Sunday, December 4, 2011

Puisi-Adakah Aku Layak?


Assalamualaikum w.b.t

Sebuah puisi untuk gambaran diri ketika ini.

Adakah Aku Layak?


Sudah cukupkah Aku?
Sudah sempurnakah Aku?
Untuk berpuas hati?
Adakah Aku sekadar di sini?

Adakah Aku Layak..................

Diri,ketika lemah,rajin berdoa,
Diri,ketika tabah,mudah benar terlupa,
Diri,ketika susah,ingin benar berubah,
Diri,ketika mudah,terus menjadi lemah,

Adakah Aku Layak....................

Aku terus berpusing
Berpusing dan berpusing,
Minda kosong,hati rungsing,
Sunyi atau bising?

Adakah Aku Layak.....................

Benar,Adakah Aku Layak?
Layak untuk berpuas hati?
Layak untuk terlupa berdoa?
Layak untuk mengurangkan borang itu?
Borang yang aku jadikan pengukur destinasi diri?

Aku,
Diri,
Doa,
Amal,

Aku tidak mahu mengulangi kesilapan yang sama berulang kali.....................................

Sunday, November 27, 2011

FOKUS 10 MINIT

As-salam



Fokus,mengikut buku yang pernah aku baca fokus atau tumpuan pemain bola sepak yang paling maksimum adalah pada 10 minit terakhir. Mengapa? mengikut buku motivasi yang aku lupa(kelemahan harus ada dalam manusia berlaku lagi)tajuk dan penulisnya mencatatkan bahawa 10 minit terakhir merupakan penentu kejayaan sesebuah pasukan itu sama ada mampu menang,menerima kekalahan atau akur dengan seri.

Fokus,di sinilah fokus memainkan peranan penting dalam diri pemain,mental harus kuat-betapa kagumnya diri ini kepada mereka,dalam menghadapi dan menyerap asakan khususnya dari aspek mental.

Fokus juga menyaksikan bagaimana sebuah pasukan bola sepak mampu bangkit dari kekalahan,menukar kemenangan kepada kekalahan dan mengikat keputusan seri.

Diri ini cuba mengaitkan fokus 10 minit terakhir dalam perlawanan bola sepak dengan kehidupan yang dialami~betapa sering sahaja diri mudah berpuas hati sehingga menyebabkan 10 minit terakhir dalam mencapai sesuatu dalam hidup terlepas-mencipta kekalahan sedangkan kejayaan hampir digenggam.

Harus diubah dan berubah,fokus diri ini harus diolah, mudah berpuas hati ternyata memakan diri.

Salam Maal Hijrah/Awal Muharram 1433H

Thursday, November 24, 2011

THE PATIENT BROTHER

Assalamualaikum w.b.t

This poem is dedicated to someone I knows that have a strong patient

The Patient Brother

He is just like another human being,

However,his life is very challenging,

Being ignore and a victim of bullying,

But,

He still very patient...................


Look mother,
Here come the patient brother,
Mother give a beautiful smile and says,

The past experience have teach him,

How anger destroy a humanity,

Now he try to be the best patient brother that mother ever see...

Want to hear his past experience story???

He have been scolded for million times...

Because luck is not with him,

World looks unfair to him,

One day,he exploit like a volcano,



Oh no,

Like mother have says,anger destroy humanity

But,the magic of family,

Make him realise,how important he to the family,


Without him,family become lonely,

He even keep quiet when breadwinner look down and scold on him while he was eating...........this is the reason "The Patient Brother" poem beeing created.

Saturday, November 19, 2011

Hebatnya mereka

Hebatnya mereka,-dedikasi untuk generasi "baby boomers"




Mereka...terlalu hebat,
Pantang berundur,semangat semakin kuat,
Hebat,hebat,....
Fizikal kuat,minda hebat.

Semalam,aku terpegun dan tersentuh,
Melihat minda golongan ini dibentuk dan diasuh,
Cara melihat dan berfikir mereka yang jauh,
Hati dan minda aku seperti dibasuh.....

Penjelmaan dan penjernihan minda aku harus dilakukan.......

Generasi mereka ini,
Diam-diam ubi berisi,
Seperti resmi ciptaan sendiri,
Ikutlah gaya padi........

Aku???diam kerana tidak berisi???tunduk kerana???kosong,hebatnya golongan mereka ini............

Bacaan mereka,
Pemahaman mereka,
Corak pemikir mereka,
Luar biasa.................................................................................


Hanya sebaris kata,beribu tafsiran terhadap dunia,....logik,imaginasi,kreativiti,dirangkumkan dalam sebaris patah perkataan.................................................................

Kumbang cari kembang,kambing datang kumbang terbang
-jawi yang tidak berbaris........................................................................................

Tuesday, November 15, 2011

Try and did not get or did not get it because not try???

Assalamualaikum w.b.t

Lesson from the past experience and from Cikgu Apis blog

It is better to try and did not get compare to did not get it because of not try.............................................................................................



"Try to pluck a flower...can not get it because of it thorn....bleeding....however....I have try..





Sunday, November 13, 2011

Alam

Assalamualaikum w.b.t

Alam ajar aku seribu cerita... ketika ini diri sedang belajar dari alam...ilham dari pencipta alam.

Friday, November 11, 2011

Bila berlebihan

Assalamualaikum w.b.t

Sebuah puisi untuk diri sendiri...

Bila terlalu berlebihan,

Mudah untuk putus asa di pertengahan,

Terlalu mengejar...

Penat... dan keletihan...

Bila yang dicitakan tidak kesampaian...

Ingin berhenti...tapi hati ingin berlari,

Terus mengejar impian,

Seringkali berlaku konflik dalaman diri,

Bila terlalu berlebihan,

Tersesak nafas menghadapi dugaan,

Hampir diri menyerah,

Hampir jiwa mengaku kalah,

Bila terlalu berlebihan...

Ingin MENJERIT!!! tapi tidak kedengaran...

Ingin BERHENTI!!! tapi masih belum mati...

Bila berlebihan... aku ingin hidup sederhana tapi jiwa,minda dan cita luar biasa...

