Sunday, October 31, 2021

Pergi dulu ya

 





sumber:google images





Friday, October 29, 2021

Rukun Solat

 


sumber:google images



sumber:google images

Thursday, October 28, 2021

Mummy Ayu's Birthday Giveaway

 

klik banner untuk join =)

syarat2 nya..simple je:-
1. buat satu entry bertajuk "Mummy Ayu's Birthday Giveaway" & link balik ke entry ni
2. tinggalkan link korang kat bahagian komen entry ni so that Mummy Ayu leh blogwalking 
ke blog korang & tinggalkan jejak

3. tu je... 😉
4. pemenang akan dipilih secara cabutan, jumlah pemenang adalah berdasarkan jumlah penyertaan
so far .. yg confirm memang satu la..yg akan memenangi planner comel & cun ni (boleh pilih design)
5. tarikh tutup giveaway ni - 8 Nov 2021 (hari Isnin) 12.00 noon

soooo jom join ..giveaway simple ni.

Tuesday, October 26, 2021

Innalillahiwainnailaihirojiun

 Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua.


Hilangnya seorang pengarah Malaysia yang tersohor.

Hilangnya seorang pengarah yang banyak menggunakan suasana kampung sebagai latar belakang sebuah cerita.

Hilangnya seorang pengarah yang biasanya menggunakan pelakon-pelakon yang memang kerana bakat mereka dan bukan rupa.

Hilangnya seorang pengarah di mana ceritanya boleh ditonton oleh seisi keluarga, cerita yang banyak memberi mesej dan maksud.

Sudah pasti negara akan terasa kehilangan seorang pengarah yang sangat berbakat ini.

Seperti  Yasmin Ahmad dengan iklan raya Petronas, kehilangan Mamat Khalid pasti akan ada kesannya kepada cerita atau filem Malaysia yang bercorak tempatan atau merakyat.

Semoga Arwah Mamat Khalid ditempatkan dalama kalangan orang beriman.

Terima kasih kerana pernah menghiburkan jutaan rakyat Malaysia dengan karya-karya seperti Rock,Rock oo, Hantu Kak Limah Balik Rumah, 15,16,17 puasa dan banyak lagi.

sumber gambar:google images



Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

Insya-Allah...

amin.

Saturday, October 23, 2021

Hari lahir

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Hari ni hari lahir saya..

Tak ada yang istimewa pun.

Biasa saja.

Cuma tulah, saya kena ada rasa syukur sebab masih ada nafas untuk hari lahir saya tahun n.

Tahun depan belum tahu lagi.

Hari lahir ni bagi saya ialah sekadar sedar yang saya semakin tua..

Itu sahaja.

Nak sambut pun tak ada rasa.

Entahlah..

Bagi sesiapa yang membaca atau terbaca post di blog saya ni, dan kalian ada orang yang meraikan hari lahir kalian,hargailah..syukurlah dan ucaplah terima kasih.

Mungkin nanti dah tak ada lagi sesiapa yang nak sambut hari lahir kita.

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

Insya-Allah...

Amin.

Thursday, October 21, 2021

Banjir di Melaka

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Hujan semalam tak berhenti dari tengahari hingga ke petang.

Banyak kawasan yang banjir.

Mujur juga tempat saya duduk tak kena banjir.

Sebab dekat dengan laut.

Tapi dekat kawasan bandar khabarnya banjir teruk.

Malah lebih memilukan sebab ada anggota bomba yang lemas.

Difahamkan anggota tersebut lemas sewaktu dalam operasi banjir di sungai putat.

Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Banyak juga kawasan yang terpaksa ditutup.

Tengok dekat Facebook ada yang sampai paras air hingga ke bumbung rumah.

Menakutkan.

Haraplah pihak yang berwajib dan pemimpin akan mengatasi masalah ni.

Jangan sibuk nak jawatan sahaja tapi rakyat atau orang bawah ni tak dipedulikan.

