Sunday, December 31, 2017

Azam 2018

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera...

Sudah habis tahun 2017,

Kini memasuki tahun 2018,

Banyak perkara yang berlaku sepanjang tahun 2017 ini.

Ada yang menarik,manis,tidak menarik,tidak manis dan sebagainya...biasalah...

Tahun 2018,suka tak suka akan datang juga...

Jujurnya, saya tiada azam atau impian yang besar..

Azam saya dalam 2018:

Besar kemungkinan habis skim latihan 1 Malaysia (SL1M-PNB), dan akan mencari kerja kembali.

Jadi, saya harap 2018,saya dapat Cari kerja>dapat kerja>kekal kerja...

Jika tidak,kembali semula balik ke rumah emak di kampung,di Melaka..sekarang tengah join SL1M di Kuala Lumpur..

Ambil alih kembali tugas emak saya berjaja kecil-kecilan di pasar borong,menjual kerisik,ulam dan sayuran kampung. Maka harapnya dapat bertabah dengan kata-kata sinis dan persepsi orang lain.

Moga saya dapat memajukan perniagaan ini,perancangan saya dalam memajukan perniagaan emak saya ini ialah menjual kerisik dalam Facebook...

Seterusnya dapat memandu kereta,sudah lama lesen memandu diperolehi,tetapi masih tidak mahir membawa kereta..harapnya saya dapat mengatasi kelemahan ini...jadi dapatlah saya memajukan diri dan perniagaan saya.

Saya berharap dapat memulakan sebuah perniagaan menjual komik atas talian,moga dapat dimulakan,

Saya juga berharap dan berdoa supaya sakit belakang yang dihidap bertahun lamanya dapat sembuh supaya saya dapat melakukan kerja agak lasak dan kembali selesa untuk tidur.

Sebagai seorang blogger, azam atau perancangan saya mudah, lebih kerap update blog dan rajin join giveaway...

Selain itu,saya berharap dalam 2018,saya dapat mengurangkan berat badan..mungkin dengan kurang minum air manis dan lebih minum air suam.

Saya juga berharap dapat membuat walaupun cuma sekeping roti canai tetapi dapat menebarnya dengan baik... benar-benar jadi sekeping roti canai yang boleh dimakan.

Banyak lagi sebenarnya,ini yang terlintas buat masa ini.

Moga segala yang saya tulis dalam "post" ini mampu saya mulakan dan capai.

Semoga diperkenankan oleh-Nya...

insya-Allah, Amin...

Saturday, December 30, 2017

Asif & Tar


Kos Penjagaan Sebuah Motorsikal~Standard

Assalamualaikum w.b.t.

"Post" kali ini, saya nak berkongsi tentang kos asas penjagaan motorsikal..

Ini merupakan sekadar kos asas bagi penjagaan sesebuah motorsikal, dan harga yang ditunjukkan merupakan anggaran sahaja...dan bukan merupakan harga tetap bagi sesebuah bahagian motorsikal, malah sebahagian harga yang saya kongsikan dalam gambar merupakan hasil pengalaman hantar motor wave 100 saya ke bengkel, dan ada juga harga yang saya rujuk di Google.

Sedikit tambahan, terdapat juga kos lain seperti harga penukaran bateri, overhaul enjin,tukar ekzos,tukar seat,tukar bakul,tukar side mirror, tukar kepok motor dan sebagainya...

Cuma yang ingin saya kongsikan ialah kos asas bagi penjagaan sesebuah motorsikal,150 cc kebawah khususnya...atau bahasa mudahnya majoriti motorsikal yang digunakan oleh rakyat Malaysia...

Mudahan dengan perkongsian saya ini dapat memberi sedikit pertolongan/manfaat kepada pembaca dalam merancang belanjawan dan juga penjagaan motorsikal...

Nak beli motorsikal pun bukannya murah, nak dekat atau lebih RM 5 ribu juga,standard harga bagi sesebuah motorsikal macam EX5 atau Wave 100 dan lain-lain lagi.

Ini merupakan perkongsian, sebab jujurnya motor wave 100 saya pun nampak macam uzur sebab saya tak berapa pandai jaga...