"Aku Hanya Umat Pertengahan"....................................................................

Wednesday, November 9, 2011

Cikgu Matematik yg hebat

As-salam....

Lama x update blog,hampir 4 bulan lamanya... xpe2 moga2 lpas nie,saya akan lebih merajinkan diri menulis di blog nie...doa2kan..... :)

Baru sahaja lepas habis membaca kisah sebuah kejayaan Cikgu Matematik yang menang anugerah kaedah pembelajaran e-learning terbaik dalam akhbar metro.... tahniah untuk Cikgu Hafiz...

Lantas,terus sahaja saya buka laman blog beliau-apisxkisah.blogspot...ada saya senaraikan blog insan hebat ini di ruangan blog rujukan...

Terpegun saya ketika membaca blog beliau ini walaupun ditulis dalam bahasa Inggeris namun ianya Inggeris yang mudah difahami semua...

Blog ini menceritakan tentang kaedah pembelajaran yang beliau gunakan semasa di dalam kelas,serta idea dan pemikiran beliau terhadap dunia pedidikan... tidak sedar masa berlalu......

Blog beliau ini juga telah dijadikan sebuah buku....insya-Allah....akan saya cuba cari dan beli di MPH....

Lawatilah blog beliau...seorang guru Matematik yang hebat..... congratulations...tahniah...untuk beliau....semoga terus berjaya...amin :)

Lawati.... blog beliau

Friday, July 29, 2011

Jihad

Assalamualaikum w.b.t




Jihad...
Tidak semestinya berperang sampai liang lahad,
Jihad harta,jihad ilmu,jihad jiwa,jihad cinta,
Jihad nafsu,terlalu banyak jihad yang ada di situ,

Jihad,
Jangan terlalu ghairah,
Dengan mudah mengangkat senjata,
Hingga tumpah darah,

Tiada yang manisnya peperangan,
Cuma kehancuran dan kemusnahan...

Jihad nafsu,
Jihad yang satu,
Musuh utama aku dan kamu,
Mari kita bersatu,

Berjabat tangan,berganding bahu...

Kita berjihad di jalan yang sama........

Semoga jihad aku ini diterima oleh-Nya..............................................

Monday, July 18, 2011

Growth

Assalamualaikum w.b.t




This poem is dedicated to myself as a reminder for me..................

Once upon time,
In a lovely family,
There was a baby,
That born in that day.

Learn how to walk,
Learn how to talk,

Running,felt down,
Get up,get up,try reach the crown,

Look into sky,
Try hard to fly,

I want to go outside,
To play,to enjoy,to learn,
From my own,
Thinks and feels
Sory my brother~it always a no...
From your father,
From your mother...

Never blame them baby,
They have their own theory,
Just play with me,
Your imagination...

We will growth together,
Create a game in mind,
Create a friends in mind,
Even it is only an imagination,

After a long period of time,
Looking others at their age,

They have been growth,
They have been growth,
They have been growth,

Are u???

Saturday, July 16, 2011

Persaingan

Assalamualaikum w.b.t




Persaingan,hidup di atas dunia ini memerlukan kita sentiasa bersaing,bersaing untuk mencapai sesuatu,hajat di hati atau menjadi juara di mata kita,di mata mereka???

Hatta,sebelum kita dilahirkan,kita perlu bersaing untuk menjadi benih juara,menewaskan jutaan yang lain,melihat dunia buat pertama kalinya dengan tangisan bukan???

Persaingan,kita diajar bahawa adat persaingan yang menang itulah terbaik,tewas itu jelek,pelik bukan....

Dunia yang semakin tua memaksa kita terlibat dalam persaingan yang semakin berubah corak persaingannnya... tetapi konsep asas dalam memenangi sesuatu persaingan,bukankah ilmu JAWPANNYA???itu pesan guru,pesan buku,pesan aku kepada aku....

Manusia,harus terus bersaing dalam hidup selagi masih hidup,itu peraturan permainan dalam persaingan kehidupan...

Bagaimana harus aku meneruskan permainan persaingan ini jika diri ini masih rapuh ilmu,masih hijau dalam peraturan,masih mencuba untuk memahami taktikal permainan persaingan,di mana pesertanya semakin bertambah dan bukannya berkurang???

ya-Allah,bantulah hambamu ini..................... .............................................

Monday, July 4, 2011

Mawar itu berduri rupanya

Assalamualaikum w.b.t




Mawar...harum mekar
Tika dipandang tersenyum segar...
Cuba dekati mawar...walau sukar...
Calar di jari,luka di hati,mengalir tersentuh mawar...

Mawar itu berduri rupanya,
Indah tapi bahaya,
Cantik tapi berbisa,
Mawar,bunga yang dipuja...

Mawar itu ada magisnya,
Menarik hati mendekati...mawar,
Mawar itu pernah ku cuba jadikan hiasan hati...
Tapi ternyata mawar itu bukan milik diri ini...

Mawar itu milik taman hati yang lain,
Taman yang bertuah,menjadi pilihan si mawar,
Menjadi simbolik cantiknya mawar,
Hati tersenyum tawar,mawar itu hiasan di taman lain...

Mawar,dicucuk duri tetap sakit,
Jari tetap berdarah,hati tetap terluka,
Benar hati pernah bicara,
Biar mawar kembang mekar,di taman pilihan
Tapi...mawar kau tetap indah,tetap dalam hati,
Semoga,mawar mekar indah,mawar dan durimu tetap abadi dalam taman,
Kenangan hati......................................................................

Thursday, June 30, 2011

Senyum yang ceria untuk hati yang hampa

Assalamualaikum w.b.t


sENYUM Yang Ceria Untuk Hati yang hampa,

Titis air mata MembAWA sERIBU cERITa,


Hati,pesan baik-baik,jangan gembira sangat
Hati,pesan baik-baik,nanti sedih tak ingat,
Dunia,awak baru nak melangkah,
Baru nak masuk,
Baru nak bertatih,
Jangan sedih-sedih,
Senyumlah...Bukan susah....

