Tuesday, July 30, 2019

Asif & Tar


Monday, July 29, 2019

Istiadat Pertabalan Agong ke-16

Image result for pertabalan yang di pertuan agong 2019
Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah



KUALA LUMPUR - Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Julai ini mempunyai signifikan tersendiri, bukan sahaja bagi Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, bahkan kepada seluruh rakyat Malaysia.


Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara, Azuan Effendy Zairakithnaini berkata, Istana Negara komited dan berazam menjadikan istiadat kali ini suatu acara mengabadikan detik-detik indah yang akan dikenang Seri Paduka berdua sampai bila-bila.


Katanya, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah mempunyai pengalaman berangkat menghadiri Istiadat Pertabalan kedua-dua ayahanda dan ayahanda mentua iaitu Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah sebagai Yang di-Pertuan Agong ketujuh dan Almarhum Sultan Iskandar sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan.


Lantaran itu, katanya Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah mempunyai harapan dan impian tersendiri pada istiadat gilang gemilang mengikut warisan Kesultanan Melayu, di samping mahu mengembalikan nostalgia istiadat pertabalan paduka ayahanda Seri Paduka berdua.



“Kami di pihak Istana Negara berusaha bersungguh-sungguh untuk memenuhi hasrat dan impian Tuanku kerana saya pun tahu Tuanku melakukan perkara ini bukan untuk baginda tetapi adalah untuk negara supaya Malaysia dipandang sebagai negara bermaruah dan penuh dengan adat istiadat,” katanya.


Antara permintaan Seri Paduka ialah supaya pihak Istana Negara mendapatkan semula takhta singgahsana tempat bersemayam kedua-dua paduka ayahanda ketika ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ketujuh dan kelapan.


“Dengan bantuan Kementerian Pelancongan dan pihak Muzium Negara, kita dapatkan semua singgahsana yang pernah menjadi tempat bersemayam Yang di-Pertuan Agong sebelum ini, dan kita dapatkan sekali bingkisan sejarahnya seperti siapa yang bersemayam di situ, bila digunakan dan di mana.


“Jadi apabila kita membuat retrospeksi dan membuat kajian, kita akhirnya jumpa singgahsana tempat bersemayam Almarhum Paduka Ayahanda Tuanku Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong semasa ditabalkan, dan kita sedang membuat pembaikan (ke atas singgahsana tersebut),” katanya.


Selain itu, Azuan Effendy berkata, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut melibatkan diri secara aktif dalam menyuntik idea dan memperincikan persiapan Istiadat Pertabalan.


Beliau berkata, banyak perkara seperti rekaan kad jemputan, cenderahati dan buku program, selain pemilihan pakaian seperti songket dan tengkolok pegawai istiadat ditentukan oleh Seri Paduka berdua secara terperinci.


“Ini menggambarkan bagaimana seriusnya Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong untuk sama-sama memastikan bahawa Istiadat Pertabalan kali ini menjadi satu Istiadat Pertabalan yang akan dikenang sampai bila-bila,” katanya.


Azuan Effendy berkata, walaupun beliau menggalas tugas penting memimpin Istiadat Pertabalan yang akan menjadi tumpuan masyarakat di kaca televisyen, tanggungjawab petugas lain seperti penyelia makanan dan penyedia logistik jauh lebih berat dan mencabar.


Katanya persiapan Istiadat Pertabalan adalah satu kerja berpasukan melibatkan ribuan petugas yang bertungkus-lumus memastikan majlis tersebut berjaya.


“Cuma apabila semakin hari semakin dekat (dengan Hari Pertabalan) maka kita rasa semakin tertekan kerana sebenarnya banyak perkara yang kecil-kecil yang terlepas pandang, jadi kita rasa seperti tidak cukup masa. Tapi macam mana pun kita kena pastikan ia dapat diatasi dan dipastikan berjalan dengan lancar,” katanya.


Ini adalah kali kedua beliau memimpin istiadat, selepas kali pertama menggalas tanggungjawab itu semasa pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14 Almarhum Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, selain berpengalaman terlibat dalam persiapan pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-13 Sultan Mizan Zainal Abidin dan Yang di-Pertuan Agong ke-15 Sultan Muhammad V.- Bernama

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/38714/BERITA/Nasional/Istiadat-Pertabalan-Agong-ke-16-ada-signifikan-tersendiri

© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
  










Sunday, July 28, 2019

Dalam kepala

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Dalam kepala macam-macam benda nak buat.

