Siapa saya?


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Post kali ini simple sahaja.
Sekadar ingin berkongsi maklumat latar belakang saya..
Saja nak berkongsi,sebab yalah saya bukan sesiapa, cuma rasanya kalau ada pembaca atau yang terbaca blog saya ini bolehlah tahu sedikit sebanyak tentang saya.



Baik,
Nama penuh: Ahmad Tarmizi bin Mohktar.
Lahir dan membesar di Melaka. Sekarang pun masih duduk di Melaka. Tumpang rumah emak.
Tarikh lahir: 23/10/1990
Belum berkahwin.(Bujang)
Anak keempat daripada empat beradik, semuanya lelaki dan saya yang bongsu.
Pendidikan tertinggi setakat ini Ijazah Sarjana Muda Pembangunan Sumber Manusia daripada Universiti Malaysia Sarawak. Selain itu saya juga merupakan bekas pelajar aliran Sastera tingkatan enam.

Pengalaman kerja:  Pelatih SL1M-PNB 2017/18
                                Pelatih SL1M-Telekom Malaysia 2016/17
                                Pegawai Khidmat Pelanggan
                                Kerani Pejabat
                                Pengawal Keselamatan
                                Peniaga Pasar Malam


Sekarang ini saya bekerja sebagai penjaja kecil-kecilan di Pasar Borong selain menjadi pembekal kerisik/kelapa goreng buatan sendiri ke kedai-kedai runcit, tempahan kenduri kahwin atau sebagainya.


Selain itu,saya juga ada menjalankan perniagaan kecil-kecilan di Facebook dengan menjual komik atau majalah.Dapatlah menampung sedikit sebanyak duit minyak motor atau duit top up.

Kadangkala,saya akan menjadi "buffer" iaitu menjadi pengawal keselamatan sementara jika ada pengawal lain yang ingin bercuti.Dapatlah satu malam tu 50 ke 60 ringgit-bergantung kepada syarikat tersebut.

Menjadi seorang blogger sejak 2009 lagi sehingga kini. Sudah hampir 10 tahun, menjadi blogger kerana awalnya ingin belajar menjadi usahawan internet tetapi tidak berjaya, sebaliknya blog ini menjadi tempat saya meluahkan pemikiran, pandangan dan pendapat terhadap sesuatu isu selain berkongsi kisah hidup.
Pernah cuba menjual produk seperti teddy bear,buku secara online tetapi gagal.
Pernah terjebak menyertai satu skim pelaburan internet selepas dipengaruhi rakan, akhirnya baru sedar ditipu. Mujur modal tak besar sangat join skim tersebut,bawah seratus kalau tak silap saya.

Kini mengalami masalah kesihatan iaitu obesiti.Sukar nak buat aktiviti sebab cepat sahaja dah rasa penat. Mana tak obes, nak hilangkan tension sebab tak dapat kerja yang boleh menjamin masa depan, saya makan sahaja sehingga obesiti. Manakala sejak kecil lagi mengalami masalah berkhayal yang kronik. Suka duduk buat hal sendiri masa zaman sekolah. Menghadapi masalah kesihatan sejak dari kecil iaitu masalah gangguan saraf pada tangan,tangan akan menggigil sendiri. Jadi sejak zaman sekolah lagi akan diejek dan dibuli sebab masalah penyakit ini.Masih tak hilang lagi penyakit ini sehingga sekarang.

Harta yang ada setakat ini ialah motorsikal honda wave 100 yang dibeli tahun 2007..dah 12 tahun usia motor saya tu...dengan motor itulah saya buat pergi berniaga setiap hari.
Okey, rasanya setakat ini dulu sedikit sebanyak tentang latar belakang hidup saya.

Terima kasih sudi baca sehingga habis.

Doakanlah semoga rezeki saya murah dan hidup akan jadi lebih baik.

insya-Allah ...
amin.