Wednesday, February 28, 2018

Jamuan Perpisahan

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera...

Hari ini hari terakhir menjalani latihan..

Sudah tamat tempoh latihan,tiada rezeki diserap...

Kembali semula menolong emak saya berjaja dan mencari kerja...

Hari terakhir saya dibelanja oleh bos saya...


jamuan terakhir


Terima kasih kerana selalu belanja saya...

Terima kasih atas segala nasihat,panduan dan tunjuk ajar...

Terima kasih kepada semua staff..

Pasti sukar untuk berjumpa dengan bos seperti ini dan staff seperti ini lagi...

Kenangan yang sukar dilupakan..

Saya juga boleh dikatakan mencapai salah satu azam 2018 saya, menghabiskan latihan SL1M ini...

Harapnya lepas ini saya dapat bertahan dengan cakap-cakap orang...

Moga hidup kita semua baik dunia dan akhirat..

punch card terakhir


Moga ada manfaatnya "post" kali ini...

Insya-Allah...

amin.

Tuesday, February 27, 2018

Nasi Ayam Dara

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera...

Bukan hendak berkongsi resipi cara memasak nasi ayam, sebaliknya sekadar ingin berkongsi kenangan makan di sebuah kedai yang agak sedap sepanjang menjalani latihan di Kuala Lumpur ini.

Kawasan Stadium Merdeka agak sukar untuk kami membeli makanan kerana pejabat kami agak terasing sedikit.

Sekiranya masa "lunch hour" adakalanya kami akan diminta untuk membeli makanan di kedai Nasi Ayam Dara..

Lokasinya bagi yang biasa dengan Stadium Merdeka, Stadium Negara,LRT Pasar Seni ataupun Wisma Tun Sambathan mungkin tahu kedai ini.

Nasi Ayam Dara yang dijual memang sedap dan harganya berpatutan, RM 6.50 sebungkus.

Sudah pasti saya akan teringat kenangan makan di sini. Selain selalu dibelanja makan, di sini juga saya secara tidak sengaja tertumpah sup panas kepada seorang kakak, mohon maaf ya kak. Saya tiada niat dan tidak sengaja.








Mungkin selepas ini sukar untuk saya makan di sini lagi, tetapi memang sedap Nasi Ayam Dara yang dijual.

Terima kasih kepada semua staff stadium yang selalu belanja saya makan.

Semoga Allah s.w.t sahaja membalas segala jasa baik kalian.

Moga hidup saya akan baik di dunia dan akhirat.

Moga hidup kalian juga baik di dunia dan akhirat.

Moga hidup kita semua baik di dunia dan akhirat.

Semoga ada manfaatnya  "post" kali ini,

Insya-Allah...

amin.

Borang Penilaian Prestasi

Asssalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera...

Tinggal 2 hari sahaja lagi sebelum tamat latihan Skim Latihan 1 Malaysia di Stadium Merdeka.

Sedar tak sedar, sudah setahun berada di Kuala Lumpur ini, saya memulakan skim latihan ini pada bulan 3,2017... maka hari Rabu ini berakhirlah on the job training saya selama 10 bulan..2 bulan soft skill, 10 bulan on the job training..maka jumlah keseluruhan 12 bulan atau setahun.

Bermacam perkara,peristiwa dan pengalaman yang diperolehi.

Sedih rasanya bila mengenangkan perkara ini.

Sedih kerana akan tamat latihan.

Sedih kerana lepas ni akan kembali mencari kerja

Sedih kerana tidak diserap.

Sedih kerana umur makin meningkat tetapi masih tidak nampak arah tuju dalam hidup ini.

Moga kehidupan masa akan datang saya akan lebih baik dunia dan akhirat.

Sebelum menamatkan latihan ini, saya diberi borang penilaian prestasi oleh majikan.

Terima kasih kepada En.Alias kerana sudi memberi komen yang positif sepanjang saya menjalani latihan di sini.




Harapnya borang penilaian ini dapat membantu sedikit sebanyak kepada saya dalam usaha untuk mencari kerja.

Perancangan seterusnya?

Cari kerja sambil tolong emak berjaja semula, dan jika boleh saya ingin mengembangkan perniagaan emak saya ini.

