Tuesday, January 31, 2017

Sembang Tak Boleh Menang


Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...


                                                      Image result for sembang

Seloka Sembang Tak Boleh Menang

Tak boleh menang, memang tak boleh menang

Bila bersembang, dia sahaja kencang,

Tak boleh menang,memang tak boleh menang

Bila kata susah zaman sekarang,

Dia suruh tengok negara orang,

Tak boleh menang,memang tak boleh menang

Bila kata harga petrol naik,

Dia suruh simpan motor,kereta, naik basikal balik.

Tak boleh menang,memang tak boleh menang

Bila kata ketua buat keputusan pelik-pelik,

Dia kata usah masuk campur, ikut sahaja mereka semua tu cerdik-cerdik.

Tak boleh menang,memang tak boleh menang

Bila bagi fakta,

Dia kata itu semua auta, saja nak bagi sedap cerita,

Tak boleh menang,memang tak boleh menang

Bila kata rasa terbeban,

Dia kata kita kurang usaha, banyak sangat makan.

Tak boleh menang, memang tak boleh menang,

Bila bersembang dengan macam ini punya orang,

Sembang sampai pokok boleh tumbang,

Rumah boleh terbang.


Suka hatilah pakcik, saya nak balik. Semoga Malaysia maju, rakyat aman harmoni.


semoga ada manfaatnya "post" kali ini,

insya-Allah...

amin.

SEGMEN ICE BREAKING BY MELLYA

iceBreaking

Tuesday, January 24, 2017

Contest SEO : Belajar Buat Blog


Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Zaman sekarang arus teknologi semakin pesat.

Kewujudan media sosial menjadikan dunia digital semakin merubah gaya dan corak hidup masyarakat.

Kepesatan ini juga menyebabkan media sosial yang dahulunya pernah gah semakin lenyap akibat persaingan media sosial lain yang lebih menjadi pilihan. Contohnya, laman sosial myspace lenyap akibat kewujudan facebook.

Tetapi, saya berpendapat blog masih lagi sebuah medium media sosial yang masih boleh diterima pakai kerana identiti jenama blog itu sendiri selain mempunyai komuniti tersendiri yang menarik minat seseorang menjadi blogger, contohnya saya sendiri yang memilih untuk menjadi seorang blogger. Proses belajar buat blog dan menjadi seorang blogger bagi saya merupakan satu perjalanan yang menarik.

Mempunyai blog,belajar buat blog atau menjadi seorang blogger masa kini bukanlah satu perkara baru. Pendedahan mengenai blogger-blogger yang berjaya menjadi personaliti sehingga menjadikan blogger sebagai kerjaya sepenuh masa ternyata menarik minat banyak golongan untuk menjadi seorang blogger.

Saya sendiri, secara jujur, niat untuk menjadi blogger bertitik tolak bermula dengan niat untuk sekadar berkongsi kisah, atau secara ringkasnya mempunyai diari atas talian, sebab agak janggal bagi seorang lelaki untuk mempunyai diari peribadi, di mana secara umumnya, golongan perempuan yang lebih berminat untuk mempunyai diari peribadi,selain disebabkan saya percaya kalau saya menggunakan carai konvensional untuk menulis diari, dua kemungkinan besar yang akan jadi kepada diari saya, ialah hilang atau saya hilang semangat(malas) untuk terus menulis. Maka, saya mengambil keputusan untuk belajar buat blog, mewujudkan sebuah blog dan menjadi seorang blogger.

Jadi, dengan mempunyai blog, maka tidak wujud risiko untuk saya hilang diari dan akan lebih memberi semangat untuk saya terus menulis.

Baik, zaman sekarang ini dengan menggunakan blog turut membolehkan seseorang itu meraih pendapatan, sama ada secara sampingan atau memilih untuk menjadi seorang blogger sepenuh masa.
Tetapi memerlukan usaha, ilmu dan kemahiran dalam memastikan perkara ini berhasil.

