Friday, May 31, 2013

Berjumpa dengan Abang Faris

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Semasa sedang makan malam di warung 2000.. syukur kepada Allah s.w.t....kerana telah memberi rezeki kepada saya-hamba Allah yang lemah..untuk dapat berjumpa dan bersembang dengan Abang Faris..

Saya-hamba Allah yang lemah teringat semula kata-kata Abang Faris...

"Kita boleh berdoa kepada Allah s.w.t seolah-olah kita sedang bercakap dengan kawan..kerana Allah s.w.t Maha Mendengar"

Saya-hamba Allah yang lemah tidak pasti daripada siapa Abang Faris mendapat pengetahuan ini...tetapi ianya tetap satu nasihat dan ilmu berguna......semoga ini dapat menjadi satu nasihat daripada Abang Faris dan juga satu amal kepada diri Abang Faris dan saya......

Kalian-Generasi yang HEBAT...pasti rajin berdoa......kerana kalian-HEBAT.......insya-Allah..

amin.

Thursday, May 30, 2013

Tertendang Al-Quran

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Semasa sedang melakukan seisi kaunseling untuk kelas Kemahiran Asas Menolong bersama dengan Hasif..kaki ini tertendang Al-Quran semasa sedang berbaring...

Maafkan saya ya Allah.......saya-hamba Allah yang lemah tidak sengaja.......sudah lama Al-Quran di rak buku saya tidak dibaca sehingga menjadi suci dalam debu..kata-kata yang saya dapat daripada Hilal Asyraf semasa menghadiri seminar Konvensyen Wanita Anggun......


Buat kalian-Generasi Selepas Diri yang HEBAT...saya tidak layak menyatakan marilah membaca Al-Quran kerana ianya begitu banyak kebaikkan kerana saya tidak mengamalkannya...tetapi saya-hamba Allah yang lemah ini percaya...Kalian pasti akan membaca Al-Quran..kerana Al-Quran sudah maju..sehingga boleh dibaca melalui telefon bimbit,komputer riba..atau pen membaca Al-Quran secara automatik....seperti kata Ustaz Don dalam rancangan 30 Minit bersama Ustaz Don...Al-Quran yang kini berubah daripada sebuah buku(maaf-saya-hamba Allah yang lemah menggunakan ayat buku) sehingga menjadi sebuah pen pembaca Al-Quran secara automatik merupakan satu hidayah.....

Jelas....kalian-Generasi yang HEBAT...insya-Allah..........

amin.

Saturday, May 25, 2013

Berjaya menunaikan solat lima waktu merupakan satu kejayaan-Khatib semasa Khutbah Jumaat...saya-hamba Allah yang lemah sukar bangun solat Subuh

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

"Berjaya menunaikan solat lima waktu merupakan satu kejayaan"- daripada Khatib semasa Khutbah Jumaat...

Diri ini-hamba Allah yang lemah sukar untuk bangun solat Subuh...moga-moga semasa "post"ini dibaca atau terbaca kalian-Generasi Selepas Diri yang HEBAT...atau sesiapa sahaja...moga-moga saya-hamba Allah yang lemah telah berjaya bangun untuk solat Subuh..sebelum saya meninggal dunia...Kalian-Generasi Selepas Diri yang HEBAT...pasti akan bangun solat Subuh...kerana Kalian HEBAT...insya-Allah...

amin.

Friday, May 24, 2013

Cerita Kamil tentang rezekinya yang tidak pernah putus

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Kamil..seorang sahabat yang hebat..ketika "post"ini ditulis..barangkali Kamil masih lagi seorang imam di Masjid Al-Azim Negeri Melaka...

Kamil pernah memberitahu bahawa rezekinya tidak pernah putus kerana dia suka belanja kawan-kawan makan selepas Kamil selesai membelanja saya-hamba Allah yang lemah.... di restoran tepi pantai yang menjual roti john...saya-hamba Allah yang lemah mungkin tidak mempunyai sikap sebegitu..suka belanja kawan-kawan makan... terima kasih Kamil kerana selalu membelanja saya makan...terima kasih..

Rezeki tidak pernah putus..ada jemputan untuk mengajar,memberi ceramah,mengendalikan kursus motivasi..dan menjadi imam..menurut Kamil ini disebabkan sikapnya yang suka belanja kawan-kawan makan...

