Tuesday, May 25, 2021

Khairat Kematian Perkeso

 Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua.

Post kali ini, saya cuma nak berkongsi info, ini untuk mereka yang tak tahu ya, yang dah tahu tu tak apalah. Boleh kongsi atau tambah-tambahkan maklumat dekat sini.

Saya nak kongsi tentang khairat kematian Perkeso.

Bila arwah abang ngah saya meninggal, maka ada beberapa perkara yang saya dan keluarga kena uruskan. Contohnya seperti urusan kwsp,asb dan juga perkeso.

Jadi,saya cuba kongsikan setakat mana yang saya tahu berdasarkan pengalaman saya uruskan hal-hal perkeso arwah abang ngah saya.

Perkara pertama yang kita kena buat bila seseorang tu meninggal, kita kena daftar kematian, daftar kematian ni dekat Jabatan Pendaftaran Negara. Kena bawa surat laporan polis,laporan hospital dan dokumen lain yang mengesahkan kematian seseorang. Saya buat dekat Jabatan Pendaftaran, UTC Melaka.

Bila dah dapat surat atau dokumen yang mengesahkan kematian seseorang, jadi kita boleh pergi ke pejabat perkeso.

Macam dekat Melaka, pejabat perkeso dekat jalan MITC, Ayer Keroh,Melaka.

Tapi syaratnya, arwah ada caruman dalam perkeso. Kena pastikan atau dapat surat pengesahan daripada majikan. Macam abang saya, dekat slip gaji memang ada tertulis potongan Perkeso. Majikan pun ada bagi surat pengesahan.

Lepas dah ada dokumen yang lengkap semua tu, boleh pergi ke pejabat Perkeso untuk tuntutan hal-hal yang melibatkan kematian ni.

Cuma disebabkan sekarang ni zaman covid, maka kita kena buat temujanji dalam talian terlebih dahulu.

Caranya pergi ke website perkeso, lepas tu cari daftar temujanji. Bila dah siap isi tarikh dan waktu kekosongan yang ada, maka kita datang ke pejabat perkeso mengikut tarikh temujanji yang kita daftar tu.

Macam urusan perkeso arwah abang ngah saya, lepas dah siap isi dan hantar borang yang diberi Perkeso, dalam beberapa minggu atau bulan,saya tak ingat pula, maka duit khairat kematian akan dimasukkan ke dalam akaun yang kita bagi ke perkeso. Macam arwah abang ngah saya,duit khairat kematian Perkeso bagi rm 2 ribu ringgit. Boleh lah guna untuk uruskan kubur arwah abang ngah saya,nak pasang kepuk,atau apa-apa sahajalah untuk urusan arwah abang ngah saya.

Saya rasa setakat ini dulu yang saya boleh kongsikan, sebenarnya ada hal-hal lain lagi yang melibatkan urusan Perkeso ni, contoh macam pencen penakat. Tapi saya nak ulas perkara ini,saya pun tak pandai sangat, takut tersalah informasi pula. 

Sebenarnya masa saya belajar sumber manusia dulu,ada belajar pasal perkara-perkara ini,tapi sebab dah lama tinggal,saya pun dah tak berapa ingat sangat.

Sebaik-baiknya, kalau ada apa-apa masalah pasal perkeso ni,terus pergi pejabat atau telefon pejabat perkeso untuk mendapatkan maklumat sesuatu perkara. 

Saya cuma kongsikan apa yang saya dapat berdasarkan pengalaman saya uruskan hal perkeso arwah abang ngah saya.

Harapnya,adalah sedikit sebanyak informasi atau maklumat yang boleh diguna pakai.Mudah-mudahan dapat menjadi bekalan amal saya untuk hari akhirat.

Jika saya ada tersilap informasi atau maklumat,saya mohon maaf ya.

Semoga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

insya-Allah...

amin.


Sunday, May 23, 2021

GIVEAWAY RAYA 2021 - DUIT RAYA BY BOLA KATOK.

 

klik banner untuk join =)


saya tag semua rakan blogger untuk join giveaway ni.

Saturday, May 22, 2021

PKP 3.0

 Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Petang tadi dah diumumkan tentang Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 oleh menteri pertahanan Malaysia, Dato Ismail Sabri.

Secara jujur, saya tengok tak ada apa perubahan yang drastik pun.