Saya tidak mempunyai ilmu blog yang hebat untuk ditulis, tetapi saya percaya dengan berbekalkan sedikit pengalaman saya menjadi seorang blogger, sedikit sebanyak dapat membantu kepada mereka yang dalam usaha untuk belajar buat blog.

Sedikit cara atau tips yang boleh dikongsikan kepada mereka yang sedang belajar buat blog:

1) Menyertai pertandingan yang dianjurkan blogger lain. Sebagai contoh, blog coretananuar.com kini menganjurkan pertandingan CONTEST SEO:Belajar buat blog.  Maka ini merupakan peluang untuk blogger meningkatkan tahap penulisan di samping memperolehi pendapatan sampingan.




2) Rajin berblogwalking ke blog-blog lain. Walaupun kita mempunyai blog, tetapi dengan membaca blog-blog yang ditulis blogger lain akan memberi manfaat kepada kita. Selain kita dapat meningkatkan ilmu, kita juga dapat menambah kenalan blogger, selain meningkatkan bilangan pengunjung dan followers di blog kita.

3) Rajin menulis. Hal ini nampak mudah, tetapi hakikat sebenarnya tidak begitu. Menulis di blog merupakan satu komitmen yang harus diberi perhatian dan tumpuan secukupnya. Tetapi, kebiasaannya, terdapat komitmen lain yang harus kita beri tumpuan dan keutamaan seperti hal keluarga, masalah peribadi dan pelbagai urusan lain yang menyebabkan kita berasa agak sukar untuk menulis di blog.

Kesimpulannya, belajar buat blog, adalah sama seperti proses kita belajar benda-benda lain, ianya memerlukan niat  yang betul, kemahuan untuk melakukannya, serta sebab yang kukuh untuk terus melakukannnya. Analoginya, sama seperti kita ingin belajar memandu kereta, kita perlu mempunyai niat yang betul, kemahuan dan komitmen untuk belajar memandu, semangat untuk belajar memandu dan mempunyai kemahiran memandu walaupun kita mungkin akan berasa kekok di permulaan proses pembelajaran itu.

Satu perkara yang ingin saya kongsi, selain peringatan terhadap mereka yang dalam proses belajar buat blog termasuk saya sendiri, tulislah perkara yang memberi manfaat kepada orang ramai, bukannya menggunakan blog sebagai satu medium untuk menghancurkan sesuatu pihak atau individu, tulislah dengan niat dan harapan ianya akan menjadi satu manfaat dan berguna kepada ramai pihak. Semoga dengan hasil penulisan di blog kita akan merubah kehidupan sama ada kepada diri sendiri atau kepada sesiapa sahaja menjadi lebih baik, lebih harmonis,serta yang lebih utama menjadi bekal kepada kita di dunia dan akirat.

Saya percaya menulis dengan jiwa yang ikhlas akan terasa lebih puas.

p:s- entri ini merupakan post bagi tujuan pertandingan Contest SEO : Belajar Buat Blog

contest ini turut disertai oleh:



  1. CALRASEPATRICK
  2. NONASANI 
  3. MISSOBSESI 
  4. SAYIDAHNAPISAH 




semoga ada manfaatnya "post" kali ini.

insya-Allah....

amin.

Hapuskan sahaja


Hapuskan sahaja

Ku lihat mesej lama ,

Mesej yang pernah ku hantar kepada dia,

Penuh dengan jenaka tiada ketawa,

Hanya kata-kata khayalan,

Betapa dulu aku hanya membuang masa,

Mengejar sesuatu yang tidak kesampaian,

Hapuskan sahaja,

Mesej-mesej itu,

Tidak perlu lagi hidup dalam khayalmu,

Candu angan-angan itu sedang membunuhmu,

Dia kini sedang bahagia,

Jadi usah kau penuhkan kognitifmu itu,

Dengan hidup palsu ,

Hapuskan sahaja,

Nama dia dalam hidupmu,

Usah kau rasa dengki dan iri,

Dia layak dan seharusnya bahagia,

Atas izin-Nya asbab usaha dia,

Hapuskan sahaja,

Segala angan mu,

Tiba saat dan waktu,

Bangkit daripada kamar beradu,

Mulakan sebuah perjalanan,

Biarpun jaraknya tidak sampai sebatu,

Itu lebih baik daripada kau duduk membisu,

Hapuskan sahaja segala cerita lama,

Sekarang mari buka kitab baru.

