Tayar motor bocor pula.
Nasib dah sampai rumah.
Patutlah masa bawa rasa bergoyang-goyang saja.
Nak berhenti malas.
Saya bawa saja perlahan-lahan sampai ke rumah.
Bila check,bocor rupanya..
Pakai air sabun, basuh dekat tayar..nanti lubang yang bocor tu akan keluar angin..dekat situlah bocor.
Nasib pakai motor tubeless..tampal sahaja..atau saya panggil "cacing" dekat lubang yang bocor tu.
Mujur juga tayar depan..boleh control lagi masa nak bawa..
Cuma tulah,motor saya fork depan pun dah bengkok sikit...dah tak berapa center.
Bawa memang ada rasa goyang sikit-sikit..
Tengok YouTube...dia tendang saja tayar tu supaya centre balik..tak sangguplah saya nak buat macam tu..nanti tambah teruk pula.
Tayar tubeless ni kalau bocor,tampal sahaja..tampal baru rm5 macam tu..kalau pakai tiub tukar tiub dah rm9 ke rm10 satu tiub.
Settle satu hal...
Haraplah lepas ni ok lah semua.
Harap yang baik-baik sahaja untuk kita semua.
Insya-Allah...
Amin.
12 comments:
Semoga segalanya akan dipermudahkan. Aamiin..
Saya tak tahu tayar motor yang saya pakai ni tayar tubeless ke tak. Tahu pakai pergi balik kerja jer. Selebihnya mintak encik suami tolong tengok kan. Ha3.
Mujur tak terbabas!
Abam Kie Insya-Allah cikgu..terima kasih,Amin.
Syu Deris dekat tayar saya dia ada tulis tubeless...kalau pakai tiub,bocor kena tukar tiub..agak mahal berbanding dengan tampal saja tayar
Uncle gedek alhamdulillah uncle,tapi risau juga masa bawa tu
tubeless mudah sikit kan Mizi. Mudah nak urus bila pancit.
PeRdU cINta betul tu Kak PC, senang sikit.
Asalamualaiku...alhamdulillah..tiap ada masalah ada cara nak selesaikannya..syukur ya dah tampal elok..teruskan perjalanan hidup
Etuza walaikumsalam cikgu.. Insya-Allah..baik terima kasih cikgu :)
Mujur tayar hadapan
Kalau tayar belakang leceh sikit
Warisan Petani ya..kalau tayar belakang ada leceh sikit
Post a Comment