rm 2 ribu ringgit. Boleh lah guna untuk uruskan kubur arwah abang ngah saya,nak pasang kepuk,atau apa-apa sahajalah untuk urusan arwah abang ngah saya.

Saya rasa setakat ini dulu yang saya boleh kongsikan, sebenarnya ada hal-hal lain lagi yang melibatkan urusan Perkeso ni, contoh macam pencen penakat. Tapi saya nak ulas perkara ini,saya pun tak pandai sangat, takut tersalah informasi pula. 

Sebenarnya masa saya belajar sumber manusia dulu,ada belajar pasal perkara-perkara ini,tapi sebab dah lama tinggal,saya pun dah tak berapa ingat sangat.

Sebaik-baiknya, kalau ada apa-apa masalah pasal perkeso ni,terus pergi pejabat atau telefon pejabat perkeso untuk mendapatkan maklumat sesuatu perkara. 

Saya cuma kongsikan apa yang saya dapat berdasarkan pengalaman saya uruskan hal perkeso arwah abang ngah saya.

Harapnya,adalah sedikit sebanyak informasi atau maklumat yang boleh diguna pakai.Mudah-mudahan dapat menjadi bekalan amal saya untuk hari akhirat.

Jika saya ada tersilap informasi atau maklumat,saya mohon maaf ya.

Semoga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

insya-Allah...

amin.


Sunday, May 23, 2021

GIVEAWAY RAYA 2021 - DUIT RAYA BY BOLA KATOK.

 

klik banner untuk join =)


saya tag semua rakan blogger untuk join giveaway ni.

Saturday, May 22, 2021

PKP 3.0

 Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Petang tadi dah diumumkan tentang Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 oleh menteri pertahanan Malaysia, Dato Ismail Sabri.

Secara jujur, saya tengok tak ada apa perubahan yang drastik pun.

Saya pun tak rasa nak tengok pengumuman tu dekat tv. Tak macam mula-mula PKP dulu, rasa semangat juga nak dengar tentang pengumuman ni. Sekarang dah tak rasa apa sangat.

PKP 3.0 ni saya rasa yang utamanya ialah waktu operasi ekonomi hanya dibenarkan daripada 8 pagi sehingga 8 malam sahaja.

Entahlah, saya memang jenis tak keluar rumah sangat waktu malam ni mungkin tak rasa apa sangat.

Mungkin orang lain,lain penerimaannya. Khususnya yang meniaga makan waktu malam,tak pun macam yang jual burger,jarang orang beli burger waktu siang. Rasanya mereka antara golongan yang terkesan dengan pengumuman ni. Harapnya mereka bertabah dan semoga dimurahkan rezeki.

Malah di negeri Melaka juga dah ada tempat rawatan khas covid. Dekat MITC kalau tak salah saya.Dah siap untuk beroperasi.

Seram dan bimbang mendengar kes covid makin hari makin naik.

Secara peribadi,saya rasa pelaksanaan PKP 3.0 ni tak adalah akan memberi impak sangat kepada kes covid ni. Tak kan kita tak keluar rumah waktu malam maka kes covid akan turun? covid bukan kira masa, covid ni virus yang bila-bila masa sahaja boleh menjangkiti manusia.

Nampaknya memang kita kena jaga diri sendiri nampaknya. Harapnya sebab kita jaga diri kita, secara tak langsung kita turut jaga kesihatan dan keselamatan orang lain.

Semoga cepatlah negara Malaysia kembali pulih.

Marilah kita sama-sama berdoa semoga kes covid turun,malah lebih baik sekiranya hilang terus virus ini di muka  bumi ini.

sumber gambar:google images


Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

insya-Allah...

amin.