Wednesday, October 31, 2012

mEMASAK KARI AYAM-menghayati sebuah proses kehidupan


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi,



Diri ini mulakan penulisan...

Hari ini cuba memasak kari ayam,

Hasrat hati yang sudah lama terpendam,

Melihat abang memasaknya satu ketika dulu,

Mengimbas kenangan silam,

Memasak kari ayam...

Hari ini..buat diri ini mengerti...

Belajar perlu ada gurunya...

Benar..diri ini masak kari ayam hanya dengan belajar melalui video You Tube...

Tetapi..apa yang perlu dilakukan selepas itu,langkah-langkah yang harus dibuat...

Hanya dengan menonton,membuat tanpa berguru...ianya menjadi tetapi tidak sempurna,

Buat diri ini terfikir...alangkah susahnya kerja seorang ibu,emak,umi,mama....memasak untuk anak...

Setiap masak harus difikir,setiap hidangan harus sempurna..demi keluarga....

~Allah Maha Besar~  berehat seketika..menyambung semula penulisan......

Kita perlu guru..harus berguru...mereka ada ilmu..mereka lebih tahu....

Seorang teman jujur memberi pandangan...terima kasih teman.

Tawar tiada rasa kari ayam yang diri ini buat...

Menonton semula video You Tube..ohh patutlah...ada langkah yang diri ini salah...

Tiada guru..tidak mahu berguru...jadi siapa yang nak beri panduan untuk kehidupan?

~Buat generasi selepas diri, barangkali kalian mempunyai dunia informasi lebih lagi...kerana diri ini melalui zaman dunia segala maklumat di hujung jari...facebook,twitter...blog,video You Tube...hanya perlu Google...hampir semua ada...logik akalnya...zaman kalian lebih lagi, jadi perlukah lagi guru?-perlu fikir diri ini...kerana mereka ada untuk memberi petunjuk..tentang langkah yang perlu dilaku satu persatu...............~










Monday, October 22, 2012

Isi khutbah Jumaat yang diri ini dapat.mudah-mudahan berguna untuk semua



Ku mulakan penulisan dengan nama Allah....

Terlalu banyak yang ingin aku coretkan...

Kisah kembara PTA diri ini yang berubah supervisor- tiada alasan lagi bagi diri..kini tinggal usaha-berjaya atau sebaliknya-antara langkah diri ini ke pointer 3.87 semasa majlis graduasi tahun2014 nanti.jika diizinkan Allah.amin.



Tapi biarlah dahulu..kerana diri ini ingin berkongsi...isi khutbah jumaat untuk diri..untuk kalian..generasi selepas diri.

Diri ini...bukan anak yang sempurna...harap dan doa..ketika ketua keluarga menuju saat kembali-sudi memaafkan diri..atas segala salah dan laku.

Maka...intipati..isi...khutbah Jumaat yang diri ini dengar...ingin kongsi-untuk diri sendiri dan untuk kalian-generasi selepas diri..

Tajuk kuliah-maaf-tidak lagi diri ini ingat. Tapi yang dikongsi di sini ialah cara rasullah s.a.w memberi tunjuk ajar cara mendidik anak...sudah lama ajaran mendidik anak dipraktikan dan diperkenal dalam Islam..indah.

diri ini tidak mahu kalian-generasi selepas diri-menjadi anak yang tidak sempurna...kalian hebat.Diri ini pasti tidak ada jaminan untuk diri menjadi seorang abi~ingin sekali diri ini dipanggil sebegini~ kerana diri ini bukan anak yang hebat. Tapi kalian-generasi selepas diri....hebat.Maka jadilah anak yang hebat....abi yang hebat....  Diri ini percaya...generasi selepas diri..hebat-hebat.

~Kalian-generasi selepas diri...pasti hebat..kerana segalanya tersedia...hanya tingggal kebergantungan kepada kalian sahaja. Maka jadilah anak yang hebat...doakanlah diri ini yang berharap menjadi anak yang hebat seperti kalian-generasi selepas diri.Jika diizinkan Allah.amin.