Cuma harapnya dengan perkongsian ini dapat memberi sedikit manfaat kepada pembaca dan juga kepada diri saya sendiri...

Untuk bacaan lanjut mengenai tips penjagaan motorsikal,boleh baca dekat sini~


Moga ada manfaatnya "post" kali ini...

Insya-Allah...

amin.

Friday, December 29, 2017

Giveaway Untuk Bloggers Edisi Ke-3

GiveawayUntuk Bloggers 3 Safirul Amar
klik banner untuk join =)


Ok antara syarat GA ni kena pilih satu entri yang menarik dekat blog Sairul Amar Azmi...

Entri yang menarik bagi saya?

Entri ni...boleh klik dekat sini~


Sebab menarik?

Sebab nama saya ada dalam entri ni...hahaha =P

Entri pasal kelas buat Joomla 3..

Saya join kelas ni dan memang "best", tambahan lagi kelas ni dianjurkan secara percuma.

Ok tak "post" saya kali ini?

Harapnya dapatlah menang dirham seperti yang ditawarkan kepada peserta GA ni..

Nak menang dirham?

Jom join GA oleh blogger Saifirul Amar Azmi ni, klik ja banner tu...


Asif & Tar



Thursday, December 28, 2017

segmen: kembali ke sekolah bersama cikgu ayu


klik banner untuk join =)


Kata-kata semangat~

Teruskan berbakti menjadi seorang cikgu sebab ramai sebenarnya yang bercita-cita untuk menjadi seorang cikgu tetapi tidak kesampaian. Salah seorangnya sayalah tu =) memang cita-cita dulu nak jadi cikgu tetapi nampaknya tidak kesampaian.

Pulangan Amanah Saham Bumiputera (ASB)

Image result for asb dividend 2017

Sumber:astroawani

YEAR END GIVEAWAY BY HUSNIEYHUSAIN


klik banner untuk join =)

Wednesday, December 27, 2017

Sasterawan Negara, Shahnon Ahmad meninggal dunia



Al-Fatihah kepada sasterawaan negara, Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad meninggal dunia di Hospital KPJ Kajang jam 8 pagi tadi.

Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

sumber : Berita Harian


Menang SPM Fever Giveaway

Assalamualaikum w.b.t..

Syukur kepada-Nya,

Saya telah terpilih sebagai salah seorang pemenang bagi SPM Fever Giveaway anjuran blogger yang juga seorang guru bahasa Inggeris, iaitu Abam Kie.

GA ini lain sedikit sebab syaratnya kena buat satu "post" tentang pengalaman ambil SPM, boleh baca pengalaman saya dekat sini~


Sebenarnya semasa pengumuman pemenang, blog saya tidak tersenarai dan pemenang merupakan blogger lain.

Tetapi disebabkan pemenang itu tidak menuntut hadiah tersebut maka blog saya telah terpilih, yay, Alhamdulillah....


Memang dah rezeki saya... 

Hadiah yang saya dapat ialah sebuah novel dan juga sebuah beg... bahagian matrikulasi yang tak tahan tu, rasa macam cerdik pula tiba-tiba, =P



Terima kasih kepada Abam Kie kerana sudi menganjurkan GA ini, harapnya terus sudi menganjurkan GA lagi selepas ini.

Semoga hadiah ini akan membuatkan saya terus konsisten dalam dunia penulisan blog ini.

Semoga kita semua dimurahkan rezeki,

Insya-Allah...

amin.

Friday, December 22, 2017

Asif & Tar



Wednesday, December 20, 2017

Tembolok dan tengkolok

Tembolok dan tengkolok,
Zaman sekarang zaman tembolok dan tengkolok,
Tembolok sendiri harus difikir terlebih dahulu,
Pedulikan tembolok yang lain,
Asalnya bijak tapi terpaksa berolok-olok tiada otak,

Asalkan  tembolok diri berisi, pedulikan tembolok lain yang sakit lamanya sebab jarang diisi...

Zaman sekarang zaman tengok tengkolok,
Makin tinggi tengkolok,makin benarlah semua kata-katanya walaupun sedang mabuk teruk.

