Lama saya tak update blog.Malah ini post pertama untuk bulan Disember.
Pejam celik dah nak masuk tahun 2023.
Sekejap masa berlalu.
Peristiwa besar yang berlaku dalam hidup saya bila abang ketiga saya terlibat kemalangan jalan raya.
Sekarang abang saya dalam proses pemulihan.Doakan abang saya pulih. Dia mengalami patah kaki dan pendarahan di kepala.
Semuanya berubah... sekarang ni kena selalu pergi appointment abang saya di hospital.
Mohon juga semoga permohonan abang saya untuk pencen ilat diluluskan.
Permohonan pampers dan susu bagi abang juga harapnya diluluskan...
Tahun 2023, tak pasti cerita atau peristiwa yang akan dialami.
Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.
Insya-Allah...
Amin.