Wednesday, July 28, 2021

Entahlah

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Lama rasa tak tulis dekat blog ni.

Rasa malas sungguh.

Bukan setakat malas nak menulis dekat blog,malah malas nak buat benda lain juga.

Kenapa ya?

Memang rasa tak ada mood sungguh.

Selepas raya haji haritu,saya rasa macam malas nak buat apa-apa.

Saya pun tak tahu nak cerita macam mana perasaan saya sekarang ni.

Rasa serabut,kusut saja.

Tambah-tambah lagi gigi saya sakit.
Bengkak...makin rasa serabut jadinya.

Baru pergi klinik gigi, nanti Isnin depan saya kena buat pembedahan cabut gigi.

Dua, tiga hari ni memang saya bangun,tidur, makan, tengok tv,itu sahaja rutinnya.. tengok tv pula tambah serabut bila tengok kes covid makin naik,ahli politik bertekak tak sudah,itu sahaja ceritanya.

Entahlah, tapi entah kenapa sekarang ni bila nak tidur saya asyik teringat arwah abang ngah saya..

Saya tak peduli pun kalau nak cakap semangat saya tak kuat...saya peduli apa,saya rindu abang ngah saya, abang yang susah senang dengan keluarga saya.

Saya pun tak tahu kenapa saya jadi macam ni.

Saya tak tahu nak buat apa.

Moga ada yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

Insya-Allah...

Amin.

Monday, July 19, 2021

Selamat hari raya Aidiladha

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Selamat hari raya Aidiladha tahun 2021.

Tahun yang berbeza untuk saya.

Tiada lagi kelibat seorang abang ngah semasa hari raya Aidiladha.

Mungkin juga tahun ni saya tak dapat sembahyang raya kerana jumlah bilangan jemaah yang dihadkan.

Tahun yang sungguh berbeza bagi saya.

Suasana hari memantai,atau sehari sebelum raya, pelanggan juga kurang datang ke pasar. Sungguh dirasai kesan pandemik ini.

Tahun depan entah saya lagi atau tak.

Jadi,saya ingin mohon maaf kepada semua yang membaca atau terbaca post di blog saya ini.

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

Selamat hari raya Aidiladha.

Insya-Allah...

Amin.


Tuesday, July 13, 2021

Kanak-kanak hampir lemas dalam kereta

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Hari ni saya cuma nak kongsi pengalaman yang baru sahaja berlaku dalam hidup saya.

Saya dapat lihat sendiri bagaimana seorang kanak-kanak hampir lemas dalam kereta.

Kanak-kanak itu ditinggalkan sebentar oleh ibu dia.

Mungkin sebab ibu dia rasa urusan dia cepat sahaja. Sekadar nak beli barang handphone kalau tak silap saya.

Saya tahu sebab saya pelanggan yang beratur di belakang ibu tersebut.

Kami berada di kedai yang sama.

Mungkin sebab itu saya rasa ibu tersebut biar sahaja anak dia dalam kereta.

Sebab urusan dia tak sampai lima minit.

Jadi kanak-kanak tersebut dibiarkan dalam kereta dan dipasang aircond.

Malangnya saya rasa kanak-kanak itu lock kereta dari dalam dan kemudian terlelap.

Panik juga tadi.

Ramai-ramai tolong membantu.

Alhamdulillah kanak-kanak itu terjaga bila kereta digoncang beramai-ramai.

Sedikit perkongsian kepada semua,jika boleh usah ditinggalkan anak kecil dalam kereta. Sebab kita tak boleh nak jangka perkara yang boleh terjadi.

Jika terpaksa juga,bukalah sedikit tingkap kereta supaya ada ruang udara.Supaya boleh mengelakkan lemas dalam kereta.

Semoga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

Insya-Allah...

Amin.

Wednesday, July 7, 2021

Terlepas ujian

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Hari ni saya agak sedih sedikit.

Sedih sebab saya terlepas ujian online SPA bagi jawatan pegawai perhubungan perusahaan.

Saya tak perasan pasal benda ni.

Saya cek emel baru perasan.

Tu pun tak sengaja terbuka bahagian spam.

Biasanya saya cuma baca inbox.

Bila cek, saya dah terlepas lima hari dari tarikh ujian tu.

Adoi...dalam sistem nanti mesti akan tulis tidak hadir temuduga ujian.

Sedih betul sebab rasanya akan beri kesan kepada saya kalau nak mohon semula jawatan tu nanti.

Kecewa,terkilan, macam-macam lagi lah perasaan saya sekarang ni.

Sesiapa yang terbaca atau membaca post ni sudi-sudikanlah doa untuk saya.

Doa yang baik-baik ya.

Mana tahu,jika ada rezeki saya untuk dapat kerja kerajaan sebab daripada doa kalian semua.

Saya doakan juga semoga kita semua selamat dunia dan akhirat.

Insya-Allah...

Amin.

Monday, July 5, 2021

Jom Join GiveAway Blog ShalimarYusofDotcom

 

klik banner untuk join =)

Friday, July 2, 2021

Kibar bendera

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Sekarang tengah tular kempen kibar bendera putih.

Kibarkan bendera putih ni kalau tiada bekalan makanan di rumah,terputus sumber pendapatan,dan sebagainya.

Memang bagus kempen ni.

Sekurang-kurangnya bila tengok ada rumah yang kibar bendera putih maka kita tahu mereka sedang mengalami masalah.

Tapi yang tak seronoknya bila timbul macam-macam hal atau perkara bila kempen kibar bendera putih ni dijalankan.

Saya secara peribadi,setuju dengan kempen kibar bendera putih ni.

Kita tak tahu masalah orang.

Kita tak tahu masalah yang dihadapi dalam keluarga mereka.

Mereka yang kibar bendera putih juga mungkin tak tahu cara yang boleh dilakukan untuk mendapat pertolongan segera.

Jadi dengan kibar bendera antara langkah bijak bagi saya.

Haraplah tak dipolitikkan perkara macam ni.

Mereka kibar bendera putih bukan tanda kalah.

Mereka sedang mohon pertolongan.

Jika kita tak mampu tolong,usahlah memberi komen negatif terhadap mereka.

Kita rakyat marhaen sekarang tengah susah.

Jika kita tak jaga kita,siapa lagi nak jaga?

Haraplah yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

Insya-Allah...

Amin.