Doakan semoga kehidupan saya baik di dunia dan akhirat.

Saya juga doakan semoga sesiapa yang membaca atau terbaca blog saya ini mendapat kehidupan yang baik dunia dan akhirat.

Semoga ada manfaatnya "post" kali ini.

Insya-Allah...

amin.


Giveaway : Travel Totebag by Ana Suhana

Giveaway : Travel Totebag by Ana Suhana
Klik banner untuk join =)

Friday, February 23, 2018

5 Perkara

Assalamualaikum w.b.t

Saya tertarik dengan satu "post" yang ditulis dalam Group Depression Survivors (Malaysia), di mana kita berkongsi 5 perkara yang merupakan hobi/ minat kita.

Saya kongsikan 5 perkara yang menarik minat saya:

1) blogging~ sebab saya suka menulis dan berkongsi kisah...jadi blog merupakan satu platform terbaik bagi saya. Selain itu, bila ada blog ini saya dapat mengingat kembali peristiwa-peristiwa yang dilalui, pengalaman pahit manis yang akan dikenang. Mempunyai blog juga seolah-olah saya berasa "hidup"~sukar saya nak terang dengan terperinci cuma itulah yang saya rasa bila menjadi seorang blogger ini.


2) tengok anime/cartoon~ sebab masa kecil saya boleh dikatakan kebanyakkan masa saya habiskan dengan duduk dalam rumah menonton cerita cartoon/anime macam dragon ball, anak-anak sidek, keluang man, frootes, yokies. banyak lagi....boleh dikatakan saya menghabiskan zaman kanak-kanak saya dengan menonton cerita anime/cartoon...jadi saya memang tak ada pengalaman macam kanak-kanak lain seperti bermain batu seremban, galah panjang,congkak, rounders, baling selipar..teng-teng...sedih juga..malah boleh dikatakan mata saya rosak/rabun berpunca daripada menonton tv terlalu dekat...

3) HR/sumber manusia~ bidang ini yang saya belajar semasa zaman universiti dahulu, malangnya sehingga kini saya tidak berkesempatan mempelajari bidang ini secara praktikal. Salah sendiri sebenarnya, semasa praktikal saya berpraktikal di tempat yang tiada HR, kemudian setelah habis belajar, saya berlengah-lengah untuk mencari kerja...kemudian saya menyertai program Skim Latihan 1 Malaysia di Telekom, Malaysia Airport, PNB, tetapi saya tidak pernah ditempatkan dalam bahagian HR/Sumber Manusia....saya ditempatkan di bahagian Student Division, Event Management dan lain-lain. Doakan semoga selepas saya habis SL1M ini ada rezeki saya dalam bidang HR/Sumber Manusia ini ya..


4) drawing~ ya, saya suka melukis walaupun lukisan saya buruk. Saya akui itu. Cuma saya rasa seronok bila saya dapat menyiapkan sebuah lukisan...sebab itu dalam blog saya, ada juga saya selitkan lukisan saya dengan cerita seperti Asif & Tar dan juga kadang-kala lawak yang hambar..tetapi niat saya hanya untuk menghiburkan hati saya dan mereka yang membaca atau terbaca blog saya ini. Bila melukis dan melihat lukisan saya, saya ada suatu perasaan seronok yang sukar digambarkan.



5)selling something~ ya, saya suka bila dapat menjual/berjaja...cuma jujurnya sekarang ini saya hanya ada pengalaman menolong emak saya berjaja, saya tidak berjaya memulakan perniagaan saya sendiri. Saya pernah cuba menjadi agen untuk menjual teddy bear, jual air mineral, kesemuanya gagal. Tetapi perasaan menjual sesuatu menyeronokkan bagi saya. Selepas ini, saya akan habis program SL1M di Kuala Lumpur dan kembali semula menolong emak saya berjaja sementara saya cuba mencari pekerjaan lain. Harapnya saya tidak akan bertemu dengan seorang Makcik yang suka bertanya tentang hidup saya semasa saya menolong emak saya berjaja nanti.


