Tuesday, January 31, 2023

Sambungan claim insurans motor

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Sekadar nak berkongsi sambungan claim insurans motor saya yang terlibat kemalangan...

Pihak bengkel kata motor saya dah kategori total lost...

Jadi ada beberapa perkara yang saya kena buat..

Saya kena pergi JPJ untuk ambil dokumen yang mengesahkan butiran motor.

Kena buat 2 set kunci motor..

Kena bagi penyata akaun dan geran motorsikal kepada bengkel motor...

Banyak proses yang saya kena buat..

Mudah-mudahan semuanya akan berjalan dengan lancar...

Doakan semoga segala urusan saya ni berjalan lancar...

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua...

Insya-Allah...

Amin.

Thursday, January 26, 2023

Pergi jumpa jemaah doktor Perkeso

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Petang tadi bawa bangcik pergi hospital untuk permohonan pencen ilat..kena jumpa dengan jemaah doktor perkeso.

Perkeso ada jemaah doktor dia sendiri yang akan menilai sama ada kita layak atau tak untuk mendapat pencen ilat tersebut..

Tapi, saya tak dibenarkan masuk untuk menemani abang saya...hanya mak saya seorang sahaja yang boleh teman..

Jadi,bila dah selesai semua,mak saya kata permohonan pencen ilat nak lulus adalah tipis.. sebab jemaah doktor tu cakap abang saya muda lagi ..baru 37, masih ada masa untuk sembuh dan kembali bekerja..

Saya diam sahaja...sambil terfikir juga..bangcik memang dari segi fizikal bertambah positif...tetapi dari segi kesihatan mental bagaimana?

Kadang-kadang dia masih tak berapa ingat apa yang terjadi..bercakap pun kadangkala pelik-pelik...

Tapi, apa nak buat...

Semua ni dah tertulis...

Saya dan mak dah buat apa yang boleh..hantar permohonan,turun naik pejabat dan sebagainya..

Selebihnya tengoklah kalau ada rezeki bangcik adalah ..

Mohon doa yang baik-baik sahaja untuk keluarga saya ya..

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua....

Insya-Allah..

Amin.

Sunday, January 22, 2023

1 Rejab

        sumber gambar: google images

Friday, January 20, 2023

Hari Jumaat Banyakkan Selawat

 





Hari Jumaat Jangan Lupa Selawat
======
1. Mari bersama perbanyakkan selawat pada hari jumaat. Mereka yang banyak berselawat ke atas Rasulullah ﷺ berpeluang menjadi orang yang paling dekat dengan Rasulullah pada hari kiamat. Sabda Rasulullah ﷺ:
فَمَنْ كَانَ أَكْثَرَهُمْ عَلَيَّ صَلَاةً كَانَ أَقْرَبَهُمْ مِنِّي مَنْزِلَةً
Dan barangsiapa yang paling banyak mengucapkan selawat ke atas ku, maka dia akan berada di kedudukan yang paling dekat denganku (di hari akhirat kelak). (HR al-Baihaqi)

2. Menurut al-Imam Ibn al-Jauzi, amalan memperbanyakkan selawat berupaya menerangkan hati, mengampunkan dosa, melapangkan dada dan dipermudahkan urusan. Ini kerana selawat yang bersungguh adalah manifestasi kecintaan seseorang kepada Rasulullah ﷺ dan kecintaan kepada Rasulullah ﷺ membawa kepada kecintaan manusia kepada Allah.

3. Jiwa yang dilimpahi rasa kasih kepada Rasulullah ﷺ menyebabkan seseorang itu berupaya menikmati kelazatan dan kemanisan iman. Inilah yang diungkapkan oleh Rasulullah dalam hadis:
ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ ، وَجَدَ حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ ؛ أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ ، أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا
"Tiga perkara yang barangsiapa memilikinya akan merasai kemanisan iman, (yang pertama) menjadikan Allah dan Rasul perkara yang paling dicintai buat dirinya melebih segala-galanya... (HR al-Bukhari dan Muslim)
Semoga Allah membimbing kita

-Dr. Ahmad Sanusi Azmi



Thursday, January 19, 2023

Claim Insurans Kemalangan Motorsikal

 Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua...



Sekadar nak berkongsi cerita sahaja,

Sebelum ini saya ada berkongsi kisah tentang abang saya nombor tiga,bangcik yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Keadaan dia bertambah baik dari segi fizikal, dah boleh mengensot, tetapi dari segi kognitif dan pemikiran masih belum lagi,malah tambah merisaukan kadang-kadang abang saya cakap dia tak berapa nampak.

Dah pergi pemeriksaan mata di hospital kerajaan, doktor cakap tak ada apa-apa tetapi itulah, masih ada rasa bimbang juga sebenarnya...nak pergi hospital swasta belum mampu lagi,harap-harap dapat kumpul duit yang cukup untuk abang saya tu.

Baik, saya sebenar nak cerita tentang claim atau prosedur tuntutan insurans motorsikal bila berlaku kemalangan. Saya tak pandai bab ni sebenarnya sebab pertama kali motor terlibat kemalangan yang teruk.

Abang saya pakai motor saya semasa kejadian tersebut,dia ada lesen semua lengkap.

Motor saya tu pakai insurans Zurich, "first party" dan "all rider".

Saya hidupkan insurans selalunya dekat bengkel motor berdekatan rumah saya sahaja.

