Saturday, January 22, 2022

Doa

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Mohon doa supaya keluarga saya baik-baik sahaja.

Mohon doa agar urusan saya dan keluarga dipermudahkan.

Mohon doa supaya semua ahli keluarga saya diberi kesihatan tubuh badan,akal fikiran,hati,dan emosi yang baik.

Semoga semua ahli keluarga saya dijauhkan segala penyakit,gangguan atau bisikan yang buruk atau jahat

Saya mohon maaf sebab selalu memohon doa kalian.

Saya yakin dan percaya doa daripada mereka yang terbaca atau membaca blog saya ini amat mustajab.

Saya hanya mampu berharap segala doa yang baik-baik daripada kalian akan diberi ganjaran pahala daripada Allah s.w.t

Semoga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

Insya-Allah..

Amin.

Thursday, January 20, 2022

JJM Bloglist Year 2022

klik banner untuk join =)

 

Saturday, January 15, 2022

Menang Giveaway By Lady Dini

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Alhamdulillah ada rezeki saya untuk menang giveaway tahun 2022 ni.

Dapat hadiah tudung.

Boleh bagi dekat mak saya.

Terima kasih kepada pemilik blog Lady Dini kerana sudi anjur giveaway.

Moga saya terus berblog.

Moga kita semua tetap terus jadi blogger.

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.
 
Mohon terus doakan abang ketiga saya cepat sembuh.Kembali seperti biasa.

Insya-Allah...

Amin.

Monday, January 10, 2022

Selamat Hari Lahir Mak

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Selamat hari Lahir Mak.

Tahun ni ujian berat betul bagi mak.

Semoga bangcik cepat sembuh.

Kek ni saya beli saja.

Harap tahun depan dan tahun seterusnya saya masih boleh sambut hari Lahir Mak.

Boleh buat kek sendiri.

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

Insya-Allah...

Amin.


Saturday, January 8, 2022

Doa untuk abang saya

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Post kali ni ringkas sahaja.

Mohon doakan supaya abang saya nombor tiga diberi kesihatan yang baik.

Sekarang ni dia sedang dalam keadaan yang tak berapa sihat,saya tak boleh nak tulis dekat sini sakit apa.

Tapi saya mohon sangat tolong doakan abang saya segera sembuh.

Sekarang ni saya tak boleh nak pergi mana,nak buat apa sebab risau tengok abang saya.

Mohon doakan ya.

Semoga cepatlah abang nombor tiga saya sembuh.

Kembali seperti biasa.

Mohon doakan yang baik-baik sahaja untuk keluarga saya ya.

Terima kasih.

Moga Allah s..w.t membalas segala jasa baik dan doa yang baik daripada semua.

Insya-Allah...

Amin.

Saturday, January 1, 2022

Tahun 2022

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Dah masuk tahun 2021.

Saya mulakan tahun baru ni dengan hidup yang tak berapa best.

Kereta tak boleh start, earphone saya baru beli tercicir@hilang, tangan rasa sakit,kebas sebab baru lepas vaksin.

Pening kepala semakin menjadi-jadi,rasa sakit di bahagian belakang kepala.

Entahlah...

Haraplah kereta saya tu masalah kecil sahaja...

Sebab dah tak larat asyik repair saja,bawa nya tak selalu.

Rasa kecewa juga dengan hidup ni.

Mujur saya ada blog ni untuk saya tulis,luah apa yang saya rasa.

Cuma,terlalu luah dekat sini pun tak boleh juga sebab nanti takut makan diri sendiri balik.

Mohon doa semua ya.

Doakan kehidupan saya,kebahagian saya,kesihatan saya semuanya baik-baik sahaja.

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

Insya-Allah...

Amin.