Hati Hampa???SENYUM sahaja...
Hati Nak Menangis???
Tak payah....Senyum sahaja...
Nanti keringlah.........

Hati manusia???siapa boleh baca???
Cinta dalam hati manusia??? asasnya sama...cari bahagia........

Kalau hati tu hamPa Senyum sAHAJA....

sENYUM Yang Ceria Untuk Hati Yang HamPa............................................

Saturday, June 25, 2011

Ujian

Assalamualaikum w.b.t




Ujian,
Tegar cuba menahan tangisan,
Menerima dengan rela kekalahan,
Aku manusia yang sering ditewaskan...

Ujian,
Berat untuk menahan beban,
Aku manusia yang tidak punyai kekuatan,
Tewas di setiap pusingan...

Ujian,
Menadah tangan dan mengharap bantuan,
Semoga ada secebis harapan,
Namun kekalahan tetap kekalahan...

Ujian,
Manusia yang penuh keangkuhan,
Ditimpa ujian menguji kesombongan,
Aku manusia yang penuh keikhlafan...

Ujian kali ini,aku tewas lagi...........

Ya-Allah,bantulah hambamu ini...............................

Wednesday, June 22, 2011

Zaman yang dikesalkan

Assalamualaikum w.b.t




Zaman yang dikesalkan,
Hidup penuh dengan kebosanan,
Tinggal dalam ruang ciptaan,
Sendiri,mensia-siakan kehidupan...

Rumah empat petak,
Hidup empat tapak,
Setapak demi setapak,
Menyusun langkah yang sama setiap gerak...

Zaman yang dikesalkan,
Hidup dengan penyesalan,
Bila diimbas apa yang ditinggalkan,
Tiada apa-apa yang layak menjadi kenangan...

Zaman itu terpaksa aku terima,
Dengan hati yang ku paksa untuk bersikap terbuka,
Menerima dengan rela,
Melupakan dengan airmata,

Zaman yang dikesalkan,biarlah hilang dilupakan......................................

Tuesday, June 21, 2011

Hati yang berbicara

Assalamualaikum w.b.t




Hati yang berbicara,
Soal cinta,soal rasa,
Soal setia,soal tanda,
Terguris jika tak didengari...

Hati yang berbicara,
Biar kita bersama,
Terima dengan terbuka,
Jika hati bicara ia terluka lagi...

Hati yang berbicara,
Kosong di dalam,sepi di jiwa
Aneh,bukankah hati pernah bicara yang serupa???
Mungkin kali ini hati bicara untuk dirinya sendiri...

Hati yang berbicara,
Tak sama dengan ungkapan kata,
Di bibir,mengulum senyuman,
Di hati,mengalir tangisan........

Hati yang berbicara...dirinya sedih untuk kesekian kali.................

Ya-Allah...hanya Engkau yang mengetahui isi hati setiap hambamu............

Sunday, June 19, 2011

Jahil

Assalamualaikum w.b.t






Jahil,satu istilah yang menggambarkan kurangnya pengetahuan seseorang itu sama ada dari segi intelek mahupun emosi.

Semasa aku belajar tentang tamadun islam,keadaan masyarakat Arab sebelum munculnya islam digelar sebagai zaman jahilliyah kerana masyarakatnya yang mengamalkan gaya hidup yang "kurang cerdik" seperti zina,bergaduh,dan kaum wanita dianggap sebagai kaum yang hina.Justeru,amalan membunuh bayi perempuan wujud kerana kaum keluarga menganggap perempuan itu sesuatu yang memalukan keluarga.

Itu cerita sejarah,cerita sebelum munculnya Islam,yang membawa kepada meluasnya ilmu pengetahuan,yang memberi kesedaran akan jahilnya kita tanpa ilmu.

Tapi,bolehkah kita sekarang dengan mendabik dada?berkata sombong,aku bukan bangsa yang jahil???benarkah kenyataan ini???

Aku rasa diri ini masih jahil lagi dan sampai bila-bila pun tetap jahil...

Kenapa aku rasa macam tu?? mudah jawapannya sebab ilmu tu tak pernah cukup dan tak akan habis selagi kita masih melakukan proses pernafasan dalam hidup ini selagi itulah kita kena menuntut ilmu.

Sekarang,bila aku fikir-fikir balik,memang "kosong" betul aku nie...................

ya-Allah,tambahkanlah ilmu ku,tambahkanlah kefahaman ku,dan tambahkan cintaku kepada-Mu.

Thursday, June 16, 2011

Simpan dalam hati

Assalamualaikum w.b.t




Simpan dalam hati,
Kalau disebut memakan diri,
Terlepas tak boleh nak sembunyi,
Simpan dalam hati,tidak berbunyi.

Simpan dalam hati,
Andai akal belum bersedia lagi,
Andai hati masih tidak berani,
Simpan dalam hati,biar sunyi.

Simpan dalam hati,
Sukar nak dilaksana jika sudah terucap,
Malu aku nanti,isi hati dah diketahui,
Sebab itu,aku suka........

Simpan dalam hati...................................................................

Ya-Allah,semoga aku dapat menjaga hatiku dengan sempurna..............

Wednesday, June 15, 2011

Pandai

Assalamualaikum w.b.t




Apa itu pandai? atau istilah yang bombastik sedikit disebut cerdik,kalau nak guna nama yang menonjolkan seseorang itu memiliki istilah ini disebut sebagai seorang yang intelektual,tapi apa sebenarnya pandai???

Kata orang,kalau nak tahu seseorang itu pandai,cerdik,atau bijak,tengok sahaja "report card" dia atau markah ujian yang dia dapat,cemerlang ke tak...

Kalau seseorang itu dapat "A"-satu simbol yang digunakan dalam sistem pemberian markah,maka dia biasnya dianggap seseorang yang cerdik,bangga mak dan ayah kalau anak dapat semua "A"dalam peperiksaan,habis "pukul canang"satu kampung,buat kenduri tanda menzahirkan kesyukuran sebab dapat anak yang "cerdik,pandai,bijak,"kalau nak lari dari istilah konvensional maka istilah-istilah ini dirangkumkan dalam satu ayat iaitu disebut sebagai "genius".