Saya pun tak rasa nak tengok pengumuman tu dekat tv. Tak macam mula-mula PKP dulu, rasa semangat juga nak dengar tentang pengumuman ni. Sekarang dah tak rasa apa sangat.

PKP 3.0 ni saya rasa yang utamanya ialah waktu operasi ekonomi hanya dibenarkan daripada 8 pagi sehingga 8 malam sahaja.

Entahlah, saya memang jenis tak keluar rumah sangat waktu malam ni mungkin tak rasa apa sangat.

Mungkin orang lain,lain penerimaannya. Khususnya yang meniaga makan waktu malam,tak pun macam yang jual burger,jarang orang beli burger waktu siang. Rasanya mereka antara golongan yang terkesan dengan pengumuman ni. Harapnya mereka bertabah dan semoga dimurahkan rezeki.

Malah di negeri Melaka juga dah ada tempat rawatan khas covid. Dekat MITC kalau tak salah saya.Dah siap untuk beroperasi.

Seram dan bimbang mendengar kes covid makin hari makin naik.

Secara peribadi,saya rasa pelaksanaan PKP 3.0 ni tak adalah akan memberi impak sangat kepada kes covid ni. Tak kan kita tak keluar rumah waktu malam maka kes covid akan turun? covid bukan kira masa, covid ni virus yang bila-bila masa sahaja boleh menjangkiti manusia.

Nampaknya memang kita kena jaga diri sendiri nampaknya. Harapnya sebab kita jaga diri kita, secara tak langsung kita turut jaga kesihatan dan keselamatan orang lain.

Semoga cepatlah negara Malaysia kembali pulih.

Marilah kita sama-sama berdoa semoga kes covid turun,malah lebih baik sekiranya hilang terus virus ini di muka  bumi ini.

sumber gambar:google images


Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

insya-Allah...

amin.


Friday, May 21, 2021

Happy Birthday Giveaway by Abam Kie

 

klik banner untuk join =)


Selamat lahir abam kie.

Semoga terus sukses dunia akhirat.

Semoga diberi kesihatan yang baik,syukur kerana abam kie berjaya melawan covid19.

Semoga terus cemerlang menjadi seorang guru.

Semoga apa yang dihajati akan dapat dicapai.

Terima kasih kerana sudi menjadi rakan blogger saya, sudi meninggalkan komen-komen di blog saya ini.

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

insya-Allah..

amin.

Thursday, May 20, 2021

Total lockdown ke?

 Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua.

Sekarang ni kes covid 19 semakin membimbangkan.

Dah jejak sampai 6 ribu lebih.

Malah dekat pasar borong tempat saya berniaga juga kena tutup selama 3 hari untuk proses sanitasi.

Tak tahulah macam mana kerajaan nak hadapi masalah ni.

Ramai yang  minta buat total lockdown macam PKP 1.0 dulu.

sumber:google images


Tapi ada juga yang tak setuju kerana takut kesannya pada ekonomi.

Entahlah...

Covid 19 ni memang memberi kesan negatif kepada ekonomi,kesihatan,keluarga,negara dan sebagainya.

Haraplah virus ni hilang secepat mungkin.

Jika betul PKP penuh akan dilaksanakan atau total lockdown, maka saya rasa antara langkah yang saya kena buat ialah:

1.duduk rumah, keluar jika ada urusan penting/mustahak dan jika dibenarkan sahaja.

2.pakai mask atau pelitup muka bila berada di luar.

3.jaga jarak penjarakan fizikal

4.kena berjimat cermat, nampaknya cadangan saya nak beli kerusi gaming chair tu kena postpone dulu,kena utamakan kehendak dulu baru keperluan.

5.kena jaga kebersihan diri,mandi,kerap cuci tangan dan sebagainya.

6. saya ingat nak beli oven, nak belajar-belajar masak kuih,kek atau apa-apa sahajalah yang boleh dimasak menggunakan oven.

Moga hilanglah covid 19 ni, saya rasa frontliner kita dah tak larat nak menghadapi masalah ini.Semoga mereka semua diberi kekuatan dan semangat untuk berjuang melawan virus ini.

ya Allah, semoga hilanglah virus covid 19 ni, serta semoga rakyat Palestin berada dalam keadaan baik dan sejahtera.

insya-Allah...

amin.