Zaman tembolok dan tengkolok,
Biar diludah muka,dipijak tengkuk,
Asalkan tembolok berisi dan tengkolok makin tinggi,makin selesa lah hidupnya nanti,

Zaman tembolok dan tengkolok,

Tiada tengkolok jarang orang sudi jenguk,
Demi tembolok berisi,angguk pada yang tidak,
Ketawa tapi tiada yang lawak,
Jika tiada tembolok tinggi, bermati-matilah asal tembolok berisi.

Zaman tembolok dan tengkolok.

Tuesday, December 19, 2017

ASIF & TAR


Monday, December 18, 2017

Drama Tipu Kita




DRAMA TIPU KITA

Dalam drama Melayu terdapat banyak nilai yang tidak sihat. Walau ia drama ia tetap melekat diminda kita sepanjang masa.

1. Anak muda dalam drama hidup kaya raya, mereka tak bayar PTPTN ka?

2. Rumah mesti bunglo ada kolam mandi 7 depa, itu belum tunjuk orang gaji ada 5.

3. Projek juta ria saja, mesti sebut 'Holding Company'

4. Dato dan Tan Sri mesti ada dalam dialog mereka.

5. Orang kaya itu jahat sifatnya, mesti ada dengki sesama mereka. Nak masuk neraka ka?

6. Bulu mata lentik mesti pakai walau dalam bilik tidur dan bilik mandi.

7. Jika berhijab waktu tidur masih pakai juga, memang tidur pakai tudung fatwa baru kebangsaan?

8. Lelaki pegang wanita itu tiada salahnya, adengan romantik katanya.

9. Aktiviti shopping sepanjang masa,mesti bawak beg shopping kemana mana

10. Kerja mudah tapi kaya raya, buka file sikit tapi bawa kereka BMW dan Audi punya

11. Tiada kereta Proton Saga dan Produa

12. Bercuti mesti keluar negara,bukan pantai Merdeka

13. Belanja mewah itu biasa

14. Mak ayah mesti kaya raya tak ingat dunia

15. Acara kahwin mesti meriah giler, macam hidup dalam istana

16. Mesti ada pendengki dalam mana mana organisasi.

17. Mengumpat itu pasti

18. Temanya hanya Cinta, cinta, cinta, cinta dan cinta lagi.

19. Bila jadi bos mesti garang giler. Nak hempas meja sahaja.

20. Waktu makan mesti ada dialong mewah dan gaduh punya, perut tak lapar ka?

Banyak nilai salah dalam drama kita, tiada nilai yang bina masyarakat sebenarnya.

Berhentilah tonton drama Melayu, ia sedang menghina pemikiran kita. Banyakkan baca buku dan sembang dengan anak anak.

Kurangkan drama dalam hidup kita.

Abah Qilah Bukan Drama

#NasibBaikNelopahHanyaDiAstora
#BanyakkanMembaca
#JanganBerdramaDalamHidup
#JimatZamanGawat


perkongsian daripada Doktor Azizul Azli Ahmad

Wednesday, December 13, 2017

Review filem Jibam

Assalamualaikum w.b.t dan Salam sejahtera...


Syukur kepada-Nya, baru-baru ini saya berkesempatan menonton filem Jibam.




Jibam merupakan sebuah filem yang diadaptasi daripada novel hasil karya pelukis terkenal iaitu saudara Ujang, atau nama sebenarnya Ibrahim Anon. Ujang merupakan individu yang bertanggungjawab dalam pengeluaran majalah lawak popular dahulu iaitu majalah Ujang, majalah Gila-Gila serta merupakan antara individu penting yang membawa siri animasi popular tahun 90-an, Usop Sontorian.

Okey, berbalik kepada filem Jibam, sebenarnya secara jujur saya kurang berminat untuk menonton wayang, kebiasaannya saya hanya pergi kalau diajak kawan-kawan dan selalunya mereka yang belanja tiket wayang,hahaha, terima kasih ya sahabat. Filem Jibam ini jika tidak silap saya arahan "Che Mie"

Saya mula teringin hendak menonton filem Jibam hasil daripada "review" beberapa "social media influencer" di laman facebook mereka.  Majoriti mereka memberi komen yang Jibam merupakan sebuah filem wajib tonton dan sesuai untuk seisi keluarga, malah rata-rata mereka memberi "rating" 8/10 untuk filem Jibam ini.