Sekarang ni kalau hujan lebat tak berhenti sahaja maka akan ada  risiko banjir.

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

Insya-Allah...

Amin.

Monday, October 18, 2021

Salam Maulidur Rasul 2021

 

sumber gambar:google images

Nabi Muhammad SAW/ Rasulullah SAW

Nama: Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.

Nama Gelaran Lain: Al-Amin, As-Saadiq, Rasul Allāh dan Abu al-Qasim

Tarikh Lahir: Subuh Isnin 12 Rabiulawal/20 April 571M (dikenali sebagai Tahun Gajah, sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang Kota Kaabah)

Tempat Lahir: Di rumah Abu Talib, Mekah Al-Mukarramah

Nama Bapa: Abdullah bin Abu Muttalib bin Hashim

Nama Ibu: Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf

Pengasuh Pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah)

Ibu Susu Pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).

Ibu Susu Kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-sa’diah (lebih dikenali Halimah As-sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

Usia 63 tahun

Kewafatan Rasullullah SAW di Madinah Munawwarah pada hari Isnin , 12 Rabiul Awwal 11 Hijrah/08 Jun 632 Masihi.


sumber: https://www.mywilayah.com/2020/10/biodata-nabi-muhammad-saw.html

Wednesday, October 13, 2021

Tayar motor bocor

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Tayar motor bocor pula.

Nasib dah sampai rumah.

Patutlah masa bawa rasa bergoyang-goyang saja.

Nak berhenti malas.

Saya bawa saja perlahan-lahan sampai ke rumah.

Bila check,bocor rupanya..

Pakai air sabun, basuh dekat tayar..nanti lubang yang bocor tu akan keluar angin..dekat situlah bocor.

Nasib pakai motor tubeless..tampal sahaja..atau saya panggil "cacing" dekat lubang yang bocor tu.

Mujur juga tayar depan..boleh control lagi masa nak bawa..

Cuma tulah,motor saya fork depan pun dah bengkok sikit...dah tak berapa center.

Bawa memang ada rasa goyang sikit-sikit..

Tengok YouTube...dia tendang saja tayar tu supaya centre balik..tak sangguplah saya nak buat macam tu..nanti tambah teruk pula.

Tayar tubeless ni kalau bocor,tampal sahaja..tampal baru rm5 macam tu..kalau pakai tiub tukar tiub dah rm9 ke rm10 satu tiub.

Settle satu hal...

Haraplah lepas ni ok lah semua.

Harap yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

Insya-Allah...

Amin.

Friday, October 8, 2021

Bulan 10

 Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua.


Dah masuk seminggu bulan 10 kan..

Lagi 2 bulan dah setahun..

Bulan 10 ni bulan hari lahir saya.

Tapi tahun ni terasa sangat kali ni..

Terasa sebab kehilangan seorang abang dalam hidup saya.

Tak seronok pun nak sambut hari lahir ni.

Seingat saya,masa belajar dulu, adalah sekali dua saya sambut hari lahir.

sumber gambar:google images


Tapi kenangan pertama saya sambut hari lahir ni dan saya tak akan lupa sampai bila-bila semasa saya umur 6 tahun. 

Masa tu saya sekolah tadika, saya nak rasa sangat makan kek, jadi saya mendesak mak saya belikan saya kek.

Sebab dengar kawan cerita macam best..

Jadi mak bapak saya pun belikan sebiji kek untuk saya.

Itulah ,first time saya dapat makan kek harijadi.

Tapi bila fikir balik,rasa berdosa pula...

Sebab arwah bapa saya mana ada duit sangat nak beli.  Masa tu, bapa saya seorang penoreh getah,pendapatan pun tak menentu.

Lebih baik duit beli kek tu buat beli beras, tapi tulah masa tu saya kecil lagi...tahu nak minta sahaja.

