Saturday, April 27, 2019

Asif & Tar


Monday, April 22, 2019

Aib

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya percaya kita semua ada kekurangan dalam hidup.

Tidak ada manusia yang sempurna.

Cuma kekurangan atau kelemahan kita ditutup oleh Allah s.w.t.

Jadi kenapa kita selalu merasa diri sempurna?

Berhati-hatilah dalam melakukan sebarang perbuatan.

Beringatlah sebelum berkongsi sesuatu perkara.

Fikirkan buruk baik sebelum menulis sesuatu di internet.

Maaflah kalau penulisan ini mengguris hati sesiapa.

Saya percaya kalau kita tak buka aib orang, aib kita akan terpelihara.

Mudah-mudahan begitu.

insya-Allah...

Amin.

Friday, April 19, 2019

Asif & Tar


Wednesday, April 17, 2019

BOOK GIVEAWAY BY JJM & FRIENDS

Monday, April 15, 2019

Abam Kie's Birthday Giveaway

klik banner untuk join =)




Selamat Hari Lahir Abam Kie@ Cikgu, semoga diberi kesihatan yang baik dan kehidupan yang sempurna dunia dan akhirat =)

Sunday, April 14, 2019

Pelan paling sesuai

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya terfikir untuk menukar pelan data saya daripada Ma**s kepada pelan lain.

Sebab saya rasa macam tak berbaloi dan mahal.

Cuma dari segi coverage,setakat ini tak ada masalah. Dekat kawasan kampung pun tak ada masalah line.

Tapi jujurnya,saya rasa dah sampai masa saya tukar pelan.

Boleh beri pendapat dan info tentang pelan yang sesuai?

Jika dapat beri pro dan kontra tentang pelan lain lagi senang saya nak buat keputusan.

Setakat ini,saya terfikir nak beralih arah ke onex*x, tapi ada juga kenalan yang bagi idea supaya bertukar ke umob*l*..Katanya pelan internetnya berbaloi dan puas hati.

Saya mengharapkan pelan yang tak ada masalah line dan juga pelan internet yang menjimatkan.

Harap jika ada yang terbaca atau membaca post saya ini dapat memberi pandangan ya...

Saya amat berterima kasih..

Friday, April 12, 2019

Perkara paling sedih

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sebagai manusia biasa,perasaan sedih itu lumrah dalam kehidupan.

Banyak perkara yang menyebabkan kita rasa sedih.

Tetapi biasanya kita akan ingat perkara yang paling sedih pernah berlaku dalam kehidupan kita.

Banyak perkara sedih yang berlaku dalam hidup saya.Tetapi antara paling sedih pernah berlaku dalam hidup saya ialah bila hilang sesuatu yang berharga dan bermakna dalam kehidupan.

Bila nenek saya meninggal,saya rasa sedih. Sedih sebab masa itu saya kecil lagi,masih sekolah rendah, saya rasa banyak lagi kenangan yang patut saya cipta dengan nenek saya. Tetapi yang paling saya ingat bila nenek saya suapkan makan. Nenek memang tak kisah umur cucu dia berapa,dia memang akan suapkan makan.Saya selalu terfikir,kalau nenek masih hidup dan saya duduk rumah nenek sampai saya dewasa barangkali hidup saya akan berubah, barangkali lebih positif ceritanya.

Selepas itu bila saya umur nak masuk 20-an,bapa saya meninggal. Jujurnya,saya bukan anak yang baik. Sebab masa ni saya lebih banyak ikut kawan. Menambahkan lagi kesedihan saya ialah semasa bapa saya dibawa ke hospital menggunakan ambulan,saya sedang melepak bersama kawan-kawan saya di pantai.Sehingga sekarang perasaan sedih dan terkilan masih berbekas dalam hati saya.Tetapi nak buat macam mana,perkara dah lepas,nak ubah pun dah tak boleh.Hanya rasa kesal dan menyesal sampai mati.

Banyak lagi perkara sedih yang berlaku, kena tikam belakang dengan kawan,kawan tinggal kita sebab perempuan,pergi interview kena halau,kerja sehari dah berhenti, kena marah tanpa sebab,dapat kenalan jenis sembang kencang, hidap sakit belakang bertahun lamanya, jadi rabun jauh sebab tengok tv dekat, banyak lagi lah.

Saya percaya ramai lagi yang mempunyai kisah lebih sedih dalam kehidupan.