Selain itu, saya juga terbaca yang filem Jibam ini akan ditarik balik tayangannya di pawagam. Hal ini kerana filem ini kurang mendapat sambutan sekaligus untuk mengelakkan kerugian untuk tauke panggung selain faktor filem Jibam ini terpaksa bersaing dengan filem lain yang mempunyai bajet besar seperti Star Wars.

Maka disebabkan faktor-faktor ini, maka saya membuat keputusan menonton filem Jibam ini sebagai tanda sokongan kepada sebuah filem tempatan hasil karyawan di Malaysia.

Okey, secara jujur semasa membeli tiket Jibam ini, tidak banyak pilihan waktu tayangan yang ada, saya sampai ke tempat panggung wayang jam 5 petang, dan waktu tayangang bagi filem Jibam yang ada ialah pukul 11 pagi,kalau saya tidak silap, pukul 6.40 petang,ini juga tidak sesuai dibeli sebab durasi bagi filem Jibam anggarannya adalah 1 jam 40 minit, sukar pula nak sembahyang Maghrib nanti, dan akhirnya saya membeli tiket jam 9 malam, dan ini sahaja merupakan pilihan tayangan waktu yang tinggal.

Semasa membeli dan membuat pilihan tempat duduk, saya lihat terdapat tidak lebih daripada sepuluh orang sahaja yang membeli tiket filem Jibam ini. 

Okey, penonton boleh mula masuk ke dalam bilik pawagam lebih kurang lima minit sebelum 9 malam, maka dengan semangat berkobar-kobar saya mula masuk ke dalam bilik pawagam dengan harapan supaya filem Jibam ini seronok dan tidak menghampakan saya.

Jujurnya bilangan penonton saya rasa dalam anggaran 10 ke 20 orang sahaja, sebab rasanya ada dua keluarga yang menonton, bilangan ahli keluarga ini dalam 3 ke 4 orang, yang datang berdua atau berpasangan rasanya dalam  4 orang, dan yang datang menonton seorang diri dalam 2 ke 3 orang termasuk saya.

Perkara pertama yang tidak seronok dialami,saya terpaksa menonton iklan-iklan yang dipaparkan terlebih dahulu sebelum filem Jibam bermula. Iklan-iklan terlalu banyak, malah terpaksa menunggu hingga 20 minit sebelum filem Jibam ditayangkan.  Saya masuk bilik pawagam itu jam 9 malam,pukul 9.20 malam barulah filem Jibam dimulakan. Hampir 20 minit lamanya terpaksa menunggu.Mungkin iklan-iklan ini ada memberi bantuan dan sumbangan kepada filem Jibam jadi sebagai syarat, maka iklan-iklan mereka ini harus ditayangkan. Barangkali juga ini merupakan perkara biasa sebelum sebuah filem bermula, saya jarang menonton wayang tetapi seingat saya tidak pernah pula terpaksa menunggu selama ini sebelum sebuah filem bermula.

Filem Jibam bermula dengan adegan menunjukkan keindahan hutan,kampung, pokok-pokok yang menghijau dan kelahiran Asyraf atau lebih dikenali sebagai Jibam. Memang sepanjang menonton filem Jibam ini, rasa terpukau dengan pemandangan dan suasana kampung yang ditonjolkan dalam filem Jibam ini.

Jibam merupakan seorang anak istimewa, tetapi istilah yang sering dipanggil "cacat" bukan kecacatan fizikal tetapi dalam bahasa mudah seperti budak yang agak terencat atau sedikit lembab akal fikirannya.

Bapa Jibam, Suman asalnya merupakan seorang dukun, tetapi kemudiannya merajuk dengan fitnah yang dilemparkan kepadanya lalu mengambil keputusan membawa keluarganya berpindah dan meneroka hutan lain serta memulakan hidup baru sebagai pencari rotan. 