Terima kasih atas pengalaman dahulu,

Semoga dia sentiasa tersenyum,

Mengetahui dia sedang bahagia sudah cukup menyenangkan aku,

Maka kini masa untuk aku mencari senyumanku pula.



doakan kejayaan saya dunia akhirat.



Sunday, January 22, 2017

3 kuntum 2 ringgit

Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Image result for bunga kantan hd
sumber gambar:googleimages
                                                     


"3 kuntum 2 ringgit," 

Ini merupakan harga bagi bunga kantan yang dijual oleh seorang penjaja di pasar borong tempat saya berniaga.

Sebenarnya, tindakan seperti ini hanya menyebabkan berlakunya kerugian kepada penjaja-penjaja lain.

Penjaja lain termasuk saya menjual sekuntum bunga kantan dengan harga rm1.00  Manakala modal bagi sekuntum bunga kantan yang dijual pembekal kepada penjaja seperti saya ialah 80 sen sekuntum.

Maka tindakan penjaja tadi yang menjual harga bunga kantan 3 kuntum rm 2.00, maka harga bagi sekuntum bunga kantan yang dijual penjaja ini lebih kurang 60 sen sekuntum.

Tindakan penjaja ini yang bertindak menjual harga bunga kantan lebih rendah berbanding penjaja lain, mungkin akan memberi keuntungan kepada penjaja ini. Penjaja ini tidak perlu membayar duit lesen dan sewa tapak yang dibayar penjaja lain seperti saya dan penjaja lain.

Penjaja ini berniaga dengan tidak mempunyai lesen berniaga, malah mempunyai kebun bunga kantan. Maka penjaja ini boleh menjual dengan harga seperti ini. Tetapi, tindakan ini akan memberi kesan kepada penjaja-penjaja lain.

Pengguna pastinya akan membeli di tempat yang lebih murah kan?

Tidak salah mahu berniaga sekali, lebih ramai berniaga lebih meriah dan seronok, tetapi usahlah bermain harga sehingga menyebabkan berlakunya kejatuhan harga sesuatu barang dagangan.

Sekiranya penjaja ini menjual sekuntum bunga kantan dengan harga 60 sen, sedangkan penjaja lain menjual sekuntum bunga kantan dengan harga rm1.00, maka pembeli akan membeli daripada penjaja yang mana? rm 1.00 atau 60 sen??

Hasil untung menjual sekuntum bunga kantan yang biasanya diperolehi penjaja kecil seperti saya ialah 20 sen sahaja. Jika penjaja ini menjual bunga kantan dengan harga 60 sen, sedangkan modal sekuntum bunga kantan 80 sen, maka bukan sahaja penjaja lain tidak mendapat untung, malah tidak pulang modal jika mengikut tindakan penjaja ini menjual sekuntum bunga kantan 60 sen, malah harus ditambah pula modal sebanyak 20  sen.

Tulisan ini bukan bermaksud saya mempunyai sifat dengki, atau iri hati terhadap penjaja lain. Tetapi sebagai penjaja, bukankah kita inginkan keuntungan walaupun sedikit dalam urusan perniagaan.

Hendak ditanam sendiri bunga kantan, bukanlah semua penjaja mempunyai tanah untuk bercucuk tanam. 

Jika penjaja tersebut mengikut harga pasaran dengan menjual sekuntum bunga kantan seperti penjaja lain, rm 1.00, bukankah penjaja itu juga yang beroleh keuntungan?

Saya tidak mahu berjumpa atau bercakap secara terus dengan penjaja ini, takut nanti dikatakan saya ini mempunyai sifat dengki terhadap bangsa sendiri untuk berniaga dan mencari rezeki.

