Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua.
Rasa takut, sekarang ni saya memang rasa takut.
Takut sebab kes covid semakin meningkat.
Malah dekat kampung yang saya duduk juga dah banyak kes covid.
Malah sudah ada kematian, kematian warga emas,ibu mengandung,anak oku...
Sungguh menakutkan.
Rasa takut..
Tadi pagi,saya bangun macam biasa pukul 4.30 pagi,nak bersiap untuk ke pasar borong untuk meniaga,saya rasa tak sedap hati.
Saya termenung sekejap...rasa takut tiba-tiba sahaja datang.
Entah kenapa..
Saya rasa macam tak seronok nak pergi berniaga.
Saya rasa resah, sekejap saya duduk,sekejap saya berdiri,sudahnya saya termenung sahaja di atas kerusi.
Last-last saya buat keputusan untuk tak pergi berniaga hari ini.
Tak tahulah kenapa.
Rupanya ada sebab kenapa hati saya rasa tak seronok...
Lewat petang tadi,saya dapat info daripada group whatsapp pasar borong,ada ramai pekerja warga asing yang disahkan positif covid.
Bukan itu sahaja, ada penjaja yang berdekatan dengan tapak saya berniaga juga positif covid..
Mujur juga saya dah dekat seminggu tak datang berniaga sebab nak uruskan hal arwah abang ngah saya.
Baru tadi saya rasa nak berniaga, tapi tiba-tiba sahaja rasa tak sedap hati.
Rupanya ada sebab.
Difahamkan juga pasar tempat saya berniaga tu besar kemungkinan akan ditutup lagi dua tiga hari.
Barangkali untuk proses sanitasi.
Tak apalah, sementara waktu ni,saya rehat sahaja dulu dekat rumah.
Tunggu keadaan reda dulu,baru saya pergi berjaja semula.
Moga cepatlah covid ni hilang.
Saya dah lama daftar vaksin masih tak dipanggil,harap adalah rezeki saya nak dapatkan vaksinasi.
Semoga kita semua dapat hidup semula macam dulu.
Kembali kepada kehidupan sebelum covid ni.
Semoga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.
insya-Allah...
amin.
6 comments:
Aamiin..in Shaa Allah, dah tak lama dah kot panggilan vaksinasi tu. Sementara tu sentiasa hati-hati dan jaga diri yer. In Shaa Allah, semoga kita semua dilindungi. Aamiin
Allah Allah Allah.
Allah jaga betul tu tuan, ada hikmah. Semoga sentiasa Allah jaga. Semoga Allah perlihara juga rezeki tuan dan sekeluarga
Dah mcm berjangkit2 pulak virus ni. lepas sorang-sorang. Yang masih belum dijangkiti ni semoga dijauhkan lah
Semoga tuan dapat vaksin soon! Keep update mySejahtera tau! hari2!
Allah gerak kan hati Mizi, semoga mizi dan keluarga sentiasa di dalam lindungan Allah.. sama sama kita jaga diri
Allahuakbar. Ada macam-macam cara Allah swt nak lindungi kita kan Mizi. Semoga kita sentiasa dilindungi Allah swt. Aamiin.
Allah gerakkan hati tu. Alhamdulillah... kes masih 5 angka. plg tkt tgk jumlah kematian
Pasar borong memang tempat tumpuan orang ramai
Potensi untuk C19 merebak memang ada.
Post a Comment