Saya harap kalau ada yang terbaca atau membaca post ini,sudi berkongsi peristiwa sedih yang pernah berlaku dalam hidup.

Moga dapat menghilangkan sedikit rasa sedih dalam perasaan.

Terima kasih kerana sudi membaca post saya ini.

Terima kasih.

Wednesday, April 10, 2019

Asif & Tar


Monday, April 8, 2019

Mohon doa kalian

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya mohon doa mereka yang membaca atau terbaca post di blog saya ini untuk mendoakan emak saya segera sembuh.

Emak saya sudah demam hampir 2,3 hari,emak saya jarang sakit dan tak suka pergi klinik.

Tetapi rasanya demam kali ini,lain sikit sebab emak saya mudah pula nak pergi klinik. Panas sangat atau pening sangat agaknya emak saya tu.

Hasil pemeriksaan,tekanan darah emak saya rendah dan perlukan rehat yang cukup.Cuaca pula begitu panas bulan ini.
Jadi ianya sedikit sebanyak menjadi faktor emak saya demam.

Mohon doa kalian supaya emak saya cepat sembuh.

Mohon sangat-sangat ya.

Hanya Allah sahaja yang mampu membalas segala doa baik kalian.

Mana tahu,berkat doa kalian,emak saya segera sembuh.

insya-Allah...

Amin.

Sunday, April 7, 2019

Kerja Security

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya pernah menjadi seorang pengawal keselamatan.

Menjadi seorang pengawal keselamatan atau bahasa mudahnya,jaga di beberapa tempat.

Saya pernah menjadi jaga di sekolah,rumah anak yatim,dan di beberapa tempat lagi.

Menjadi seorang security ni memang banyak mengajar saya erti hidup.

Selalunya bila kerja security ni dipandang hina oleh masyarakat.

Kerja duduk,tidur saja cukup bulan ambil gaji. Itulah antara komen yang saya dapat dulu.

Security juga biasanya ditipu soal gaji.

Saya pernah dibayar sebanyak RM 600 sebulan sahaja. Bayangkan kerja 12 jam,tiada cuti.Sabtu dan Ahad kena kerja.

Lebih menyedihkan pemilik syarikat yang menipu saya itu ialah bangsa Melayu,beragama Islam dan telah menunaikan Haji.

Sejujurnya,saya masa itu tak peduli sangat sebab cuma fikir nak cari duit tambang duit tiket kapal terbang nak ke Sarawak untuk sambung belajar dan kumpul duit belanja sikit-sikit.

Lagipun rumah saya dekat dengan tempat kerja,jadi saya selalunya balik makan tengahari,dah jimat sikit duit.

Cuma rasa terkilan juga dibayar sebanyak itu. Surat tawaran kerja pun tak silap lain jumlah gaji yang dibayar...saya tak berapa ingat sangat.KWSP pun tak ada.

Kerja security ni bagi saya nampak mudah tapi tanggungjawabnya besar.

Jika jadi apa-apa, security lah yang akan kena soal dahulu. Kalau berlaku kes kecurian,maka security akan disoal siasat terlebih dahulu.

Lebih sedih, kalau ada "clocking", jika lewat atau terlambat gaji akan ditolak.

Tapi saya bersyukur , sebab duit kerja security ni dulu saya dapat beli laptop,bayar hutang PTPTN sikit-sikit,syukur.

Bayangkan malam kerja security,siang meniaga...memang susah nak dapat rehat atau tidur yang cukup. Kesannya saya hidap sakit kepala sampai sekarang dan juga bahagian belakang badan sakit sebab kadangkala saya tidur dalam pos pengawal beralaskan tikar dan surat khabar. Pos itu kecil sahaja...jadi memang tak selesa nak tidur. Saya bergilir dengan kawan.. Selalunya lepas pukul 12 malam mata memang tak boleh tahan,jadi kami akan bergilir rehat,tidur,dapatlah tidur dalam sejam dua.

Saja saya tulis pasal pengalaman kerja security sebab hari ini tentang viral insiden seorang pengawal keselamatan ditendang oleh seorang pelawak/artis Malaysia.

Teringat pula pengalaman dulu bekerja sebagai pengawal keselamatan.

Moga ada manfaatnya post kali ini.

Insya-Allah...

Amin.