Tuesday, May 18, 2021

Gaming Chair

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua...


Sekarang ni saya teringin nak beli "gaming chair".

Tak tahulah kenapa.

Mungkin tengok design dia cantik, tu yang rasa berkenan tu.

Jika letak dalam bilik, cantik juga rasanya.

Ini contoh gaming chair yang saya nak beli:







Jadi sesiapa yang ada pengalaman beli gaming chair ni,mohon perkongsian ya.

Sekarang ni saya tengah survey sahaja dulu.

Nanti kalau rasa bajet dah ada,baru saya beli.

Mohon doakan ya,semoga tercapai list yang saya nak beli ni.

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

Insya-Allah...

amin.

Thursday, May 13, 2021

Selamat hari raya Aidilfitri Tahun 2021 1442H

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua.


sumber gambar:google images


Selamat hari raya Aidilfitri 1442H.

Mohon maaf jika ada sebarang kesalahan dan kesilapan daripada saya.

Mohon maaf jika ada penulisan atau post dalam blog ini yang menyinggung perasaan.

Raya kali ini terasa berbeza.

Alhamdulillah, saya berkesempatan untuk sembahyang raya.

Tetapi, jiwa dan hati ini tetap terasa rindu.

Rindu kepada arwah bapa, arwah nenek, dan yang paling baru meninggalkan saya,arwah abang ngah saya.

Mereka semua ini orang yang sayangkan saya,cuma saya sahaja yang tak sedar,sehinggalah mereka meninggal dunia.

Moga mereka dan kita semua selamat daripada seksaan alam kubur, dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Raya tahun ini juga bukan hanya kita beraya dalam keadaan kes covid yang semakin membimbangkan tetapi kita turut berasa sedih dengan kekejaman tentera zionis terhadap penduduk Palestin.

Semoga rakyat Palestin yang terkorban ditempatkan dalam kalangan mereka yang syahid.

Sekali lagi, saya memohon ampun maaf atas sebarang perkataan atau perbuatan saya, mohon diampunkan segala dosa,salah dan silap.

Moga Allah s.w.t menerima segala amal kita di bulan Ramadan.

Semoga yang baik-baik sahaja untuk kita semua di bulan Syawal ini.

Insya-Allah...

amin.

Monday, May 3, 2021

Bulan 5

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua.

Dah masuk bulan 5,bulan Mei.

Macam biasa,setiap 1 hb Mei ialah hari pekerja.

sumber gambar:google images


Lepas tu sekarang ni kita dah berada di fasa akhir ramadan. Lepas tu syawal.

Tak rasa apa-apa sangat sejujurnya.

Nak sambut apa sahaja sangat.

Bapa dah tak ada, abang kedua dah tak ada,nenek datuk dah tak ada.

Banyak orang yang sayangkan saya dah tak ada.

Sunyi juga rasanya.

Alhamdulillah saya masih ada emak.

Tapi tulah,tak banyak yang  saya boleh balas jasa mak saya.

Entahlah...

saya harap sesiapa yang membaca atau terbaca blog saya ni, janganlah jadi macam saya,selalu terlambat atau orang putih cakap take things for granted,  atau ikut fahaman saya maksudnya sudah terhantuk baru nak tergadah...

bapa,abang,nenek dah tak ada baru nak rasa menyesal, tak sempat nak balasa jasa mereka.

Oh, untuk seorang kawan saya yang selalu baca blog saya ini, saya mohon maaflah kalau tak balas reply whatsapp, bukan sombong, cuma saya rasa lebih baik dia fokus kepada family dia, daripada dia bazirkan masa whatsapp saya. Tapi apa pun terima kasih bro sebab sudi whatsapp dan tanya khabar aku.

Saya harap sangat apa-apa sahaja yang saya tulis dekat dalam blog saya ni,sedikit sebanyak dapat jadi amal jariah saya kalau saya meninggal.

Saya ni tak ada apa-apa nak dibawa kalau meninggal dunia esok lusa, ilmu tak ada,harta tak ada,anak bini tak ada...jadi harap dekat blog ni kalau ada yang terbaca atau membaca post-post dalam blog ni dapat beri sedikit info atau maklumat kepada mereka,harapnya dapatlah itu dikira amal untuk saya.

Semoga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

insya-Allah..

amin.