Tuesday, March 28, 2023

7 Ramadan 1444 Hijrah

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua.

Sekejap sahaja dah seminggu Ramadan.

Moga kita semua diberi kesihatan dan kekuatan untuk terus melakukan ibadah puasa di bulan Ramadan ini.

Dapat solat terawih sama ada di rumah atau masjid.

Semoga diampunkan segala dosa kita sama ada dosa besar atau dosa kecil.

Mungkin ini Ramadan terakhir bagi kita.

Moga ini Ramadan yang terbaik kita....

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.


Insya-Allah...

Amin.

Wednesday, March 22, 2023

1Ramadan 1444 Hijrah

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua.

Selamat menyambut Ramadan 1444 Hijrah 22 Mac 2023..

Sekejap sahaja dah masuk bulan Ramadan ya.

Moga kita semua diberi kesihatan yang baik untuk menjalani dan melaksanakan ibadah Ramadan.

Andai ini Ramadan terakhir saya, saya mohon maaf dan ampun sekiranya ada penulisan atau post saya di blog ini yang menyakiti hati atau melukakan hati sesiapa.

Moga segala doa kita di bulan mulia ini,bulan segala amal menjadi berlipat ganda pahalanya, diperkenankan oleh Allah s.w.t...

Semoga diampunkan segala dosa, dipermudahkan segala urusan...

Moga Ramadan ini Ramadan terbaik kita..

Insya-Allah...

Amin.

Wednesday, March 15, 2023

22 Syaban

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua.

Hari ini dah 22 Syaban ya...lagi 8 hari nak puasa.

22 Syaban juga tarikh di mana abang kedua saya,angah meninggal dunia...Angah pergi pada 4/4/2021 hari ahad bersamaan 22 Syaban 1442 Hijrah jam 6.30 pagi.

Dah dua tahun kau pergi ngah...semoga angah ditempatkan dalam kalangan orang beriman....

Alam kubur menjadi alam berehat...semoga selamat dan berbahagia di alam sana.

Kadang bila lalu tempat kita selalu memancing dulu,teringat dekat kau ngah...semenjak angah meninggal,saya dah tak memancing lagi...sebab saya memang tak minta sangat...cuma nak teman angah sahaja...

Tak tahulah nak tulis apa...cuma bila terfikir hari ini 22 Syaban,rasa macam semalam sahaja kau pergi ngah...padahal dah dua tahun dah...

Mohon doa sesiapa yang terbaca atau membaca blog ini dapat doakan supaya angah atau sebenar Mohd Rashid bin Mokhtar ditempatkan dalam kalangan orang beriman...

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua...

Insya-Allah....

Amin.

Friday, March 10, 2023

THRICE THE CHARM GIVEAWAY BY ATIQAH, NABILAH SAMSUDIN & NHHM

klik banner untuk join =)


Tuesday, March 7, 2023

Tengok wayang

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Setelah sekian lama tak menonton wayang, hari ini pergi menonton cerita The First Slamdunk...

Memang teringin nak tengok semenjak teaser cerita ni keluar...

Harini baru ada rezeki dapat pergi..itupun sebab saya rasa penat dan nak cari aktiviti menghilangkan rasa serabut dalam hidup.

Semenjak PKP baru harini saya pergi menonton wayang...kira dah dua tahun lebih saya tak tengok wayang.

Pergi tadi memang blur...nak kena pakai kiosk layan diri...mujur ada staff yang membantu...dapatlah saya beli tiket.

Harga tiket rm13.00 sebab hari biasa kan.

Nak cerita pasal The First Slamdunk ni,ringkasnya watak utama dalam cerita ni ialah Miyagi Ryouta dan bukan Sakuragi Hanamichi...

Best juga cuma yang tak best bila ada keluarga sebelah ni asyik nak buat ulasan pasal cerita....rimas dibuatnya...tak boleh ke kalau balik baru mak tu terangkan dekat anak pasal cerita yang berlaku.

Saya yang nak tengok dengan aman selepas dua tahun tak menonton wayang rasa terganggu betul.

Perkara ni buat saya rasa memang dah betul-betul malas nak tengok wayang lagi lepas ni...

Nak buat macam mana ya tak, bukan semua orang ada "common sense"

Sabar sahajalah....

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua....

Insya-Allah...

Amin.