Saturday, October 24, 2020

Resipi Pais Ikan Salmon Tempoyak

 Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua.

Sedikit perkongsian resipi yang saya dapat masa tengok tv okey. Rancangannya kalau tak silap tajuk La Fusion. Nama cef yang jadi hos program tu saya tak ingat pula.

Saya suka tengok rancangan memasak ni walaupun saya tak pandai masak.

Tak apalah, saya tengok resipi macam senang,sebab tak nak lupa saya share dekat blog saya ni.

Bahan-bahan.

Ikan Salmon, dalam 2 ketul isi ikan macam tu.

Tempoyak, 1 mangkuk

Bunga kantan, 1 kuntum

Daun kunyit, 1 helai

Daun kesum, 1 tangkai

Daun kaduk, 1 helai

Kunyit hidup

Cili padi

Santan  1 mangkuk

Daun pisang. Daun pisang ni nak buat balut ikan tu nanti

 Cara nak buat:

Mula-mula sekali tumbuk kunyit basah dan cili api sampai lumat. 

Lepas tu potong halus bahan-bahan lain,daun kaduk,kesum,bunga kantan semua tulah kecuali daun pisang.

Satukan semua dalam mangkuk, kemudian masukkan kunyit dan cili padi yang ditumbuk tadi, lepas tu masukkan santan, lepas tu masukkan tempoyak. Kacau atau gaulkan. Akhir sekali masukkan garam dan gula sebagai perasa.

Lepas dah siap gaul semua dalam mangkuk, dah boleh gaulkan ke atas  ikan salmon.

Ikan salmon dah siap gaul, gunakan daun pisang sebagai pembalut,balut ikan salmon.

Panaskan minyak.

Letakkan ikan salmon yang dah dibalut tadi ke atas dapur yang dah dipanaskan minyak.

Tutup dengan tutup periuk atau apa-apa sahaja yang boleh untuk menutup ikan salmon.

Biarkan selama lebih kurang 10 ke 15 minit untuk ikan salmon tu masak.

Tutup api.

Dah siap pais ikan salmon tempoyak.

Thursday, October 22, 2020

Umur 30

 Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua.


Besok 23/10 merupakan hari lahir saya.

Maka umur saya sudah menjadi 30 tahun.

30 tahun umur yang sudah dipinjamkan tuhan.

Tetapi, rasa sedih sebab tiada apa yang boleh dibanggakan.

Tiada kerja tetap,tiada harta,tiada kemahiran,tiada apa-apa.

Mujur juga masih ada emak, sayangnya saya cuma menjadi anak yang tiada apa-apa.

Entah besok atau lusa,mungkin ajal saya tiba.

Merenung kembali 30 tahun yang sudah diberi ini, buat saya rasa sesal dan menyesal.



Memang banyak umur yang sudah disia-sia kan.

Memikirkan 30 tahun kedepan buat saya berasa sayu.

Bagaimana agaknya hidup saya nanti?

Segala yang dicita tak pernah menjadi.

Entahlah...

Mohon maaf atas luahan rasa ini.

Saya memang manusia yang lemah.

Sudah banyak kali kalah dan mengalah.

30 tahun yang sudah berlalu.

Friday, October 16, 2020

Giveaway Makcik Bawang By www.nieylanadia.com

 


klik banner untuk join =)

Wednesday, October 14, 2020

Asif & Tar

 


Monday, October 5, 2020

Lagu iklan tv viral

 




Sunday, October 4, 2020

Giveaway by ejulz & raydah

 

klik banner untuk join =)

Saturday, October 3, 2020

Makin membimbangkan

 Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua.

Sekarang ni kes covid makin membimbangkan.

Berlaku peningkatan sehingga 300 kes.

Banyak faktor juga atas peningkatan tu.

Tetapi ramai yang marah sebab pilihan raya yang diadakan di negeri Sabah.

Khabarnya, banyak ahli politik atau pemimpin yang tak menjalani kuarantin wajib selepas pulang dari Sabah.

Entahlah,

Hendak cakap atau komen lebih-lebih,pun tak guna.

Perkara dah jadi.

Cuma yang merisaukan atau membimbangkan saya sekiranya kes covid ini terus meningkat sehingga terpaksa perintah berkurung semula. Lockdown kembali.

Jujurnya,habislah penjaja kecil seperti saya ni. Jenis bekerja sendiri,ada kerja ada gaji.pergi berjaja atau berniaga adalah pendapatan,kalau tak,tak adalah punca pendapatan.

Simpanan pun makin tak ada.

Saya rasa kalau berlaku PKP atau lockdown balik,mungkin pasar tempat saya berjaja ni ditutup sepenuhnya.

Haih..

Bukan itu sahaja,ramai yang akan hilang kerja,keluarga, yang sekaligus menyebabkan berlakunya peningkatan masalah tekanan emosi dalam kalangan masyarakat.

Tetapi itulah, mereka yang diatas adakah peduli golongan bawah ni?

Bilakah suara atau nasib golongan bawahan akan didengar?

Bila nak dekat pilihan raya,masa tu nak suruh salam cium tangan pun sangup rasanya.

Sedih,marah,kecewa,hampa semua ada bila saya menaip post ni.



Entahlah,

Jujurnya kalau berlaku PKP semula,saya sendiri akan rasa putus asa.

Nak cari makan tak boleh,nak bayar bil pakai apa?Simpanan pun tak berapa nak ada.

Moga turunlah kes covid ni.

Moga cepatlah penawar atau vaksin covid ditemui.

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

insya-Allah..

amin.