Tuesday, February 4, 2025

Pemimpin Yang Tidak Dibantu Allah

 Pemimpin Yang Tidak Dibantu Allah

=====
1. Dalam sebuah hadis, Rasulullah pernah memberikan amaran bahawa terdapat pemimpin yang tidak akan dibantu oleh Allah. Sabda Rasulullah:
«يَا عَبْدَ الرَّحْمَنِ بْنَ سَمُرَةَ، لاَ تَسْأَلِ الإِمَارَةَ، فَإِنَّكَ إِنْ أُعْطِيتَهَا عَنْ مَسْأَلَةٍ وُكِلْتَ إِلَيْهَا، وَإِنْ أُعْطِيتَهَا عَنْ غَيْرِ مَسْأَلَةٍ أُعِنْتَ عَلَيْهَا
"Wahai Abdul Rahman bin Samurah, janganlah kamu meminta-minta untuk menjadi pemimpin. Sesungguhnya sekiranya kamu diberikan setelah meminta-minta maka kamu akan dibebankan (diserahkan sepenuhnya kepada dirinya), namun sekiranya kamu diberi (jawatan) tanpa meminta-minta maka kamu akan dibantu menghadapinya. (Sahih al-Bukhari)
2. Dalam hadis ini Rasulullah mengingatkan bahawa terdapat dua jenis pemimpin. Yang pertama, pemimpin dibantu oleh Allah dan satu lagi ialah yang tidak dibantu. Yang dibantu adalah yang tidak meminta-minta kepada jawatan tersebut.
3. Manakala yang tidak dibantu pula ialah mereka yang berguling-guling gilakan jawatan tersebut namun apabila mendapat kerusi kepimpinan itu mereka gagal melaksanakan janji manis mereka.
4. Ketika menghuraikan hadis ini, al-Imam Ibn al-Battal menjelaskan:
بمعنى لم يعن على ما أعطاه
Iaitu (orang yang tergila-gila untuk menjadi pemimpin ini) tidak dibantu oleh Allah atas apa yang diberikan kepada mereka."
5. Kita sangat bimbang andai sekiranya kesungguhan kita dalam menabur janji bulan dan bintang, diulang-ulang dalam setiap pidatonya, namun akhirnya menjadi bebanan buat dirinya malah dilihat tidak dibantu oleh Allah.
Semoga Allah membimbing kita.

Sunday, February 2, 2025

Resipi kopi mentega khas Singapura

 Resipi kopi mentega khas Singapura

Bahan

  • kopi 20 gram
  • serbuk kopi 200 gram
  • air panas suhu 95-98 darjah celcius

Bahan kopi mentega

  • 2 sdm susu pekat manis
  • 8 gram mentega
  • Air panas secukupnya

Cara membuat kopi mentega khas Singapura

1. Bancuhan kopi: siapkan kain khusus penapis kopi atau kain cotton bersih, cuci pakai air panas, sejukkan. Masukkan kain ke dalam bekas.

2. Masukkan serbuk kopo. Tuang air panas. kacau 10 kali dalam satu arah. Biarkan terekstrak selama 3 minit, kacau. Angkat kain berisi ampas kopi.

3. Ambil gelas hidangan. Masukkan susu kental manis. Tuang kopi lebih kurang 2/3 gelas. Tambahkan air secukupnya. Masukkan mentega. Kacau perlahan. Nikmati kopi mentega anda dengan sepinggan kaya toasted bread.


sumber: https://siakapkeli.my/2020/12/17/resipi-kopi-mentega-ala-kopitiam-singapura-kopi-gu-you/#google_vignette