Sunday, December 4, 2011
Puisi-Adakah Aku Layak?
Assalamualaikum w.b.t
Sebuah puisi untuk gambaran diri ketika ini.
Adakah Aku Layak?
Sudah cukupkah Aku?
Sudah sempurnakah Aku?
Untuk berpuas hati?
Adakah Aku sekadar di sini?
Adakah Aku Layak..................
Diri,ketika lemah,rajin berdoa,
Diri,ketika tabah,mudah benar terlupa,
Diri,ketika susah,ingin benar berubah,
Diri,ketika mudah,terus menjadi lemah,
Adakah Aku Layak....................
Aku terus berpusing
Berpusing dan berpusing,
Minda kosong,hati rungsing,
Sunyi atau bising?
Adakah Aku Layak.....................
Benar,Adakah Aku Layak?
Layak untuk berpuas hati?
Layak untuk terlupa berdoa?
Layak untuk mengurangkan borang itu?
Borang yang aku jadikan pengukur destinasi diri?
Aku,
Diri,
Doa,
Amal,
Aku tidak mahu mengulangi kesilapan yang sama berulang kali.....................................
Labels:
Tarmizi menulis