Friday, November 18, 2022

Jalan cerita selepas ini

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua.

Besok dah nak pilihanraya ya...

Saya tak pasti jika besok saya dapat mengundi ke tak ...sebab abang saya dah dibawa pulang ke rumah dan perlukan penjagaan yang rapi.

Bangcik hanya terbaring sahaja di atas katil.

Risau juga nak tinggalkan dengan mak sahaja..

Berniaga pun saya tak pergi dulu buat sementara waktu.

Membuat kerisik juga terpaksa dihentikan.

Sampai bila? Saya pun tak tahu.

Selepas ini lagi banyak urusan ke hospital untuk temujanji bangcik.

Entah dia nak beri kerjasama atau tak saya pun tak tahu.

Inilah proses atau jalan cerita yang perlu saya dan mak lalui selepas ini.


Semoga Allah s.w.t permudahkanlah urusan kami sekeluarga.

Insya-Allah...

Amin.

Wednesday, November 9, 2022

Permudahkanlah urusan kami

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Minta tolong doa supaya urusan kami sekeluarga dipermudahkan.

Abang ketiga saya sudah kena keluar hospital..dah kena discaj.

Tetapi kami berdepan dengan kesukaran untuk menjaganya..

Emak sudah tidak larat lagi,faktor usia..dan saya pula ada masalah kesihatan..

Jiran atau saudara mara juga ada masalah masing-masing.

Sekarang ni tengah turun naik pejabat atau tempat yang dikatakan dapat memberi bantuan tetapi semuanya hampa..

Kebanyakkannya memberi cadangan supaya dimasukkan ke tempat penjagaan swasta tetapi manalah kami mampu..

Allahuakbar...

Jujurnya saya pun tak tahu nak buat apa lagi..

Tinggi kosnya sedangkan saya hanya bekerja sebagai penjaja..ini pun nak dekat sebulan saya tak berniaga..ulang alik hospital saja.

Emak merayu dekat hospital untuk abang saya diletakkan dalam jagaan pihak hospital untuk seketika.. tetapi manalah boleh lama sebab hospital kekurangan katil dan sebagainya..

Mohon doa semua urusan kami sekeluarga dipermudahkan ya.

Saya pun tak tahu nak buat apa.

Buntu rasanya..

Moga adalah jalan keluar daripada masalah ini.

Insya-Allah...

Amin.

Tuesday, November 8, 2022

Solat Sunat Gerhana