Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Anjing salak bukit..
Bukit rasa sayu tengok anjing menyalak sampai sakit,
Hendak dihempap..anjing sudah tua...jalan berdengkit-dengkit,
Hanya boleh menyalak..hanya boleh menjerit.....
Anjing salak bukit
Bukit masih tak rasa apa-apa...
Malah bertambah hiba
Sakit agaknya......oh...rupa-rupanya..
Anjing salak bukit.....ada penyakit.anjing gila......
Anjing salak bukit
Kerja menyalak dari satu bukit ke satu bukit,
Menyalak sampai tekak perit..tekak sakit,
Bukit...tak rasa apa-apa..masih tegak pandang langit,
Makin sakit anjing salak bukit.........
Anjing salak bukit
Lagak jantan semua bukit ingin disalak..ingin digigit,
Tapi mungkin sudah lupa...giginya tinggal sikit,
Jalan pun sakit-sakit,
Hendak dilayan...nanti bukit ikut berjangkit.....
Anjing salak bukit
Nampak hebat...menyalak setiap bukit,
Besok-besok tengok anjing betina pula menggigit,
Gigit si jantan,anjing salak bukit,
Hilang menyalak timbul sakit.........
Kesian...sudah tua...gila pula tu...digigit betina sendiri...........
Sunday, October 5, 2014
Monday, September 29, 2014
Tidurlah
Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Tidurlah....kerana manusia itu perlukan tidur
Tidur merupakan anugerah dan nikmat daripada-Nya.....
~moga ada manfaatnya "post" kali ini~
insya-Allah...
amin.

Labels:
Tarmizi menulis
Saturday, September 27, 2014
Rezeki
Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Allah s.w.t memberi saya rezeki yang banyak...
Rezeki mempunyai emak yang sangat gigih dan pengorbanan yang terlalu besar.
Rezeki mempunyai abang-abang yang bertanggungjawab dan boleh bergurau bersama-sama....
Rezeki memberi saya kenderaan....sebuah motorsikal untuk bergerak.......
Rezeki memberi saya lulus ujian memandu kelas D..................
Rezeki memberi saya laptop.....................
Terlalu banyak..............tidak terhingga rezeki yang diberi-Nya.............
Syukur kepada-Nya......
makin bersyukur semakin ditambah rezeki............

Friday, September 26, 2014
Muflis yang sebenar-benarnya
Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Sedikit perkongsian daripada khutbah Jumaat hari ini.....
Orang yang kaya di dunia tetapi miskin di akhirat........
Hal ini terjadi kerana semasa hidup mengumpul harta sebanyaknya tanpa mengira halal dan haram.....maka penganiayaan dan penindasan dilakukan asal sahaja dapat mengumpul kekayaan.........
Maka segala amal kebaikkannya yang dilakukan semasa hidup akan diberi kepada orang yang dianiayainya dan dosa orang yang dianiayainya juga akan diberi kepada dia..............
Maka mereka inilah yang digelar muflis yang sebenar-benarnya...........
~moga ada manfaatnya "post"kali ini~

Thursday, September 25, 2014
Bersih...kebersihan......kerana itu semua ciptaan-Nya
Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Bersih.....kebersihan............
Memang penting jaga kebersihan.......
Gigi saya kuning~kerana terlalu banyak minum teh barangkali......sudah digosok...masih kuning.........
Muka saya berjerawat.....resdung barangkali.........kerana setiap kali pagi...mudah bersin.............
Perut saya berlipat...tanda banyak lemak......kerana makan banyak dan tidak begitu aktif bersenam.......
Bersih........saya juga ingin......
Gigi yang putih........
Muka bebas jerawat.........
Perut yang tegap.....tiada lemak...........
Kebersihan.........sangat berkait dengan kesihatan.....
Saya mudah diserang demam.......
Cepat penat jika berlari................
Penampilan juga turut terlibat..........
Muka yang bersih......rasanya lebih selesa dipandang.....................
Perubahan perlukan pengorbanan sama ada wang ringgit,masa dan tenaga........
Tetapi.....usaha sahaja untuk bersih.....kerana itu semua ciptaan-Nya..........

