Friday, September 28, 2012

HARI KELAHIRAN SEORANG TEMAN



Kesyukuran teman,kesyukuran...

Bukankan nikmat dunia ini? nikmat terlalu banyak tARMIZI...terlalu banyak sebenarnya...

Mari kita renung sebentar...renung semula hari ini...

Meraikan seorang teman menyambut ulang tahun kelahiran,bersukan badminton,along membelikan tambah nilai kredit telefon bimbit (barangkali along buat begini supaya diri ini mudah meghubungi emak dan along)tanpa balasan...

Bersyukur teman,bersyukur...

Melihat harijadi kawan..melihat keprihatinan teman,melihat prasangka dan doa yang baik dari seperjuangan....

Teman...temani diri ini Tarmizi....

Sendiri,mengetuk kekunci....sampai bila agaknya kami akan bertahan...persahabatan teman..persahabatan ....ini juga nikmat kESYUKURAN..........

~Buat mereka yang sudi..membaca ketukan kekunci ini...Tarmizi tidak pasti...tapi doa dari diri..MOGA-MOGA kelahiran...kita sambut dengan kemeriahan..meriah bersama keluarga,bersama teman...kematian.dan kelahiran SATU sahabat yang saling berjalinan walau mata kasarnya berjauhan...soalannya Tarmizi dan generasi selepas diri...Apa isi kelahiran,kehidupan...akhir belum tentu tamat...kematian???~

Friday, September 21, 2012

PTA~Kembara Bermula




Projek tahun akhir akhirnya bermula,

Tanda aku sudah masuk tahun tiga,

Mencari idea,mula bab pertama,

Berjumpa mentor,semoga idea diterima,

Soalan biasa,ke mana hala?

PTA~PTA...

Hingga kini,

Saat aku mengetuk kekunci,

Masih lagi tiada kata mula,sebuah siri

Kembara PTA~PTA...

Saat putus asa,

Terbaca blog "KATA-KATA TAK TERKATA"

Saat putus asa..

Pasang niat,kerana DIA

Akan mudah,kerana ia ibadah.



~PTA-Perjalanan Tetap Akan diteruskan,mencari idea,membaca jurnal,berjumpa mentor,bertanya kawan,mencari haluan,mengkaji permasalahan,doa,harapan,yang lebih utama~ini juga perjuangan.

~BUAT TEMAN YANG MEMBACA,BUAT DIRI,IDEA DARI ILAHI,KEMBALI KEPADANYA SAAT SUSAH,KEKAL KEPADANYA SAAT SENANG,AKAL DIBERI,IDEA DICARI,DOA SEBAGAI SENJATA,USAHA SEBAGAI PENGATARA,TERUS MENCARI IDEA UNTUK PTA SEPERTI DIRI MENCARI IDEA UNTUK TULISAN DI SINI UNTUK DIRI UNTUK GENERASI.~

link blog KATA-KATA TAK TERKATA http://mr-iq.blogspot.com/

Monday, September 17, 2012

Kesyukuran semasa lapang



Melihat teman,

Ada yang bermain permainan,ada yang mendengar ceramah,

Teman di bilik sebelah,tidak diketahui tapi pastinya berfaedah,

Aku...bersyukur dalam kelapangan seketika ini,

Nikmat mudah,nikmat selesa,nikmat mewah.

Bersyukur dalam kelapangan,

Petang tadi,seronok beriadah bermain badminton bersama teman,

Nikmat sihat sebelum sakit...

Malam...

Berehat sebentar...melelap mata...nikmat,

Diajak teman kepada teman..untuk makan...

Dalam perjalanan...

Singgah sebentar membeli barangan...

Nikmat mudah sebelum susah...

Kedai makan....

Pesan mee jawa air kopi ais...

Nikmat..itu juga nikmat....

Nikmat rezeki...nikmat lazat...nikmat nikmat

Hitunglah dengan jari~kalau mampu Tarmizi...


Nikmat hidup terlalu banyak..kurniaan Ilahi...