Saturday, April 6, 2019

Tabung Haji

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sekarang ini tengah kecoh di media sosial tentang pengumuman hibah tabung Haji sebanyak 1.25%.. yang terendah dalam sejarah.

Sejujurnya, saya tidak pernah berniat untuk menjadikan blog saya ini ada cerita pasal politik.

Bosan rasanya, sebab kalau buka Facebook, tengok berita, cerita politik tak habis-habis..

Jadi, seboleh-bolehnya saya ingin mengelakkan mengenai perkara yang menjerumus ke arah politik.

Baik, post kali ini juga saya tak ingin cerita tentang politik.

Tentang salah Kerajaan lama ke, atau kerajaan sekarang tak menepati manifesto ke..tidak,bukan itu yang ingin saya kongsikan.

Bila pengumuman hibah tabung Haji dibuat, berlaku pelbagai reaksi daripada masyarakat/netizen.

Terpulang kepada pendapat masing-masing.

Saya pun tak berani nak komen lebih-lebih sebab dalam akaun baru ada seribu ringgit.

Cuma itulah, bila terbaca ada pendapat yang mengatakan supaya keluarkan semua duit dalam tabung Haji atau mudahnya tutup akaun terus, saya rasa ianya satu perbuatan yang salah.

Sekurang-kurangnya tinggalkanlah duit yang mencukupi untuk pergi Haji.

Jangan ditutup terus akaun Tabung Haji.

Tabung Haji bagi saya merupakan satu keistimewaan kepada umat Islam.

Sebab memudahkan urusan kita untuk menunaikan Haji. Saya fikir kalau simpan sendiri susah rasanya nak pergi Haji.

Jika semua tutup akaun, bagaimana nasib Tabung Haji?

Pada pandangan saya, Tabung Haji sendiri sangat bermakna kepada umat Islam yang ada di Malaysia.

Haraplah idealogi tutup akaun Tabung Haji ini tak dilaksanakan..simpan untuk cukup pergi Haji pun tak apa, kalau untuk pelaburan boleh masuk ASB...

Moga mereka yang mentadbir urus Tabung Haji akan melakukan yang terbaik untuk umat Islam yang ada di Malaysia ini.

Itulah harapan dan doa seorang rakyat marhaen seperti saya.

insya-Allah...

Amin.

Friday, April 5, 2019

Asif & Tar


Wednesday, April 3, 2019

Buat baik berpada-pada

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kadang orang yang rapat dengan kita mungkin satu hari nanti akan jadi orang yang tikam kita.

Kadang orang yang kita selalu tolong,bila kita susah dia akan buat tak tahu.

Kadang orang yang selalu beri pendapat, bila kita pula bagi nasihat dia akan melatah.

Kadangkala terfikir juga, kenapa semua ini terjadi dekat diri?

Mungkin sebab diri ini tak boleh berfikir dengan teliti atau macam mana ya?

Kadang bila fikir balik,banyak kesilapan dan kesalahan yang saya buat dalam hidup ini.

Termenung juga bila difikirkan kembali.

Kita tolong dia,dia aniaya kita...

Entahlah...

Jadi lepas ini saya cuma mahu menolong diri sendiri sahaja terlebih dahulu.

Sakit rasa bila kena tikam belakang ini.

Sedih.

Pedih.

Tuesday, April 2, 2019

Selagi belum menutup mata


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Banyak perkara yang ingin kita capai dalam hidup ini.

Semakin meningkat dewasa, semakin sedar segalanya bagai terasa sukar.

Masa kecil, selalu bercita-cita nak jadi cikgu.

Malangnya, diri tak sepandai itu. Banyak kali juga hantar borang permohonan menjadi guru ganti tetapi gagal.

Cita-cita punya kereta mewah, cantik dan bergaya.

Bila besar, hendak membawa kereta pun masih terkial-kial. Rasa takut dan cemas bila memegang stereng, sukar hendak membuat anggaran semasa memandu.

Kereta juga dibeli abang sulung untuk memudahkan adik-beradiknya belajar membawa kereta, kereta Proton Saga lama.

Masa kecil dahulu, selalu terfikir punya rumah sendiri, besar dan selesa.

Bila dewasa, masih lagi duduk menumpang di rumah emak.  Sekiranya emak pergi dahulu, jadi kemana hendak membawa diri?

Bila dewasa, terasa sukar sekali hidup seseorang yang bernama Ahmad Tarmizi ini.

Tiada harta,kerjaya, kemahiran, ilmu dan sebagainya.