Tapi betul ke pandai nie sekadar dapat cemerlang dalam peperiksaan???habis kalau seorang "al-insan" itu dapat gagal dalam ujian-tidak pandaikah dia??? atau tidak mempunyai kepandaian???

Aku terfikir,adakah seseorang yang dapat semua "A" itu seorang yang pandai maka secara automatik dia harus pandai dalam segala aspek???

Subjek sainspsikologi yang aku belajar ada menyebut mengenai konsep kepandaian dan dipelopori oleh seorang "al-insan" dari barat iaitu T.Howard Garner(nama dia macam nielah lebih kurang bunyinya,kalau salah ejaan-maaf yer) menyatakan kepandaian manusia dapat dibahagikan kepada 8-antara kepandaian tersebut ialah pandai dalam aspek sukan,pandai dalam aspek muzik,pandai dalam aspek matematik dan logik...dan lain-lain lagi.

Tiba-tiba aku teringat sebuah buku motivasi yang aku beli,tajuknya-Apa Bakat Saya???menyatakan manusia sebenarnya mempunyai kepandaian yang berbeza,so kadang-kadang pandai dalam akademik sahaja tidak bermakna pandai semuanya... ini harus disampaikan kepada golongan "baby boomers"

Unik betul manusia nie,secara permukaannya sama sahaja tapi sangat berbeza........ kepandaian yang dimiliki juga berbeza-beza....

Secara sedar,atau separa sedar,aku rasa aku sudah lama diajar supaya menjadi manusia yang intelek yang sehala tanpa memikirkan aspek kepandaian yang lain...

Sebagai contoh,aku diajar bahawa pelumba motor jalanan itu "al-insan" yang hanyut maka aku ditegah untuk bercampur dengan mereka,walaupun aku mengagumi kepandaian dan kemahiran yang mereka miliki untuk menghiburkan pengunjung percuma yang datang secara sengaja atau tidak untuk melihat aksi mereka...bukankah melakukan aksi itu memerlukan aras pemikiran yang tinggi???pelik...

Dunia sahaja memerlukan kita mempunyai kepandaian yang pelbagai untuk terus berdiri,jatuh bangun bersama-sama....

Pandai bukan hanya sehala,bukan hanya sejalan tapi kenapa aku tak nampak dari dulu?aku gagal untuk sedar bahwa tidak ada manusia yang pandai...kerana ilmu tidak pernah cukup dan tidak akan pernah habis...seperti laut.....

Sedih betul bila aku baru sahaja sedar tidak ada istilah insan yang paling bijak,cerdik kerana manusia sama sahaja-mempunyai kepandaian yang berbeza untuk mrnghasilkan sesuatu yang berbeza...

"Tidak ada manusia cerdik yang akan mengaku dirinya cerdik"

Ya-Allah,hanya Engkaulah yang Maha Bijaksana....................................................

Tuesday, June 14, 2011

Cemerkap

Assalamualaikum w.b.t




Cemerkap,
Asyik buat silap,
Yang terang nampak gelap,
Yang gelap bertambah malap...

Cemerkap,
Nak buka pintu terhantuk tingkap,
Bila dah terhantuk tingkap,
Boleh pulak buat senyap...

Cemerkap
Memang cukup lengkap,
Juara dalam buat silap
Tapi apa nak buat,cemerkap datang hinggap.....

Cemerkap...cemerkap
Bukan senang nak tangkap
Hahaha...memang best kalau ada penyakit cemerkap.................................

Saturday, June 11, 2011

Rancangan

Assalamualaikum w.b.t




Rancangan,hidup sentiasa membuat seseorang itu terpaksa membuat rancangan,suka tak suka itu belakang cerita,yang penting rancangan tetap kena buat,tapi aku sering silap dalam mengatur strattegi,mencorak langkah yang sesuai,dan acapkali hasil daripada rancangan yang aku buat memakan diri.

Semua orang ada rancangan masing-masing dalam hidup ini,sebab kita ciptaan yang paling kompleks dan yang paling hebat diciptakan sebab itu agaknya kita semua mempunyai rancangan hidup yang berbeza dalam hidup ini,tidak seperti haiwan yang telah ditetapkan hidupnya, ditetapkan tugasnya dan tidak pasti pula aku dalam dunia haiwan adakah terdapat istilah cita-cita, seperti seekor semut tentera yang bercita-cita ingin menjadi permaisuri dalam koloninya...

Tapi kita manusia,cita-cita kita berbeza,walaupun yang hakikinya tujuan kita diciptakan adalah untuk beribadat kepada-Nya, tapi dalam meniti hidup bukan itu sahaja semata-mata...banyak lagi yang nak kena gali,nak kena cari....

Nak rancang strategi kena ada ilmu,kena ada pengalaman,kena ada panduan,kena ada tujuan...tapi aku "kosong".... "kosong sangat-sangat"

Starategi yang dibuat haruskah diberitahu atau strategi harus disimpan rapi dalam hati???

ya-Allah,bantulah hambamu ini...................................................................

Friday, June 10, 2011

Pujian

Assalamualaikum w.b.t




Pujian,
Sentiasa mendatangkan kegembiraan,
Tanpa menyedari datangnya kekecewaan,
Inilah antara penyakit al-insan.......

Pujian,

Jika puji menjadi benci,
Jika puji menjadi maki,
Jika itu yang terjadi,
Benarkan pujian itu ikhlas dari hati???

Pujian,

Sentiasa dikejar menjadi rebutan,
Agar nama menjadi sanjungan,
Mencuri tumpuan,meraih perhatian,
Ternyata pujian itu sungguh kasihan.........


Jika pujian hampirkan kita kepada kejahilan dan kesombongan,benarkah itu yang dikejarkan???


Ya Allah segala pujian itu hanyalah untukmu.........................................

Thursday, June 9, 2011

Bicara

Assalamualaikum w.b.t




Bicara,
Boleh menjadi sebuah senjata,
Ada tajamnya,ada bisanya,
Ada tawanya,ada dukanya.....