Dah umur 30 an ni, bila tahu hari lahir nak dekat, saya jadi sedih pula...

Umur sahaja meningkat...pencapaian dalam hidup tak ada.

Entahlah...

Semoga yan baik-baik sahaja untuk kita semua.

Insya-Allah...

amin.

Thursday, October 7, 2021

Nak keluar ke tak

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Semua pun tahu yang negeri Melaka sekarang ni tengah ada krisis politik.

Saya seboleh-bolehnya tak nak blog saya ada unsur politik.

Sebab saya tak minat politik-politik ni.

Tapi nak buat macam mana,terperanjat juga bila tiba-tiba Yb kawasan saya keluar parti.

Bagi saya ok sahaja Yb kawasan saya.

Beliau buat kerja. Malah abang ngah saya meninggal pun dia ada datang ziarah.

Tak pasti lah sebab apa Yb kawasan saya buat keputusan macam ni..

Nak mengundi Yb saya ni semula,dia dah tukar parti. Saya tak pro sangat ke parti yang satu lagi.

Cuma sekarang ni saya berbelah bahagi kalau diadakan pilihan raya negeri semula.

Nak keluar mengundi saya malas..

Yelah,sebab masa covid ni,sembahyang Jumaat pun ada masanya saya tak pergi sebab S.O.P

Ni tiba-tiba kalau dibuat pilihanraya,tak kena takut meningkat semula kes covid.

Ikutkan hati saya,kalau ada banyak duit nak saja saya calonkan diri sendiri..senang..saya undi diri sendiri sahaja..

Tapi tulah, income pun tak tetap. Jika ada duit baik saya buat belanja keluarga,lagi bagus.

Sekarang ni tengah berbelah bahagi..nak keluar mengundi ke tak nanti kalau pilihanraya diadakan.

Harap lah yang baik-baik sahaja selepas ni.

Semoga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

Insya-Allah...

Amin.



Tuesday, October 5, 2021

Kemei Professional Hair Clipper KM-1419

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Hari ni saya cuma nak share satu barang yang saya beli bulan lapan haritu.

Saya beli hair clipper. Sebab waktu tu kedai gunting rambut tak buka sebab PKP.

Sebab susah nak gunting rambut,jadi saya beli sahaja hair clipper. Senang.

Rambut saya pun kerinting. Tak ada nak buat fesyen apa pun.

Pakai hair clipper, sodok saja rambut.

Tak serabut dan rimas bila rambut saya menebal. 

Gunting sendiri saja.

Cuma tak kemas sangat macam kedai gunting rambut saja lah.

Tak kisahlah..rambut sendiri.

Dapat juga saya jimat duit sikit-sikit.

Saya beli hair clipper ni dekat shoppe.

Jenama Kemei, model KM-1419

Harga rm22.90.

Sekejap saja sampai, dalam dua tiga hari macam tu lah..

Nanti saya akan buat video YouTube pasal hair clipper ni.

Moga ada manfaatnya.

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

Insya-Allah...

Amin.

Sunday, October 3, 2021

Dapat panggilan daripada scammer

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Hari Jumaat haritu saya ada dapat satu panggilan telefon.

Malas nak angkat mulanya sebab tengok nombor macam pelik sahaja.

Dulu saya ada download apps Truecaller tapi entahlah macam tak best pakai,saya uninstall balik.

Jadi saya tak tahu siapa yang call.

Bila angkat tiba-tiba cakap saya ada notis perintah mahkamah.

Pasal ada hutang tak bayar.

Ikutkan hati nak saja saya maki.

Tapi malas nak fikir banyak,saya tutup sahaja telefon.

Senang.

Terus saya block sahaja nombor tu.

Menyusahkan orang betul lah scammer ni.

Saya ingat ada panggilan interview kerja ke apa..

Rupanya scammer.

Harap lah ni last saya dapat panggilan macam ni.

Harap yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

Insya-Allah..

Amin.