Moga hasil penulisan di blog ini, dapat menjadi panduan, jika dizinkan oleh Allah s.w.t akan sampai kepada penjaja ini atau kepada sesiapa sahaja yang mendapat manfaat hasil daripada "post" ini.

Ini bukan tulisan kerana sifat dengki, cuma ingin berkongsi suka duka dalam perniagaan walaupun cuma berjaja kecil-kecilan.


Semoga ada manfaatnya "post" kali ini.

insya-Allah...

amin.

Saturday, January 21, 2017

Tutorial "crop" gambar guna Adobe Photoshop


Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Sedikit perkongsian cara "crop" gambar menggunakan Adobe Photoshop...saya guna Adobe Photoshop CS4.


Jom lihat langkah demi langkah cara "crop" gambar


Tutorial "crop" gambar guna Adobe Photoshop

1) klik File> Open> Pilih gambar yang ada dalam komputer/laptop

Tutorial "crop" gambar guna Adobe Photoshop

2) Saya pilih gambar mangkuk kerisik yang ada dalam laptop saya


Tutorial "crop" gambar guna Adobe Photoshop

3) Klik Edit in Quick Mask Mode(0).....bahagian bawah sekali dekat toolbox.

Tutorial "crop" gambar guna Adobe Photoshop

4) Pilih Brush Tool


Tutorial "crop" gambar guna Adobe Photoshop

5) Kemudian warnakan seluruh kawasan mangkuk kerisik/gambar di kawasan yang diinginkan               menggunakan brush tool tadi.


Tutorial "crop" gambar guna Adobe Photoshop

6) Lepas itu pilih Edit in Standard Mode

Tutorial "crop" gambar guna Adobe Photoshop

7) Garis putus-putus akan kelihatan seperti gambar di atas

Tutorial "crop" gambar guna Adobe Photoshop

8) Klik Select > Inverse

Tutorial "crop" gambar guna Adobe Photoshop

9) Garis putus-putus hanya kelihatan di mangkuk kerisik

Tutorial "crop" gambar guna Adobe Photoshop

10) Pilih Move Tool

Tutorial "crop" gambar guna Adobe Photoshop

11) Klik File > New

Tutorial "crop" gambar guna Adobe Photoshop

12) Akan keluar macam ini

Tutorial "crop" gambar guna Adobe Photoshop

13) Lepas itu pilih gambar yang kita buat garis putus-putus tadi, gunakan Move Tool dan letak/hantar gambar putus-putus tadi ke New File yang kita buat. Boleh faham kan? =)

Tutorial "crop" gambar guna Adobe Photoshop

14)  Maka akan jadi macam ini, kemudian untuk edit/ kemaskan gambar, guna eraser tool untuk                 padam ruang atau gambar yang kita tak nak.


Ok.  Dah siap cara "crop" gambar guna Adobe Photoshop CS4. Harap tutorial ini dapat membantu sedikit sebanyak kepada mereka yang sedang mencari cara "crop" gambar guna photoshop. Maaf sebarang kesilapan daripada saya, saya juga masih dalam proses belajar Adobe Photoshop ini. Cuma saya hanya ingin berkongsi ilmu yang saya tahu kepada sesiapa sahaja. Semoga ianya dapat menjadi saham akhirat untuk saya kelak.



Hasil akhir yang saya buat.



Semoga ada manfaatnya "post" kali ini.

insya-Allah....

amin.

Give Away by ASTraveler - 6 Jan 2017- 6 Feb 2017

Give Away by ASTraveler - 6 Jan 2017- 6 Feb 2017

klik banner untuk join =)



Friday, January 20, 2017

50 sen

Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

                                                                    Image result for 50 sen

Semasa sedang berjaja di pasar borong, datang seorang pelanggan, seorang akak, usianya saya agak dalam lingkungan umur 30 tahun ke atas.

Tingkah lakunya agak tergesa-gesa, mungkin sedang mengejar masa.

Sesampainya depan meja saya, tangannya mencapai satu bekas kerisik yang saya jual.

"Berapa ni dik kerisik?" soal akak tersebut.

2.50 kak, balas saya.

