Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Sedikit perkongsian cara "crop" gambar menggunakan Adobe Photoshop...saya guna Adobe Photoshop CS4.
Jom lihat langkah demi langkah cara "crop" gambar
1) klik File> Open> Pilih gambar yang ada dalam komputer/laptop
2) Saya pilih gambar mangkuk kerisik yang ada dalam laptop saya
3) Klik Edit in Quick Mask Mode(0).....bahagian bawah sekali dekat toolbox.
4) Pilih Brush Tool
5) Kemudian warnakan seluruh kawasan mangkuk kerisik/gambar di kawasan yang diinginkan menggunakan brush tool tadi.
6) Lepas itu pilih Edit in Standard Mode
7) Garis putus-putus akan kelihatan seperti gambar di atas
8) Klik Select > Inverse
9) Garis putus-putus hanya kelihatan di mangkuk kerisik
10) Pilih Move Tool
11) Klik File > New
12) Akan keluar macam ini
13) Lepas itu pilih gambar yang kita buat garis putus-putus tadi, gunakan Move Tool dan letak/hantar gambar putus-putus tadi ke New File yang kita buat. Boleh faham kan? =)
14) Maka akan jadi macam ini, kemudian untuk edit/ kemaskan gambar, guna eraser tool untuk padam ruang atau gambar yang kita tak nak.
Ok. Dah siap cara "crop" gambar guna Adobe Photoshop CS4. Harap tutorial ini dapat membantu sedikit sebanyak kepada mereka yang sedang mencari cara "crop" gambar guna photoshop. Maaf sebarang kesilapan daripada saya, saya juga masih dalam proses belajar Adobe Photoshop ini. Cuma saya hanya ingin berkongsi ilmu yang saya tahu kepada sesiapa sahaja. Semoga ianya dapat menjadi saham akhirat untuk saya kelak.
Hasil akhir yang saya buat.
Semoga ada manfaatnya "post" kali ini.
insya-Allah....
amin.
8 comments:
Salam Tar, sis pulak guna CS3. Biasanya sis crop gambar guna teknik paste gambar atas layer baru dalam new file, kemudian erase bahagian gambar yang kita taknak tu, lepas tu delete terus background layer, dan save gambar dalam format png. Tar boleh try cara ni pula kalau suka :D
Okeh, good luck dalam bisnes kerisik! ;3
plain83 terima kasih sis. nanti saya cuba buat cara sis tu.terima kasih atas perkongsian dan doa. :)
carapaling ok guna Magnetic lasso tool
Safirul Amar oh. terima kasih atas perkongsian. insya-Allah nanti saya cuba buat =)
mudah ja kan. guna ps ni. tq for sharing :)
Busyra bte Takiyudin sama-sama.memang bagus guna ps ni :)
Selalunya kita guna online ja kalau nak transparent/crop gambar. huhu.. sebab tak dapat download adobe dan malas la nak install.
semoga bisnes sukses! insyaaAllah..
nana liena owh, boleh kongsi kan caranya tak? terima kasih. amin. =)
Post a Comment