Filem Jibam banyak memberi tumpuan kepada Jibam yang selalu "mengacau" Tok Ngah Sudin.
Tok Ngah Sudin merupakan antara watak penting dalam filem Jibam. Jika dilihat watak Tok Ngah Sudin yang perlu dibawa oleh pelakon memang penat dan mencabar.

Filem ini memberi tumpuan kepada banyak nilai seperti kasih sayang seorang emak kepada anaknya, kasih seorang abang yang dilihat kasar tetapi sebenarnya sangat menyayangi adiknya.

Selain itu, filem Jibam juga memberi penekanan tentang sikap hasad dengki, cemburu dengan orang lain hanya akan menyebabkan penderitaan kepada dirinya sendiri.

Filem ini juga mengetengahkan golongan masyarakat kampung yang kampung mereka terpencil jauh sehingga rata-rata penduduk mereka hanya menggunakan basikal sebagai alat pengangkutan. Kenderaan lain seperti kereta dan motorsikal amat jarang sekali masuk kampung mereka. Malah jarak daripada kampung mereka untuk ke klinik amat jauh. Saya tidak ingat pula berapa batu/kilometer yang disebut tetapi yang pastinya amat sukar bagi penduduk untuk ke klinik. 

Justeru, filem ini tidak menampilkan adegan seperti minum atau makan di restoran mewah, memakai pakaian berjenama, memegang jawatan tinggi dalam sesebuah syarikat atau merupakan seorang anak kepada golongan kaya. Malah saya rasa filem Jibam ini tidak mempunyai heroin, watak anak perempuan Tok Ngah Sudin juga saya rasa hanya sekadar untuk melengkapkan filem ini dan bukannya sebagai seorang heroin. Jika ada heroin pun, rasanya jatuh kepada watak Mak Peah, emak kepada Jibam kerana kasihnya seorang emak terhadap anak dan ketabahannya membesarkan anak-anak lebih-lebih lagi anak seperti Jibam.

Adegan dalam filem ini seperti minum atau mengeteh di warung, pelbagai topik yang dibawa, malah sehingga sekarang ada satu watak tambahan yang dibawa dalam filem Jibam ini yang agak menarik minat saya, watak ini semasa di warung hanya mendiamkan diri sahaja dan mendengar segala perkara yang berlaku di warung. Barangkali watak tersebut mempunyai makna yang tersirat.

Tumpuan filem ini juga turut terarah kepada isu yang dialami sejak zaman-berzaman oleh bangsa Melayu, iaitu isu perebutan tanah dalam kalangan adik-beradik, orang kampung dan juga bagi pandangan saya,ada juga diselitkan bagaimana terdapat pihak yang akan cuba pelbagai cara untuk mendapatkan tanah.

Namun yang pastinya filem ini fokus utamanya tentu terhadap watak utama dalam filem ini, Asyaf atau lebih popularnya dikenali sebagai Jibam.

Bila melihat babak-babak yang terdapat dalam filem Jibam ini, perasaan sedih,emosi bercampur-aduk dengan jenaka. Sukar nak diterjemahkan, hanya dengan menonton filem ini, maka perasaan ini benar-benar dapat dihayati dan dialami sendiri oleh penonton.

Okey, cuma bagi saya perkataan atau dialog seperti "gila" atau "mampus" tidak perlu digunakan atau diulang dengan kerap sebab perkataan ini tidak sesuai didengar oleh kanak-kanak. Takut mereka terikut-ikut pula dengan perkataan seperti ini. Sekiranya tiada perkataan seperti ini, maka filem Jibam ini memang benar-benar sesuai untuk ditonton oleh seisi keluarga termasuk kanak-kanak.

Filem Jibam ini bagi saya, pada pandangan seorang kanak-kanak ini memberi kesedaran tentang perkara yang sejak dahulu lagi sudah diajar kepada kita semua, sikap cemburu,hasad dengki dan tamak haloba hanya akan merugikan diri sendiri selain tidak elok mengejek kanak-kanak yang lembab akal fikirnya, sebab kita semua sama sahaja, hanya manusia biasa.