Ohh....murah juga, akak beli dekat atas tu, 3.00, separuh pula tu daripada satu bekas yang kamu jual ni. Tutur akak tersebut sambil tangannya menunjukkan ke atas, ke arah gerai-gerai di hadapan tempat saya berjaja.

Saya hanya tersenyum sambil tangan terus memasukkan kerisik ke dalam plastik.

Kalau tahu, akak beli dekat kamu ja tadi, tutur akak tu lagi sambil tersenyum. Tangannnya turut menghulurkan wang kertas 1 ringgit sebanyak 3 keping.

Terima kasih kak, jawab saya sambil tangan terus mencari syiling 50 sen dalam bekas yang memang dikhaskan untuk duit syiling. Penjaja kecil seperti saya memang kena bawa wang syiling, senang nak pulang baki duit pelanggan.

Eh, tak payah pulangkan baki tu, kata akak tersebut. 

Tapi kak,

Tak mengapa, akak sedekah sempena hari Jumaat ni, bidas akak tersebut.

Terima kasih kak.

Sama-sama jawab akak tersebut lalu beredar pergi.

Sungguh, mungkin bagi sesetengah orang, 50 sen tiada nilainya, tetapi bagi seorang penjaja seperti saya, setiap sen yang diterima amat bernilai dan bermakna.

Sen yang diterima dan dikumpul untuk dijadikan modal pusingan.

Sen yang diterima dan dikumpul untuk dijadikan untung setelah ditolak modal.

Sen yang diterima dan dikumpul untuk menjadi wang perbelanjaan hidup.

Betapa nilai sen, sama ada 50 sen atau 5 sen sekalipun, begitu memberi kesan dalam perbelanjaan seharian.

Mereka yang mempunyai berjuta ringgit mungkin tidak begitu merasai nilai 50 sen. Tetapi mereka yang tidak begitu berkemampuan, betapa bermaknanya nilai sen yang diterima dan diperolehi dalam hidup mereka.

Terima kasih kak atas sedekah ini, semoga ada balasan yang baik untuk akak di dunia dan akhirat.

Semoga kita semua dimurahkan rezeki untuk dapat bersedekah, tidak kira betapa nilainya, agar menjadi satu keuntungan kepada kita dunia dan akhirat.

Semoga ada manfaatnya "post" kali ini....

insya-Allah...

amin.

Thursday, January 19, 2017

Hujan



Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

                           Related image


Hujan,

Terima kasih kepada-Mu atas kurniaan,

Hebatnya ciptaan,

Memberi kenikmatan,


Hujan,

Mengalir ke bumi,

Terima kasih kata daun keladi,

Sejuk dan terharu hingga ke hati.


Hujan,

Malam ini hujan,

Turun membasahi daratan,

Sungguh nyaman, suasana aman.


Hujan,

Buat yang mencari rezeki,

Tabahkan hati,

Jika meredah hujan,

Demi sesuap nasi di pinggan.

Demi duit belanja tanggungan.

Moga hujan ini rezeki dan membawa rezeki kepada kami

Hujan,

Ku tulis satu puisi,

Wakil kepada tumbuhan bumi,

Ikhlas kami ucapkan.....


Hujan.

Kau bukti hebatnya ciptaan Tuhan.


1ST GA BY BAJETCIPUTSELERABESAR

1ST GA BY BAJETCIPUTSELERABESAR

klik banner untuk join =)

Wednesday, January 18, 2017

Tanam Pokok

Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Hobi baru ketika ini ialah menanam pokok. Secara tidak langsung dapat menjadi satu senaman yang menyihatkan badan dan mengurangkan berat badan.

Sebagai permulaan untuk hobi ini mula dengan tanam pokok ubi, sesuai dengan keadaan tanah tempat saya tinggal.

Seronok juga berkebun, dapat mengeluarkan peluh, di samping dapat melihat pokok membesar.

Pokok juga mungkin akan berzikir bagi kita jika menjaganya dengan elok.

Warna hijau daun pokok ini juga memberi ketenangan kepada diri.