Pernah terfikir Tarmizi..nikmat-nikmat dunia ini...

Nikmatilah nikmat ini..Sebelum MATI...........


~BUAT DIRI...MATI DI DUNIA BUKAN TITIK TAMAT..IANYA TITIK MULA..BUAT GENERASI YANG MUNGKIN MEMBACA TIKA DIRI INI "TIADA LAGI"...BUAT DIRI NIKMATILAH NIKMAT INI...."Terkadang nikmat ini buat diri lupa,lalai dan malas"...senang sebelum susah......lapang sebelum sempit..kaya sebelum miskin...muda sebelum tua...HIDUP SEBELUM MATI...........,,.


link for the image:http://abuikhwan.blogspot.com/2010/07/demi-masa-ingat-5-perkara.html

Thursday, September 6, 2012

Warung depan kubur



Hari ini pergi makan di sebuah warung,

Ironi warung itu di berdepan dengan kubur,

Doa semoga roh semua dicucuri rahmat setiap kali terlihat,

Kopi diminta-hilang dahaga-harga seringgit dua,

Mencari warung hanya untuk menonton tv,

Kerana telinga menghadapi komplikasi,

Maka skrin gergasi menjadi destinasi,

Biar jelas suara biar sampai ke telinga,

Tv3-999 cerita yang sama-jenayah anak muda-ada juga tua,

Menonton jenayah di hadapan kubur-pelik rasanya,

Memicit telefon bimbit,

Mencatat suatu peringatan-suatu harapan doa dalam impian sebenarnya,

Meraih pointer 3.85 semasa majlis graduasi diri nanti.Aminkanlah Yang Maha Agung lagi Maha Memperkenan doa.

Cerita jenayah berakhir sudah-siaran ditukar tapi kubur masih di hadapan.Kekal sampai aku mati sampai hari kita kembali barangkali.

Animasi menjadi peneman di skrin gergasi~hasil teknologi~siaran satelit seluruh dunia~rangkaiannya  .... Aku menjadi antara generasi yang merasai~kemajuan teknologi hasil kurnia Ilahi kepada manusia yang disukai dan diredhai.-DIA.


Siaran itu terganggu sebentar dengan iklan. Aku bingkas bangun mengatur jalan.Membuat bayaran.Bersyukur pada tuhan berterima kasih pada pelayan atas minuman.Dalam hati.

Kubur itu masih di situ. Aku pergi..............................................................................................

~Untuk diri,generasi,bangsa,agama....ciptaan Tuhan...warung saji makanan,minuman..kubur janji jodoh,ketetapan dan kepastian...ingat pesan "manusia sempurna"-selalu ziarah kubur kalau tidak hati keras-benar aku mengakuinya saat mengambi kerusi untuk duduk dan melihat-warung depan kubur~kubur depan warung.Titik....

Tuesday, September 4, 2012

Tak RAJIN-kOTOR-BERSIH.Tak BOLEH



Aku nak muka yang bersih-bebas jerawat. Aku nak muka kacak-putih melepak.Aku nak badan tegap -bukan lemak.Aku nak badan cantik-bukan kurap.Aku nak itu ini tapi tak rajin.

Aku nak lesen kereta-tapi tak berani.Aku nak kerja tetap-bukan cepat "give up".Aku nak itu ini-Aku Tarmizi.

Aku nak jadi tumpuan ramai-nak jadi selebriti.-seperti Dr.Irfan Khairi. Sedar Tarmizi sedar.

Usaha jalannya.Tiada jalan lain lagi. Balik sekolah berangan.Naik motor bebel sendirian.Jalan-tapi tidak hafal jalan.Susah?memang susah.Sebab itu kekal.Kekal selama susah sementara.



Aku banyakkkkkkkk merungut,merengek,meminta-Aku bukan sempurna-Tapi Aku boleh usaha kan?

Kaki Aku bengkak-selalu sakit-Tangan menggigil-Jari terketar-ketar-Bukan aku sengaja-Aku tak nak pun penyakit ini.