Nak bersihkan halaman rumah,nak bercucuk tanam.

Nak buat meja,nak buat batas untuk tanam kacang.

Nak cari barang untuk berniaga.

Nak kemas bilik, nak pasang vinyl floor yang dekat kedai 2 ringgit tu.

Nak sambung cat rumah,masa nak dekat raya haritu cat sampai sekarang belum sambung buat.

Macam-macam benda nak buat.

Sayangnya semua dalam kepala sahaja...

Asyik terfikir atau berangan-angan nak buat tapi sudahnya sampai sekarang tak buat.

Cerita Asif dan tar pun rasanya macam dah lama tak buat.

Entah bila nak buat pun tak tahu.

Moga dapatlah diselesaikan satu persatu.

insya-Allah...

Amin.

Tuesday, July 23, 2019

Alhamdulillah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah,angah saya dah dibenarkan keluar hospital.

Cuma kena datang lagi untuk rawatan susulan.

Setakat ini, keadaan angah saya biasa sahaja.

Tidak boleh beri tekanan atau perkara yang boleh buat kepala dia sakit.

Takut nanti akan jadi pening atau gangguan terhadap kepala.

Sekarang ini, angah saya hanya banyak berbaring atau rehat sahaja.

Mungkin faktor letih atau kesan sebab lama duduk hospital.

Terima kasih semua yang membaca atau terbaca blog saya ini.

Terima kasih atas doa semoga angah saya cepat sembuh.

Moga semuanya baik-baik sahaja.

insya-Allah...

Amin.

Sunday, July 21, 2019

Terpilih sebagai salah seorang pemenang segmen Kad Raya 2019 Naniena.com


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, saya telah terpilih sebagai salah seorang pemenang bagi segmen Kad Raya 2019 Naniena.com.



Boleh tengok di link ini~ http://www.naniena.com/2019/07/perhatian-penyertaan-segmen-kad-raya.html

Syukur, ada juga rezeki saya. Tak sabar nak tunggu kad raya tu sampai.

Maklumlah zaman sekarang mana ada orang hantar kad raya sangat, semua pakai whatsapp atau ucapan di facebook atau media sosial yang lain.

Jadi bila dapat kad raya ni, rasa seronok.

Ini hadiah kad raya kedua yang saya dapat bila join mana-mana segmen kad raya oleh blogger lain. Pertama kali saya dapat hadiah kad raya  ialah daripada blogger abam kie, terima kasih cikgu. Alhamdulillah kad raya tu saya masih simpan sampai sekarang.

Terima kasih sekali lagi kepada blog http://www.naniena.com/ kerana sudi anjur segmen ni dan juga pilih saya sebagai salah seorang penerima kad raya.

Alhamdulillah, terima kasih ya.

Monday, July 15, 2019

Penat

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Penat, memang rasa sangat penat.

Bukan nak merungut tapi kadang terasa penatnya.

Sekarang ini saya berulang alik ke hospital melihat keadaan abang saya.

Tetapi saya tak jaga sampai tidur di sana,emak yang tidur sana sebab abang saya lebih tenang kalau emak saya ada.

Selepas berniaga saya akan siap serba sedikit urusan rumah,kemudian pergi ke hospital untuk bawa bekal makanan abang dan mak saya.

Sejujurnya saya tak kisah pun buat semua ni sebab hal keluarga sendiri siapa lagi yang nak tolong kalau bukan ahli keluarga sendiri.

Cuma kadang terasa agak sedikit penat.

Lebih-lebih lagi bila berada dalam hospital saya jadi rasa tak selesa tengok orang sakit dan macam-macam ragam di hospital. Rasa takut tengok orang terbaring dan dalam masa yang sama bersyukur sebab saya masih sihat.

Tempahan kerisik daripada pelanggan pun agak sukar disiapkan.

Bila balik dari hospital saya akan terasa agak lesu dan lemah. Bila saya berbaring untuk lepaskan penat selalunya saya akan terlelap sehingga berjam-jam.