Rasa selesa dan nyaman bila diri dikelilingi pokok-pokok yang ditanam.

Dapat juga bercakap dengan pokok, menghiburkan hati.

Dugaan tanam pokok seperti biasa serangan serangga perosak, pokok tidak membesar, serangan penyakit, rumput yang harus dibersihkan serta satu lagi tambahan perangai anak jiran yang suka mencari hal.

Tanam pokok, doakan semoga saya konsisten dan istiqamah dalam usaha menanam pokok.

Jom tanam pokok, hijau bumi, badan sibat , hati tenang.

Berbudi pada tanah, insya-Allah dikenang nanti. Berbudi pada manusia, masa senang sahaja biasanya mereka ada.

Semoga ada manfaatnya "post" kali ini.

insya-Allah...

amin.

A.B.C

Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang....


Sedikit perkongsian mengenai A.B.C

A-apartment.

zaman sekarang terdapat satu ayat atau pepatah yang digunakan kepada orang bujang khususnya kepada lelaki. Ayat tersebut berbunyi "cari rumah sebelum cari orang rumah".

Maksud ayat: beli rumah/ada rumah sendiri dahulu sebelum mencari isteri/orang rumah.

B-bank saving

bank saving: duit simpanan. Zaman sekarang kos sara hidup sangat tinggi, malah banyak pekerja yang diberhentikan kerja. Jadi menyimpan duit merupakan satu perkara penting yang mesti ada sekiranya berlaku kecemasan. Buku pengurusan kewangan yang saya baca mencadangkan sebagai permulaan simpan 10  peratus daripada pendapatan atau kalau masih tak boleh simpan 1 peratus dahulu. Contoh 10 ringgit simpan 1 ringgit.

C- career.

career/kerjaya. Zaman sekarang ada kerja tak kira besar atau kecil yang penting ada. Sebab sekarang susah nak dapat kerja. Macam saya sampai sekarang masih hantar resume sambil berjaja kecil-kecilan. Kerja lah apa pun contohnya jaga,kedai makan asal ada duit untuk hidup dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika ini. Doakan saya ada kerjaya yang stabil.


itulah maksud A.B.C yang ingin saya kongsi di dalam "post" ini.

semoga ada manfaatnya "post" kali ini...

insya-Allah...

amin.


Tuesday, January 17, 2017

Terima Kasih

Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Terima kasih kepada MYIDEAKINI.COM kerana telah memberi hadiah seperti yang dijanjikan.

Hadiah kerana blog saya ini telah terpilih sebagai antara pemenang.


Terima kasih sekali lagi kerana sudi beri hadiah "top-up" ini.  Saya dapat hadiah "top-up" rm 10.00..

Semoga ini terus memberi semangat kepada saya untuk terus berblogging.

hadiah giveaway


insya-Allah...

amin.

Sunday, January 15, 2017

MATA

Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Mata merupakan anugerah dan nikmat yang besar.

Betapa sukarnya hidup jika tidak dapat melihat.

Saya seorang yang agak gagal dalam menjaga mata sehingga terpaksa memakai cermin mata.

Teringat kembali sewaktu cermin mata saya jatuh dan seorang rakan membantu saya mencarinya. Terima kasih kepada sahabat tersebut kerana sudi membantu saya.

Semoga Allah sahaja yang membalas jasanya itu.

Saya punyai satu matlamat dalam hidup.

Hidup bebas tanpa memakai cermin mata.

Jadi untuk mencapai matlamat tersebut, kaedah yang terdapat sekarang ini ialah dengan melakukan pembedahan lasik.

Maka saya perlu mengumpul modal dan keberanian untuk membuat pembedahan ini.

Maka kepada yang tidak memakai cermin mata itu, tahniah. Jagalah mata dengan sebaiknya.

Manakala kepada yang memakai cermin mata seperti saya, bersabarlah dan lihatlah kepada mereka yang tidak boleh melihat. Moga ianya memberi nikmat syukur dan insaf kepada kita.

