Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
sumber gambar:google images |
Sedikit perkongsian mengenai maksud cc & bcc pada e-mail....
CC adalah singkatan kepada "carbon copy"
fungsi cc ini adalah nama yang diletakkan dalam ruangan cc juga turut mendapat salinan e-mail yang sama yang diterima oleh penerima e-mail utama(yang dalam ruangan "to").Ok,tak jelas?mari lihat contoh yang berikut,
contoh: to:tar@ymail.com(penerima e-mail utama)
cc:ciknab@gmail.com(ciknab juga akan dapat salinan e-mail yang dihantar ke tar@ymail.com)
tar@ymail.com juga TAHU selain dia,ciknab@gmail.com juga mendapat e-mail yang sama macam dia.
BCC pula adalah singkatan kepada "blind carbon copy"
fungsi bcc juga sama seperti cc dimana selain penerima e-mail utama,nama yang diletakkan dalam bcc juga akan mendapat salinan e-mail yang sama seperti penerima e-mail utama. Bezanya penerima e-mail utama tidak tahu bahawa terdapat orang lain yang mendapat e-mail yang sama macam dia.Mari lihat contoh yang berikut,
contoh: to tar@ymail.com(penerima e-mail utama)
bcc: ciknab@gmail.com(ciknab juga akan dapat salinan e-mail yang dihantar ke tar@ymail.com)
tetapi tar@ymail.com TIDAK TAHU bahawa selain dia,ciknab@gmail.com juga mendapat e-mail yang sama macam dia
faham tak?harapnya post ini dapat membantu sedikit sebanyak tentang maksud cc/bcc dalam e-mail.
moga ada manfaatnya "post" kali ini.
insya-Allah....
amin.