Thursday, May 30, 2019

Asif & Tar


Sunday, May 26, 2019

Kemalangan di bulan Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera...

                                                  Image result for ramadhan

Lama tak update blog, kerana banyak perkara yang berlaku dalam bulan Ramadhan tahun ini.

Perkara yang paling besar berlaku bila abang kedua saya-angah terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Angah saya telah dilanggar oleh sebuah kereta yang menukar haluan secara tiba-tiba dan telah melanggar abang saya. Angah saya ketika itu sedang menunggang motorsikal untuk ke tempat kerja.

Memang kelam-kabut jadinya, sebab tak pernah lagi ahli keluarga kami terlibat dalam kemalangan sehingga perlu pergi hospital.

Kami dapat berita pasal kemalangan itu jam 10 pagi, kejadian kemalangan ini berlaku jam 6.45 pagi.

Jadi memang haritu sibuk pergi ke hospital sahaja.

Saya pula kena pergi cari motorsikal abang saya yang ditumpangkan di sebuah rumah.

Nak dijadikan cerita, semasa mencari motorsikal angah saya, saya pula terlibat dengan kemalangan. Tetapi tak serius, saya terjatuh sendiri semasa membrek di sebuah jalan kecil di kampung, banyak batu-batu halus yang menyebabkan jalan menjadi licin, saya cuba elakkan sebuah lori,malangnya saya pula yang terjatuh.

Tak teruk sangat keadaan saya cuma sakit sebab dihempap motorsikal sendiri, bengkak jugalah badan.

Mujur saya cepat pergi berurut, kalau tak lagi teruk bengkaknya.

Berbalik kepada cerita angah saya, kemalangan itu menyebabkan dia ditahan di hospital selama lebih kurang seminggu, sebab kepalanya mengalami sedikit gegaran.

Mengikut doktor,mujur abang saya memakai helmet, jika tidak mungkin kesannya lebih teruk.

Selepas itu,saya bersama ahli keluarga lain telah membuat report polis, mendapatkan nasihat guaman dan pelbagai perkara lagi.

Sekarang ini, kami dinasihatkan oleh peguam dan pegawai polis yang menyiasat(I.O) supaya bersabar dan tunggu sahaja panggilan daripada pihak mereka untuk tindakan selanjutnya.

Jujurnya,saya memang tak berapa faham langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya terlibat dalam kemalangan, cara nak claim insurans dan sebagainya.

Pening juga kepala, buat perlahan-lahan,mudah-mudahan segalanya selesai nanti.

oh ya,sedikit pesanan ikhlas daripada saya,sekiranya menunggang motorsikal,seelok-eloknya pakailah topi keledar kerana kita tak akan dapat jangka apa yang akan berlaku terhadap kita nanti,mungkin perbuatan ini dapat menyelamatkan kita daripada risiko yang lebih besar seperti yang dilalui oleh abang saya.

insya-Allah...

amin.

Tuesday, May 7, 2019

Salam Ramadan tahun 2019

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dah masuk dua hari berpuasa.

Setakat ini, alhamdulillah masih boleh bertahan lagi.

Cuma,tekak rasa haus sahaja...

Cuaca agak panas sedikit.

Lagipun saya baru nak sembuh demam.

Kadangkala rasa tak selesa juga badan.

Dua hari saya tak pergi berniaga.

Cuma hantar order kerisik kepada pelanggan sahaja.

Agaknya macam mana mereka yang bekerja berat tu ya?

Hebat sungguh kudrat mereka.

Salam Ramadan kepada semua yang membaca atau terbaca post saya ini.

Semoga diberi kesihatan yang baik dan dapat meneruskan puasa.

insya-Allah...

Amin.

Sunday, May 5, 2019

Giveaway SapsIbuBapa.net Di Mialiana.com

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telahpun menyediakan satu platform kepada kepada guru dan juga ibu bapa yang dipanggil sebagai SAPS Ibu Bapa.

SAPS Ibu bapa merupakan satu aplikasi secara atas talian yang digunakan oleh guru untuk "key in" markah peperiksaan pelajar. Manakala, ibu bapa pula boleh mengakses aplikasi ini untuk menyemak keputusan peperiksaan pelajar.

Semakan ini boleh dilakukan dengan melayari laman web seperti berikut :



Antaramuka SAPS IBUBAPA

Inisiatif kerajaan ini patut dipuji ini kerana ianya memudahkan banyak pihak untuk mengetahui markah peperiksaan pelajar/murid.



Giveaway ini dianjurkan oleh SapsIbuBapa.net dengan kerjasama Mialiana.com. Hadiah wang tunai sebanyak RM400 untuk dimenangi. Sila klik SINI untuk join.


Wednesday, May 1, 2019

Demam

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sudah 3 hari diserang demam.

Teruk juga,tiba-tiba sahaja suhu badan naik mendadak.

Kemuncaknya malam tadi, muntah dan susah nak tidur.

Kepala rasa sakit dan pening.

Bila berjalan rasa macam terhuyung-hayang.

Baring sahaja...

Selera makan pun tak berapa nak ada.

Tampal coolfever, lega sekejap.

Lepas tu sakit balik.

Dugaan sebab banyak dosa agaknya..

Sudah 3 hari tak pergi berniaga.

Duit pun makin susut.

Moga cepatlah sembuh.

Doakan saya ya.

Amin..