Wednesday, September 24, 2014
Hampir masuk bulan 10....mudahkanlah ya Allah
Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Hampir masuk bulan 10.....
Sekarang ini.....matlamat hanya membuat kerisik dan memastikan peniaga mendapat bekalan mereka...dan juga untuk dijual sendiri........
Mesin kelapa setiap pagi untuk dijual di pasar borong...........
Benda yang ingin benar dibeli~kipas yang dilengkapi dengan kemudahan radio....................
Sekarang ini........hanya itu matlamatnya....................
Sehingga habis bulan 10.....................
Selepas itu,suka tak suka...mahu tak mahu.........maka akan menyertai kursus GEMS...yang dikhususkan kepada graduan menganggur.................mudahkanlah ya Allah sepanjang tempoh hamba mengikuti kursus ini.........
Semoga dapat dicapai..dengan izin-Nya jua...
~moga ada manfaatnya "post" kali ini.....................

Tuesday, September 23, 2014
Sunday, September 21, 2014
Kita lupakan sahaja....perancangan nak menjual kuih-muih di tepi pantai
Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Penyayang dan Maha Pemurah...
Kita lupakan sahaja.....perancangan menjual kuih-muih di tepi pantai...abaikan sahaja...
Hakikatnya,tidak mempunyai kemahiran dan kepakaran membuat kuih....hanya bergantung kepada emak saya......
Emak saya tidak mahu melakukannya.....membuat dan menjual kuih........
Kita lupakan sahaja......cita-cita menjual makanan.....kerana hendak melakukan menjual kuih pun tidak mampu dilakukan........
Kita lupakan sahaja...........kerana sebenarnya saya tidak ada apa-apa.......hanya ada cita-cita tanpa usaha dan pengetahuan.............
Tidak ada keberanian,tidak tahu apa yang hendak dilakukan........tidak ada apa-apa..............
Lupakan sahaja hendak menjual kuih atau makanan.........
Tidak perlu lagi berimpian hendak berniaga seperti itu........perniagaan hanya untuk mereka yang tabah dan bukan untuk yang lemah...............
Kita lupakan sahaja..........yang saya pernah punya cita-cita seperti itu....
Kecewa dan marah kepada diri sendiri...........
Maaflah............sebab terpaksa layan imaginasi nak menjual makanan.............................
Kita lupakan sahaja semua ini........................
~moga ada manfaatnya "post" kali ini.............
insya-Allah......

Wednesday, September 17, 2014
Rehat yang cukup itu perlu
Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Bila diri ini letih...mudah melakukan kesilapan......
Letih kerana kurang tidur,kurang rehat.....maka hari ini semasa berniaga..terasa lesu sekali...
Mudah marah......tidak begitu fokus.....
Maka kesilapan mengira wang turut berlaku.....maka mengalami sedikit kerugian wang......
Bagi perniagaan kecil......sedikit itu memberi kesan yang besar terhadap perniagaan.......
Justeru,rehat yang cukup......penting bagi seorang manusia.............
Semua manusia penat....maka rehat diberi sebagai satu nikmat-Nya..................
Rehat yang cukup itu perlu........................

Tuesday, September 16, 2014
Bakar sampah
Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Bakar sampah........
Sampah....sisa-sisa yang dibuang,
Tiada lagi ada nilainya dipandang,
Maka dibakar..sehingga abu berterbang,
Sampah.....tiada lagi yang sudi memandang,
Bakar sampah,
Setelah mengemas dalam rumah dan luar rumah,
Ternyata membakarnya lebih mudah,
Timbunan sampah yang dikumpul.........
Alangkah mudahnya jika boleh buat benda yang sama,
Membakar peristiwa sedih dan kecewa,
Seperti membakar sampah...sehingga habis semuanya......
Pasti lebih mudah dan indah..............
Tetapi......menyimpan sedih,kecewa dan marah,
Sehingga berkumpul banyak seperti timbunan sampah
Lebih mudah....
Hendak membakar perasaan sengsara begitu susah.........
Membakar sampah...melukakan alam sekitar,
Tetapi...cara ini lebih pantas dan tidak sukar,
Maaf..alam..tiada niat berlaku kasar.........
Bolehkah peristiwa dukacita,muram dan sengsara dibakar jua???