~Ku menulis dengan harapan..andai nanti diri menjadi seorang abi..moga-moga ilmu dari kekasih Allah ini dapat ku amalkan bersama kalian-generasi selepas diri.amin.

Friday, October 12, 2012

Bermula semula~serba tidak kena



Allah Maha Besar...
Allah Maha Besar..
Allah Maha Besar...


Tolong ya Allah...hambamu lemah ketika ini...ujian yang mudah..cukup mudah....berjumpa pensyarah untuk tugasan PTA... draf diterima..pada mula..kemudian..ditolak...diminta buat semula..


TERGAMAM!!!TERDIAM!!!

Buat semula? dari awal...mencari tajuk..menghantar draf...dari mula..dari awal...

Berat ya Allah...berat..........

Tolong hambamu ni ya Allah..

Aku menyusur semula ketukan-ketukan kekunci yang pernah kulabel dengan tajuk Kembara PTA..

Allah Maha Besar...

Betapa...lemahnya aku saat ini...melihat hasil yang diri ini inginkan.......3.87? Allah Maha Besar...

Diri~Bukankah ujian ini selari dengan hasil yang kau impi???bukankah begitu...

Tolong hamba ya Allah...

Sudah banyak kali diri ini kalah...dalam berjuang...tolong hamba ya Allah....supaya tidak lagi mengaku kalah walau akhirnya aku rebah........

Allah Maha Besar.....

Ujian sekecil ini...barangkali ada bisikan seperti itu dari kamu~Generasi selepas AKU....Maka...diri ini bersyukur kepada Allah...Maha Besar...kerana kamu berfikir seperti itu... KAMU HEBAT.Jangan berhenti berfikir sebegini....saat selesai memahami masalah kecil pada mata kamu..besar bagi diriku... KAMU HEBAT. Tetapi..diri ini mohon...kepada kamu GENERASI SELEPAS AKU....tolong...bantu yang lemah..jika kamu gagah....yang lemah...jangan risau...kerana ada yang lebih lemah~aku. Diriku lemah....kerana itu seboleh-bolehnya aku cuba bersyukur...berusaha...walau tak seberapa...untuk jadi seperti kamu~GAGAH.

Bantu hambamu ini ya Allah...jika ini bantuan dari kamu ya Allah...ujian susah supaya diri ini Gagah....maka bantulah juga hambamu ini ya Allah...kerana ya Allah...Allah jualah yang Maha Perkasa.

~Kembara PTA bermula semula dari sehelai kertas menjadi sebuah PTA.insya-Allah.Amin.

Sunday, October 7, 2012

Menjadi unnoticed person~Aku LEMAH.




Segala puji bagi Maha Pencipta Alam...

Terkadang ada saat kita rasa ghaib dalam nyata,lutsinar ketika ada...hakikat diri yang berlaku.....menjadi lincah dalam mengetuk kekunci di alam maya hakikatnya tenggelam dalam realiti...diri ini begitu~maafkan diri ini wahai diri..kalian khususnya generasi selepas aku...maaf...


Lemah aku antara satu dalam beribu lemah lagi yang ada dalam diri ini. menjadi unnotice fellow...maafkan aku....tetapi generasi selepas aku...mustahil untuk diri ini memberi tunjuk ajar cara menjadi nyata dalam nyata.. tetapi jika ada seperti diri ini...maka senyum dan bertenanglah kerana ada lagi yang asing berbanding yang asing... barangkali itu yang mampu aku berikan...menjadi satu  hidupan yang kalian boleh memberi ilham untuk berkata "aku asing..tetapi kamu lagi asing..maka aku tidak perlu bersedih jika "halimunan" dalam nyata..kerana kamu lebih asing".Senyum,dan terus cari kekuatan kamu.



Diri ini lemah...kamu generasi selepas aku tidak perlu lemah...  lemah diri ini~merumitkan sesuatu yang mudah, hingga membawa diri kepada salah-menyalah... salahkan mereka,salahkan dia..salahkan sesiapa sahaja..tanpa sedar...salah itu salah aku...maafkanlah diri ini...ya Maha Pengampun dan Memperkenan doa.