Manakala,pada pandangan seorang dewasa, barangkali banyak lagi maksud tersirat yang terdapat dalam filem ini.

Selain itu, perkara yang agak mengecewakan saya ialah seolah-olah klimaks filem Jibam ini terlalu cepat, semasa rasa ingin tahu semakin membuak-buak timbul semasa menonton filem Jibam ini tiba-tiba sahaja filem Jibam ini hampir ke kemuncak dan tamat. Ini hanya pandangan peribadi saya, sebab terasa seolah-olah banyak lagi perkara yang tidak dirungkaikan dan tiba-tiba tamat begitu sahaja. Bukanlah bermaksud filem Jibam ini tergantung tetapi rasa seolah banyak lagi perkara yang belum dijelaskan.

Okey, saya rasa inilah pandangan atau "review" ikhlas saya terhadap filem Jibam. Ini merupakan pandangan peribadi, malah saya tidak mendapat sebarang bayaran untuk membuat "review" ini. Saya hanya berkongsi pengalaman dan pendapat saya terhadap filem Jibam ini. Saya tidak akan memberi sebarang "rating" sebab rasanya tidak wajar,  filem Jibam bukanlah sebuah filem yang sempurna tetapi ada maksud dan maknanya yang tersendiri. 

Saya juga ada terbaca di facebook saudara Ujang yang filem Jibam juga akan dilanjutkan seminggu lagi kalau tidak silap saya, jadi sekiranya anda membaca atau terbaca "post" ini dan belum menonton lagi filem Jibam, pergilah menonton sebagai tanda sokongan kepada filem tempatan yang lain daripada kebiasaannya, sebab dengar khabarnya filem Jibam ini tidak akan ditayangkan di Astro First.
Image result for jibam


Terima kasih kerana sudi membaca sehingga habis "post" ini...

semoga ada manfaatnya "post" kali ini.

insya-Allah...

amin.

Tuesday, December 12, 2017

Belajar buat website guna Joomla 3

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Ahad lepas, saya berkesempatan menghadiri kelas membina laman web menggunakan Joomla 3 di UTC, Melaka.

Kelas ini diajar oleh blogger Safirul Amar Azmi, kelas ini merupakan kelas yang dianjurkan secara percuma oleh Kerajaan Negeri Melaka. 

bersama guru/blogger,En.Safirul Amar(duduk)


Seronok kelas ini, tambahan pula bagi mereka yang kurang pengetahuan cara-cara membina website, sebab dengan menggunakan Joomla ini, hendak membina laman web sudah tidak perlu pening kepala untuk belajar coding. Hanya perlu belajar serba sedikit cara meng"install" Joomla ini, kemudian sekiranya ada asas serba sedikit tentang HTML, maka ini dapat membantu kita dalam proses membina laman web yang kita inginkan.

Cuma semasa saya menghadiri kelas itu, saya masih lagi tidak berapa sihat, tetapi cuba jugalah gagahkan diri untuk menghadiri kelas ini. Ternyata banyak manfaat,ilmu dan maklumat yang saya perolehi dalam kelas ini.

Semasa dalam kelas ini, kami diajar cara meng"install" Joomla 3, XAMPP, cara letak calendar,slider,images,malah kami juga diajar untuk mereka bentuk banner menggunakan photoshop serta banyak lagi.

En.Safirul Amar juga bersungguh-sungguh membantu pelajar dalam kelas supaya tidak ada yang ketinggalan, dan memastikan di akhir seisi pembelajaran,peserta dapat menyiapkan satu laman web menggunakan Joomla.

Malah En.Safirul juga telah membuat satu group whatsapp bagi peserta yang menghadiri kelas ini, senanglah lepas ini kalau ada soalan ,atau apa-apa masalah yang dihadapi semasa cuba membina website. Boleh terus bertanya dalam group sahaja.

Akhir kata, terima kasih kepada blogger, En.Safirul Amar kerana sudi meluangkan masa dan tenaga untuk berkongsi ilmu ini kepada kami semua.

