Showing posts with label 90 hari mengatasi obesiti. Show all posts
Showing posts with label 90 hari mengatasi obesiti. Show all posts

Tuesday, February 3, 2015

Jogging...usaha seterusnya dalam mengatasi masalah obesiti

Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...


                                 


Sudah masuk hari ke 31 dalam usaha mengatasi masalah obesiti...

Tetapi tidak menunjukkan perubahan yang postif.....malah berlaku sebaliknya......

Berkesempatan menimbang berat badan.....dan hasilnya sungguh mengecewakan...

Berat semakin bertambah.......

96.3 kg.......BMI ialah 35 ke atas......ternyata masih mengalami masalah obesiti.........

Tetapi jika dikaji dengan teliti.....

Puncanya silap sendiri...............

Pengambilan makanan tidak seimbang dengan senaman yang dilakukan................

Makan banyak tetapi senaman hanya 5 ke 10 minit sahaja..........malah sepanjang 31 hari ini....tidak banyak hari melakukan senaman..........bersemangat ketika di awal sahaja........tetapi semakin lama semakin tidak rajin melakukan senaman................

Sedih..........nampaknya usaha atau ikhtiar lain harus dilakukan..........

Perancangan seterusnya di bulan Februari ini ialah berjogging..........semasa kecil dahulu selalu berjogging bersama Along tetapi tidak lama........setelah Along melanjutkan pelajaran........aktiviti joggging dihentikan..........kemudian dilakukan sekejap ketika di sekolah menengah........kemudian lama tidak berjogging...........

Alasannya tidak minat berjogging....tetapi cukuplah alasan itu...........sekarang masa untuk melakukan sedikit perubahan........nikmat berjogging harus diberi kepada diri...........kerana hak badan untuk sihat dan mempunyai stamina..........

Kawan pernah mengajak untuk berjogging tetapi selalunya menolak..........kini saya pula yang mengajak.......tetapi sukar kawan memberi kerjasama atas faktor kerja............silap saya sendiri......kerana tidak pandai menggunakan masa dan peluang yang diberi Allah s.w.t

Berjogging kali ini dengan minda yang berbeza.......jika dahulu ingin berjogging kerana ingin memenangi perlumbaan lumba lari di sekolah.......malangnya tidak pernah menang dan selalu mendapat tempat tercorot...........kini berjogging melawan penyakit obesiti............

Sekiranya ada yang terbaca atau membaca "post" saya ini.........doakan semoga saya berjaya........

"Semoga ada manfaatnya post kali ini"

Insya-Allah...

amin.

Sunday, January 11, 2015

Hari keenam,ketujuh dan kelapan dalam mengatasi masalah obesiti

Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...


                            

Hari keenam,ketujuh dan kelapan dalam usaha mengatasi masalah obesiti

Hari keenam tidak melakukan sebarang aktiviti senaman kerana letih,

Hari ketujuh melakukan sedikit senaman ringan dengan mengemas halaman rumah,

Hari kelapan melakukan senaman seperti sedang mengayuh basikal dengan berulang-kali...


Usaha ini baru selesai seminggu...masih perlu diteruskan......baki sasaran hari yang tinggal ialah 82 hari...

Terus berusaha...kerana hidup mesti terus.....


Semoga saya kekal berusaha dan berjaya....

insya-Allah...

amin



Thursday, January 8, 2015

Hari kelima dalam mengatasi masalah obesiti

Dengan nama Allah s.w.t yang  Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Hari kelima dalam mengatasi masalah obesiti-


                                     


Langkah-langkah yang dilakukan:

Melakukan senaman menggunakan kerusi

Melakukan senaman seperti seolah-olah sedang mengayuh basikal

Tidak makan nasi waktu malam...

Semoga saya terus konsisten dan berjaya dalam mengatasi masalah obesiti......

Semoga tidak wujud perasaan jemu dan putus asa.....



insya-Allah...

amin.

Wednesday, January 7, 2015

Hari ketiga dan keempat



Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...


Hari ketiga dan keempat dalam mengatasi obesiti....


                                                        


Gunakan kerusi......

Maksudnya letakkan kerusi di tengah-tengah,kemudian naik-turun daripada kerusi tersebut....senaman yang diajar oleh guru sukan semasa di sekolah menengah dahulu....

Pengambilan nasi juga dikurangkan....cara mudahnya menggunakan piring atau pinggan yang bersaiz lebih kecil daripada pinggan biasa supaya jumlah nasi yang diambil dapat dikurangkan.....


Semoga saya terus berjaya dan konsisten dalam tempoh target 90 hari mengatasi masalah obesiti ini....


insya-Allah...

amin.













Monday, January 5, 2015

Hari kedua mengatasi masalah obesiti



Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Hari kedua dalam mengatasi masalah obesiti~

Perkara yang dilakukan:

-Berlari-lari anak dalam rumah

-Mengemas halaman rumah



Semoga saya akan terus konsisten dalam mengatasi masalah obesiti

Target untuk mengatasi masalah obesiti ialah selama 3 bulan.......


Semoga usaha ini beroleh kejayaan......

insya-Allah...

amin.

Sunday, January 4, 2015

Langkah pertama mengatasi masalah obesiti

Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...


Hari ini memulakan langkah pertama mengatasi masalah obesiti,

melakukan senaman ringan ini:




dan sedikit cara mudah mengetahui sama ada mengalami masalah obesiti atau tidak,


semoga saya terus konsisten dalam mengatasi masalah obesiti,

insya-Allah

amin.