Saturday, March 8, 2025

Giveaway Ramadan: Sampul Duit Raya DoodlebyREN!

 

Sampul duit raya by DoodlebyREN. Limited Edition.


What do you think about this blog? 

Tak ada apa-apa sangat  nak komen sebab blog https://janggeltrekking2.blogspot.com/ ni sebab simple dan kemas...senang nak baca sebab tak loading lama sangat...banyak cerita pasal jalan-jalan...seronok baca bagi orang yang tak suka keluar rumah sangat macam saya ni tumpang seronok dan gembira dapat baca dan tengok tempat-tempat yang ada di bumi ini tanpa keluar rumah... itu sahaja lah komen saya =)

Nak join giveaway ni boleh klik sini~ https://janggeltrekking2.blogspot.com/2025/03/giveaway-ramadan-sampul-duit-raya.html

Friday, March 7, 2025

Kuih Jongkong @ Kuih Bongkok

 Kuih Jongkong @ Kuih Bongkok

Bahan A:
1 cawan tepung beras
2 st tepung ubi
5 cawan santan
garam secukup rasa
1 helai daun pandan
Bahan B:
1 ketul gula melaka
daun pisang
lidi
1. Campurkan semua bahan A dan gaul sehingga tidak berbintil.
2. Kemudian dimasak di atas api sederhana sambil dikacau. Proses ni mengambil masa agak lama, hampir 1 jam jugak.
3. Masak sehingga adunan nampak berkilat dan mula nampak
gelembung2 udara. Tutup api dan biar sejuk.
4. Gula melaka dihiris atau disagat. Daun pisang dipotong lebihkurang 9-10". Satu lagi dalam 3" untuk pembalut luarnya. Kemudian dilap dan dilayurkan atas api agar lembut ketika membungkus kuih. Kalau dapat daun pisang satu pelepah, layur je dulu...lebih senang.
6. Ambil 1 sb adunan tadi dan diletakkan di tengah daun pisang. Kemudian letak 1-2 sb gula melaka tadi. Gula melaka tu biar lebih baru sedap. Kemudian diambil 1-2 sb lagi adunan tadi dan diletakkan di atas gula melaka tadi.
7. Bungkuskan kuih tu seperti di bawah. Sematkan dengan lidi lalu dikukus selama 20 minit.
Kredit : Salmah Muhamad



Wednesday, March 5, 2025

Di Mana Keberkatan Sahur itu?