Bukan merendahkan diri tetapi itulah realiti.

                                    Image result for when i was a kid quotes

Cemas, kerap diserang panik tiba-tiba, gelabah,cemerkap, slow pick-up, hati tak kental, telinga tak tebal, menjadikan hidup ini terasa lebih sukar.

Maaf jika tulisan ini membosankan.

Secara jujur, menulis seperti ini memberi sedikit kelegaan untuk saya, meluahkan rasa, kesal dan kecewa.

Harapnya saya dapat bertahan dalam kehidupan selagi belum menutup mata untuk selama-lamanya.

Jujurnya, bila dewasa ini saya banyak rasa kecewa dan hampa.

Entahlah...

Monday, April 1, 2019

Belum sampai masanya

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera..

Okey,post pertama bagi bulan April ni, saya nak berkongsi sedikit peristiwa yang berlaku hari ini.

Pagi tadi, saya teman mak saya pergi ke Tabung Haji sebab mak nak simpan duit.

Semasa menunggu giliran, saya bersembang dengan seorang makcik ni.

Dia akan menunaikan haji bulan Ogos ini, jadi hari ini dia datang untuk selesaikan beberapa urusan.

Banyak perkara yang disembangkan, sebab hari ini ramai orang datang,jadi lambat sikit nombor dipanggil.

Makcik itu bercerita pelbagai perkara, tentang hal anak dia, kerja anak dia, susah payah membesarkan anak, anak dia sepuluh orang, dan semuanya berjaya. Hebat makcik ni. Makcik ni cakap antara amalan yang dia buat, dia sentiasa jaga mulut, tak pernah dia marah atau keluarkan kata-kata kesat bila anak dia buat silap atau salah.

Sembang punya sembang, makcik ni tanya hal tentang saya pula, umur berapa,kerja mana, datang tabung haji sebab apa, dah kahwin ke belum, anak berapa orang...

Bila saya cakap belum kahwin lagi, makcik ni macam tak boleh terima pula.

Lama juga dia beri pandangan,pendapat, dan cadangan kepada saya.

Seboleh-boleh dia suruh saya kahwin.

Bila saya cakap duit tak cukup,kerja tak tetap, lagi banyak dia beri pendapat.

Sudahnya saya mengangguk sahaja, cakap lebih  nanti takut makcik ni terasa pula.

Katanya, rugi kalau saya tak kahwin. Bila tua nanti tak ada siapa nak jaga. Tak akan tak nak ada zuriat atau waris soalnya...

Nak cakap apa, saya pun kata belum ada jodoh makcik.

Makcik ni masih tak boleh terima dan teruskan bagi pendapat.

Nanti bila dah tua,dah sakit tak ada orang jaga kan susah,kata makcik tu.

Saya angguk sahaja..walaupun jujurnya dalam hati saya bercakap, belum tentu kalau kita kahwin,  isteri akan jaga bila kita sakit, belum tentu dapat zuriat, kalau dapat anak pun,belum tentu anak itu akan jaga kita bila kita sakit.

Entahlah, saya berterima kasih atas pandangan makcik tu, tapi sejujurnya sekarang ini saya cuma mahu menikmati hidup bujang.


                                          Image result for not married yet


Hidup bujang, pergi berniaga, beli komik,kumpul komik kegemaran, rasa bosan sikit,jalan-jalan dengan motor. Update blog, tengok kartun,pergi makan dekat warung bila rasa lapar malam-malam dan sebagainya. Berjaja kecil-kecilan, hasil berjaja banyak,saya bersyukur,hasil berjaja cukup-cukup makan saya boleh terima lagi, kalau dah kahwin tak ke akan termenung kalau hasil jualan tak seberapa?

Jujurnya saya rasa takut, takut sebab kerja sebagai seorang penjaja kecil ini,pendapatannya tidak tetap,bagaimana nak sara hidup anak orang? menjadi seorang bujang ni, kalau dapat makan nasi,lauk telur dengan kicap pun boleh terima lagi, dah kahwin tak tergamak rasanya nak melihat isteri atau anak saya makan macam tu. Sedikit sebanyak akan rasa sedih juga.

Entahlah, mungkin belum sampai masanya lagi.

Doakan yang terbaik untuk saya ya dan saya juga doakan yang terbaik untuk semua yang membaca atau terbaca blog saya ini.

Insya-Allah...

amin.