Jika terkena tepat di hati,
Payah dicari ubat untuk penawar diri,
Biar dibalut,biar dijaga rapi,
Agar bicara tidak memakan diri.....

Bicara,
Mudahkah untuk tidak berkata-kata???,
Jika sudah diberi oleh-Nya nikmat bicara,
Sedangkan ada yang tidak mampu memlikinya....

Bicara,mahu bicara apa lagi??? ya-Allah bantulah hambamu ini........................

Tuesday, June 7, 2011

Berangan

Assalamualaikum w.b.t


Berangan...
Aku cuba untuk singkirkan...
Khayalan demi khayalan...
Tapi aku masih tiada kemampuan...

Berangan...
Hidup sentiasa jer ketinggalan...
Sentiasa jer dalam lingkungan...
Sendiri dalam dunia ciptaan....

Aku tak mampu untuk menghalang khayalan...
Kerana itulah cara aku meneruskan kehidupan...

Berangan dalam dunia sendiri...
Menjadi apa sahaja watak yang diingini...


Ya-Allah.... sedarkan aku dari mimpi dan dunia khayalan ku....................

Saturday, June 4, 2011

Hidup atau mati???

Assalamualaikum w.b.t



Hidup atau mati?
Mana satu pilihan hati?
Kalau aku pilih hidup,apa akan jadi nanti???
Kalau aku pilih mati,betul ke hanya sampai sini???

Hidup,
Tengok orang berjalan,
Kadang-kadang berlari,
Buat hal masing-masing,buat hal sendiri,

Mati,
Orang tengok kita???
Orang ingat lagi ke dengan kita????
Dah tentu tiada siapa lagi nak buat hal kita...

Dah mati,nak ingat apa lagi???
Nak hidup,kena ingat apa lagi???

Tapi kita tak boleh pilih tarikh mati,cuma dah diberi tarikh hidup.........

ya-Allah,berikan aku petunjuk........................................

Wednesday, June 1, 2011

Hidup macam main catur

Assalamualaikum w.b.t

Hidup macam main catur,
Kena rancang strategi baru teratur,
Kalau tak,berterabur,
Tapi aku sering jer kabur...

Mana nak gerak,mana nak letak???

Main catur macam hidup,
Kena fikir betul-betul kalau tak gelap,
Salah letak,habislah...dah silap,
Dah tak sempurna,dah tak lengkap...

Hidup macam main catur,
Aku tahu main catur,

Tapi kenapa aku asyik kabur,
Bila hidup aku macam main catur????

ya-Allah,bantulah aku....

Tuesday, May 31, 2011

Tersepit

Assalamualaikum w.b.t



Ketika ini hatiku sedang berperang,
Berperang di antara cinta atau cita,
Dilema yang tak pernah kusangka akan kunjung tiba,
Ku tersepit dalam mencari cara...

Terkenang nasihat ibu,
Ke sini untuk menuntut ilmu,
Tak ku duga kau kutemu,
Apa yang harus ku buru...

Bolehkah aku memiliki kedua-duanya??? ya-Allah bantulah aku...

Sunday, May 29, 2011

Aku perlukan masa untuk berfikir

Assalamualaikum w.b.t

Terkadang hati ini cemburu melihat akan rakan-rakan aku yang boleh menyelesaikan masalah yang datang dengan sekelip mata dan masa,sedangkan aku perlukan ruang waktu yang lebih untuk berfikir dan mencari solusi bagi setiap permasalahan itu...

Mengapa yer???

Kalau ikut subjek psikologi yang aku belajar mengenai manusia,kepintaran seorang itu ada pelbagi,tapi yang paling jelas sekiranya seorang itu dapat menyesuaikan dirinyer dengan tempat baru dengan cepat dan agak mudah,maka terbukti orang itu sungguh "intelligent"...

Kadang-kadang member aku pelik dengan aku sebab nak setelkan sesuatu masalah yang agak simple bagi diorang yang boleh diselesaikan dengan mudah,tapi aku tidak begitu sebab aku perlukan masa yang agak lambat sikit berbanding diorang... wahaha sedih gak aku sebab agak "slow",walaupun member aku xpernah mention kat aku yang aku jenis camtu,tapi kat sudut hati aku nie rasa macam gitulah,bukan nak pikir negatif tapi inilah antara kelemahan aku yang aku cuba nak ijtihad(perbetulkan),btul ker arab aku nie??? ha3 :)

Mengapa aku sering buntu,
Sedangkan yang lain sedang maju,
Kepada-Mu aku pohon,bantulah aku,
Semoga doa ku ini diperkenankan oleh Mu... amin...

:)

Thursday, May 26, 2011

Tanggungjawab

Assalamualaikum w.b.t

Baru-baru nie,aku asyik teringat kata-kata cikgu aku masa zaman sekolah menengah aku dulu,kata-kata yang dia cakap masa aku tolak tawaran dia untuk jadi bendahari atau ketua kelas,antara dua tulah tapi aku tak ingat sangat jawatan apa yang dia offer,cuma aku masih ingat dengan jelas kata-kata yang dia cakap masa aku tolak tawaran tu,"mizi,kalau awak asyik menolak tanggungjawab,awak tak akan jadi seorang manusia," waktu tu aku xpaham sangat motif dia cakap camtu ngan aku,tapi lama-lama bila aku semakin besar dan semakin banyak tanggungjawab yang aku nampak dan nak kena hadap,baru aku mula nak paham mesej yang cikgu aku tu nak sampaikan...

Tanggungjwab,berat betul bunyinyer... dah lah nak kena tanggung lpas tu nak kena jawab kalau jadi apa2 hal... pergh... berat betul definisi tanggungjawab nie,tapi baru-baru nie member aku ada "sound" aku,memang tanggungjwab tu berat tapi macam mana pun kita nie manusia,ada tanggungjawab dan peranan masing2, cth cam kau nie lelaki, satu hari nanti,insya-Allah kalau kau ada jodoh akan berkahwin,ada tanggungjwab kat isteri kau,lpas tu ada anak,tanggunjawab kau kat anak kau pulak, sekarang nie kau student so tanggungjawab kau belajar, dan sbg seorang anak ada tanggungjwab kepada mak kau.... so kau memamg x boleh lari daripada tanggungjawab nie... adusss... tersentak aku dengar bile member aku camtu ngan aku, aku biasa gak dengar nasihat2 camnie,tapi entahlah time tu macam xberapa nak masuk jer.....

