Thursday, May 12, 2022

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2022 1443 H

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Selamat hari raya saya ucapkan kepada yang beragama Islam.

Baru nak tulis post dekat blog ni.

Ikutkan raya syawal sebenarnya satu hari saja.. satu syawal saja yang sebenarnya patut diraikan dengan kegembiraan dan kesyukuran.

Tapi secara jujurnya,saya dah tak ada rasa nak beraya.

Abang kedua yang rapat dengan saya dah meninggal, bapa dah meninggal..abang yang lain ada kehidupan masing-masing.

Emak pula dah berusia...

Kawan pun tak ada sebab saya selalu menyusahkan mereka, selalu minta tolong,jadi siapa yang nak berkawan dengan orang macam saya.
 
Tak apalah, nak buat macam mana.

Kepada yang masih ada ibu bapa, keluarga,hargailah mereka..

Kita tak pasti berapa lama lagi masa yang ada untuk bersama mereka.

Semoga ada manfaatnya post kali ini.

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

Insya-Allah...

Amin.