Sebenarnya saya rasa banyak lagi yang menarik minat saya, cukuplah 5 dahulu..5 yang saya rasakan merupakan antara hobi/minat saya yang utama...

Jika ada membaca atau terbaca "post" saya ini, sudi-sudikanlah kongsi 5 perkara yang merupakan minat/hobi utama...

Semoga ada manfaatnya "post" kali ini.

Insya-Allah...

amin.

Thursday, February 22, 2018

Lawak Amirul Sombong




Wednesday, February 21, 2018

Kelas Terakhir

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera...

Hujung bulan ini, saya akan menamatkan latihan SL1M saya,

Banyak kenangan yang akan ditinggalkan, kebanyakkannya memori,pengalaman dan kenangan manis.

Perasaan bercampur-baur, tetapi yang pastinya saya pasti akan merindui kelas mengaji saya di tempat saya ini, di Stadium Merdeka...

Banyak ilmu yang saya perolehi daripada kelas mengaji ini.

Saya bermula dengan membaca IQRA, sehingga habis, baru berpindah ke Al-Quran, jujurnya saya memang tidak tahu tajwid Al-Quran...

Saya kenal huruf tetapi hanya sekadar boleh membaca tanpa bacaan tajwid yang betul.

Kesal juga sebab tidak menggunakan kelas mengaji ini dengan sebaik-baiknya..

Perkongsian daripada ustaz tentang sesuatu isu memang menambah kefahaman saya dalam soal-soal ibadah dan agama Islam.

Sudah pasti sukar hendak mendapat pihak pengurusan seperti ini di tempat lain, terima kasih kepada pengurusan Stadium Merdeka dan kepada En.Alias khasnya atas segala budi baik dan pertolongan..

Harap ustaz juga sudi memaafkan kesilapan saya dalam membaca Al-Quran dan terima kasih atas kesabaran dan tunjuk ajar Ustaz.

Hanya Allah s.w.t sahaja yang mampu membalas segala jasa,ilmu dan pertolongan kalian semua. Moga syurga lah balasannya, amin.

Rasa sedih sungguh bila mengenangkan inilah kelas mengaji terakhir saya bersama-sama dengan pihak pengurusan Stadium Merdeka...






Ironinya, saya pernah menulis dan berkongsi antara matlamat saya sebelum menutup mata ialah ingin belajar mengaji.

Ternyata matlamat,harapan dan doa saya ini telah dimakbulkan oleh-Nya...






Jadi kepada sesiapa yang membaca atau terbaca blog saya ini, saya doakan semoga segala matlamat,azam, doa dan impian kalian serta saya tercapai, amin.

Moga ada manfaatnya "post" kali ini.

insya-Allah...

amin.


Tuesday, February 20, 2018

Isyarat Kawalan Trafik


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera..

Saya pernah bercita-cita untuk menjadi polis trafik semasa kecil, tetapi malangnya disebabkan memakai cermin mata maka cita-cita ini tidak kesampaian.

Tidak ada rezeki saya dalam bidang ini...

Saya kongsikan cara-cara kawalan trafik supaya dapat membantu kita sebagai pengguna jalan raya di Malaysia ini.

Video youtube ini bukan saya buat, saya cuma kongsikan sahaja..harapnya pemilik video ini tidak marah...

Saya juga tidak mempunyai sebarang kepentingan ke atas video ini dan tidak terlibat dengan mana-mana pihak, sekadar perkongsian sahaja..








Semoga ada manfaatnya "post" kali ini,

insya-Allah...

amin.

Monday, February 19, 2018

Iklan Karnival Kerjaya 2018

Image result for career fair klcc 2018  



LIFE IS BEAUTIFUL 9TH YEARS GIVEAWAY!


klik banner untuk join =)



Tak ada komen apa-apa, cuma teruskan berblogging...semoga sentiasa maju dalam dunia blogging ini =)

Wednesday, February 14, 2018

Asif & Tar


Tuesday, February 13, 2018

Hantar Emak Pergi Umrah

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera..

Alhamdulillah...hari Khamis 8/2/2018, emak saya telah selamat berangkat untuk menunaikan ibadah umrah..

Kami empat beradik telah menghantar emak ke lapangan terbang KLIA...