Lahirnya seorang bayi ke dunia,
Bukan hanya meramai umat sahaja,
Lahirnya hadir bersama,
Sejuta makna,sejuta kerja,
Bak seindah dan secantik nama,
Manusia yang menjadi pelakon di pentas dunia...

Tapi acapkali aku terlupa,watak dan peranan aku dalam sketsa kehidupan nie...

ya-Allah... permudahkanlah urusan aku di dunia dan di sana nanti ya-Allah...


Monday, May 23, 2011

Mencari identiti

Assalamualaikum w.b.t


Saat ini,aku sedang berperang dengan diri sendiri kerana semakin aku sedar betapa jahilnya aku,benar kata-kata sebuah buku yang aku baca(aku lupa apa tajuknya)semakin banyak yang kita belajar maka semakin bodohlah kita... sebab baru aku sedar akan banyaknya ilmu-ilmu di dunia ini...

Kenapa sekarang???kenapa baru sekarang baru aku nampak akan lemahnya aku??? sedih betul bila aku nak tidur malam-malam mesti akan terfikir apa yang aku buat dulu???orang lain atau kawan sebaya aku semua ada kepakaran atau kelebihan masing-masing,tapi aku?????

Saat ini,aku terfikir sebab apa aku jadi macam ni??? sebab aku anak bongsu so mak aku manjakan aku sangat ke???tapi ada jugak member aku yang anak bongsu tapi sangat independent... aku macam mana??? nampak macam bergantung kat orang lain adalah....

nak salahkan mak aku???lagi x logik sebab abang-abang aku tak macam aku pun...nak-nak lagi along dengan anchik aku... berdikari sungguh... mak aku ajar kitorang semua sama jer...bapak aku???hmm....

Abang saudara aku selalu kutuk aku lembik,manja sebab asyik mengalah jer bila jumpa apa-apa hal... betul juga cakap dia tu sebab aku pernah kerja kilang tapi dua hari jer aku kerja sebab kena marah...tapi kerja kat kilang tu lah yang paling senang tapi aku tak boleh buat gak... sedih betul bila tengok member aku ada yang kerja sampai berbulan-bulan sementara tunggu result masuk u keluar,tapi aku???last-last aku jadi jaga jer kat satu rumah anak yatim... sebab kerja tu yang paling senang untuk orang yang lembik cam aku nie... :(

Itu antara contoh peristiwa yang menunjukkan aku lemah banyak gi sebenarnya tapi tak nak aku tulis buat sakit hati aku jer....

Saat nie aku masih mencari identiti aku sendiri,member aku pernah cakap cuba kau tengok perangai orang yang kau kagum lepas tu cuba applykan perangai dier kat diri kau,... aku dalam proses sekarang nie... aku akan cuba jadikan peristiwa lampau bukan lagi sesuatu yang aku selalu kenang-kenangkan tapi satu pengajaran dalam hidup aku...

Apa identiti aku???ya Allah... kepada mu aku memohon berikanlah aku petunjuk,amin ya rabbal alamin...........

Sunday, May 22, 2011

Bila terlalu gembira

Assalamualaikum w.b.t

Gembira,bahagia,senang hati memang akan menceriakan hidup seseorang itu tapi ianya tidak sempurna kerana seperti malam dan siang,dosa dan pahala,syurga dan neraka, gembira juga ada pasangannnya iaitu duka,hampa,kecewa,sedih,merana dan lain-lain lagi... tanpa kita sedari setiap kemanisan yang datang ada pahitnya,setiap bahagia ada air mata kecewa,kerana tulah abang aku selalu cakap jangan terlalu gembira kerana suka-suka membawa duka....,bersederhanalah tapi mampukah aku?????


Bila terlalu gembira,
Akan datangnya duka,
Bila terlalu gembira,
Datangnya kecewa,

Terasa hampa seketika,
Sedetik ketawa,
Datangnya pula air mata,
Mengalir titisannya menyedarkan rasa,

Bila terlalu gembira
Akan tibanya hampa......


Cuba ketawa dengan harapan dapat menghilangkan kecewa ternyata itu hanya satu usaha sia-sia..... :(

Tuesday, May 17, 2011

Sekeping gambar sejuta cerita


Assalamualaikum w.b.t

Pepatah inggeris ada menyebut "a picture paints a thousand words" yang maksudnya sebuah gambar ada pelbagai cerita,kisah,tanggapan atau persepsi seseorang itu... jadi saya nak ceritakan tentang gambar... cuba kita tengok gambar yang kita ambil beberapa tahun atau berpuluh tahun lepas,mesti ada perubahan kan??? begitulah yang saya rasakan bila saje2 membelek gambar2 lama,tapi bila saya tengok gambar2 tu mesti ada kisah di sebaliknya... :)

Gambar mungkin hanya satu tanda kenangan,
Gambar juga mungkin satu detik kemanisan,
Gambar itu boleh jadi satu titik perpisahan,
Gambar itu cuba kita gambarkan...

Gambar tidak perlu berkata-kata,
Gambar hanya perlu dilihat dengan mata,
Gambar punyai satu kuasa.....

Dalam gambar aku tersenyum sedangkan ketika itu jiwaku sedang hancur bersama linangan dendam air mata..............................................


hahaha,dapatkah korang gambarkan apa yang cuba aku postkan kat sini (?_?)

