Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Mata merupakan anugerah dan nikmat yang besar.
Betapa sukarnya hidup jika tidak dapat melihat.
Saya seorang yang agak gagal dalam menjaga mata sehingga terpaksa memakai cermin mata.
Teringat kembali sewaktu cermin mata saya jatuh dan seorang rakan membantu saya mencarinya. Terima kasih kepada sahabat tersebut kerana sudi membantu saya.
Semoga Allah sahaja yang membalas jasanya itu.
Saya punyai satu matlamat dalam hidup.
Hidup bebas tanpa memakai cermin mata.
Jadi untuk mencapai matlamat tersebut, kaedah yang terdapat sekarang ini ialah dengan melakukan pembedahan lasik.
Maka saya perlu mengumpul modal dan keberanian untuk membuat pembedahan ini.
Maka kepada yang tidak memakai cermin mata itu, tahniah. Jagalah mata dengan sebaiknya.
Manakala kepada yang memakai cermin mata seperti saya, bersabarlah dan lihatlah kepada mereka yang tidak boleh melihat. Moga ianya memberi nikmat syukur dan insaf kepada kita.
Manakala kepada yang tidak dapat melihat, anda seorang yang hebat kerana mampu bersabar serta mampu mencari rezeki dan menjalani kehidupan seperti orang lain.
Semoga sebelum saya tutup mata buat selamanya, matlamat saya untuk bebas cermin mata dapat dicapai.
Doakan saya.
amin.
4 comments:
sama la bro kita rabun dan kena pakai spek. Kadang2 rimas gak. Paling tak puas hati bila spek mata hilang, rasa nak marah je n nak tuduh org lain sembunyikan padahal sendiri lupa letak mana.
Semoga berjaya bro kumpul modal.
Kalau nak train mata boleh try beli pinhole glasses. Cuba2 maybe boleh kot train mata bagi ok sikit..
mata anugerah terindah...cuba untuk menjaganya...^_^
Bro Ley..tulah...nasib orang rabun kan. orait.terima kasih atas cadangan. :)
sofie adie betul. jagalah mata :)
Post a Comment