Thursday, January 12, 2017

Sebelum tutup mata

Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Sebelum tutup mata.

Sebelum tutup mata,
Ingin mohon maaf daripada semua,
Pasti diri ada salah dan dosa,
Takut nanti pagi,
Mata tertutup tidak lagi terbuka.

Sebelum tutup mata,
Ingin capai bintang kejora,
Jika tak sampai sana,
Sekurangnya ada jua usaha dan merasa,
Sebelum tutup mata.

Sebelum tutup mata,
Hitung dosa dan cita,
Banyak tak terkira,
Cita jadi angan,
Dosa jadi kelaziman,
Takut juga nanti,
Tak sempat buat apa lagi,

Sebelum tutup mata,
Izinkan ruang untuk berkarya,
Biarpun sebuah karangan,
Cerita cita khayalan.

Sebelum tutup mata,
Wujud sebuah bukti hakiki,
Kewujudan diri jasad dan rohani,
Hasil tulisan daripada penulisan.

Bukti akal,mata dan hati,
Digunakan dan dimanfaatkan,
Semasa mata masih terbuka,
Sebab nanti bila mata tertutup,
Ada kesan dan makna,
Dalam kehidupan ini.

Bila mata dah tutup,
Nak kejar dan cerita apa lagi?

6 comments:

Junzie said...

Allahu =') deep
salam jumaat =)

Adam Faiz said...

Mendalam sangat maksud dia, nice! :)
New Update: How My Senior Year?

Maria Firdz said...

Penuh makna.. terima kasih share.

At-Tarmizi said...

Jun Zie terima kasih :)

At-Tarmizi said...

Adam Faiz terima kasih :)

At-Tarmizi said...

Maria Firdz sama-sama :)

Post a Comment