Entahlah, memang saya daripada dulu kalau pergi hospital akan jadi rasa tak selesa. Bila balik badan akan jadi rasa sangat lemah.

Sudahnya tempahan kerisik daripada pelanggan sukar untuk saya siapkan.

Doakanlah semoga semuanya baik-baik sahaja ya.

insya-Allah...

Amin.

Thursday, July 11, 2019

Cermin mata,hospital dan motorsikal


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bulan yang sungguh mencabar dan menguji dalam hidup Ahmad Tarmizi bin Mohktar.

Maaflah sebab asyik cerita tentang negatif sahaja, tetapi memang ini yang sedang dihadapi.

Perkara paling besar, jika ada pembaca yang masih ingat tentang abang kedua saya yang mengalami kemalangan jalan raya semasa bulan puasa, keadaannya  yang mulanya sihat semasa seminggu dua selepas kemalangan kini menjadi agak serius. Angah saya dimasukkan ke hospital hari Ahad lepas kerana pengsan, selepas dianalisis oleh doktor, dalam kepala angah saya ada kuman, jadi harus ditahan lebih lama lagi di hospital.

Kemudiannya, cermin mata saya yang hampir 5 tahun saya pakai pecah. Menambah lagi kekalutan ianya pecah pada hari yang sama Angah saya dimasukkan ke hospital. Memang susah dan kelam kabut sebab saya memang tak boleh nampak jika tak pakai cermin mata. Power cermin mata saya tinggi, kiri 500 lebih,kanan pula 600 lebih,rabun silau 100. Jadi bila tak ada cermin mata saya nak menolong angah saya jadi susah. Kelam kabut pergi buat dekat kedai cermin mata, cari yang siap cepat dalam 2 jam. Malangnya tak sampai 5 hari pun saya pakai, bingkai cermin mata tu patah sendiri, maklum sahaja bingkai murah,tak sampai seratus pun harganya, cuma masa tu keadaan terdesak nak cepat pakai cermin mata ditambah lagi duit saya memang tak berapa nak ada. Jadi pergi buat bingkai cermin mata yang baru. Jumlah keseluruhan duit buat cermin mata saya, RM 260,ni yang siap cepat dalam 2 jam, tambah 160 untuk bingkai baru, jadi jumlah semua RM420 kos saya buat cermin mata sahaja.

Sekarang ini sudah hampir seminggu saya tak pergi berniaga,sebab motor mengalami masalah. Tayar belakang memang dah nak kena tukar, dah gelung sangat "sport-rim" motor tu. Jika waktu hujan atau jalan basah memang bahaya sebab boleh terbabas atau tergelincir. Nak tukar sport-rim biasa kedai ambil tukar depan dan belakang sekali,satu set, nak dekat 2,3 ratus juga harganya. 

Image result for pray
sumber gambar:google images

Entahlah, nak buat macam mana. Moga selesai semuanya.


Terima kasih sebab sudi baca post saya ini, maaflah sebab blog saya ini banyak cerita negatif ya, sebab saya rasa dengan menulis di blog ni saya rasa lega sebentar, sedikit sebanyak jadi macam satu terapi untuk saya tenangkan otak,tenangkan hati,dan hilangkan rasa serabut sedikit sebanyak. Terima kasih juga kepada "kawan" saya yang gunakan post saya di blog ini sebagai satu bahan usikan dan gurauan terhadap saya. Teruskan jika itu boleh buat hidup kamu bahagia. Silap saya juga dulu pernah share link blog saya dekat facebook saya.

Saya juga mohon doa pembaca atau yang terbaca "post" saya ini doakan angah saya sembuh, semoga kuman dalam kepala hilang, dan dia segera sembuh.

Terima kasih kerana sudi baca "post" saya ini.

Moga kita semua baik-baik sahaja...

insya-Allah...

amin.

Tuesday, July 9, 2019

Entahlah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Entahlah,

Memang kali ini rasanya sudah tak mampu lagi bertahan.

Sudah rasa penat dengan segala yang jadi dalam hidup.

Sejak kecil sampai dah besar, ada saja yang jadi.

Umur sahaja meningkat, tapi diri ini masih tidak matang dalam berfikir.