Manakala kepada yang tidak dapat melihat, anda seorang yang hebat kerana mampu bersabar serta mampu mencari rezeki dan menjalani kehidupan seperti orang lain.

Semoga sebelum saya tutup mata buat selamanya, matlamat saya untuk bebas cermin mata dapat dicapai.

Doakan saya.

amin.

JIRAN

Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Jiran. Secara jujur suasana di kawasan rumah,jiran agak berbahaya.

Anak mereka dibiar bebas, itu urusan mereka tetapi usah diganggu rumah kami.

Habis disepaknya bola ke dinding rumah kami, jam dinding jatuh dan berkecai.

Jika ditegur maka akan mengamuklah ibu bapa mereka.

Suasana kejiranan juga merbahaya di kampung saya.

Pengedar,penagih, pencuri semuanya ada.

Itu urusan mereka tetapi jangan diganggu rumah kami.

Bukan sekali dua barang di rumah dicuri.

Menyakitkan hati. Sejak dari saya kecil, jiran berperangai begini sudah ada dari dulu lagi.

Berlagak seperti ketua sedang rumah yang dibina pun secara haram dan atas ehsan untuk menumpang.

Ya, ini tulisan lepas geram kerana sudah lama marah ku pendam.

Secara jujur saya tak suka tinggal di sini tetapi sudah takdir Ilahi untuk diri dilahir dan dibesarkan di sini.

Jiran memang berperanan penting dalam sebuah kehidupan seseorang.

Usah berlagak raja kerana kita semua hamba.

Sedar diri sebelum kita semua mati.

Jiran perangai celaka memang susah jadinya.

Maaf atas kekasaran bahasa, saya cuma manusia yang sabar ada batasnya.

Hendak diajak bergaduh itu kerja bodoh,

Hendak dimaki hanya menyusahkan diri,

Maka penulisan ini menjadi satu kaedah bagi diri untuk melepaskan yang terbuku di hati.

Pilihlah jiran yang harmoni untuk elak makan hati. Jika tak segala serbi tak jadi.

Sedih kalau dapat jiran yang beraja di mata, bersultan di hati.

Maaf atas kasarnya bahasa tulisan,perasaan ini sudah tak mampu ku tahan dan simpan.

Thursday, January 12, 2017

Sebelum tutup mata

Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Sebelum tutup mata.

Sebelum tutup mata,
Ingin mohon maaf daripada semua,
Pasti diri ada salah dan dosa,
Takut nanti pagi,
Mata tertutup tidak lagi terbuka.

Sebelum tutup mata,
Ingin capai bintang kejora,
Jika tak sampai sana,
Sekurangnya ada jua usaha dan merasa,
Sebelum tutup mata.

Sebelum tutup mata,
Hitung dosa dan cita,
Banyak tak terkira,
Cita jadi angan,
Dosa jadi kelaziman,
Takut juga nanti,
Tak sempat buat apa lagi,

Sebelum tutup mata,
Izinkan ruang untuk berkarya,
Biarpun sebuah karangan,
Cerita cita khayalan.

Sebelum tutup mata,
Wujud sebuah bukti hakiki,
Kewujudan diri jasad dan rohani,
Hasil tulisan daripada penulisan.

Bukti akal,mata dan hati,
Digunakan dan dimanfaatkan,
Semasa mata masih terbuka,
Sebab nanti bila mata tertutup,
Ada kesan dan makna,
Dalam kehidupan ini.

Bila mata dah tutup,
Nak kejar dan cerita apa lagi?

Sunday, January 8, 2017

Back To School Giveaway by Abam Kie

 abam kie giveaway

klik banner untuk join =)

Keputusan Misi Pencarian Bloglist MYiDEAKiNi 2017



Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Keputusan Misi Pencarian Bloglist MYiDEAKiNi 2017

    Misi Pencarian Bloglist MYiDEAKiNi 2017


Alhamdulillah, saya telah terpilih sebagai salah seorang pemenang, 

http://www.myideakini.com/2017/01/misi-pencarian-bloglist-tamat.html

Hadiah bagi segmen ini ialah top up dan juga blog akan dimasukkan ke dalam bloglist MYiDEAKiNi.

