Selamat Hari Raya Aidilfitri tahun 2014.......
Betapa sedih kerana Ramadhan telah pergi...
Sedih kerana perniagaan menjual kerisik tidak sesibuk seperti bulan Ramadhan..
Sedih kerana Ramadhan begitu cepat berlalu.......
Sedih kerana lepas ini tidak pasti sama ada mampu meneruskan niat untuk cuba bekerja makan gaji..
Sedih kerana sudah hampir setahun menamatkan pengajian dan terasa hidup samar-samar...
Sedih kerana raya kali ini,akan ditanya pekerjaan yang dilakukan sekarang~sekiranya menjawab menjadi penjaja kecil di pasar borong...maka akan berlaku riak muka dan suasana yang tidak menyenangkan terhadap pekerjaan ini oleh saudara-mara...
Sedih...selepas raya...hidup samar-samar.....
Mampukah melakukan perancangan untuk mencari kerja makan gaji.....dan mencari pengalaman kerja???
Raya..tidak bersedia rasanya dengan soalan mengenai status diri sekarang yang kerap ditanya~sudah bekerja???
Tidak pasti masa dan hari yang mendatang......
Mencari kerja makan gaji> Kekal bekerja> Mencari kiosk untuk berniaga> Membayar hutang Pak Ngah dan PTPTN
Betapa mudah secara amnya...tetapi realitinya sangat tidak sama.......
Buat kalian..Generasi Selepas Diri yang HEBAT....moga cerialah dalam hari yang mendatang dalam hidupmu..dan semoga ada manfaatnya "post" kali ini...
insya-Allah...
amin.