Friday, April 29, 2022

Asif & Tar


 

Monday, April 18, 2022

Ada hadnya

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Bulan Ramadan ni, saya rasa agak tercabar hari ini.

Hari yang menguji kesabaran.

Kes di mana kami sekeluarga khususnya mak saya dah banyak beralah dan bertimbang rasa.

Mak saya dah beri laluan jalan keluar masuk untuk kereta atau apa saja kenderaan.

Tetapi, buat baik dengan manusia ni memang perlu berpada-pada.

Tak masuk akal langsung bila ada hamba Allah suruh mak saya cantas atau buang pokok bunga yang mak saya tanam.

Dah berpuluh tahun pokok ni,malah pokok ni menjadi pagar atau tanda pemisah dengan tanah lain.

Alasannya kereta mereka tercalar sebab bergesel dengan pokok bunga mak saya. Berpuluh tahun lamanya, malah lori pun boleh keluar masuk, tiba-tiba saja jadi isu hari ni.

Saya dulu dah pernah bagi cadangan supaya tutup sahaja jalan. Sebab memang dalam kawasan tanah rumah kami. Jadi tak ada sesiapa boleh dakwa kalau kami tutup terus jalan ni.

Tapi mak saya tak setuju, mak saya takut kalau meninggal nanti kubur jadi sempit sebab tutup laluan jalan.

Saya sebenarnya dah lama menahan perangai manusia atau jiran seperti ini.

Dibuka jalan untuk kesenangan, tetapi jadi masalah pula, belum masuk bab anak mereka bawa motor bunyi bising pagi-pagi.. pukul 2,3 pagi bawa motor bunyi ekzos kuat... menyusahkan keluarga saya nak tidur.

Ikutkan hati, tutup saja jalan ni..senang. Mak saya pula tak nak. Mak suruh saya bersabar sahaja.

Masalahnya saya dah bersabar dengan perangai jiran daripada  saya umur kecil sampai lah saya dah umur 30 tahun lebih.

Bagi saya sabar ada hadnya...nak lagi bila jadi macam ni...kita niat memudahkan orang akhirnya menyusahkan diri dan keluarga saya.

Mungkin disebabkan terlalu lama berdiam diri, maka mereka fikir boleh buat sesuka hati.

Sabar manusia itu ada hadnya...dan pengajaran yang saya dapat dalam pengalaman ni,buat baik dengan manusia macam mana pun kadang tak berguna juga.. diberi susu dibalas tuba. Bagai lepas anjing yang tersepit, digigit tangan kita balik.. tapi saya rasa kadang kala anjing atau haiwan kita tolong akan lebih bertimbang rasa, tak seperti segelintir manusia.

Mohon doakan yang baik-baik sahaja untuk saya.

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

Insya-Allah..

Amin.

Friday, April 15, 2022

Asif & Tar


 

Sunday, April 3, 2022

GIVE AWAY SR X MITCH MEMOIR KAMPUNG BOY

klik banner untuk join =)



Blurb Memoir Kampung Boy - Ia mengisahkan tentang cerita kanak-kanak di zaman 1970 dan 1980-an di mana watak aku (Kenit) memaparkan aktiviti serta apa yang dialaminya ketika itu. Ketika zaman tiada gajet yang canggih, ‘aku’ dan rakan-rakannya bermain apa sahaja yang dapat menghiburkan hati mereka. Kisah ini bermula perpindahan dari Pekan, Pahang ke Johor Bahru (JB). Di JB, ‘aku’ mendapat sahabat karibnya bernama Rais dan Kajid yang memperkenalkan banyak permainan sewaktu zaman dulu, sepundu’, baling selipar, tarik upih pinang, permainan ‘cakar ayam’ dan sebagainya. Namun masa amat mencemburui persahabatan mereka.

"Kenali Mitch'-https://catatanseorangmitch.blogspot.com 

"Shopee Menara Seni"
https://shopee.com.my/menaraseni

Saturday, April 2, 2022

1 Ramadan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Selamat menyambut Ramadan. Moga segala amalan kita diterima,dihapuskan dosa-dosa terdahulu.

Syukur, dapat meraikan bulan ramadan tahun ini dengan menyertai aktiviti gotong- royong membersihkan kubur di kampung, dapat membersihkan dan mengemas bilik sikit-sikit untuk menyambut ramadan.

Tak tahulah kalau tahun depan saya dapat sambut ramadan lagi ke tak. 

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

Insya-Allah...

Amin.

Friday, April 1, 2022

1 April

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Hari ni dah bulan April ya.Banyak perkara yang dah berubah.

Solat dah boleh rapat saf ikut keputusan negeri masing-masing.

Sempadan Singapura-Malaysia dah buka.
MySejahtera penerima vaksin sinovac yang tak ambil dos penggalak akan hilang.

Macam-macam lagi lah saya rasa.

Tapi bagi saya bulan April ialah bulan saya hilang abang kedua saya, meninggal pada tarikh 4/4...

Harap dia sedang tidur nyeyak dan gembira di alam kubur.

Semoga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

Insya-Allah...

Amin.