Moga-moga "post" ini merupakan satu ilmu berguna daripada Kamil kepada diri ini dan kalian~Generasi selepas diri yang hebat... dan dapat menjadi satu amal kepada Kamil dan diri ini-hamba Allah yang lemah...insya-Allah...

amin.


Thursday, May 23, 2013

Nasihat Madam Farida

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Nasihat Madam Farida semasa kelas Strategic Human Resource Development

"Ingat Tuhan  semasa kita susah,dan kita seharusnya mengingati Tuhan LEBIH LAGI bila kita senang"

-Semoga ilmu berguna daripada Madam Farida ini dapat menjadi satu amal kepada  diri saya-hamba Allah yang lemah..untuk kalian-Generasi selepas diri..insya-Allah...

amin.

Wednesday, May 22, 2013

Ponteng Kelas ..Maafkan diri ini..Dr.Siti Akmar dan Dr.Zaiton

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

 


Diri ini-Ahmad Tarmizi bin Mohktar~seorang hamba Allah yang lemah ingin memohon maaf kepada pensyarah Dr.Siti Akmar yang mengajar akuatik dan kepada Dr.Zaiton yang merupakan pensyarah yang selain mengajar subjek universiti tetapi juga sebagai "supervisor"kepada Projek Tahun Akhir(PTA) saya.

Maaf Dr.Siti Akmar kerana berbohong dengan menyatakan saya~hamba Allah yang lemah...ada pembentangan Projek Tahun Akhir(PTA)sedangkan hakikatnya saya tidak ada pembentangan tersebut sebaliknya memberi alasan supaya saya tidak perlu pergi ke makmal bagi menjalankan ujikaji kerana saya tidak berminat dalam melakukan eksprimen di makmal.  Walaupun,semasa dalam kelas,Doktor Siti Akmar tidak menyuruh saya menyertai semula(mungkin kerana percaya dengan cakap saya) dan melakukan eksprimen di makmal,saya tetap rasa bersalah.

Maaf Dr.Zaiton kerana tidak hadir ke kelas  "Work-Life Balance" kerana tertidur...mungkin alasan yang diberi nanti ialah pergi ke TM Center dan ASTRO SERVICE tetapi ianya tetap satu bohong kepada ketidak hadiran saya ke kelas.

Allah...kemudiannya telah menunjukkan dan memberi pengajaran kepada diri saya apabila Dr.Zaiton tidak mengadakan kelas hari Rabu...pengajaran yang bermakna..alangkah sia-sianya ponteng kelas hari Isnin.

Saya~hamba Allah yang lemah tidak mempunyai keberanian untuk berjumpa dengan Dr.Siti Akmar dan Dr.Zaiton..jadi dengan "post" ini diharapkan Dr.Siti Akmar dan Dr.Zaiton akan terbaca satu hari nanti dan memaafkan saya~hamba Allah yang lemah.

Maaf...

~Buat kalian Generasi Selepas Diri-tolong tidak ponteng kelas kerana ianya merugikan sedangkan kalian-Hebat~...insya-Allah...


amin.


Tuesday, May 14, 2013

Rasa diri tidak berguna menjadi terima kasih

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Terasa diri ini terasa tidak berupaya,lemah,hamba derhaka,umat yang pelupa,anak yang tidak berguna, kawan tidak sejati, rakan sekerja dan rakan tugasan yang tidak mampu memberi yang terbaik,lalang(doakan saya-hamba Allah yang hina) jika ada yang membaca atau terbaca tulisan ini supaya menjadi padi...banyak lagi...rungutan terhadap diri...ringkasnya..diri ini...

Kosong............................................................................................................................................
Kalian~Generasi selepas diri..tidak perlu rasa kosong seperti ini kerana kalian pastinya hebat dan berisi..insya-Allah......

Cuba mencari "pasword" untuk blog ini...hanya berhasil menemuinya kurang lebih pukul 3.00 pagi....

Syukur kepada Allah s.w.t ..semoga blog ini dapat menjadi satu amal kepada diri saya-hamba Allah yang hina bila saya mati.

amin.