Rasa macam nak menjerit, tapi tak bermakna juga kalau terjerit-jerit.

Rasa macam nak mengamuk tapi bukan ada benda boleh selesai pun.

Entahlah,

Lantaklah,

Kalau belum sampai masa mati, tunggu sahajalah..

Entahlah...

Penat.

Friday, July 5, 2019

Asif & Tar


Wednesday, July 3, 2019

Laptop

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Laptop saya makin hari makin uzur.

Silap sendiri juga, tak pandai jaga sangat.

Laptop saya itu saya beli dengan duit gaji semasa jadi security, emak ada top-up duit sikit-sikit, masa tu semangat beli sebab nak masuk Ipta.

Dah lama laptop tu,daripada tahun 2010, sekarang dah 2019, dah 9 tahun.

Masa dekat universiti,ada juga belajar sikit-sikit cara nak jaga laptop.

Tapi bila dah habis belajar,dah balik semula ke rumah semua saya lupa.

Kesannya laptop saya mula banyak buat hal.

Jadi saya nak kongsikan cara jaga laptop yang saya dapat masa belajar dulu,tapi jujurnya saya sendiri tak rajin buat.

Saya kongsi ni supaya saya ingat balik dan mungkin boleh jadi panduan kepada mereka yang memerlukan,nak sambung belajar ke,mana tahu ada juga saham akhirat saya nanti.

Ok,antara yang saya ingat

1) jangan letak file banyak sangat dekat bahagian depan,nanti laptop jadi berat.

2) kena rajin cuci hardisk, kalau tak tahu,macam saya tak pandai,jadi masa belajar dulu selalu hantar kedai komputer minta cuci.

3)kena rajin format laptop,kawan saya ada ajar dulu ajar format,tapi saya dah lupa caranya.

4)kena rajin bersih habuk,yang ni saya memang malas nak buat,sudahnya selalu sangat ada habuk yang melekat sampai kawan saya pernah perli habuk banyak sangat dekat laptop saya.

5) jangan download file yang diragukan,takut ada virus.

6) jangan pakai bateri kalau dah guna elektrik,saya punya bateri laptop dah rosak sebab guna dua-dua sekali,on laptop pakai elektrik,bateri tak tanggal lama-lama rosak bateri.

Okey,yang ni semua asas..yang ni juga pun yang saya tahu. Tapi saya sendiri tak buat.Kesannya banyak kali saya hantar laptop pergi kedai.

Paling tak boleh lupa,lagi 2,3 hari saya nak present FYP, laptop saya rosak.

Kelam-kabut jadinya..nak minta tolong kawan, bukan sama pun fyp masing-masing. Masa tu tak tahu pun boleh buat external hard disk,termenung kejap.

Pergi kedai komputer,sakit hati sebab yang jaga kedai cakap sebab tak cuci. Dia suruh cuci dulu,dah gelap skrin tu nak cuci apanya...haih.

Sekarang ni laptop problem Cmos battery,betul ke tak ejaannya saya pun tak tahu. Sebab date and time settings dekat laptop tak betul,on sahaja laptop lari settings date and time tu. Buat carian Google,besar kemungkinan cmos battery,harga macam murah tapi tulah dekat YouTube nak buka tempat letaknya Cmos battery ni susah.Saya punya laptop Acer aspire 4552..

Setakat ini dulu post saya kali ini.

Moga ada manfaatnya...

insya-Allah...

Amin.

Monday, July 1, 2019

Pelan Internet

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sekarang ini saya dalam proses nak melakukan penjimatan.

Jadi saya ada survey sikit-sikit tentang pelan internet.

Setakat ini untuk internet rumah,saya pakai streamyx.

Bila saya buat carian dekat Google saya tengok pasang Unifi lagi berbaloi.

Semasa bayar bil internet ada juga bertanya kalau dekat kawasan rumah saya boleh pasang unifi.

Malangnya kawasan saya belum ada coverage unifi.

Jadi jika ada terbaca atau membaca post saya ini, harapnya sudilah berkongsi info tentang pelan internet rumah yang berbaloi selain unifi.

Kelebihan dan kekurangan sesuatu pelan internet itu.

Segala maklum balas amatlah saya hargai.

Moga ada yang sudi membantu...

insya-Allah...

Amin.