Friday, June 29, 2018
Thursday, June 28, 2018
Mat So'od
Mat So'od merupakan penglipurlara di kampungnya. Namun berlawanan dengan kerjayanya, Mat So'od merupakan seorang pemurung hampir sepanjang hidupnya.
SKRIP : Megat Fauzi Isa
PENGARAH : Melissa Saila
TERBITAN : Kus Semangat Aktor Sdn Bhd
PELAKON : Khir Rahman, Siti Saleha, Harun Hashim, Lydiawati, Fauzuly Hamdan, Syed Zalihafe
Thursday, June 21, 2018
Asif & Tar
Sunday, June 17, 2018
Masa untuk pergi
Pejam mata.
Gelap.
Aku cuma ingin pergi seketika.
Destinasi yang tak pasti.
Jujurnya aku tak boleh terus begini.
Tapi aku tetap kena pergi.
Tuhan.
Munajat,zikir dan doaku.
Mungkin hanya seperti cebisan.
Ditiup dan akhirnya jadi debu.
Aku tetap kena pergi.
Pergi tinggal sebentar ibu di halaman.
Aku juga ingin belajar tentang kehidupan.
Kembara yang tak pasti.
Mungkin jadi,mungkin merana.
Untung sabut timbul,
Untung batu tenggelam.
Tapi aku tetap kena pergi.
Izin kan aku ya Tuhan.
Doakan aku ya ibu.
Ada rezeki ketemu lagi nanti.
Sekarang tiba masa aku pergi.
tulisan: Tarmizi
Kisah sedih di hari raya
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin.
Tetapi Hari Raya kali ini agak sedih sedikit.
Sedih sebab laptop rosak.
Macam-macam hal...
Biasa pakai elok sahaja, hari Raya juga rosak.
Terpaksalah betul kan,tapi tak pasti lagi rosaknya apa..cuma kursor tak boleh tekan...dan laptop tu "hang"
Harapnya tidak rosak teruk dan tidak pula mahal bayarannya nanti.
insya-Allah...
Amin.
Thursday, June 14, 2018
Monday, June 11, 2018
Wednesday, June 6, 2018
Monday, June 4, 2018
Terima kasih cikgu/abam kie
Alhamdulillah, saya telah terpilih antara pemenang pengomen tegar di blog cikgu/abam kie.
Saya berjaya memenangi hadiah top-up dan juga kad raya.
Tak sabar rasanya nak menunggu kad raya tersebut.
Terima kasih ya cikgu/abam kie. =)
Harapnya lepas ni saya akan lebih rajin lagi memberi komentar di blog cikgu.
http://www.zukidin.com/2018/06/keputusan-cabaran-pengomen-tegar-blog.html