Sudah hampir habis bulan lapan ya.
Tak terasa betul.
Saya sekarang sebenarnya pun dah tak ambil peduli sangat pasal tarikh ni.
Niaga saya tak pergi, duduk rumah,baring saja..kenapa jadi macam ni..
Saya pun tak tahu.
Baru-baru ni duit pampasan kemalangan arwah abang ngah saya dah selesai.
Saya pun tak minat nak ambil, saya bagi mak saya saja.
Duit tu bukan boleh hidupkan abang saya balik pun.
Entahlah...
Setiap kali lalu tempat sawah atau sungai saya akan teringat pergi memancing dengan abang ngah saya.
Dia yang pandai memancing pun, saya teman saja.
Sekarang ni nak tengok joran abang ngah saya pun saya rasa tak kuat.
Lemah betul saya ni.
Saya doakan yang baik-baik untuk sesiapa yang terbaca atau membaca post di blog saya ni.
Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.
Insya-Allah...
Amin.
8 comments:
Kuat semangat.
PeRdU cINta insya-Allah..kak PC =)
Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali...
Selamat meraikan hari merdeka tanah melayu ya
Salam Takziah Mizi, duit yang di perolehi tu, infaq kan sedikit bagi anak yatim atau madrasah makan, inshallah, pahala untuk arwah sampai....doa yang baik baik.
Life must go on Mizi, kuat kan semangat, suka atau tidak, teruskan buat kebaikan selagi Mizi dan ibu masih hidup. Sedekah demi arwah dan anggota keluarga yang telah pergi
Salam merdeka kali ke 64
Semoga dpt balik semangat yg hilang tu ye. Alfatihah buat arwah abg tarmizi
Post a Comment