Thursday, May 12, 2011

PUISI CINTA KHALIL GIBRAN

CINTA yang AGUNG
Adalah ketika kamu menitikkan air mata
dan MASIH peduli terhadapnya..
Adalah ketika dia tidak mempedulikanmu dan kamu MASIH
menunggunya dengan setia..
Adalah ketika dia mulai mencintai orang lain
dan kamu MASIH bisa tersenyum sembari berkata ‘Aku
turut berbahagia untukmu’

Apabila cinta tidak berhasil…BEBASKAN dirimu…
Biarkan hatimu kembali melebarkan sayapnya
dan terbang ke alam bebas LAGI ..
Ingatlah…bahwa kamu mungkin menemukan cinta dan
kehilangannya..
tapi..ketika cinta itu mati..kamu TIDAK perlu mati
bersamanya…

Orang terkuat BUKAN mereka yang selalu
menang..MELAINKAN mereka yang tetap tegar ketika
mereka jatuh

Thursday, May 5, 2011

The pursuit of happiness

Assalamualaikum w.b.t

Baru jer abes menonton citer The Pursuit of Happiness,hahaha,citer lama dah nie,entah zaman bila punyer citer saya pun tak tahu,tapi lepas abes menonton citer nie,buat saya terfikir:

"can we pursuit of happiness?? if we must to face a harsh and cruel world in front of us??? what is actually happiness I am looking for??? (?_?)

the question that make my tears drops.......

Tuesday, May 3, 2011

Dreams that never come true

Assalamualaikum w.b.t

Hari nie nak try post dalam bahasa inggeris, maklumlah kan penting belajar english education..,hahaha :)

These is a story of a young man that his life is always fulfill by a dream,but it is a sad story because the dream never come true until....???

Start from his childhood until he become a young adulthood,there is so many dream he want to achieve but is seem the story of his life once again become a non-happy ending movie of his life.

Although,he tries with 110 percent of effort,and 110 of tears of failness,yet the dream is so far to be achieve for him...

The hardest part for the young man is that he felt in love to one women like a usual love story but the women he admires is already taken by another men.. how come it be???it seems there will be another dream that never become true for this tragic hero in these story.

The story of these innocent young men will be continue......... until???

Monday, April 18, 2011

Jom baca komik

As-salam

Jom ilangkan tension ngan baca komik kat sini

Saturday, February 19, 2011

Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum w.b.t

Mungkin agak terlambat saya mem"post"kan posting saya nie, :( tapi apapun saya ingin mengucapkan salam maulidur rasul kepada semua umat Islam yang ada di Malaysia dan di serata dunia,(manalah tahu kot2 ada pembaca yang membaca post saya nie ada di England,Uk ker) :)

So,once again I will like to say's
"SALAM MAULIDUR RASUL"

Saturday, February 12, 2011

Terlepas peluang

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini saya nak berkongsi sedikit rasa kekecewaan dan kehampaan...yg berlaku dalam hidup saya :(

Saya hilang@terlepas peluang untuk mendengar seisi taklimat perniagaan melalui internet oleh idola saya,Dr.Irfan Khairi...pergh...tensionnyer.. :(

Saya terlambat sehari sahaja disebabkan kesukaran saya mencari kemudahan internet di tempat saya nie,baru sahaja check e-mail,rupa-rupanya terdapat seminar yang dijalankan Dr.Irfan Khairi secara "live"di internet,percuma pulak tu!!rugi betul rasanya,tapi apa nak buat,tiada rezeki...

Nampaknya lepas nie,berkemungkinan besar saya kena guna internet broadband lepas nie,hahaha :)

So,boleh saya online di mana-mana sahaja,kan? :P

sekian sahaja post lepas geram saya nie,as-salam :)

Wednesday, February 9, 2011

Kisah bisnes dari seorang ustaz

Assalamualaikum w.b.t

Hari nie saya nak berkongsi sebuah cerita daripada seorang ustaz,kisah hidup dia sendiri katanya,:)

Ustaz ini telah pergi meghadiri sebuah kursus keusahawanan yang bertempat di mana,tak tahulah pula saya,:)

Jadi,ketika seorang penceramah memberikan sebuah ceramah mengenai kejayaan beliau di bidang keusahawanan,dia telah menunjukkan stastik keunutngan yang diperolehi sehingga berjuta-juta ringit,

Oleh itu,ramai peserta seminar begitu berminat untuk mengetahui kisah kejayaan penceramah ini,

Jawapan penceramah itu ringkas sahaja,jawapannya kalau anda berjaya macam saya,anda cuma kena alami dua peristiwa sahaja,iaitu

1)rumah kena tarik
2)kereta kena tarik

barulah saya dapat keuntungan seperti sekarang kata penceramah tersebut,:)

Oleh itu,kata ustaz,pengajaran daripada cerita ini ialah sekiranya kita hendak memasuki bidang keusahawanan,kita akan mengalami risiko-risiki seperti di atas,barulah kita akan berjaya...

terdiam saya dengar cerita ustaz nie,anda bagaimana??

sanggupkah saya??? :P

Sunday, February 6, 2011

Manusia yang sering terlupa

Assalamualaikum w.b.t

Post kali ini saya nak berkongsi sedikit masalah saya iaitu penyakit mudah lupa,adoi...umur baru 20-an tapi selalu jer lupa mana saya letak barang2,

Dari zaman sekolah lagi,saya akan selalu sahaja hilang buku-buku teks sekolah,bising mak saya tiap kali kena bayar balik duit hilang buku teks,pedih telinga nie kena bising@nasihat tapi tiap-tiap tahun hilang jugak, heh :P

Itulah,pening kepala nie fikir penyakit saya nie,cuai sungguh....

Tapi,baru-baru ini ada seorang kenalan cakap dengan saya kita nie digelar "Al-Insan" yang bermaksud lupa(entah betul@tak tak tahulah)oleh sebab itu kita nie selalu lupa mana kita letak barang-barang kita,bersikap cuai dan sebagainya...

Jadi,kawan saya kata untuk menyelesaikan masalah kita nie selalulah berzikir,menyebut benda-benda yang elok,makan makanan yang menguatkan otak macam kismis,buah-buahan dan banyak lagi(google jer kat internet,jumpalah) :)

Dan yang paling penting,belajar untuk bersikap lebih berhati-berhati,sebab saya pernah ada pengalaman hilang dokumen yang penting,susah betul nak selesaikan tapi alhamdullillah,setel :)....

So,thanks to my friend for the advice,hopefully lepas nie,saya akan lebih berhati-hati,amin....

