Thursday, April 29, 2021

Salam Nuzul Quran

 



Wednesday, April 28, 2021

Giveaway buku Himpunan Kuih Muih Tradisional Etnik Melaka

 

klik banner untuk join =)





saya tag sesiapa sahaja blogger yang terbaca post ni =)

Saturday, April 24, 2021

Resepi Kerepek Tempe Berempah

sumber:google images

 


Bahan-Bahan

5 keping tempe –hiriskan nipis2

5 sudu besar tepung gandum

2 sudu besar jintan-ditumbuk kasar

1 biji telur 

½ sudu besar serbuk kari

Air dan garam secukupnya



Cara- caranya

Bancuhkan tepung bersama dengan telur dan sedikit air. 

Masukkan jintan,serbuk kari, dan garam. 

Gaul hingga sekata. 

Pastikan adunan agak pekat dan boleh bersalut pada tempe. 

Gaul tempe ke dalam adunan tepung dan goreng hingga kekuningan.siap


sumber: http://portalresepi.blogspot.com/2014/11/resepi-kerepek-tempe-berempah.html

Friday, April 23, 2021

GIVEAWAY RAMADHAN BY SHFYQHAZHR.COM

 

klik banner untuk join =)


Impian dan harapan sempena ramadan kali ini, entahlah..sebab rasanya kali ni pasti berbeza kerana saya kehilangan seorang abang dalam hidup saya.

Nak sambut raya pun rasanya lebih kurang saja persiapannya.

Saya cuma mengharapkan pandemik covid 19 ni hilanglah cepat.

Kasihan kepada mereka yang lama tak jenguk ibu bapa mereka.

Takut nanti tak dapat lawat semasa mereka masih hidup, dan hanya dapat pulang untuk melihat jenazah mereka sahaja.

Semoga segeralah keadaan menjadi pulih.


amin.



Wednesday, April 21, 2021

Saya rasa sunyi

 Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua.


Saya sekarang ni berada dalam keadaan yang agak "down".

Kehilangan seorang abang yang banyak membantu saya memberi kesan yang agak mendalam kepada saya.

Saya rasa sunyi.

Rasa sedih dan sepi.

Entahlah..

Seperti ada satu kekosongan dalam jiwa saya.

Rasa malas nak buat apa pun.

Tapi saya kena buat juga, nak urus hal-hal kematian arwah,seperti KWSP,ASB dan lain-lain lagi.

Tapi itulah, rasa sunyi dan sedih ni sukar untuk saya atasi.

Rasa macam sekejap sangat dapat bergurau senda dengan arwah.

Kini semua tu dah jadi kenangan.

Mohon sesiapa yang membaca atau terbaca blog saya ni,sedekahkanlah a-fatihah kepada arwah abang saya.

Semoga dia tenang di alam kubur.

Semoga abang saya ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Mudah-mudahan kami sekeluarga dapat berjumpa semula di alam barzakh.

insya-Allah..

amin.

Tuesday, April 6, 2021

Mohon sedekahkan al-fatihah kepada arwah abang ngah saya

 Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua.


Mohon sedekahkan dan baca surah al-fatihah kepada arwah abang saya, abang kedua,angah yang meninggal dunia hari Ahad 4/4/2021... 

meninggal masa tidur.

abang saya yang pernah saya cerita terlibat kemalangan masa bulan puasa dulu.

Kini angah saya dah tak ada.

Abang yang baik,selalu tolong saya dan belanja saya makan.

Kawan saya dunia akhirat.

Angah,moga kau tenang di sana ngah.

Moga kau selamat di alam kubur,hari akhirat dan dimasukkan ke dalam syurga.

semoga roh angah,Mohd Rashid bin Mokhtar ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

insya-Allah..

amin.

Thursday, April 1, 2021

Dah masuk bulan April

 Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua.


sumber gambar:google images


Sekejap ja dah masuk bulan April ya.

Dah empat bulan berlalu.

Lagi dua minggu nak puasa dah.

Difahamkan bazar Ramadan akan dibenarkan beroperasi tetapi kena ikut S.O.P yang ditetapkan.

Sembahyang terawih pun dibenarkan juga.

Harapnya keadaan makin pulih lepas ni.

Sesiapa yang belum daftar mysejahtera tu,harap dapatlah daftar,saya dah daftar dah.

Mungkin bila dah ramai ambil vaksin,keadaan akan jadi makin baik.

Insya-Allah..

amin.