Monday, September 15, 2014
Terlalu banyak yang hendak dibeli...keperluan berbanding kemahuan........
Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Terlalu banyak yang hendak dibeli ketika ini.........
Membeli helmet baru lengkap bersama visor helmet...rm 50.00
Membeli kipas yang mempunyai fungsi radio rm120.00
Membeli printer dalam lingkungan harga rm80- rm200
Membeli PC terpakai dalam lingkungan harga rm 200-rm400
Terlalu banyak keinginan..................
Ternyata harus lebih mengutamakan keperluan berbanding kemahuan..........
Secara amnya, printer lebih harus diberi keutamaan.......tetapi rasa terkilan jika membeli yang baru bila mengenangkan printer lama yang dibawa bersama dengan susah payah selepas tamat belajar........malang sekali...printer itu rosak........
Mungkin satu petunjuk daripada-Nya untuk terus memandang ke hadapan.....dan cuba meninggalkan perkara yang telah berlalu dan berlaku dalam hidup.......
Buat Kalian Generasi Selepas Diri yang HEBAT!!! moga ada manfaatnya "post" kali ini..........
Insya-Allah...

Saturday, September 13, 2014
Bercakap dan bersembang dengan abang ketiga....mengenai pengalaman kerja
Dengan nama Allah s.wt yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang....
Hari ini bercakap...dan bersembang ringan dengan abang ketiga......
Berkisar pengalaman kerja abang ketiga saya...yang pernah menjadi cashier...kerja kilang....tetapi perbualan lebih fokus kepada mengenai melayan pelanggan.......
Sepanjang perbualan....saya sedar abang saya lebih berani berhadapan dengan situasi-situasi yang memerlukan kesabaran..dan keberanian.....berbanding saya....
Saya hanya pernah bekerja di kilang membuat "frame" gambar selama SATU hari sahaja...dan bekerja di kilang pin baju selama DUA hari sahaja........tetapi abang saya bekerja kilang hingga berbulan lamanya.....
Sepanjang ingatan saya......pengalaman kerja saya...ialah membungkus belacan semasa kecil....meningkat remaja dan dewasa....membungkus siput sedut dan daun limau.........menjadi Pengawal Keselamatan.......menjadi Pembantu Jualan di van yang menjual coconut shake...........itu sahaja setakat ini......... sekarang ini saya berniaga kecil-kecilan di pasar borong..........
Berbalik kepada perbualan abang saya.....dia pernah menjadi guru ganti....kerja kilang....cashier.....mengambil upah mengenai hal-hal komputer................dan abang saya memberi nasihat mengenai cara melayan pelanggan dan pastikan kita sentiasa mempunyai rekod yang bersih semasa bekerja dan jika hendak berhenti kerja.......maka berhentilah dengan cara yang baik...............
Kami berbual dan berbincang...ada perkara yang dipersetujui dan ada yang tidak.......itu perkara biasa dalam perbincangan dan perbualan.............
Tetapi.....kesimpulannya.........abang saya lebih berpengalaman dan lebih berani........jika saya ada sedikit keberanian seperti ini....mungkin saya mempunyai lebih banyak pengalaman kerja lagi.....jika diizinkan oleh-Nya jua.......
Buat Kalian Generasi Selepas Diri yang HEBAT!!! pasti kalian punyai lebih banyak keberanian dalam diri dan kerana itu Kalian-HEBAT!!! ~moga ada manfaatnya" post" kali ini...........

Friday, September 12, 2014
Sudah masuk bulan September....perancangan seterusnya......jual kuih-muih tepi pantai
Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Sudah masuk bulan September.......
Semakin hampir hujung tahun.......
Semakin meningkat usia............
Percubaan membuat roti belum berjaya..sudah dua kali mencuba....tidak mengapa...rehat seketika...barangkali akan menyambungnya bulan Oktober..........
Perancangan dan percubaan seterusnya.......menjual kuih-muih di tepi pantai.....mudah-mudahan berjaya..........
Perancangan memang banyak....sentiasa berlegar..dan berkhayal..tetapi melakukannya perlukan usaha yang setakat ini belum mampu dilakukan diri.....
Mudah-mudahan berjayalah kali ini.........menjual kuih-muih di tepi pantai........
Buat Kalian Generasi Selepas Diri yang HEBAT!!!moga ada manfaatnya "post" kali ini.............
insya-Allah.............