Saturday, May 4, 2013

Allah s.w.t hilangkan seketika dompet saya

 Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi...



Buat seketika "post" kali ini bukan nasihat daripada orang-orang hebat(terlalu banyak nama yang hendak ditulis) yang saya  jumpa dalam hidup saya..moga-moga saya~hamba Allah yang lemah~dapat terus berjumpa dan menimba ilmu daripada mereka sebelum saya mati....

"Post kali ini tentang dompet saya yang Allah s.w.t hilangkan buat seketika selepas saya selesai bermain badminton bersama sahabat saya-Aiman,Hasif dan Desmond...ianya hanya tentang dompet saya yang hilang seketika...sebenarnya tercicir semasa saya sedang duduk makan..dompet itu terjatuh tanpa saya sedar...

Saya panik..makanan Nasi Ayam Madu harus dibayar..mujur Hasif sudi meminjamkan duit dia..saya mencari dalam beg badminton..tiada..kemudian saya pergi ke gelanggang  badminton semula...tiada juga dompet saya di situ.

Saya pulang semula ke warung makan..Hasif memberi dompet saya..-dompet kau jatuh-Hasif memberitahu saya.......lega.......

Kisah yang ringkas tetapi memberi kesan yang mendalam kepada saya kerana-

  1. Saya tidak menunaikan solat Isyak terlebih dahulu sebelum pergi bermain...
  2.  Saya mengungkit semula segala sedekah dan bertanya kenapa benda ini(dompet hilang) terjadi  kepada saya
  3. Saya berfikir tidak guna bertanya kepada orang yang menjaga gelanggang badminton tersebut sebab berfikir mereka akan mengambil dompet tersebut dan tidak akan memulangkannya
  4. Saya terfikir kenapa Allah s.w.t menyusahkan saya? 

Justeru..ini satu kisah bagi diri saya..satu peringatan daripada Allah s.w.t kepada saya supaya sedar saya belum cukup ikhlas...dalam beribadah...dalam menjadi hamba Allah...malang bagi saya kerana selepas kisah ini berakhir..saya tidak sedar-sedar sehingga sangup menonton video lucah.....hina betul saya ini...

Saya berharap dan berdoa supaya kalian~Generasi selepas diri~sekiranya membaca atau terbaca tulisan ini...jadikan kisah dompet yang Allah s.w.t hilangkan seketika ini menjadi satu kisah di mana kalian terfikir "bagusnya aku ini...suka bersedekah?tolong...ingat kisah saya ini..tidak ikhlas sehingga Allah s.w.t  memberi sedikit peringatan...sedekahlah walau tidak ikhlas..mudah-mudahan kisah dompet yang Allah s.w.t hilangkan seketika ini dapat menjadi amal kepada diri saya dan ilmu kepada kalian~Generasi selepas diri yang hebat~insya-Allah....amin.

Friday, May 3, 2013

Nasihat daripada Along

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

"Nabi Muhammad s.a.w menasihati kita supaya mencari teman untuk bermusafir"~nasihat Along kepada saya-hamba Allah yang lemah semasa saya bercerita tentang pengalaman saya balik ke kampung seorang diri. Semoga nasihat ini dapat menjadi ilmu daripada Along kepada saya dan menjadi amal kepada Along dan juga diri saya..insya-Allah..amin.

Wednesday, May 1, 2013

Khutbah Jumaat tentang warna pelangi dan politik


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...


~Khutbah Jumaat telah memberitahu politik yang berbeza fahaman dan ideologi pimpinan ibarat warna pelangi. Warna pelangi yang berbeza tetapi semua warna tersebut cantik dan indah..Allah s.w.t Maha Pencipta...begitu juga fahaman politik dan ideologi pimpinan parti biarlah berbeza tetapi tidak merosakkan dan menghancurkan tetapi merupakan  perbezaan yang indah seperti warna pelangi.~ antara isi dalam Khutbah Jumaat(maaf..saya~hamba Allah yang lemah tidak tahu tajuk khutbah ini)

Moga khutbah Jumaat ini dapat menjadi amal kepada saya-hamba Allah yang lemah dan ilmu kepada kalian~Generasi Selepas Diri yang HEBAT. ..Insya-Allah..amin.