Saturday, February 5, 2011

Happy Chinese New Year

Assalamualaikum w.b.t

Selamat menyambut tahun baru cina kepada semua bangsa cina yang menyambutnya

Semoga perpaduan di Malaysia ini dapat dikekalkan dan dimantapkan lagi,:P

Tuesday, February 1, 2011

Lagu best by Padi-Sahabat

Assalamualaikum w.b.t

Jom layan lagu daripada kumpulan Padi,moga semua enjoy dan hargailah sahabat-sahabat anda sekalian...

Kawan ketawa senang dicari,
Kawan menangis sukar ditemui tapi dekat di hati :P


Thursday, January 27, 2011

Cara nabi Yusuf kumpul harta

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang saya dapat daripada tazkirah seorang ustaz...

Antara isi tazkirah yang menarik saya dengar ialah mengenai cara nabi Yusuf mengumpul harta...

Cara nabi Yusuf mengumpul harta ialah dengan mengumpul harta atau mencari rezeki sebanyak yang boleh selama 7 tahun...

Kemudian,selepas 7 tahun barulah nabi Yusuf menggunakan harta tersebut untuk tujuan-tujuan pelaburan yang lain iaitu selama 7tahun juga...

Sekadar itu sahaja dari saya. :P

Tuesday, January 18, 2011

5 Tip Kewangan dari Facebook IK

5 Tip Kewangan dari Facebook IK

Miji, tak lama lagi- Insya-Allah bulan depan, akan diterbitkan buku terbaru saya, iaitu "Nota Jutawan: Nota Kewangan" dari Telaga Biru Sdn Bhd. Sususlan dari siri Nota Jutawan - Nota Motivasi dan juga Nota Perniagaan. Tak sabar rasanya oleh kerana plan saya adalah untuk keluarkan 1 buku 1 tahun sejak 2006 masih on track- selagi boleh menulis! ;) Kalau masuk buku terbaru ni, dah 6 buku saya di pasaran... i like ;)

Miji, di Facebook juga saya kongsikan tip-tip kewangan dari masa ke semasa, bagi mereka yang belum join FB saya, do join now! Bagi yang dah sertai, jangan lupa untuk "Share" tip-tip ni... ;)

Berikut adalah antara tip-kewangan terbaru dari FB saya. Mudahan dapat memberi manfaat...

1.

Biar hidup sederhana, rumah sederhana, kereta sederhana, tetapi tak berhutang. daripada hidup mewah, rumah besar, kereta hebat, tapi hutang keliling pinggang dan terkejar2 nak bayar payment setiap bulan! ramai orang 'kaya' hidup gini

2.

Bagi yg dah berkeluarga, pengurusan wang adalah tanggungjawab semua- suami/isteri & anak2. kalau anda bijak urus wang, tapi ahli keluarga lain tak pandai- bocor juga. Sering bawa berbincang isu wang dgn pasangan. Mula didikan wang anak2 pada umur yang muda- galakkan mereka menabung & hargai wang yg diberi. Bila bebas kewangan bukan anda sorang2 tetapi satu keluarga

3.

Awal tahun, kita sering ada matlamat kewangan. Seperti, pendapatan bertambah dengan 30%... atau tambahkan keuntungan perniagaan kepada RMxxxxx dan sebagainya. Sering fokus pada berapa banyak kita nak DAPAT. Jangan lupa juga, matlamat berapa banyak kita nak JIMAT! Kerana kalau banyak yang kita DAPAT, tapi tak banyak yang kita JIMAT- tak guna juga ;)

4.

Apa sahaja yang tidak diingini terjadi, yakin bahawa ada hikmah sebaliknya! Sekiranya tertutup satu pintu rezeki, terbuka lagi beberapa tingkap rezeki! ;)

5.

Prioroti utama adalah lindungi diri sendiri dulu dengan simpanan kecemasan sekurang-kurangnya untuk menyara diri (dan keluarga) 3-6 bulan. baru fikirkan, nak melabur, atau nak mulakan perniagaan (yang memakan modal besar) atau beli barangan besar seperti rumah atau kereta baru. Nama pun simpanan kecemasan...kalau takde, memang bahaya untuk diri!

Sunday, January 16, 2011

Ucapan tahniah untuk Ana Rafali

Assalamualaikum w.b.t

Ringkas sahaja post di blog kali ini,saya cuma ingin mengucapkan tahniah kepada Anna Rafali kerana memenangi Anugerah Juara Lagu yang ke 25,so congrats to the winner's :)

Tuesday, January 11, 2011

Kata-kata hikmah

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini saya nak berkongsikan satu "wisdom of word" atau dalam bahasa melayunya ialah kata-kata hikmah,

Ini merupakan salah satu kata-kata hikmah yang diucapkan saya semasa diberi tugasan oleh guru saya untuk mencari kata-kata hikmah,

Kata-kata hikmah itu ialah;

"Every dark cloud have a silver lining"

Maksudnya,setiap kejadian yang berlaku itu ada hikmahnya...

Sekadar itu sahaja perkongsian dari saya dalam blog ini,

Semoga enjoy k? :P

Saturday, January 8, 2011

Bahasa Sarawak

Assalamualaikum w.b.t

Sedikit perkongsian bahasa sarawak yang saya belajar dari kawan-kawan sarawak saya

Auk=Ya/Benar/Betul

Sik=Tidak/Tak

Manuk=Ayam

Tuk=Sini

Madah=Cakap

Kamek=Saya

Kitak=Kamu/Awak

Apai=Ayah

Indai=Ibu

semoga terhibur :P

Friday, January 7, 2011

Selamat tahun baru 2011

Assalamualaikum w.b.t

Lama betul saya tak update blog ni,masalah betul nak dapat line dekat kawasan saya ni,:(

Apepun,saya mengucapkan selamat tahun baru 2011 kepada semua yang membaca blog ini sama ada secara sengaja atau tidak melawat ke blog ini,

Semoga azam yang dibina dapat dicapai,insya-Allah

p-s-Tahniah kepada Malaysia sebab menang AFF cup,:P