Thursday, February 27, 2020

Asif & Tar


Friday, February 21, 2020

Menulis di media sosial

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Dahsyat sungguh zaman sekarang kan?

Zaman semuanya  di hujung jari.

Tersilap tulis, tersalah kongsi, terlalu emosi dalam "post" sesuatu perkara,maka buruk akibatnya.

Terkadang menulis dalam keadaan marah,keadaan emosi tidak stabil, maka tak dapat berfikir dengan tenang dan rasional, maka tak sedar perkataan atau post yang dikongsi akan menyebabkan kesan buruk pada diri sendiri.

Tambahan lagi zaman sekarang ramai yang suka menjadi hakim. Suka menulis ikut suka hati tanpa selidik dulu sesuatu perkara.

Menulis untuk tujuan mengutuk atau menghakimi seseorang ini bukan termasuk dalam kategori cyberbully ke?

Image result for zaman fitnah hujung jari
sumber gambar:google images


Entahlah...

Harapnya kita berhati-hati dalam menulis sesuatu perkara di media sosial.

Secara jujurnya saya juga kerap buat kesilapan dengan meluahkan rasa kecewa,rasa marah di media sosial, menulis dengan tujuan nak nampak hebat.

Tetapi hakikatnya tak ada faedah pun untuk saya bila saya buat semua itu.

Moga segala yang saya tulis tidak menjadi satu dosa kepada saya bila saya mati nanti.

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

Insya-Allah...

amin.


Saturday, February 15, 2020

Doa untuk angah

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Sebenarnya post kali ini agak berat untuk saya tulis.

Tetapi saya gagahkan juga diri untuk menulis dan berkongsi.

Saya ingin memohon doa sesiapa yang membaca atau terbaca blog ini,supaya mendoakan semoga kesihatan abang saya nombor dua,angah supaya sembuh.

Jujurnya,selepas terlibat dengan kemalangan, angah saya kerap dimasukkan ke hospital.

Dia seakan-akan tidak sedar dengan tindakan,perlakuan atau percakapannya..

Saya risau jika satu hari nanti semasa angah saya bercakap dalam keadaan tidak sedar,ada kemungkinan orang lain rakam dan kemudian ditularkan...maka akan jadi satu masalah besar bagi kami sekeluarga.

Sebab bila angah saya tidak sedar,kadangkala perbuataan atau percakapannya akan menjadi tidak masuk akal.Contohnya dulu abang saya pernah tolak motor dari rumah hingga ke tempat kerja.Sedangkan motornya tak rosak dan dia cuti/off day pada hari tu. Bila ditanya,dia cakap dia sedang ditolong makluk  yang tak dapat dilihat oleh manusia lain. Sebenarnya abang saya berada dalam keadaan tidak sedar ketika itu.

Sekarang ini kami sekeluarga membawa angah saya menjalani rawatan kesihatan di hospital.Setakat ini alhamdulillah tiada masalah yang besar atau serius.Tetapi angah saya kena makan ubat penenang dan menghadiri pemeriksaan yang telah ditetapkan.

Berat sebenarnya untuk saya tulis post ini,seolah-olah saya membuka aib abang sendiri. Tetapi niat saya cuma ingin mengelakkan sebarang masalah timbul di kemudian hari. Itu sahaja niat saya.


Mohon doa semua semoga angah saya diberi kesihatan dan kehidupan yang baik.

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

insya-Allah...

amin.

Friday, February 14, 2020

Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends

                               http://www.mamapipie.com/2020/02/giveaway-wang-tunai-rm1000-by-mamapipie.html


Syarat-syarat Penyertaan Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends


Terbuka kepada blogger yang menetap di Malaysia bagi memudahkan urusan bank in wang tunai
Buat satu blog post bertajuk "Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends". Tepek banner di atas beserta link ke post ini. Boleh copy code html yang mama dah sediakan di bawah post ni bagi memudahkan kerja korang.
Tag 3 rakan
Wajib Follow Youtube ibusyurga: Klik Sini -> Youtube ibusyurga
Wajib Follow & Letak Blog di bawah ke dalam Bloglist korang

Ibusyurga.blogspot.com
Sukamakanjalan.blogspot.com
www.dawaibesi.com
www.guamansyarie.com
https://nikmatterbaik.blogspot.com
http://www.mamapipie.com

Ini syarat wajib dan mama akan check satu.. satu.. Kalau tak patuhi syarat ni korang akn disqualified.

Mama galakkan korang rajin singgah dan komen blog penaja kerana hadiah utama akan dipilih sendiri oleh penaja. Mama pun tak pasti bagaimana cara mereka akan memilih pemenang nanti..


Digalakkan Follow Media Social Mama: Instagram FB Youtube Twitter FB Page
Last sekali, tinggalkan link pernyertaan korang di post ini.
Tarikh tutup giveaway adalah pada 29 Feb 2020 11.59 malam.
Insya Allah, pemenang akan diumumkan pada 5 mac 2020



Hadiah Wang Tunai RM1000 - Senarai Hadiah
Wang tunai sejumlah RM 1000 akan dihadiahkan kepada 17 orang pemenang.. Banyak kan.. Alhamdulillah, Semoga murah rezeki penaja kita. Sama-sama kita doakan agar penaja-penaja kita sentiasa murah rezeki dengan rezeki yang berkat, diberkati Allah dan bisnes sentiasa menjadi. Seramai 17 pemenang akan dipilih memenangi total RM1000 nanti. Pemenang hadiah utama akan dipilih sendiri oleh pihak penaja. Jom tengok senarai hadiah yang akan dimenangi:

Hadiah RM200 (Seorang Pemenang)
1 x RM200

Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang)
2 x RM100

Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang)
14 x RM50



saya tag:

http://fitri1986.blogspot.com/
http://100pelukis.blogspot.com/
http://throughmyglasseskacamata.blogspot.com/

Friday, February 7, 2020

Moga hujan turun di Melaka

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Sekarang ini negeri Melaka mengalami masalah bekalan air sehingga terpaksa dicatu.

Susah jadinya bila air tiada. Banyak urusan menjadi susah. Nak mandi,nak buang air,nak siram pokok,nak masak,macam-macam lagi hal yang memerlukan air semua ni sukar nak dilakukan.

Terpaksa menyimpan air dan kena berjimat dalam menggunakan air.

Mohon sesiapa yang membaca atau terbaca post di blog saya ini,doakanlah supaya hujan turun di negeri Melaka.

Empangan air di Melaka semakin berkurangan. Tidak pasti berapa lama lagi catuan air akan dilaksanakan.

Mohon doa semua supaya hujan turun di negeri Melaka.

Image result for doa minta hujan
sumber gambar:google images
                             
Susah bila tak ada air ini,khususnya golongan tua,susah nak angkat air.

Semoga hujan turun di negeri Melaka.

Semoga negara Malaysia bebas daripada penyakit atau virus berbahaya.

Semoga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

insya-Allah..

amin.

Monday, February 3, 2020

Asif & Tar