Tuesday, August 31, 2021

Selamat Hari Merdeka

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Selamat Hari Merdeka yang ke 64. 

Tema kemerdekaan negara tahun ni Malaysia Prihatin.

Sesuai dengan keadaan semasa, semoga kita terus jaga kita.

Tahun ni masih dalam keadaan pandemik covid nampaknya.

Harap tahun depan dapatlah kita sambut tanpa covid.

Tengok negara lain yang tengah ada masalah macam Palestine dan Afghanistan buat saya rasa lebih menghargai nikmat kemerdekaan negara.

Harap kita dapat kekalkan keamanan negara sampai bila-bila.

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

Insya-Allah..

Amin.

Thursday, August 26, 2021

Dah nak habis bulan lapan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Sudah hampir habis bulan lapan ya.

Tak terasa betul.

Saya sekarang sebenarnya pun dah tak ambil peduli sangat pasal tarikh ni.

Niaga saya tak pergi, duduk rumah,baring saja..kenapa jadi macam ni..

Saya pun tak tahu.

Baru-baru ni duit pampasan kemalangan arwah abang ngah saya dah selesai.

Saya pun tak minat nak ambil, saya bagi mak saya saja.

Duit tu bukan boleh hidupkan abang saya balik pun.

Entahlah...

Setiap kali lalu tempat sawah atau sungai saya akan teringat pergi memancing dengan abang ngah saya.

Dia yang pandai memancing pun, saya teman saja.

Sekarang ni nak tengok joran abang ngah saya pun saya rasa tak kuat.

Lemah betul saya ni.

Saya doakan yang baik-baik untuk sesiapa yang terbaca atau membaca post di blog saya ni.

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

Insya-Allah...

Amin.

Thursday, August 19, 2021

Spark plug mesin rumput

 Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua.


Tadi siang, saya beli spark plug untuk mesin rumput.

Sebab saya nak mesin rumput dekat rumah, sehari sebelum tu,start-start tak hidup.

Puas godek, last-last buka penutup spark plug, tengok spark plug dah hitam terbakar.

Patutlah tak hidup-hidup.

Mulanya, saya pergi dekat bengkel motor yang biasa saya repair motor saya,tapi tak buka pula.

Pergi depan sikit,ada bengkel motor lain, tanya ada tak spark plug mesin rumput jenama bosch..tak ada,yang ada NGK.

Bolehlah... saya pun tak tahu beza NGK dengan BOSCH ni, tapi mesin rumput yang saya beli memang pakai BOSCH...

sumber gambar:google images


Dah tak ada,saya beli sahajalah apa yang ada..

Nak buat mesin rumput rumah sahaja..

Cuma sekarang ni saya konfius, spark plug mesin rumput dengan spark plug motor berbeza ke? ke sama? 

Lagi satu saya beli harga spark plug jenama NGK ni tadi harganya rm 6.50, macam mahal saya rasa..tapi malas nak cari tempat lain,saya beli sahaja.

Dah test tadi,boleh guna..

Tapi itulah,harap sesiapa yang membaca atau terbaca post saya ini,boleh jelaskan kepada saya,beza ke spark plug mesin rumput dengan spark plug motor?

Maaflah kalau yang saya tanya ni soalan bodoh, tapi saya memang tak tahu.

Semoga ada yang sudi membantu..

Semoga yang baik-baik sahaja untuk kita semua...

insya-Allah...

amin.

Sunday, August 15, 2021

Roti Naik Johor

 Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua.

Tadi tengah tengok tv, terlayan pula rancangan lesung pipit..rancangan lama rasanya sebab pengacara dia Yana Samsudin belum pakai tudung lagi.

Ok,sebenarnya tadi masakan yang ditunjukkan ialah masakan daripada negeri Johor, ada tiga resipi tadi.

Botok-botok. ikan cencaru masak terutup dan last sekali roti naik.

Rasa macam best pula tengok buat roti naik  tu, jadi saya google resipi roti naik ni.

Maka saya simpan dan share sinilah resipi roti naik tu..senang kalau saya nak buat nanti.

sumber:google images


Resepi : Roti Naik Johor

Oleh : Che Mat Gebu

Dicuba oleh : Umi's Cup Cake


BAHAN-BAHANNYA :-)

400 g tepung roti

100 g tepung Hong Kong (mat guna tepung gandum je)

250 ml air

50 g susu tepung

3/4 camca teh bread improver (yg ni resipi asal tak letak)

180 g gula perang (brown sugar) Mat guna 120 g gula halus

100 g mentega

11 g yeast segera

1 camca teh esen vanilla



Satukan semua bahan2 di atas dalam satu bekas besar, kecuali mentega. Uli hingga menjadi doh, masukkan mentega sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh yang kenyal. Bulat2 kan doh dan biar 45 minit atau naik.            
 

Tumbuk doh untuk membuang udara, bahagikan kepada 16 bahagian yang sama besar, bulat2kan doh dan susun dalam tin yang telah disapu dengan sedikit mentega. Tutup dengan kitchen towel bersih dan biar kan 1 jam atau hingga naik.

Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 15 - 20 minit. Sapu mentega pada permukaan roti sejurus dikeluarkan dari oven. Sejukkan sepenuhnya sebelum dihidang....

Thursday, August 12, 2021

Rasa takut

 Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua.









Rasa takut, sekarang ni saya memang rasa takut.

Takut sebab kes covid semakin meningkat.

Malah dekat kampung yang saya duduk juga dah banyak kes covid.

Malah sudah ada kematian, kematian warga emas,ibu mengandung,anak oku...

Sungguh menakutkan.

Rasa takut..

Tadi pagi,saya bangun macam biasa pukul 4.30 pagi,nak bersiap untuk ke pasar borong untuk meniaga,saya rasa tak sedap hati.

Saya termenung sekejap...rasa takut tiba-tiba sahaja datang.

Entah kenapa..

Saya rasa macam tak seronok nak pergi berniaga.

Saya rasa resah, sekejap saya duduk,sekejap saya berdiri,sudahnya saya termenung sahaja di atas kerusi.

Last-last saya buat keputusan untuk tak pergi berniaga hari ini.

Tak tahulah kenapa.

Rupanya ada sebab kenapa hati saya rasa tak seronok...

Lewat petang tadi,saya dapat info daripada group whatsapp pasar borong,ada ramai pekerja warga asing yang disahkan positif covid.

Bukan itu sahaja, ada penjaja yang berdekatan dengan tapak saya berniaga juga positif covid..

Mujur juga saya dah dekat seminggu tak datang berniaga sebab nak uruskan hal arwah abang ngah saya.

Baru tadi saya rasa nak berniaga, tapi tiba-tiba sahaja rasa tak sedap hati.

Rupanya ada sebab.

Difahamkan juga pasar tempat saya berniaga tu besar kemungkinan akan ditutup lagi dua tiga hari.

Barangkali untuk proses sanitasi.

Tak apalah, sementara waktu ni,saya rehat sahaja dulu dekat rumah.

Tunggu keadaan reda dulu,baru saya pergi berjaja semula.

Moga cepatlah covid ni hilang.

Saya dah lama daftar vaksin masih tak dipanggil,harap adalah rezeki saya nak dapatkan vaksinasi.

Semoga kita semua dapat hidup semula macam dulu.

Kembali kepada kehidupan sebelum covid ni.

Semoga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

insya-Allah...

amin.

Saturday, August 7, 2021

Merdeka Giveaway by TarotTheFool

 

klik banner untuk join =)


Habis PKP ni, saya nak lawat kubur arwah abang ngah saya,dan kubur arwah bapa saya.. setakat ini itu sahaja yang selalu saya fikirkan...


Monday, August 2, 2021

Cabut gigi

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Alhamdulillah,hari ni saya selesai cabut gigi bongsu yang bengkak tu.

Tak lama pun prosesnya.

Appointment saya pukul 8 pagi, urusan kaunter semua dalam 20 minit. 

Masa nak cabut tu,doktor bagi bius,jadi tak sakit sangat.

Rasa sakit sikit-sikit saja.
 
Cuma bibir saja rasa kebas.

Saya rasa cabut tu dalam setengah jam prosesnya..sebab nak bagi bius tu berkesan.

Jadi bila cabut tak rasa sakit.

Selesai semua tu, doktor bagi ubat tahan sakit, tapi makan bila rasa betul-betul sakit.

Saya tak makan sebab lepas balik,rehat,tidur sekejap rasa sakit sikit-sikit saja.

Boleh makan minum macam biasa.

Kira ok lah.

Selesai satu hal.

Bayar pun RM 1.00 sahaja sebab klinik gigi kerajaan kan.

Syukur, Alhamdulillah.

Selesai sikit rasanya.

Semoga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

Insya-Allah...

Amin.

Sunday, August 1, 2021

Nak gunting rambut

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Saya sedang mencari semula kekuatan,semangat dalam diri,dalam hidup ni.

Langkah kecil yang saya lakukan hari ini, nak gunting rambut,tapi mungkin sebab PKP kedai tak buka. Salon rambut adalah buka tapi tak berbaloi bagi saya. Sebab rambut saya senang saja gunting. Pakai mesin tu minta nombor dua..selesai.Jadi tak berbaloi saya nak bayar sampai berpuluh ringgit untuk gunting rambut saya.

Mungkin saya beli dekat shoppe mesin potong rambut tu,senang,gunting sendiri. Tapi masalahnya saya ada masalah carpel tunnel..jadi memang jenis tangan menggigil saja ni. Macam mana nak pegang mesin.

Last-last tak jadi gunting rambut,saya beli minyak hitam motor. Motor pun dah semput. Tapi tulah,saya beli dekat petrol pump, harga macam mahal saja. Tengok dekat shoppe baru beberapa belas ringgit.
Entahlah...

Besok saya nak pergi klinik gigi, sebab nak cabut gigi bongsu. Harap mudahlah semua urusan.

Semoga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

Insya-Allah...

Amin.