Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua.
Tadi tengah tengok tv, terlayan pula rancangan lesung pipit..rancangan lama rasanya sebab pengacara dia Yana Samsudin belum pakai tudung lagi.
Ok,sebenarnya tadi masakan yang ditunjukkan ialah masakan daripada negeri Johor, ada tiga resipi tadi.
Botok-botok. ikan cencaru masak terutup dan last sekali roti naik.
Rasa macam best pula tengok buat roti naik tu, jadi saya google resipi roti naik ni.
Maka saya simpan dan share sinilah resipi roti naik tu..senang kalau saya nak buat nanti.
Resepi : Roti Naik Johor
Oleh : Che Mat Gebu
Dicuba oleh : Umi's Cup Cake
BAHAN-BAHANNYA :-)
400 g tepung roti
100 g tepung Hong Kong (mat guna tepung gandum je)
250 ml air
50 g susu tepung
3/4 camca teh bread improver (yg ni resipi asal tak letak)
180 g gula perang (brown sugar) Mat guna 120 g gula halus
100 g mentega
11 g yeast segera
1 camca teh esen vanilla
4 comments:
Ada ek nama roti naik Johor
Unik pulak namanya.
ms kecik2 dulu mama sy selalu buat. tp ats roti tu dia tabur gula instead of mentega😊 mmg sedap esp mkn pns2
macam2 nama kuih ya
Post a Comment