Friday, August 29, 2014
Perkongsian daripada khutbah Jumaat sempena kemerdekaan negara yang ke-57
Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Sedikit perkongsian daripada khutbah Jumaat hari ini bersempena kemerdekaan negara yang ke-57
-Orang Islam harus menguasai teknologi...
-Orang Islam harus berusaha memperbaiki diri...
-Orang Islam melakukan tiga perkara di dunia...bekerja,beribadah dan menuntut ilmu...
Sekadar itu sahaja yang sempat saya ingati kerana kekurangan dan kelemahan diri ini.....maafkan saya......
Tetapi....mudah-mudahan Kalian Generasi Selepas Diri mampu melakukan seperti dalam perkongsian...kerana Kalian~HEBAT!!!

Tuesday, August 12, 2014
Gusi yang bengkak..hanya kesakitan yang kecil tetapi ianya memberi kesan yang besar..........
Dengan nama Allah s..w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Mengalami bengkak di bahagian gusi...sangat menyakitkan...
Berdenyut-denyut...pelbagai cara dilakukan...menyapu ubat...menggunakan ais...menggosok-gosok pipi...supaya sakit berkurangan........
Betapa lemahnya saya...hanya bengkak di bahagian gusi..terasa begitu sakit......
Terfikir..bagaimana sakit mereka yang mengalami penyakit yang lebih dahsyat lagi..lebih menyakitkan....
Sakit...pelbagai kesakitan...demam..pengsan...keracunan makanan....pinggang bengkak.....
Secara jujur...berasa marah bila sakit...kerana terasa pergerakan terbatas dan tidak selesa..........
Mengalami bengkak di bahagian gusi menyebabkan saya mengalami kesukaran mengunyah makanan..bercakap...mudah marah..pening......hanya kerana gusi yang bengkak......
Hanya kesakitan yang kecil tetapi ianya memberi kesan yang besar..........................
Sedikit sahaja Allah uji....dengan memberi kesakitan kepada gusi..tetapi betapa lemahnya saya........
Mereka yang diuji dengan penyakit yang lebih parah....tetapi masih mampu bertahan dan bertenang...betapa hebatnya mereka.......
Buat Kalian Generasi Selepas Diri yang HEBAT!!! kalian pasti menjaga nikmat sihat...kerana Kalian~HEBAT!!!
Moga ada manfaatnya "post" kali ini...

Friday, August 8, 2014
Bahasa Terindah
Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Betapa bahasa boleh mengguris hati dan perasaan..percakapan yang berbisa itu sangat memedihkan dan menyakitkan...
Percakapan itu boleh menjadi senjata...sama ada senjata yang berguna atau mendatangkan bencana..
Percakapan menjadi senjata yang berguna seperti si penjual menjual barang,produk atau perkhidmatannya..pelanggan tertarik lalu membeli...maka percakapan penjual menjadi senjata kepada dirinya..
Percakapan menjadi sesuatu yang mendatangkan bencana seperti meluahkan kata-kata yang kurang selesa kepada orang lain..maka percakapan menjadi satu bencana kepada kedua-dua pihak.....
Bahasa...boleh menjadikan sesuatu lagu itu merdu dan bermakna jika lirik bahasanya bermanfaat........
Mendengar lagu bertajuk "Bahasa Terindah"...betapa bahasa yang sangat bermakna dan merdu didengar....
Bahasa...saya tidak memahami bahasa haiwan...dan saya juga tidak tahu sama ada haiwan memahami bahasa manusia.....
Bahasa..cara bercakap....boleh menghidupkan semangat atau membunuh semangat....yang pasti kemahiran bahasa merupakan satu kemahiran dan nikmat yang diberi-Nya kepada kita......
Buat Kalian Generasi Selepas Diri yang~HEBAT!!! pasti tidak akan menggunakan bahasa sebagai satu bencana kepada diri dan orang lain kerana kalian ~HEBAT!!!

