Assalamualaikum dan Salam sejahtera..
Gambar di atas adalah azam 2018 yang ingin saya capai.
Menulis di atas kertas memang agak mudah berbanding merealisasikannya..
Azam saya yang paling utama, adalah azam yang saya letakkan atas sekali, cari kerja>dapat kerja>kekal kerja...tapi hakikatnya...sudah bertahun-tahun azam ini saya letakkan..ternyata susah nak dijadikan realiti, hakikatnya sehingga kini saya mencari-cari kerja, malah kerap kali juga berhenti kerja kerana tidak tahan tekanan...
Saya letakkan juga azam bagi simpanan saya untuk tahun 2018 ini, "target" saya untuk tahun 2018 ini, saya dapat meningkatkan sedikit simpanan saya di ASB 1, membuka akaun Amanah Hartanah Bumiputera, meningkatkan simpanan saya di ASB 2~saya dapat RM 10 percuma untuk pembukaan akaun ASB 2 semasa menyertai Seminar Kewangan di PNB, jadi saya letak sasaran bagi ASB 2 ,sekurangnya saya berjaya meningkatkan jumlah simpanan daripada nilai puluh kepada ratus...mudah-mudahan dividen ASB 2 bulan 3 nanti boleh saya bayar duit hidupkan insurans motorsikal saya...
sumber:https://www.ppa.my/prs-youth/prs-youth-incentive/ |
Saya juga berdoa semoga saya dapat inisiatif RM 1,000 daripada kerajaan sekiranya jumlah simpanan Skim Persaraan Swasta (PRS) saya telah berjumlah RM 1,000, jadi akaun PRS saya akan jadi RM 1,000 + RM 1,000 inisiatif kerajaan untuk belia berumur bawah 30 tahun, dan tak silap saya inisiatif ini hanya sampai 2018 sahaja... saya bercadang membiarkan sahaja PRS ini sampai umur saya 55 tahun...simpan RM 2,000 dan biar sahaja sehingga sampai umur saya pencen. Ini merupakan simpanan alternatif selain KWSP...
Bagi KWSP pula, setakat ini saya tidak ada caruman tambahan kerana sebagai pelatih SL1M kami tidak ada caruman KWSP sebaliknya diberi elaun. Mungkin selepas ini saya akan kembali bekerja sendiri maka akan mencarum KWSP sendiri sahaja....moga bila saya tua nanti ada sedikit duit untuk saya meneruskan sisa-sisa hidup.
Manakala belanjawan saya bagi tahun 2018 turut saya tulis sebagai tanda peringatan kepada diri saya.
sewa bilik-sepanjang tempoh saya menyewa bilik di Kuala Lumpur kerana menyertai program SL1M...lebih kurang 10 bulan, maka 10 bulan darab dengan sewa bilik,RM 200(sebulan): 10x200= RM 2,000
grab- saya lupa nak tulis, tapi setakat hari ini, sepanjang saya menggunakan grab selama saya duduk di Kuala Lumpur,lebih kurang 10 bulan, hampir RM 800 juga saya telah belanjakan...
tiket Touch n Go, lupa nak tulis juga, tapi sepanjang saya menggunakan perkhidmatan awam, LRT,MRT,Monorel..lebih kurang RM 2,000 juga saya telah belanjakan...
duit makan sepanjang saya berada di sini, anggaran kasarnya lebih kurang RM 20 ke atas sehari untuk makan dan minum pagi,tengahari dan malam...tapi kebiasannya bos saya En.Alias b.Daud akan belanja kami pelatih SL1M makan,maka dapatlah kami jimat duit makan, dan sekarang ini saya lebih kerap tidur di pejabat sahaja untuk menjimatkan perbelanjaan saya... lebih kurang belanja duit makan dan minum saya selama 10 bulan berada di sini, secara kasarnya RM 5,000+++ untuk makan dan minum selama 10 bulan tinggal menyewa di Kuala Lumpur.
sumber:google images |
saya juga telah membeli handset baru, semasa bulan ke dua berada di sini kerana handset lama saya masuk air, saya ingat handset tersebut telah rosak dan telah membuat pembelian panik, RM 500 untuk handset Xiaomi Redmi...
tempoh 2 bulan pertama, saya juga kerap bermain futsal, setiap kali bermain, maka kosnya lebih kurang RM 10 ke atas bagi sekali main futsal, termasuk kos lepak dan minum bersama kenalan selepas habis bermain futsal..
Ok, ini antara perkara-perkara yang saya lupa tulis, cuma semasa menaip ini, tiba-tiba sahaja perkara dan belanjawan sepanjang tempoh saya berada di Kuala Lumpur ini terlintas...
Seterusnya, belanjawan yang saya tulis ialah seperti PRS, sekarang ini PRS saya baru ada RM 100 lebih, saya kena usahakan dapat lagi RM 900...
Saya juga bercadang nak menukar "sport-rim" motorsikal dan anggaran yang diberi tauke kedai ialah antara RM 300 hingga RM 400, saya harus menukar sport rim motorsikal saya kerana rim saya sudah bengkok teruk dan kerapkali tiub motor saya bocor di tengah jalan...
Saya juga ada letak lesen memandu RM 100, kerana lesen memandu saya akan tamat tempoh dalam tahun ini, belajar membawa kereta RM150, kerana saya harus mencari guru untuk mengajar saya memandu kembali sebab saya harus memahirkan diri membawa kereta supaya kereta yang terdapat di rumah keluarga saya di Melaka tidak terbiar begitu sahaja...saya anggarkan lebih kurang RM 150 kerana satu seisi pembelajaran, cajnya ialah RM 30,maka saya berharap dengan lebih kurang 5 kali seisi belajar, maka saya lebih mahir dan berani membawa kereta....
sumber:google images |
Pencuci muka, sebenarnya sudah pelbagai produk saya cuba tetapi tidak sesuai dengan kulit saya, cuma baru-baru ini saya telah membeli produk IV Mist daripada Abang Long atau Mohd Feroz Zaini,penulis buku Aku,Dia & Rezeki,selain daripada menjadi penulis, Abang Long juga ada menjual dadih dan IV Mist...harapnya sesuailah dengan wajah saya...dan hilangnya jerawat daripada muka saya...
Ok, saya berhenti dahulu "post" ini, nanti insya-Allah...akan saya sambung lagi dan berkongsi perkara nak dibuat oleh saya dalam tahun 2018 ini...
Mohon doa kalian supaya azam saya tercapai dan saya juga doakan mereka yang membaca atau terbaca "post" ini berjaya mencapai azam mereka...
Semoga ada manfaatnya "post" kali ini...
insya-Allah...
amin.