Monday, September 20, 2021

Jatuh

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Post kali ni saya nak minta tolong doakan saya cepat sembuh.

Sebab semalam saya jatuh tergelincir semasa nak turun tangga.

Tak perasan macam mana saya boleh jatuh.

Sedar-sedar saya dah terbaring sakit.

Mujur kepala saya tak terhantuk.

Teringat saya kepada arwah abang ngah saya yang meninggal sebab jatuh nak ke bilik air.

Saya rasa sakit.

Sakit dekat bahagian pinggang dan belakang badan.

Nak urut saya takut lagi teruk.

Mujur tak ada apa yang patah.

Cuma tulah, bila saya berjalan kadangkala akan terasa sedikit rasa sakit.

Harap cepatlah sembuh.

Mohon doa semua ya..

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

Insya-Allah...

Amin.

8 comments:

Rodiah Amir said...

Semoga cepat sembuh. Dapatkan rawatan dan kalau boleh buat XRay

Warisan Petani said...

Semoga dianugerahi kesembuhan dan keafiatan dengan segera

Etuza said...

ya Allah, patut lah sepi..saya menantikan kehadiran Tmizi jg di laman saya..dah biasa bertegur sapa..
Sabar ya, simpati ni..saya bukan ustaz dan bukan pandai ni. Maaf jika saya bercakap ya.
Sentiasa ingat keluar rumah baca "bissmillahi tawakaltu Allalah la hawala quqata illah billah" mari amal bersama..
tempat yang sakit tu ..pegang dan tekan baca doa mulakan bissmillah baca ya razzak ulang kali dan selawat nabi. Cuba..moga beransur reda ya. Ingat syifa( kesembuhan dariNya yakni Allah)

Bola Katok said...

Semoga cepat sembuh. Kena pergi check x-ray tu. Risau ada pendarahan dalaman.

uncle gedek said...

Banyak berihat ye...

PeRdU cINta said...

Allahuakbar. Mizi dah pergi hospital atau klinik. buat x-ray ke.. semoga segera sembuh ya.

Ammi said...

Semoga diberi kesembuhan..
Kemalangan bila nak berlaku bukan kita boleh jangka pun..sebab tu dinamakan "malang tidak berbau"

dear anies said...

kena urut juga tu. sebaiknya cari tukang urut yg bertauliah. sbb kita x tau kan apa jd dlm badan kita ni... x pun bekam angin dulu...semoga cepat sembuh ya

Post a Comment