Refleks cermin diri-Badan kurap?-salah diri-asas bersih dari rumah-sekolah-buat payah.Muka jerawat-Ada tak cuci?Selalu fikir apa?-seks.

Kebersihan berkait rapat dengan iman. Sabar itu separuh dari iman.Separuh lagi?-kebersihan.-Nasihat seorang peniaga yang bakal berjaya-menara gading.

Sedar Tamizi-sedar.Pesan Along-adaptasi Tok Ayah.Buka kitab agama-bersih asas.utama.tuju kesempurnaan ibadah.

Jaga badan sendiri.Siapa nak jaga?-tolong diri Tarmizi.Tolong diri untuk diri.

Mati-Kena bersih.Dimandikan.Dipakai kain bersih-kafan. Lagikan pula hidup-jumpa orang.Orang yang suka bersih.Bersih.Kebersihan.Keimanan.

Tolong bersih Tarmizi.Doa orang bersih-makbul.Ingat.Hari ini untuk diri.Esok untuk generasi.Kotor hari ini.Mana datang zuriat.Zuriat bersih.Suka bersih.Rajin-rajin bersih.Diri kita untuk kita.Bersih.Iman.Generasi wangi sejahtera ihsan.

Monday, September 3, 2012

Aku manusia sukar mengawal nafsu-aku sedar itu.



Perjuangan...hidup rasa kosong tanpa matlamat.

Nafsu..semakin membunuh ruang keimanan...

Menangis menonton selawat Hafiz Hamidun...

Titik.belum tamat...sambung...sambung.

Aku marah?ya aku marah..kenapa aku asyik berfantasi seks?menonton video lucah di internet?akhirnya menangis menyesali kesilapan..berulang-ulang perkara ini...manusia kalau langgar tembok..sekali dua faham-sakit,berdarah langgar tembok...bukan macam aku-dah lama mati kalau realiti.langgar tembok.

Perkahwinan? ya jalan terbaik untuk elak godaan syaitan.....tapi belum mampu-calon pun tiada~kalau ada pun menzalimi diri dan dia...dosa.

Puasa...puasa.Jalan yang terbaik,paling baik. Kecewa-ramadhan sebulan-tahan godaan-habis.Habis ramadhan makin teruk...rosak...makin nafsu...jadi raja.Pulang,sedar,buka cermin mata pergi bazar ramadhan untuk elak maksiat mata dan pahala bertambah. Hebat?~hancur semula,mungkin lebih teruk...nafsu semakin hancur,bila habis bulan keberkatan,keampunan dan bebas api neraka.tolong diri-ingat mati.

Aku manusia yang bernafsu-aku sedar itu.aku ada akal-aku juga sedar itu.aku ada generasi sebelum ada generasi selepas-aku sedar itu.

Memang seronok buat seks bebas.Bebas komitmen,bebas tanggungjawab-seronok-sebab tu musuh nyata suka.

Tapi selepas itu? benih~hidup~besar~tidak sah tiada taraf.salah siapa?

Benar-zaman akan kembali jahil~manusia bijak tapi tidak bijak~mencipta untuk memusnah~kaya sangat kaya.-Perlu baca dan tuntut ilmu lagi supaya faham dan abadi-kekal di hati.


TOLONG TARMIZI-TOLONG.INGAT HIDUP-PASANGAN-MATI. TOLONG TARMIZI TOLONG.HIDUP BUKAN UNTUK ROSAK DIRI-LEBIH SALAH LAGI ROSAK HIDUP ORANG LAIN. SERONOK LIMA MINIT-DERITA SAMPAI MATI-KALAU IKUT NAFSU~SEKS BEBAS.


Untuk pejuang generasi era sebelum,seangkatan dan selepas aku~
menentang nafsu bukan senang.susah sangat susah untuk orang lemah macam aku.generasi sebelum dan generasi selepas-bantu aku sedar dan ingat-  seks halal hadiah untuk pejuang,wira,gagah berani kerana musuh nyata menangis saat yang halal menjadi milikmu-anak muda.