Thursday, January 30, 2020

Jan Giveaway + BW by lieyzanordin

klik gambar untuk join =)

Tuesday, January 28, 2020

Tak semudah itu

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Tak semudah itu, bila kita melihat petani yang berjaya dengan hasil kebunnya. Banyak perit getir yang perlu dilalui, semak samun,penat lelah, hujan panas,semuanya harus ditempuhi untuk dapat hasil yang memuaskan.

Tak semudah itu,bila kita lihat seseorang dalam keadaan kecewa dan lemah semangat, hendak kembali semula mendapatkan keyakinan bukan semudah menepuk bahu dan menyuruh bersabar,banyakkan doa...barangkali dia lebih rajin solat,lebih fasih tajwid al-Quran, lebih arif hukum dan sebagainya berbanding kita.

Tak semudah itu juga bila kita mudah menuduh seseorang itu tak bekerja kerana malas.Barangkali sudah beribu-ribu resume yang dihantar,sudah beratus temuduga yang dihadiri. Bukan sedikit cemuhan dan umpatan masyarakat atau saudara-mara mengenai diri dia yang masih tak bekerja.Barangkali dia sedang sakit.Sakit yang sukar dilihat dengan mata kasar.

Tak semudah itu kita melihat seorang ayah atau ibu bangun pagi,menyiapkan anak untuk ke sekolah,kemudian bergegas ke tempat kerja. Bekerja mencari duit untuk membayar bil,belanja isi rumah dan sebagainya.

Tak semudah kita sangka.

Image result for tak semudah itu
sumber gambar:google images
                                                       

Kadang kita lupa, zaman berubah, jika dahulu seorang graduan habis sahaja belajar sudah ditawarkan pekerjaan,kini habis sahaja belajar,hutang pendidikan sudah menanti.

Kadang kita lupa atau kita buat-buat tak mengerti.

Hanya kerana kita sudah berjaya menjadi seseorang,bukan sebab untuk kita memandang rendah usaha seseorang.

Tak semudah itu.

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

insya-Allah...

amin.

Thursday, January 23, 2020

Penat

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Image result for penat
sumber gambar:google images

Terasa penat.

Sungguh penat.

Lebih-lebih lagi bila kena jawab urusan hal orang lain, terasa penat.

Diri sendiri penat, siapa yang peduli?

Penat, kadang rasa nak pergi jauh-jauh.

Nak pergi mana?

Duit tak ada,kemahiran tak ada,ilmu tak ada.

Penat.

Terasa macam nak tidur saja sampai bila-bila.

Sebab bila terjaga, kena jawab dan fikir perkara yang entah apa-apa.

Penat.

Maaflah...

Dekat blog ini saja boleh luahkan rasa yang terdapat dalam hati.

Penat.

Sangat penat.

Entahlah berapa lama boleh bertahan.

Tahap sabar makin menurun.

Penat.

Penat sangat-sangat...

Bila entah nak tamat.

Saturday, January 18, 2020

Contest Isi Dialog~ daripada blogger MUHAMMAD NAIM ABDULLAH

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Ini ialah hasil karya kreatif daripada blogger Muhammad Naim Abdullah yang dapat tempat kedua untuk segmen isi dialog kreatif di blog at-tarmizi =)

sumber:https://pemudattbc.blogspot.com/2019/11/contest-isi-dialog-di-blog-at-tarmizicom.html





Thursday, January 16, 2020

Giveaway Bersama Nieyl

Tuesday, January 14, 2020

Selamat Hari Lahir Emak

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Selamat Hari Lahir emak pada 10/1/ haritu.

Tak ada apa yang boleh diberi.

Sekadar sebiji kek yang murah harganya.

Moga yang baik sahaja untuk kita semua.

Image may contain: food


insya-Allah...

amin.

Monday, January 13, 2020

Asif & Tar


Thursday, January 9, 2020

Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom.

Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom. Dah lama mama tak buat giveaway memang teringin nak buat tapi tak berkesempatan pula. So, sempena hari lahir mama yang jatuh pada 1 January yakni Tahun Baru yakni Hari ni, maka mama nak lancarkan Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom. Jemput sama-sama meriahkan. Sebelum tu mama nak ucapkan selamat tahun baru 2020 kepada semua. Sekejapan aje kita dah di era 2020. Tetiba teringat pula Wawasan 2020 yang dilancarkan masa sekolah dulu. Macam tak percaya kita dah sampai ke tahun itu..

Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom

 http://www.mamapipie.com/2020/01/giveaway-tahun-baru-2020.html


Syarat-syarat Penyertaan Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom


  1. Terbuka buat blogger yang menetap di Malaysia bagi memudahkan urusan pos. Sorry buat blogger negara jiran kalau mama buat segment bolehlah join nanti ye.
  2. Buat satu blog post bertajuk "Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom". Tepek banner di atas beserta link ke post ini juga ye. Dalam post tu korang kena nyatakan hadiah nombor berapa yang menjadi pilihan korang. Mama akan randomly pick pemenang berdasarkan hadiah yang dipilih. Total ada 4 Hadiah.
  3. Wajib Follow blog mama: http://www.mamapipie.com
  4. Wajib Follow FB page: https://m.facebook.com/mamapipie/
  5. Wajib letak blog http://www.mamapipie.com dalam bloglist korang (ini mama akan check satu-satu).
  6. Wajib Subscribe YouTube: https://m.youtube.com/channel/UCeU4OMTRsXMlU3WNy-FJUUA
  7. Digalakkan Follow Media Social Mama (ni tak wajib) || FB | Twitter | Instagram |   
  8. Tinggalkan link pernyertaan korang di post ini.
  9. Pemilihan pemenang akan berpandukan En Random.org atau terpulang jika mama tetiba rajin nak pilih secara manual, mama akan pilih secara manual.

Tu je lah. Mudah saja kan. Bagi sesiapa yang ada masalah untuk nak buat perkara di atas dengan alasan munasabah mama tetap akan terima penyertaannya. Dun worry OK!


Hadiah Giveaway Tahun Baru Mamapipiedotcom 2020


Hadiah akan diberikan bagi 4 orang peserta bertuah. Setiap peserta akan di pilih berdasarkan hadiah yang menjadi pilihan korang.

Hadiah 1




Blouse design 1, warna kuning cair/cream. Free size Boleh refer size di bawah

Bahu 15
Dada 40
Ketiak 18
Labuh baju 30


Hadiah 2



Blouse design 2, warna peach. Free size Boleh refer size di bawah (sorry anak panah tu macam confusing sikit)

Bahu 15
Dada 40
Ketiak 18
Labuh baju 30


Hadiah 3



Set perfuma dan mandian Royale, Ada 3 barang dalam ni perfume, body mist Dan shower gel. Bau wangi u ol. Boleh jadikan hadiah buat yang tersayang juga ni


Hadiah 4


Wang tunai RM50 (akan terus bank in ke akaun korang)


Segment ini berakhir pada 31/01/2020 11.59 Malam.

Tuesday, January 7, 2020

Cara ringkas solat jenazah

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Sedikit perkongsian ringkas cara solat jenazah:

Related image
sumber:google images


moga ada manfaatnya.

insya-Allah...

amin.

Sunday, January 5, 2020

January Giveaway by Awesome Dreamer

Wednesday, January 1, 2020

Tahun 2020

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Dah masuk tahun 2020, kira dah 10 tahun blog ini berusia.

Nama sahaja dah 10 tahun, tapi sikit sangat post yang saya tulis setakat ini. Jika tengok balik setahun tu kadang-kadang ada beberapa sahaja postnya.

Ikut logik atau kira-kira, setahun ada 365,jika sehari satu post sepatutnya ada 365 post, tapi tak pernah pun capai macam tu.

Jujurnya saya tulis blog ini bila rasa nak menulis, atau kadang-kala melukis,jadi saya share di blog saya ini tentang penulisan atau hasil lukisan.

Sekarang dah tahun 2020, entah berapa lama lagi blog tarmizi ini akan bertahan, harapnya bila saya mati, sedikit sebanyak dapat menjadi amal untuk saya nanti.

Target blog untuk 2020? tak ada,  cuma nak rajin menulis,melukis,lebih aktif blog, itu sahajalah..

Terima kasih kepada semua yang membaca,terbaca,menjadi follower di blog saya ini.

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

Insya-Allah..

amin.