Terima kasih juga kepada kerajaan negeri Melaka kerana sudi menganjurkan program seperti ini, semoga terus dikekalkan program seperti ini untuk tahun-tahun seterusnya...

peserta yang hadir ke kelas Joomla 3



Semoga ada manfaatnya "post" kali ini.

insya-Allah..

amin.

Saturday, December 9, 2017

Sakit Kepala, Badan Lemah, Kaki dan Pinggang Sakit

Assalamualaikum w.b.t

                                         Image result for sick


Seperti tajuk "post", sekarang ni kepala terasa pening, sakit kepala,

Mungkin kesan makan bihun sup di sebuah warung tadi, sebab rasanya bihun sup itu dibubuh banyak ajinomoto, terasa pening dan sakit kepala ini.

Tambahan pula dua tiga hari ini badan terasa lemah-lemah...

Saya memang ada sakit pinggang, kesan jatuh motorsikal dahulu rasanya, sampai sekarang masih sukar untuk benar-benar pulih daripada sakit ini, merata tempat juga pergi berurut.

Cuma sekarang ni, sakit pinggang ini semakin terasa.

Kaki pula sekarang ni cepat kejang, mungkin akibat kurang bersenam atau bergerak...

Memang terasa lemah, semasa solat Jumaat tadi pun badan berasa agak tidak selesa.

Mungkin ini tanda-tanda awal sebelum saya demam?

Mohon doa kalian supaya saya diberi kesihatan yang baik..


Saya juga mendoakan sesiapa sahaja yang membaca atau terbaca "post" ini supaya diberi kesihatan yang baik.

insya-Allah...

amin.

Friday, December 8, 2017

" Sis Gee First Giveaway "


Klik banner untuk join =)

Pokémon The Movie : I Choose You! Official Malaysia Trailer (2017)


Image result for pokemon the movie i choose you malaysia

Residing in Kanto region's Pallet Town, young boy Ash Ketchum dreams of travelling the world and earning the title of Pokemon Master. Celebrating his tenth birthday, Ash is filled with excitement as he is now old enough to become a Pokemon Trainer. After being late to pick up his first Pokemon from the town's local Professor, Ash stumbles upon an unruly Pikachu, and thus begins his life as a Pokemon Trainer. While earning Pikachu's trust, both of them witness the legendary Pokemon Ho-Oh flying overhead. Picking up one of its feathers, both Ash and Pikachu promise to meet Ho-Oh again and start their journey of turning Ash into a Pokemon Master. 

Language: English
Subtitle: Malay / Chinese
Classification: U 
General Release Date: 07 Dec 2017
Genre: Anime
Running Time: 1 Hour 38 Minutes
Distributor: Primeworks Studios
Cast: Sarah Natochenny, Ikue Otani, Carter Cathcart, Rodger Parsons, Michele Knotz
Director: Kunihiko Yuyama
Format: 2D
Read more at http://www.cinema.com.my/movies/details.aspx?search=2017.12422.pokemonchooseyou.26007#SUsQ0rXAPmIv7b3R.99

Thursday, December 7, 2017

Asif & Tar



Monday, December 4, 2017

Tersalah beli tiket bas

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Image result for bas cartoon

Tersalah beli tiket bas,

Pernah tak mengalami perkara seperti ini?

Saya baru sahaja mengalaminya tadi...

Sepatutnya saya membeli tiket bas daripada Melaka ke Kuala Lumpur tetapi sebaliknya saya telah membeli tiket daripada Kuala Lumpur ke Melaka..

Saya tidak perasan perkara ini sehinggalah hendak menaiki bas, kemudiannya saya tersedar telah membuat kesilapan tersebut semasa membeli tiket bas secara online..

Saya tersedar perkara ini sebaik sahaja hendak menunjukkan tiket untuk menaiki bas...

Cemas juga, ditambah lagi tiket bas ke Kuala Lumpur telah habis dijual di semua kaunter...

Tiada apa yang boleh saya lakukan lagi, hendak menggunakan perkhidmatan grab, rasanya harganya agak mahal, apatah lagi hendak menggunakan perkhidmatan teksi...

Tiada pilihan lain saya terpaksa membeli tiket bas keesokkan harinya....

