Wednesday, February 21, 2024

Dosa Rampas Tanah Orang Lain & Doa Bala Khusus Kepada Penzalim.

 Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :

مَنْ أَخَذَ شِبْرًا مِنَ الأَرْضِ ظُلْمًا، فَإِنَّهُ يُطَوَّقُهُ يَوْمَ القِيَامَةِ مِنْ سَبْعِ أَرَضِينَ
“Siapa yang mengambil sejengkal/sedikit saja dari tanah orang lain secara zalim maka dia akan ‘dikalungkan’* dengan tanah sebanyak tujuh lapis bumi pada hari qiyamat“ (Hadis sahih Muslim)
* Kalimah ini punyai pelbagai takwilan oleh para ulama.
Secara zalim ertinya, secara paksaan dan kekasaran tanpa akad yang sah, atau dengan akad yang sah zahirnya tetapi hasil ugutan dan sepertinya.
Seorang wanita (‘Arwa bt Uwais) mendakwa sebahagian tanah miliknya telah diceroboh dan dirampas oleh seorang sahabat besar yang termasuk dalam sepuluh yang dijanjikan Syurga oleh Baginda Nabi s.a.w iaitu Sa’id bin Zaid r.a, padahal ia memang milik Sa’id akhirnya Sa’id mengalah dan membuat doa khusus untuk penzalim dan perampas serta penipu seperti wanita terbabit, dengan doanya
اللَّهُمَّ إِنْ كَانَتْ كَاذِبَةً فَأَعْمِ بَصَرَهَا ، وَاجْعَلْ قَبْرَهَا فِي دَارِهَا
Ertinya : Ya Allah kira benar wanita ini menipu, maka butakanlah matanya dan jadikan kuburnya di dalam rumahnya. ( hadis dan kisah ini dalam Syarah Sahih Muslim oleh Imam Al-Nawawi)
Tidak lama selepas itu, doa Sa’id maqbul dan wanita itu telah buta, kemudian dia mengakui bahawa doa Sai’d telah mengenai dirinya, selepas itu, sesudah di keluar dari qadha hajat, dan berjalan ke perigi di rumahnya, dia telah terjatuh ke dalam perigi lalu mati. Semua doa Sa’id telah maqbul..
Awas wahai para penceroboh harta, penzalim dan penipu..doa mereka yang dizalimi adalah maqbul. Mudah sahaja untuk mengubah kata ganti nama pada doa sahabat besar tadi..Justeru, menurut Fiqh Islam, boleh dimaafkan serta bersabar apabila dizalimi atau harus juga berdoa demikian.
kredit:Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Thursday, February 1, 2024

Pesan Buat Anak-Anak

 Pesan Buat Anak-Anak

Wahai anak-anak!

Ingatlah pesanan Nabi Ibrahim AS kepada anaknya agar terus kukuh dalam agama Islam serta mati di dalam agama ini. 

وَوَصَّىٰ بِهَآ إِبۡرَٰهِ‍ۧمُ بَنِيهِ وَيَعۡقُوبُ يَٰبَنِيَّ إِنَّ ٱللَّهَ ٱصۡطَفَىٰ لَكُمُ ٱلدِّينَ فَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسۡلِمُونَ ١٣٢

“Dan Ibrahim telah mewasiatkan dengan agama itu kepada anak-anaknya, demikian juga Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: “Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam”. (Surah Al-Baqarah ayat: 132)

Wahai anak-anak!

Ingatlah pesanan Nabi Yaakub AS kepada anaknya agar menyembah Allah SWT dan patuh kepadaNya sahaja.

أَمۡ كُنتُمۡ شُهَدَآءَ إِذۡ حَضَرَ يَعۡقُوبَ ٱلۡمَوۡتُ إِذۡ قَالَ لِبَنِيهِ مَا تَعۡبُدُونَ مِنۢ بَعۡدِيۖ قَالُواْ نَعۡبُدُ إِلَٰهَكَ وَإِلَٰهَ ءَابَآئِكَ إِبۡرَٰهِ‍ۧمَ وَإِسۡمَٰعِيلَ وَإِسۡحَٰقَ إِلَٰهٗا وَٰحِدٗا وَنَحۡنُ لَهُۥ مُسۡلِمُونَ ١٣٣

“Adakah kamu hadir ketika Yaakub kedatangan (tanda-tanda) maut, ketika ia berkata kepada anak-anaknya: “Apa yang kamu sembah sepeninggalku?” Mereka menjawab: “Kami akan menyembah Tuhanmu dan Tuhan nenek moyangmu, Ibrahim, Ismail dan Ishaq, (iaitu) Tuhan Yang Maha Esa dan kami hanya tunduk patuh kepada-Nya”. (Surah Al-Baqarah ayat: 133). 

Wahai anak-anak!

Ingatlah pesanan Nabi Muhammad SAW kepada anak-anak dan ahli keluarganya yang lain agar mendirikan solat. 

وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا

“Dan perintahkanlah (wahai Muhammad) kepada ahli keluargamu supaya menunaikan solat, dan hendaklah kamu bersabar atasnya (atas urusan ini). (Surah Taha ayat: 132)

Menurut al-Imam al-Qurtubi, setelah turunnya ayat ini, Rasulullah SAW akan singgah pada setiap pagi di rumah anaknya Saidatina Fatimah dan Saidina Ali, menyeru mereka supaya menunaikan solat. Lihatlah walaupun anak tersebut telah mendirikan rumah tangga dan mempunyai suami, Rasulullah SAW masih mengingatkan anaknya supaya menunaikan solat. (al-Qurtubi, al-Jami Li Ahkam al-Quran, al-Qahirah, 1964, 11/263).


sumber: Masjid Al-Hilal,Melaka