sumber gambar:googleimages |
"3 kuntum 2 ringgit,"
Ini merupakan harga bagi bunga kantan yang dijual oleh seorang penjaja di pasar borong tempat saya berniaga.
Sebenarnya, tindakan seperti ini hanya menyebabkan berlakunya kerugian kepada penjaja-penjaja lain.
Penjaja lain termasuk saya menjual sekuntum bunga kantan dengan harga rm1.00 Manakala modal bagi sekuntum bunga kantan yang dijual pembekal kepada penjaja seperti saya ialah 80 sen sekuntum.
Maka tindakan penjaja tadi yang menjual harga bunga kantan 3 kuntum rm 2.00, maka harga bagi sekuntum bunga kantan yang dijual penjaja ini lebih kurang 60 sen sekuntum.
Tindakan penjaja ini yang bertindak menjual harga bunga kantan lebih rendah berbanding penjaja lain, mungkin akan memberi keuntungan kepada penjaja ini. Penjaja ini tidak perlu membayar duit lesen dan sewa tapak yang dibayar penjaja lain seperti saya dan penjaja lain.
Penjaja ini berniaga dengan tidak mempunyai lesen berniaga, malah mempunyai kebun bunga kantan. Maka penjaja ini boleh menjual dengan harga seperti ini. Tetapi, tindakan ini akan memberi kesan kepada penjaja-penjaja lain.
Pengguna pastinya akan membeli di tempat yang lebih murah kan?
Tidak salah mahu berniaga sekali, lebih ramai berniaga lebih meriah dan seronok, tetapi usahlah bermain harga sehingga menyebabkan berlakunya kejatuhan harga sesuatu barang dagangan.
Sekiranya penjaja ini menjual sekuntum bunga kantan dengan harga 60 sen, sedangkan penjaja lain menjual sekuntum bunga kantan dengan harga rm1.00, maka pembeli akan membeli daripada penjaja yang mana? rm 1.00 atau 60 sen??
Hasil untung menjual sekuntum bunga kantan yang biasanya diperolehi penjaja kecil seperti saya ialah 20 sen sahaja. Jika penjaja ini menjual bunga kantan dengan harga 60 sen, sedangkan modal sekuntum bunga kantan 80 sen, maka bukan sahaja penjaja lain tidak mendapat untung, malah tidak pulang modal jika mengikut tindakan penjaja ini menjual sekuntum bunga kantan 60 sen, malah harus ditambah pula modal sebanyak 20 sen.
Tulisan ini bukan bermaksud saya mempunyai sifat dengki, atau iri hati terhadap penjaja lain. Tetapi sebagai penjaja, bukankah kita inginkan keuntungan walaupun sedikit dalam urusan perniagaan.
Hendak ditanam sendiri bunga kantan, bukanlah semua penjaja mempunyai tanah untuk bercucuk tanam.
Jika penjaja tersebut mengikut harga pasaran dengan menjual sekuntum bunga kantan seperti penjaja lain, rm 1.00, bukankah penjaja itu juga yang beroleh keuntungan?
Saya tidak mahu berjumpa atau bercakap secara terus dengan penjaja ini, takut nanti dikatakan saya ini mempunyai sifat dengki terhadap bangsa sendiri untuk berniaga dan mencari rezeki.
Moga hasil penulisan di blog ini, dapat menjadi panduan, jika dizinkan oleh Allah s.w.t akan sampai kepada penjaja ini atau kepada sesiapa sahaja yang mendapat manfaat hasil daripada "post" ini.
Ini bukan tulisan kerana sifat dengki, cuma ingin berkongsi suka duka dalam perniagaan walaupun cuma berjaja kecil-kecilan.
Semoga ada manfaatnya "post" kali ini.
insya-Allah...
amin.
4 comments:
mmg wangi bunga kantan ni..
Busyra Bt Takiyudin wangi dan memang menambah aroma dalam makanan :)
mahal sangat tu 2 seringgit.. mak si mail ke? lol... dua seringgit dua seringgit.......!
kalau nak letak harga kena lah fikir faktor lain2.. huhu
nana liena mahal ke? jatuh satu 50 sen, modal saya dapat 80 sen satu. betul, banyak faktor nak kena fikir =)
Post a Comment