Cuai betul, barangkali semasa membeli tiket bas secara online saya bersikap sambil lewa sahaja sebab berasa saya sudah membiasa beli tiket bas secara online maka saya tidak akan melakukan kesilapan seperti ini...nampaknya sikap ini telah memakan diri saya sendiri...

Bukan sahaja saya telah kerugian masa malah wang ringgit dan tenaga akibat kecuaian saya sendiri...

Perkara ini mengingatkan saya kepada pesanan seorang senior kepada saya semasa di universiti dahulu, katanya " do not take things for granted"

Maksudnya "jangan ambil mudah sesuatu perkara sehingga akhirnya kita sendiri yang menyesal nanti"


Moga ada manfaatnya "post" kali ini....

insya-Allah...

amin.

Friday, December 1, 2017

Lubuk Seni Giveaway by EmaLisa, hadiah semua cunn!

 giveaway
 Hai awak, blogger yang hebat tu ~
Kami adik beradik Ema & Lisa dari lubukseni.com Actually buat giveaway ni sempena meraikan follower blog. Kami nak bagi 5 HADIAH MENARIK yang pastinya limited edition. Nak tahu apa hadiahnya? Ahjom tengok entry giveaway ni.
sejuksedap lawa cara moden
SEJUK SEDAP ialah sabun daripada bedak sejuk. Diuli, digolek & dilambung sampai jadi sabun, menggunakan 10 bahan semulajadi. Sejuk di muka & sedap bila digunakan. Nak tahu lebih lanjut, ahjomm kita skodeng pebenda la sabun ni [tekan sini]
Eh, ada lagi! 
Follow @SEJUKSEDAP , lebih 470 testimoni letops pom². Ema sendiri guna, sebab tu teruja sangadd nak kongsi manfaatnya.  Tengok muka sendiri pun jatuh chenta. 
sejuksedap lawa cara moden
Dulu, nenek moyang amalkan terapi bedak sejuk nak jaga kulit. Mujur bedak dah tukar ke sabun. Makanya, Sabun Bedak Sejuk SS lebih mudah, cepat & berkesan. Sesuai untuk supermom & busymama melayan petua moden untuk menjaga kulit luaran. 
Krim Awet Muda WD pelik sikit. Calit kat nadi, tapi kesannya sampai ke muka. Uols patut cuba kalau ada masalah kulit disebabkan hormon dan toksin. Krim ni dapat merawat kulit dari dalaman, sedar² wajah makin berseri, memancarr bak bintang kejora.

Okke la, tu aje bebelan. Panjang berjela, nanti tertido plakk membacanya. Hihi. Apepun, semoga uols dipermudahkan urusan & hepi selalu. Aminn. 
TQ sudi join " Lubuk Seni Giveaway by EmaLisa, hadiah semua cunn! ". Hadiah boleh tengok kat entry asal, memang gojes leleh. Moga uols antara 5 peserta bertuah.

Salam Maulidur Rasul

Related image

sumber gambar : google images

Terminal Bersepadu Selatan

Terminal Bersepadu Selatan

Ramai manusia di sini,
Menunggu untuk sampai destinasi,
Tempat perhentian dan persinggahan bas,

Terminal Bersepadu Selatan

Pelbagai tingkah laku dapat dilihat,
Ada yang tergesa-gesa,ada yang biar lambat asal selamat,

Ada yang berdiri berkelompok,ada yang duduk bersendiri,
Seperti diri ini yang sedang menulis tulisan ini,

Terminal Bersepadu Selatan

Sibuknya seolah tidak pernah berhenti,
Tambahan lagi jika hari cuti,

Pelbagai lapisan masyarakat di sini,
Petugas melakukan kerja seikhlas hati,
Terima kasih atas dedikasi...

Terminal Bersepadu Selatan

Pelbagai kisah dan kenangan,
Pelbagai ragam dan tingkah laku,

Moga semua sampai ke destinasi yang dituju,
Mudah dan selamat selalu,

insya-Allah,dengan izinNya jua..

Amin.

Ditulis oleh: at-tarmizi
Lokasi: Terminal Bersepadu Selatan