Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua.
Tadi siang, saya beli spark plug untuk mesin rumput.
Sebab saya nak mesin rumput dekat rumah, sehari sebelum tu,start-start tak hidup.
Puas godek, last-last buka penutup spark plug, tengok spark plug dah hitam terbakar.
Patutlah tak hidup-hidup.
Mulanya, saya pergi dekat bengkel motor yang biasa saya repair motor saya,tapi tak buka pula.
Pergi depan sikit,ada bengkel motor lain, tanya ada tak spark plug mesin rumput jenama bosch..tak ada,yang ada NGK.
Bolehlah... saya pun tak tahu beza NGK dengan BOSCH ni, tapi mesin rumput yang saya beli memang pakai BOSCH...
Dah tak ada,saya beli sahajalah apa yang ada..
Nak buat mesin rumput rumah sahaja..
Cuma sekarang ni saya konfius, spark plug mesin rumput dengan spark plug motor berbeza ke? ke sama?
Lagi satu saya beli harga spark plug jenama NGK ni tadi harganya rm 6.50, macam mahal saya rasa..tapi malas nak cari tempat lain,saya beli sahaja.
Dah test tadi,boleh guna..
Tapi itulah,harap sesiapa yang membaca atau terbaca post saya ini,boleh jelaskan kepada saya,beza ke spark plug mesin rumput dengan spark plug motor?
Maaflah kalau yang saya tanya ni soalan bodoh, tapi saya memang tak tahu.
Semoga ada yang sudi membantu..
Semoga yang baik-baik sahaja untuk kita semua...
insya-Allah...
amin.
14 comments:
Tak pernah periksa pulak
Mungkin sama agaknya
Sejuk hati ibu mengandung rajin ya memesen rumput hehehe
Sy x ada mesin rumput. Biasanyanupah org mesin sbb laman umah kecik aje n sy dah simen agar x naik rumput.
Pernah cuba mesen rumput elektrik?
maaf kak PC tak tau Mizi. Tapi boleh hidup tu alhamdulillah.
Mungkin juga WP..
Terima kasih cikgu..harapnya begitulah..
Owh..saya beli mesin ni pun sebab duit BPR haritu..boleh juga buat side income mesin rumput..
Tak pernah lagi uncle..best ke?
Tak apa kak PC..tulah..mujur boleh hidup.. Alhamdulillah..
Ringan dan tak bising je...
Owh.. terima kasih uncle.. boleh try nanti
Ada beberapa perbezaan.
Spark plug motor threadnya selalu lebih panjang berbanding mesin rumput atau chainsaw.
Spark plug motor/automotif sekarang kebanyakannya menggunakan resistor utk mengurangkan gangguan pada sistem elektronik atau gangguan bunyi pada radio. Huruh "R" pada kod sparkplug NGK adalah bermakna terdapat resistor, cth CR8E, BPR5ES dsb.. memandangkan mesin rumput dan chainsaw 2 stroke kebanyakan tidak memerlukan jenis resistor kerana sistem enjin adalah yg paling ringkas tanpa sistem elektronik yg sensitif. Spark plug tanpa resistor adalah lebih murah.
Lebih kurg begitulah secara asasnya.
Melisma Tidikay owh.. terima kasih atas penjelasan dan informasi..rumit juga ya. Terima kasih sudi berkongsi ilmu dan masa dekat blog saya ni
Post a Comment