Mohon sesiapa yang membaca atau terbaca blog saya ini mendoakan emak saya dapat menjalankan ibadah umrah dengan tenang dan lancar...

Semoga emak saya selamat pergi dan selamat pulang semula ke Malaysia pada 19/2/2018

insya-Allah..

amin.

Wednesday, February 7, 2018

FEBRUARY GIVEAWAY by Lady in Red Planner


klik banner untuk join =)


Perkara yang saya suka baca dalam sesuatu blog:

1) perkongsian tips atau maklumat
2) rajin update walaupun blog saya sendiri kadang-kadang lama tak update
3) santai,tidak terlalu serius
4) panduan/D.I.Y,seronok tengok kreativiti orang lain sebab diri sendiri tak berapa mahir D.I.Y

Tuesday, February 6, 2018

Lawak Nyamuk Banyak


Friday, February 2, 2018

Buka tin sardin dengan gunting

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera...

Bila dalam keadaan terdesak, pelbagai cara dan ikhtiar akan dilakukan bagi mengatasi masalah tersebut...

"Post" kali ini saya nak berkongsi pengalaman saya membuka tin sardin dengan menggunakan gunting sahaja...

Sungguh menyedihkan, saya berasa agak lapar pada malam semalam, dan hujan pula turun tidak berhenti menyebabkan saya malas untuk ke warung membeli makanan..

Selain itu,duit saya cuma tinggal beberapa ringgit sahaja...cukup untuk roti canai sekeping dan air kopi secawan...

Faktor-faktor ini menjadi sebab saya berusaha mencari ikhtiar untuk makan malam...

Kebetulan, di bilik sewa saya, ada tin sardin yang dah berbulan lamanya dibeli,tetapi tidak dibuka lagi sebab saya tidak ada alat pembuka tin..

Cuma disebabkan lapar dan duit pula cukup-cukup makan sahaja maka saya berusaha mencari cara untuk membuka tin sardin tersebut...

Lama juga saya memikirkan cara nak membuka tin sardin ini, termenung juga sebab di bilik saya tiada pisau atau alat pembuka tin..

Semasa sedang asyik memikirkan cara membuka tin sardin, mata saya terpandang kepada gunting yang terdapat dalam bilik saya....gunting ini jarang saya gunakan...sebab itu tak ingat saya ada gunting...

Maka bermulalah episod menebuk tin sardin menggunakan gunting...

Berpeluh juga, sakit juga tangan dibuatnya..

Setelah puas menekan,menebuk dengan gunting, akhirnya tin sardin tu mula ada lubang kecil, saya terus menebuk dengan gunting, maka hasilnya seperti dalam gambar...

berjaya juga akhirnya..


Selesai membuka tin sardin, aktiviti seterusnya? masak sardin..
Saya masak dengan menggunakan "rice cooker"

Jujurnya, bilik sewa kami tidak dibenarkan masak..cuma saya berasa agak lapar..dan hujan pula turun tidak berhenti...duit pula tinggal berapa ringgit sahaja...maka nak tak nak terpaksalah masak juga..

Memang saya ada bawa "rice cooker" tetapi sembunyi-sembunyi lah...harap pihak pengurusan tidak marah lah...mohon ampun dan mohon dihalalkan ya...

Alhamdulillah... setelah bersusah payah, dapat juga saya makan lauk sardin buat hilang lapar...

Terasa kepuasannya setelah berfikir begitu lama mencari cara untuk membuka tin sardin ini...

Syukur kepada-Nya kerana memberi ilham dan panduan...

Ini merupakan antara kenangan yang agak diingati saya setelah keluar daripada bilik sewa ini..

Moga ada manfaatnya "post" kali ini...

insya-Allah...

amin.

GIVEAWAY NOVEL #MENGINTAIAKUDINERAKA

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


(klik banner kalau nak join)

Giveaway ini dianjurkan oleh www.mohdnoorshawals.com dengan kerjasama @jambukubest ...

Jangan lepaskan peluang ini!! Rebut peluang memenangi Novel dari Penulis Novel Islamik Thriller No 1 Malaysia!!! Ustaz Hadi Fayyadh...