Buat generasi selepas aku.... "satu pesan yang diri ini dapat daripada seorang guru...manusia satu ciptaan yang kompleks..maka tidak perlu mengkomplekskan hidup kamu"...  maaf...nasihat dan ilmu ini sukar untuk diri ini aplikasi terhadap diri sendiri...kerana aku lemah. Generasi selepas aku~diri ini percaya kamu lebih hebat kesan teknologi yang membentuk minda dan gerak hidup...maka ilmu berguna ini mudah-mudahan berguna buat kamu..doa diri ini terhadap kamu~doakanlah aku nanti...takdir jodoh mati aku sampai nanti.Mati itu pasti. Biar ketukkan kekunci ini dapat memberi sesuatu untuk kamu~GENERASI SELEPAS AKU.

Tuesday, October 2, 2012

Kembara PTA-sambungan kisah.....


Besok kembara PTA bermula lagi, tajuk masih belum diterima,hahaha,apakan daya...ini halangan dan dugaan kerana matlamat juga bukan senang. Meraih pointer 3.87 semasa majlis graduasi tahun 2014 nanti,insya-Allah jika perancangan menjadi.

Tipu jika tidak putus asa bila idea masih belum diterima,tetapi hipotesisnya seperti itu,

"makin tinggi kemahuan kejayaan,makin sukar perjalanan ke arah itu"

Syukur kepada Allah s.w.t...

Ketika diri ini ingin menyerah....diberi Allah suatu kisah diri.......

Berjumpa dan berdiskusi dengan seorang pensyarah yang dihormati....

Pesannya....Kisahnya.......

Seorang hamba kepada yang Esa.......akan diuji oleh Yang Satu.........ketika dalam perjalanan menghampiri diri-Ku, bukan satu tapi beratus "musuh manusia yang nyata"........

Refleksi diri~ Ya..ini perjalanan diri,menuju pointer 3.87...bukan mudah...sebab ia tinggi...jadi halangannya?fikir diri..fikir...

Besok kembara PTA tetap diteruskan.....tidak pasti hasilnya nanti............tetapi senjata yang diri ada sebagai seorang yang agamanya Islam..moga-moga dapat digunakan........insya-Allah.....mudah,diterima tajuk.......dan meneruskan kembara PTA ini.


~Pesan diri kepada diri........diri ini lemah..sangat lemah...tetapi pesan dari mereka yang lebih berilmu......senjata Islam itu gunakanlah......yakin dan percaya. Generasi selepas diri-moga kembara PTA diri ini sedikit walau hanya secebis picisan dapat menjadi pendorong saat keletihan dan lemah...diri ini juga begitu-kebiasaannya begitu...lihat mereka yang berjaya....cabaran mereka lebih bahaya....namun masih? senyum dengan bahagia.....  insya-Allah...DIA ada.

Monday, October 1, 2012

Allah-kurnialah aku ramai lagi sahabat baik untuk aku jadi baik..amin.




Hidup dikelilingi mereka yang hebat,

Terkenang semasa menjamu selera bersama sahabat,

Seorang sahabat datang berjabat,

Belum sempat diri merasa lazat,

Sahabat menadah tangan,berdoa makan supaya berkat


Aku...terpaku,termanggu,malu...

Ku sisirkan perasaan itu dengan ketawaku,

Hahaha..dalam hati hanya tuhan yang tahu,

Betapa kagum dan bersyukurnya aku,

Allah..Allah..Allah............

Guru hebat,
Sahabat hebat,
Kondisi tempat aku berlindung masih selamat,
Selamat selagi mohon berkat.........


Allah..Allah....Allah.......

Melihat teman membaca doa makan di warung, melihat kerajinan teman menyiapkan tugasan,mendegar ujian teman yang lain,yang lebih dahsyat hebat.........


Buat aku mengetuk kekunci ini lagi, tolong terus bersahabat dengan yang baik untuk jadi baik,kerana menjadi baik itu lebih baik....................

~Untuk Diri Dan Generasi....pesan Tarmizi kepada Tarmizi dan generasi selepas diri.......kawan dengan kawan yang baik untuk jadi lebih baik kerana menjadi baik itu baik.~