Tuesday, May 30, 2023

Doa perlindungan

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua...

Sekadar perkongsian yang saya dapat daripada seorang ustaz semasa ustaz tersebut memberi tazkirah maghrib.

Amalkan membaca doa perlindungan ini pada waktu pagi...iaitu semasa bangun daripada tidur dan pada waktu petang iaitu selepas solat Asar...

Moga-moga selepas membaca doa ini waktu pagi kita akan selamat daripada ditimpa musibah secara tiba-tiba sehingga waktu petang...

Manakala bila baca doa ini selepas waktu Asar pula kita akan dilindungi sehingga keesokkan paginya... Insya-Allah...

sumber gambar:google images


Moga-moga ada manfaatnya...

Insya-Allah...

Amin.

Tuesday, May 16, 2023

Selamat Hari Guru 2023

 


Monday, May 15, 2023

Zikir yang Allah s.w.t suka

Thursday, May 4, 2023

Life is beautiful giveaway


klik gambar untuk join

Baik,antara syarat giveaway ni nak kena cerita pasal blog mumy ayu ni..

Cantik dan kemas blognya.. owner blog seorang wanita bekerjaya dan dalam masa sama dapat uruskan family dia..memang saya respect habis.

Semoga terus sukses dalam blog dan juga apa-apa jua sama ada kehidupan atau kerjaya.

Tuesday, May 2, 2023

Seorang pakcik dan anaknya

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua...


Tadi bawa abang saya pergi appointment hospital...selepas sebulan berehat sebab bulan puasa.

Macam biasa abang saya kena buat fisioterapi dan juga pemulihan carakerja...

Tapi tadi semasa teman abang saya di unit carakerja saya sempat berbual dengan seorang pakcik ni..

Dia bawa anak sebab kemalangan jalan raya tahun 2015...dah lapan tahun anak dia terbaring sahaja...

Kasihan... ikut cerita pakcik tu anak dia kemalangan semasa perjalanan balik ke rumah selepas selesai makan-makan dengan kawan dia...sebab nak masuk tahun akhir diploma..ambil kursus chef..

Perjalanan balik tu anak pakcik ni kena rempuh dengan kereta...

Teruk kata pakcik tu...

Sekarang anak dia terbaring sahaja...datang hospital sebab tangan anak dia susah nak buka...

Anak dia tak ingat dan tak boleh bercakap...

Bila tengok keadaan anak pakcik tu saya rasa sebak ...daripada seorang yang sihat..muda,umur baru 20- an...nak jadi chef...kini terbaring sahaja...

Buat saya rasa syukur sebab Allah s.w.t masih bagi saya kesihatan untuk berjalan...pergi berjaja...

Esok lusa tak tahulah keadaan saya macam mana...

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua...

Insya-Allah...

Amin.