Tuesday, August 5, 2014
Membeli DVD Cara Membuat Roti...cubaan seterusnya untuk cuba menjana pendapatan melalui internet
Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Hari ini telah membeli DVD membuat roti@bun secara "online"
Sebenarnya, banyak juga produk yang dibeli secara "online", seperti e-book,produk audio,buku masakan,teddy bear,dan kini dvd...
Terdedah kepada pembelian secara "online" bila saya bercita-cita ingin menjadi seperti Dr.Irfan Khairi semasa berumur 19 tahun...dan kemudiannya meletakkan matlamat menjadi seorang usahawan jutawan internet ketika berumur 25 tahun...
Kini sudah berumur 24 tahun tetapi masih gagal menjana sebarang pendapatan......pernah cuba menjadi droship kepada produk,menjadi agen affliate,menyertai skim pelaburan,memasang iklan di blog namun masih tidak berjaya........
Menghadiri seminar-seminar perniagaan sama ada yang berkaitan perniagaan internet atau seminar perniagaan secara konvensional, sama ada seminar berbayar atau seminar secara percuma anjuran jabatan-jabatan/persatuan tertentu.......
Hakikatnya,kegagalan ini berpunca daripada diri sendiri, mendengar kawan berkata mengenai sesuatu pelaburan yang menguntungkan dan boleh buat duit secara online,maka akan menyertainya....membaca sesuatu testimoni mengenai sesuatu produk yang dapat memberi duit secara online,maka akan menyertainya, melihat ada orang yang berjaya membuat duit secara dropship,maka turut melaburkan duit untuk menyertai dropship......jelas...gagal kerana tidak fokus dan terikut dengan kawan.....
Produk atau pelaburan yang disertai memang dipercayai dan terbukti ramai yang telah berjaya buat duit secara online~tetapi saya masih tidak dapat menjana sebarang pendapatan daripada internet....
Tetapi saya tetap terus membeli.....dengan harapan dapat membuat duit di internet...kali ini saya membeli DVD cara membuat bun/roti.......dengan harapan selain boleh dijual di alam maya juga boleh dijual di alam sebenar....
Berharap semoga kali ini akan berjaya mendapat duit daripada pembelian secara "online" kali ini......otak asyik berfikir-fikir sebelum membuat keputusan untuk membeli DVD membuat roti ini~kerana tidak mahu pembelian kali ini menjadi sia-sia.......dan akhirnya keputusan membeli dibuat juga..............semoga saya berjaya membuat roti dan berjaya menjualnya dengan izin-Nya
Buat Kalian Generasi Selepas Diri yang ~HEBAT!!! semoga ada manfaatnya "post"kali ini..........

Sunday, August 3, 2014
Perancangan hidup secara fantasi moga dapat dijadikan realiti oleh Allah s.w.t
Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Sedikit luar biasa hari ini bila saya menulis di blog ketika waktu pagi..kebiasaannya...akan menulis waktu malam.........
Perancangan hidup ketika ini..secara angan-angan atau fantasi yang cuba dilakukan ketika ini
1.Bangun seawal mungkin untuk mesin kelapa dan dijadikan kelapa mesin/parut untuk dijual di pasar borong
2.Menggunakan ketuhar yang terdapat di rumah untuk masak/membuat roti dan kek
3.Melakukan senaman perut supaya mendapat "six pack"
4.Melukis di blog lukisan saya~seronoknyermelukis.blogspot.com
5.Menanam pokok/sayuran di rumah
6.Kurangkan tengok tv
7.Memohon kerja makan gaji
Secara fantasi..nampak mudah...............................
Tetapi realitinya,melakukan seperti yang diangan-angankan perlu usaha...dan izin-Nya............contohnya ingin mendapat perut "six pack" perlu melakukan senaman perut yang berterusan,menjaga makanan dan minuman dan perlu kesabaran.......memasak menggunakan ketuhar...perlu mempunyai ilmu dan pengetahuan memasak dan menggunakan ketuhar..perlu sabar dengan pandangan emak.......menanam pokok/sayuran di rumah...perlu menebas,mencabut rumput bagi mempunyai kawasan untuk menanam pokok.......memohon kerja makan gaji.....sangat sukar...perlu berani menghantar resume,perlu berani pergi ke organisasi-organisasi bertanya jika terdapat kekosongan.......dan jika mendapat kerja bolehkah saya kekal bekerja dalam satu tempoh masa yang lama???
Realiti dan fantasi tidak sama...................................
Buat kalian Generasi Selepas Diri yang HEBAT!!! moga ada perancangan hidup dalam hidup kalian dan moga ada manfaatnya "post" kali ini...............................

Friday, August 1, 2014
Menjadi hikikomori buat sementara waktu
Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Sudah masuk bulan 8
Hampir meninggalkan tahun 2014...
Hari Raya Aidilfitri kali ini..terasa sedih..kerana tidak dapat mengikut bacaan takbir raya beramai-ramai...
Mengelakkan diri daripada berjumpa kawan-kawan, tidak pergi ke rumah guru-guru dan lebih selesa berkurung dalam rumah.......
Menjadi hikikomori nampaknya..
Mengelak kerana tidak mahu ditanya dengan soalan "kerja mana sekarang?"
Menghampiri hujung tahun........
Harus berusaha mencari kerja makan gaji....dan berharap dapat kekal bekerja.....
Mencari pengalaman semasa masih muda............
Sementara itu...menjadi hikikomori buat sementara waktu...
Tidak berbangga...tetapi untuk keselesaan diri biarlah begini sementara waktu...
Buat kalian Generasi Selepas Diri yang HEBAT!!! moga tidak menjadi hikikomori dan moga ada manfaatnya "post"kali ini..

