Tuesday, January 3, 2017

Aku.

Tajuk: Aku

Aku diam membisu,
Melayan rasa dan akal fikirku,
Membuat urusan ku,
Tiada sekelumit nawaitu,
Mengambil tahu hal hidupmu.

Aku menjamah hidangan,
Menikmati rezeki yang diberi Tuhan,
Tiada secebis keinginan,
Mengetahui jenis hidangan orang lain,

Aku cuma ingin menjadi aku,
Tapi hidupmu seolah terganggu,
Cara hidupku tidak sama dengan kamu,
Biar aku dengan cara aku,
Asal masih aku tidak terbabas,
Dari jalan yang berliku

Aku tidak semewah kamu,
Jalan yang ku lalu,
Tidak sesempurna kamu,
Tapi bahagia kerana aku,
Masih mampu tersenyum
Berbanding mereka yang tiada,
Tiada lagi di dunia yang sementara.

Aku.

0 comments:

Post a Comment