Terima kasih kerana sudi menganjurkan segmen ini dan memilih blog ini sebagai salah satu pemenang.


http://at-tarmizi.blogspot.my/2016/12/misi-pencarian-bloglist-myideakini-2017.html


Semoga dengan kemenangan ini akan memotivasikan saya untuk terus maju dalam dunia blogging.

Semoga ada manfaatnya "post" kali ini.

Insya-Allah.

amin.

Thursday, January 5, 2017

Tutorial dapatkan blog ID

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Sedikit tutorial untuk mendapatkan blog id.

Cuma ikuti langkah mudah ini:


  1. login ke dalam akaun blog.
  2. pilih "new post".
  3. lepas tu pergi bahagian atas, cari "blog id".
blog, id blog

* Bulat kuning yang dalam gambar ini adalah blog id saya.







Selesai. Kini anda sudah mengetahui "blog id" anda.

Semoga ada manfaatnya "post" kali ini.

insya-Allah.

amin.

Wednesday, January 4, 2017

Rezeki



Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Image result for rezeki
sumber:google images

Rezeki, merupakan satu jaminan daripada Allah s.w.t kepada setiap hambanya. Baru-baru ini saya berkesempatan membaca perihal rezeki yang dikupas oleh seorang pesara Cikgu yang kini aktif dalam membantu golongan yang kurang berkemampuan.

Cikgu Abdul Ghani Haron.....merupakan seorang individu yang aktif dalam bidang kebajikan. Malah aktiviti kebajikan yang pernah dilakukannya hasil daripada sumbangan orang ramai antaranya dengan memberi minyak petrol secara percuma di Kampung Tikam Batu. Perkara ini mendapat liputan meluas sehingga disiarkan dalam berita. Tetapi Cikgu Abdul Ghani Haron lebih selesa berada di belakang tabir dan sepanjang berita ini disiarkan, wajah Cikgu  Ghani Haron tidak kelihatan.

Perihal rezeki yang dikupas Cikgu Abdul Ghani Haron sangat menarik minat saya. Bertitik tolak daripada situ, ianya menjadi ilham kepada saya untuk menulis "post" ini.

Rezeki, setiap hidupan di muka bumi ini telah dijanjikan rezeki, sama ada rezeki darat mahupun di lautan. Rezeki datang dalam pelbagai bentuk. Antara contoh rezeki ialah:

Nikmat tubuh badan, itu rezeki.

Nikmat dapat makan, itu rezeki.

Nikmat dapat berlindung daripada hujan, panas, itu rezeki.

Nikmat kesihatan, itu rezeki.

Nikmat kenderaan, itu rezeki.

Malah sekiranya ketika ini, kita hanya memakai sepasang selipar atau kasut, itu juga rezeki.

Cuba kita bayangkan sekiranya nikmat tubuh badan kita diambil, sebagai contoh, mata. Maka kita akan kehilangan nikmat dan rezeki dapat melihat. Nikmat kesihatan juga merupakan kesihatan yang sangat bernilai, cuba kita lihat di hospital, mereka yang ketika ini sedang terbaring akibat kesihatan yang semakin merosot, wang ringgit, pangkat dan harta benda ketika ini sudah tidak bermakna lagi. Malah rezeki kita dikurniakan dapat membeli dan memakai sepasang kasut atau selipar juga sangat bernilai maknanya. Cuba kita baca kisah-kisah di media sosial, terdapat anak murid yang terpaksa memakai kasut lusuh ke sekolah kerana ibu bapa tidak berkemampuan membeli kasut baru untuk anak mereka.

Saya menulis bukan untuk menasihati, jauh sekali untuk tunjuk pandai, hanya sekadar ingin berkongsi, ingin saling mengingati, kerana berkongsi rezeki itu lebih mesra dan bermakna.

Tidak perlu banyak, setakat yang kita mampu, itu juga begitu membantu..




Semoga ada manfaatnya "post" kali ini.

insya-Allah...

amin.