Monday, July 28, 2014
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014.....selepas ini hidup jadi semakin tak pasti...
Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Selamat Hari Raya Aidilfitri tahun 2014.......
Betapa sedih kerana Ramadhan telah pergi...
Sedih kerana perniagaan menjual kerisik tidak sesibuk seperti bulan Ramadhan..
Sedih kerana Ramadhan begitu cepat berlalu.......
Sedih kerana lepas ini tidak pasti sama ada mampu meneruskan niat untuk cuba bekerja makan gaji..
Sedih kerana sudah hampir setahun menamatkan pengajian dan terasa hidup samar-samar...
Sedih kerana raya kali ini,akan ditanya pekerjaan yang dilakukan sekarang~sekiranya menjawab menjadi penjaja kecil di pasar borong...maka akan berlaku riak muka dan suasana yang tidak menyenangkan terhadap pekerjaan ini oleh saudara-mara...
Sedih...selepas raya...hidup samar-samar.....
Mampukah melakukan perancangan untuk mencari kerja makan gaji.....dan mencari pengalaman kerja???
Raya..tidak bersedia rasanya dengan soalan mengenai status diri sekarang yang kerap ditanya~sudah bekerja???
Tidak pasti masa dan hari yang mendatang......
Mencari kerja makan gaji> Kekal bekerja> Mencari kiosk untuk berniaga> Membayar hutang Pak Ngah dan PTPTN
Betapa mudah secara amnya...tetapi realitinya sangat tidak sama.......
Buat kalian..Generasi Selepas Diri yang HEBAT....moga cerialah dalam hari yang mendatang dalam hidupmu..dan semoga ada manfaatnya "post" kali ini...

Thursday, July 17, 2014
Pesan emak~ usahawan tidak seharusnya berjiwa sentimental....tetapi sangat sukar mengikut pesan ini
Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Pada ketika ini,saya menolong emak menjalankan perniagaan menjual kerisik.......dan juga menjadi penjaja kecil di pasar borong....
Semasa menghantar kerisik ke sebuah kedai runcit....agak kecewa melihat sudah terdapat pihak lain yang menghantar kerisik walaupun emak saya merupakan peniaga pertama yang membekalkan kerisik terhadap kedai runcit tersebut........
Betapa sukar digambarkan perasaan saya ketika itu,sedih,kecewa,hampa,terkilan.....
Tetapi,emak saya masih begitu tenang................................
Selesai menyusun kerisik keluaran keluarga saya di kedai runcit tersebut..emak dan saya beredar pergi.....
Sepanjang perjalanan..saya menggeleng kepala berulang kali...kekecewaan begitu terasa melihat persaingan dalam perniagaan kerisik ini...
Saya masih baru menolong emak saya...sedangkan emak saya sudah memulakan perniagaan menjual dan membekal kerisik semenjak 2010 lagi........dan kini persaingan semakin menekan.........
Emak saya berpesan..................
"Seorang usahawan tidak seharusnya berjiwa seniman"
Barangkali emak saya menasihatkan supaya tidak terlalu sentimental..........
Dunia perniagaan merupakan dunia yang penuh dengan persaingan.........
Betapa sukar mengikut nasihat emak...kerana ianya memerlukan hati yang sangat tabah...
Tetapi perniagaan menjual dan membekal kerisik ini harus diteruskan dan dipertahankan...dan dikembangkan...dengan izin Nya..........
Saya bukan seorang yang berjiwa tabah...tetapi saya harap dan berdoa kepada Allah s.w.t moga saya mampu meneruskan dan mengembangkan perniagaan menjual dan membekal kerisik keluarga saya ini...
Moga ada manfaatnya "post" kali ini kepada kalian yang membaca "post" ini dan menjadi seorang yang tabah...kerana kalian HEBAT!!!
insya-Allah...
amin
Labels:
Tarmizi menulis