Lama rasa tak tulis dekat blog ni.
Rasa malas sungguh.
Bukan setakat malas nak menulis dekat blog,malah malas nak buat benda lain juga.
Kenapa ya?
Memang rasa tak ada mood sungguh.
Selepas raya haji haritu,saya rasa macam malas nak buat apa-apa.
Saya pun tak tahu nak cerita macam mana perasaan saya sekarang ni.
Rasa serabut,kusut saja.
Tambah-tambah lagi gigi saya sakit.
Bengkak...makin rasa serabut jadinya.
Baru pergi klinik gigi, nanti Isnin depan saya kena buat pembedahan cabut gigi.
Dua, tiga hari ni memang saya bangun,tidur, makan, tengok tv,itu sahaja rutinnya.. tengok tv pula tambah serabut bila tengok kes covid makin naik,ahli politik bertekak tak sudah,itu sahaja ceritanya.
Entahlah, tapi entah kenapa sekarang ni bila nak tidur saya asyik teringat arwah abang ngah saya..
Saya tak peduli pun kalau nak cakap semangat saya tak kuat...saya peduli apa,saya rindu abang ngah saya, abang yang susah senang dengan keluarga saya.
Saya pun tak tahu kenapa saya jadi macam ni.
Saya tak tahu nak buat apa.
Moga ada yang baik-baik sahaja untuk kita semua.
Insya-Allah...
Amin.
4 comments:
Tak apa. Rehat cuma jangan berhenti. Semoga cepat semangat semula. Fighting! Go Go Go
Terima kasih :)
mungkin perasaan rindu pd arwah masih mencengkam. tp kita perlu teruskan hidup walau payah mcm mn sekali pun. mungkin jg beri ruang kepada diri utk tenang dan relaks buat ms sekarang...
Ya, mungkin juga.. terima kasih sebab sudi beri komen positif.
Post a Comment