Maka insurans tu bengkel motor yang pilih.

Jadi,berbalik pasal claim insurans tu.. perkara yang berlaku ialah bila abang saya kemalangan, saya kena buat beberapa perkara.

Pertama sekali kena ada laporan polis, dalam hal ni sebab saya tak tahu macam mana peristiwa kemalangan abang saya,maka saya cuma boleh buat laporan polis tentang keadaan abang saya sahaja..dan keadaan abang saya pun masih tak mengizinkan dia buat laporan sebab dia tak ingat apa-apa pasal kejadian kemalangan tu.

Ok,lepas tu disebabkan semasa kemalangan tu saya dan mak dapat tahu lambat kira-kira pukul 10 malam sedangkan abang saya kemalangan dalam jam 7 lebih, maka ada towing yang dah ambil motor abang saya hantar ke bengkel. Abang towing tu yang cari keluarga saya sampai jumpa untuk maklumkan abang saya dah dihantar ke hospital sebab berlaku pendarahan yang teruk.

Jadi saya banyak berurusan dengan bengkel di mana motor abang saya disimpan. 

Motor tu kena hantar puspakom dahulu untuk urusan pihak polis, lepas tu dihantar semula ke bengkel,jadi bila urusan dengan puspakom dah selesai, saya jumpa dengan tauke bengkel untuk berbincang langkah seterusnya..

Jadi saya melalui pihak peguam yang dilantik oleh keluarga saya untuk kes abang saya, dah minta tolong tauke bengkel untuk urusan prosedur claim insurans ni.

Semalam baru submit borang claim tu, borang claim tu kena ada tandatangan saya selaku pemilik motor, dan cap jari abang saya sebab dia yang menunggang motor tersebut semasa kemalangan berlaku...

Tauke bengkel tu beritahu yang motor saya tu dah kategori "total lost" dan kalau repair pun dah tak sedap sangat nak bawa sebab dah makan enjin..

Claim yang dibuat oleh tauke bengkel tu jumlahnya rm 3 ribu lebih...tapi dia beritahu selalunya jarang pihak insurans akan bayar macam tu...selalunya hanya akan dapat dalam rm  seribu lebih macam tu..

Tadi saya baru dapat mesej daripada pihak zurich yang memaklumkan mereka dah terima kes saya dan dalam masa 7 hari bekerja akan ada adjuster atau pegawai penilai dari pihak mereka akan datang tengok keadaan motor saya...lepas tu baru mereka akan beri satu amount dan tengok sama ada kita akan bersetuju atau tidak dengan jumlah yang diberi mereka.

Doakanlah semoga semua urusan ni dipermudahkan ya..

Sebenarnya saya pun tak tahu sangat prosedur tuntutan insurans kemalangan ni, harapnya saya tak kena tipulah...


Moga-moga yang baik sahaja untuk  kita semua....


insya-Allah...

amin.


Tuesday, January 10, 2023

Selamat Hari Lahir Mak

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Hari ni 10/1 merupakan hari lahir Mak saya.

Tak ada apa yang dapat diberi.

Cuma ucapan sahaja.

Pergi beli kek tadi, terperanjat juga tengok harga kek sekarang..

Setengah kilo rm 40 ke atas.. tahun lepas saya beli rm 30 lebih...yang sekilo dah jadi rm 70...

Faktor kenaikan harga barang rasanya sebab telur saya beli tadi pun dah 45 sen sebiji.

Sudahnya saya beli dua potong sahaja..jadilah...sepotong rm 4...
Selamat Hari Lahir Mak...

Maaflah sebab anak mak ni tak berapa menjadi...kerja pun tak tetap.Pendapatan pun tak menentu... 

Harapnya biarlah saya pergi dahulu sebelum mak saya.

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

Insya-Allah...

Amin.

Sunday, January 8, 2023

Hidup yang menekan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sekarang ni hidup betul-betul menekan ya.

Beli nasi ayam tadi harga rm7.00 tapi portion semakin kecil.

Bukan itu sahaja kuih cucur badak sudah jadi sekeping seringgit.

Pisang goreng dan sukun goreng sudah jadi semakin halus.

Telur mata sudah rm 2.00..

Betul-betul menekan hidup ni.

Saya jual serai seringgit pun ada yang masih kata mahal.

Apa nak dikatakan..

Hidup zaman ni memang macam ni agaknya ..

Oh ya, saya bukan merungut..cuma nak menulis meluahkan apa yang dirasa.

Tak perlu untuk bersetuju pun dengan apa yang saya tulis.

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

Insya-Allah..

Amin.





Wednesday, January 4, 2023

Earphones

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Tak tahu nak tulis apa..

Cuma nak share sahaja tentang earphones yang dah bertahun saya pakai.

Lebih kurang dua tiga tahun juga rasanya..

Tapi tahun 2023 ni earphones ni rosak.

Terpaksa beli yang baru..

Tapi itulah, earphone yang baru beli dekat kedai DIY ni sekejap sahaja dah bermasalah.. sekejap boleh dengar sekejap tak.

Pakai sahajalah...nak buat macam mana.

Itu sahaja saya nak tulis...tak ada idea sangat sebenarnya..

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

Insya-Allah...

Amin.

Gambar earphones yang baru dibeli:

Sunday, January 1, 2023

Asif & Tar